Tolong Klik Iklan Ni

Isnin, 14 November 2011

Sony NEX-C3

Sony NEX C3Sony NEX C3
Kamera kompak NEX-C3 keluaran Sony ditawarkan dengan pelbagai pilihan warna dan  reka bentuk baru yang menarik. Menggabungkan corak logam dan bentuk garisan cengkaman dan mudah untuk dipegang. Berat NEX-C3 turut dikurangkan sebanyak enam peratus atau hanya seberat 225 gram berbanding siri sebelumnya NEX-3.

Kualiti imej, kelebihan aplikasi serta fungsi NEX-C3 turut mengatasi model NEX-3 terdahulu. Mengunakan penderia Exmor APS HD CMOS, 16.2 megapiksel dengan sokongan 720p HD yang berkesan memberikan imej serta video yang dirakam amat jelas. Penderia yang sama digunakan dalam kamera refleks lensa tunggal (DSLR) memberikan kesan kabur pada latar belakang subjek yang dirakam dengan sempurna.

NEX-C3 turut dilengkapi dengan kawalan gambar yang ringkas serta mudah untuk merakam gambar mahupun video. Dibekalkan aplikasi baru iaitu Picture Effect, pembeli NEX-C3 boleh memilih kesan tambahan kepada gambar serta video iaitu mod Pictures Effect serta kesan Soft Skin yang mempunyai kemampuan menghilangkan kesan kedutan pada wajah.

Skrin seluas 7.5 sentimeter, Xtra Fine LCD dan turut boleh diputarkan bagi menambah keupayaannya merakam imej dari sudut yang sukar disamping tambahan penggunaan teknologi TruBlack Screen, paparan imej yang dirakam kelihatan menarik, jelas serta tajam, malah  masih mampu melihat imej yang dirakam dengan jelas biarpun berada di bawah sinaran terik mentari.

Kamera ini juga dilengkapi teknologi rakaman 3D Panorama yang mana memberikan impak yang menarik terutamanya video yang dirakam untuk ditonton melalui televisyen 3D. Juga dibekalkan dengan aplikasi Auto HDR, Twilight dan Anti-Motion Blur untuk kegunaan merakam imej yang jelas dalam keadaan cahaya yang samar-samar atau malap.

Aplikasi tersebut juga turut membantu mengurangkan masalah imej kabur akibat getaran tangan ketika merakam gambar. NEX-C3 turut didatangkan bersama bateri baru yang lebih berkuasa serta tahan lama. Hampir 400 imej mampu dirakam secara berterusan yang mana bertahan lebih 20 peratus berbanding siri model lama iaitu NEX-5 dan NEX-3. Turut dipertaruhkan siri lensa tapak 'E' iaitu SEL30M35 yang didakwa lensa makro paling ringan di dunia iaitu hanya seberat 138 g sahaja. Lensa 30 milimeter bersama aperture F3.5 dan kadar pembesaran 1: 1, berkebolehan  merakam objek mikro 2.4 sm untuk merakam imej dari jarak dekat seperti serangga atau bunga-bungaan dan sebagainya.

Pembeli NEX-C3 juga boleh mendapatkan flash terbaru iaitu HVL-F20S yang mana menggunakan kuasa sepenuhnya daripada kamera dan secara tak langsung bateri tambahan tidak diperlukan. Untuk maklumat lanjut sila layari www.sony.com.my.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...