Tolong Klik Iklan Ni

Selasa, 17 Disember 2013

Gambar2 Di SAT Terengganu

Tatapi beberapa gambar2 himpunan ahli2 kelab Proton Exora iaitu  EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT dari pelusuk tanah air yang berhimpun di Terengganu pada 7 - 9 Disember 2013 sempena SAMBUTAN AKHIR TAHUN (SAT)

Ahad, 15 Disember 2013

SAT At Youtube

https://www.youtube.com/watch?v=3C--KQZG73c&feature=youtube_gdata_player

Sabtu, 14 Disember 2013

Teks Ucapan Makan Malam Sambutan Akhir Tahun EOCM

Bismillahiraamaniraahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabaratuh
Salam sejahtera dan salam 1Terengganu 1Malaysia

Terimakasih kepada pengacara majlis yg memberi peluang saya utk berdiri dihadapan tetamu2 yang dikasihi dan dihormati sekalian

Terimakasih yg tak hingga kepada tetamu kehormat yang sudi meluangkan masa pada majlis Makan Malam sempena SAMBUTAN AKHIR TAHUN (SAT) EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT (EOCM) iaitu:

En Roslan bin Mohamad - selaku Pengarah Urusan Maxoil Terengganu

En Mazuki bin Husin - selaku Pengurus Besar Primula Beach Hotel

Encik Ridzwan Tawil - selaku Pengarah Urusan Terengganu Equestrian Resort

Wakil  - Trafik Ibu Pejabat Kontijen

Wakil Sinar Harian

Dan tak lupa juga kepada Presiden kita merangkap Penasihat SAT En Shazli bin Ibrahim, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi EOCM, Penasihat EOCM Datuk Shaiful Nizam bin Datuk Abdul Hamid, sahabat2, penaja2 dan rakan media yang hadir menyerikan malam yang penuh bermakna ini.

Syukur kehadrat Allah kerana memberi kesempatan kepada kita utk berkumpul dan beriadah bersama famili yg besar pada majlis makan malam dan beberapa aktiviti yg telah disusun seperti acara pertandingan EXORA KEMAHH yang telahpun berlangsung pada petang siang tadi, Fundrive pada keesokannya dan sukaneka yang telah disusun bersesuaian dengan motto PROUD TOGETHER

Saya selaku Pengerusi SAT mengucap ribuan terimakasih kepada AJK SAT terutamanya EOCM Terengganu atau lebih dikenali BEKENG KOMUNITI dibawah kepimpinan saudara En Ahmad Badri bin Hashim selaku Ketua Negeri dan juga merangkap Pengarah Projek SAT dan juga crew2 terlibat yg bertungkus lumus bagi menjaya dan menyempurnakan program seumpama ini

Pada majlis makan malam ini, kami sebagai tuanrumah dengan kerjasama PRIMULA BEACH HOTEL akan memberi sebaik mungkin persembahan dari segi layanan sesuai dgn NEGERI CANTIK BUDAYA MENARIK tetapi sekiranya ada beberapa kekurangan tanpa disedari oleh kami, kami menyusun sepuluh jari jemari memohon ampun mentelaah pula sebahagian besar dikalangan kami masih baru utk menjadikan SAT ini terlalu sempurna dimata dan dihati kita

Utk makluman para hadirin, program yang direalisasikan ini merupakan program tahunan dalaman EOCM yang diadakan pada penghujung tahun yg mana untuk pertamakalinya dilangsungkan selama 3 hari 2 malam

Kenapa dipilih 3 hari 2 malam? Ini kerana ianya memberi peluang  utk rakan2 kita mendapat rehat secukupnya dan merupakan satu program REKREASI KELAB SAMBIL MELANCUNG dan ianya juga amat bersesuaian sempena TAHUN MELAWAT TERENGGANU 2013 meskipun dipenghujung tahun...walaubagaimanapun kesannya akan berterusan kerana adanya TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014 tak sampai beberapa minggu lagi

Para hadirin yang di hormati sekalian,

Pada kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah kepada semua peserta SAT dari segenap pelusuk negeri yang telah berjaya sampai ke sini semata-mata untuk menunjukkan bahawa ikatan silatulrahim tiada batas dan penghujungnya walaupun ada halangan pada musim tengkujuh ini yang mana beberapa kawasan dinegeri2 yang terlibat menghadapi bencana banjir. Jutaan terima  kepada semua warga EOCM yang sudi hadir terutamanya isteri dan anak-anak yang tetap setia dan sehati sejiwa dalam memacu setiap aktiviti yang telah dilaksanakan. Perhimpunan serta pertemuan ini boleh dijadikan landasan untuk mengukuhkan lagi ukhwah perpaduan dan keharmonian dan selaras dengan ini ia bertepatan dengan salah satu objektif penubuhan EOCM

Saya amat menghargai pengorbanan dan penglibatan semua bagi memastikan SAT tetap berlangsung dengan jayanya dan secara tak langsung menjadi EOCM sebuah kelab permotoran yg dipandang masyarakat terutamanya kepada pemilik2 Proton Exora di Malaysia amnya dan di Terengganu khasnya

Disini saya juga ingin mengambil peluang merakam ucapan terimakasih yg tak terhingga kepada sahabat kita yg sanggup datang menyeberangi lautan membelahi awan iaitu saudara Jamali Mahran bersama famili dari Sarawak, walaupun Exora beliau terpaksa ditinggalkan tetapi beliau bersanggupan menyewa Exora utk sehari semalam bagi menyertai Fundrive pada esoknya. Berikan tepukan atas semangat beliau. Tahniah!

Akhir kata penamat bicara, sekali lagi saya dan ajk2 SAT menyusun menyusun jari mohon kemaafan andainya ada terkhilaf bahasa terbelit lidah terkurang khidmat terlanjur budibicara

Dengan ini saya sudahi wabilahi taufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Sekian. Terimakasih.

Isnin, 4 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Salam Maal Hijrah 1 Muharam 1435 Hijrah
Semoga perjalanan kita sebagai hambaNya terus diredhai didunia ini demi mencari bekalan yang kekal diakhirat

Salam Awal Muharam dari Sisi Kizz Kazz

Khamis, 10 Oktober 2013

SAT EOCMotorsport




SAT atau nama penuhnya SAMBUTAN AKHIR TAHUN untuk julung kalinya akan dilangsung pada 7,8,9 Disember 2013  anjuran EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT (EOCM @ EOCMotorsport) yang mana Terengganu telah dipilih sebagai tuanrumah event tahunan terbesar tersebut.
Untuk pertamakalinya, SAT telah ditetapkan berlangsung selama 3 hari 2 malam (3H2M) untuk mencipta satu kelainan iaitu sebuah percutian dalan event yang mampu memberi kepuasan yang maksimun kepada ahli-ahli kelab yang menyertainya.
Dianggarkan 200 buah Proton Exora akan mengambil bahagian dalam SAT pada Disember nanti yang akan memberi input tentang kehadiran sebuah kelab yang berasaskan MPV keluaran dan buatan Malaysia sepenuhnya.
Dalam beberapa perbincangan dengan pihak pengurusan hotel, akhir Primula Beach Hotel telah dipilih sebagai lokasi penginapan rasmi ahli-ahli bersama keluarga masing-masing selama tempoh tersebut. Beberapa tentatif program telah dirancangkan bagi memenuhi selama tempoh event tersebut.

Muaturun Borang Penyertaan;

http://eocmotorsport.com/sat2013.html


Rabu, 4 September 2013

Batikhat

Batikhat adalah merupakan salah satu produk baru yang tercetus dari penganjuran International Islamic Arts Festival (TTIAF) di Taman Tanadun Islam. Ia mula diperkenalkan secara experimentasi pada Inspirasi Seni Khat 2011 dan ia dikembangkan lagi semasa penganjuran TTIAF 2012. Bagi menguji kefahaman masyarakat tentang Batikhat, satu pertandingan merekacipta produk berasaskan medium tersebut akan diadakan sempena TTIAF 2013.
Diharap pertabdingan ini dapat memberi petunjuk keoada semua masyarakat bahawa batik yang tradusinya berasal dari Terengganu boleh dikembangkan menjadi bahan yang mampu dipersembahkan ke peringkat antarabangsa dengan penambahbaikan dalam kaedah penyediaan bahan itu sendiri. Ini adalah peluang keoada pengusaha batik, pereka fesyen, penggiat seni dan pelajar-pelajar dari aliran seni untuk menroka idea baru dalam industri batik.
Syarat Pertandingan:
1. Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun keatas
2. Peserta hanya dibenarkan menghantar SATU penyertaan sahaja
3. Peserta mestilah mengemukakan rekaan fabrik yang kemudiannya dibentuk menjadi aksesori lelaki  iaitu  Tali leher/Tie dan Selendang/Shawl bagi aksesori wanita (satu set untuk satu penyertaan)
4. Mestilah dibuat gabungan motif batik dan khat
5. Semua rekaan fabrik yang dikemukakan mesti dihasil menggunakan kaedah pembuatan batik yang ditetapkan samada menggunakan canting atau blok tangan
6. Semua penyertaan hendaklah dihasil sendiri oleh peserta yang mengambil bahagian
7. Aksesori yang telah siap mesti dipamerkan didalam kotak pameran yang berukuran 16" X 23" sebelum dihantarkan kepada secretariat pertandingan
8. Pemarkahan awal akan dibuat berdasarkan kreativiti penciptaan batikhat pada produk (tali leher/selendang) dan cara persembahan kota pameran
9. 20 rekaan terbaik akan dipilih untuk pemarkahan peringkat kedua yang akan meneliti secara lengkat batikhat yang direkacipta
10. Keputusan pengadil adalah muktamad
Yuran Pendaftaran Batikhat
Yuran pendaftaran sebanyak RM10.00 hendaklah dibayar oleh peserta dengan cek, draf bank atau perintah juruwang semasa mengemukakan penyertaan. Bayaran hendaklah ditulis atas nama TTI Management Sdn.Bhd.
Sila hantar penyertaan pada atau sebelum 16/11/2013 ke alamat:
Secretariat Terengganu Islamic Arts Festival 2013
Taman Tamadun Islam
Pulau Wan Man
Losong Panglima Perang
21000 Kuala Terengganu
Terengganu

Borang penyertaan boleh dimuatturun di:
http://tiiaf.tti.com.my




Isnin, 2 September 2013

Video Promo 1E1K1M

https://www.youtube.com/watch?v=XsFi4KLPJs4&feature=youtube_gdata_player

Jumaat, 30 Ogos 2013

Salam Kemerdekaan Ke 56

Salam Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 56

MALAYSIA KU BERDAULAT
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Tahun ni berasa macam meriah skit pasal kat Proton Exora kesayangan tertampal sekeping Jalur Gemilang.

Heheee...bukan aku tak pernah letak Jalur Gemilang kat kereta tapi kali ni first time letak saiz yang besar habis tutup bonnet. Sebelum pakai yang pacak kat cermin depan jer. Saje jer nak bagi gempak skit.

Tapi sayang...sejak beberapa tahun kebelakangan ni...bilangan kenderaan yang mengibarkan Jalur Gemilang semakin berkurangan dan dah tak semeriah dulu-dulu. Takpe lah...tiada paksaan pun samada nak letak Jalur Gemilang dikenderaan masing-masing. Tapi ada jugak orang kata...semangat kemerdekaan tak semestinya kita kena kibarkan Jalur Gemilang dikenderaan yang penting hati kita. Hurmmm...pendapat masing-masing lah!

Oklah...tak perlu berkata apa-apa lagi yo...cau dulu deh.

MERDEKA!

MERDEKA!!

MERDEKA!!!

Jumaat, 23 Ogos 2013

Flyer Dan Borang Penyertaan H1E1K1M

Flyer dan contoh borang penyertaan untuk ahli-ahli berdaftar EOCMotorsport dan bukan ahli berdaftar yang berminat untuk mencatat sejarah Himpunan 1Exora 1Keluarga 1Malaysia (sila refer entri yang sebelumnya).

Untuk muaturun borang penyertaan sila klik:
http://www48.zippyshare.com/v/39207204/file.html

Khamis, 22 Ogos 2013

Pameran Air Tangan

Lembaga Muzium Negeri Terenggnu (LMNT) buat julung kalinya kini mengadakan Pameran Air Tangan Koleksi Pemenang Citra Terengganu 2005 - 2013 yang dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Ahmad bin Said, Menteri Terengganu pada 22 Jun 2013 di Dewan Batu Bersurat Muzium Negeri. Perasmian pameran tersebut dilangsungkan bersekali dengan majlis jamuan hari raya anjuran Muzium Negeri Terengganu.
Koleksi lukisan-lukisan yang menjadi milik LMNT merupakan hasil karya  pelukis-pelukis yang menyertai pertandingan Citra Terengganu dan memenangi tempat terbaik pertandingan tersebut yang telah diada sejak tahun 2005 sehingga 2013. Pertandingan yang telah dianjurkan itu bertemakan citra Negeri Terengganu yang berpaksikan pada budaya, sejarah, alam sekitar Negeri Terengganu itu sendiri.
Kepada pelukis-pelukis dan peminat-peminat senilukis tanahair, bolehlah berkunjung ke pameran tersebut yang sedang berlangsung dari 22 Ogos - 21 Oktober 2013, Foyer Muzium, Negeri Terengganu. Nikmatilah dari kacamata anda karya-karya lukisan yang dipamerkan.

Isnin, 19 Ogos 2013

Himpunan 1Exora 1Keluarga 1Malaysia

Satu program iaitu Himpunan 1Exora 1Keluarga 1Malaysia akan berlangsung pada 15 September 2013 anjuran EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT (EOCM) dengan kerjasama Sepang International Circuit dan Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Manakala sekretariatnya oleh Ganazzz Region Community iaitu salah satu jajahan Selangor/Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (SL/WP).
Program tersebut adalah bertujuan menghimpunkan seberapa banyak yang mungkin Proton Exora untuk mencatat rekod Malaysia Book Of Record (MBOR) yang julung-julung kali diadakan dalam mengikhtirafkan sebuah kenderaan MPV buatan Malaysia sepenuhnya.
Penyertaan adalah terbuka kepada pemilik-pemilik Proton Exora diseluruh negara dengan bayaran pendaftaran awal hanya RM30/Exora.
1- Peserta akan mendapat sijil penyertaan, t-shirt, pelekat kereta dan pas penyertaan.
2- Cenderahati.
3- Masuk percuma di SIC Main Grandstand ke Malaysia Super Siries.
4- Terdapat gerai-gerai untuk dikunjungi.
5- Setiap RM1 akan akan disumbangkan ke Rumah Jagaan Otrang Tua Al Ikhlas.
Tentatif Program:
09.30am - Ketibaan peserta dan pendaftaran
11.00 - Himpunan Proton Exora Terbesar Malaysia
12.00 - Sesi penilaian MBOR
           - Sesi suaikenal
           - Sesi fotografi
Borang pendaftaran boleh dimuatturun di:
http://www48.zippyshare.com/v/39207204/file.html
Bayaran pendaftaran penyertaan boleh dibayar atas akaun:
CIMB - 124200026056 -
Exora Owners' Club Motorsport


Jawatankuasa Pendaftaran:
* Encik Imran Effendi bin Taufik Effandi
- 0193149240

* Puan Aidatul Marina bt Abdul Ghani
- 0193457910

* Mohd Fariz bin Abd Kadir
- 0126202179

** RM40 untuk penyertaan 'Drive-in'
** Sila hubungi Jawatankuasa Pendaftaran jika pembayaran telah dibuat untuk pengesahan atau sebarang pertanyaan

Isnin, 5 Ogos 2013

Salam Aidilfitri 1434H

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera kepada pengikut-pengikut dan pengunjung-pengunjung Sisi Kizz Kazz yang tak jemu-jemu datang berkunjung setiap masa.

Dikesempatan ini,aku ingin mengucapkan ribuan terimakasih yang tak hingga atas sokongan anda...tiada anda tiadalah Sisi Kizz Kazz di alam maya ini.

Bersempena Syawal yang akan menjelang tak sampai beberapahari lagi, aku mengambil kesempatan memohon ampun seandainya ada salah dan dosa disepanjang penulisan blog ini, jika ada bait-bait ayat yang meruntum jiwa menganggu rasa dan sebagainya, aku mohon maaf zahir dan batin dari hujung rambut hingga kehujung ibu jari kaki.

Kepada perantau yang pulang berhari dikampung halaman berhati-hati dijalanraya ketika memandu dimusim perayaan ini. Semasa perjalanan pulang, sekiranya terasa mengantuk silalah berhenti seketika dimana-mana hentian rehat atau di stesen-stesen petrol. Rancanglah perjalanan mengikut kesesuaian masa supaya tidak tergopoh-gapah mengejar sesuatu yang kelak bakal menyedihkan keluarga kita.

Satu Syawal Menjelang Tiba
Takbir Bergema Mengetarkan Jiwa
Seandainya Ada Salah Dan Dosa
Ampun Dipinta Dihari Mulia

Salam Aidilfitri 1434H
Maaf Zahir Dan Batin

Jumaat, 2 Ogos 2013

Jumaat Terakhir

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Hari ini Jumaat 2 Ogos 2013 bersamaan 24 Ramadhan 1434H adalah Jumaat iaitu penghulu segala hari yang terakhir dibulan Ramadhan yang mulia ini.

Bermakna tak sampai beberaoa hari lagi hari kemenangan akan menjengah kita.

Salam Jumaat terakhir Ramadhan 1434H

Selasa, 30 Julai 2013

Tahun Demi Tahun

Biarkan ia berlalu tanpa disedari
Namun bukan sengaja melupakan
Tarikh keramat yang sentiasa berganjak
Tahun demi tahun...

Cuma aku ingin meniti
Dalam getaran sebuah memori
Perlahan demi perlahan menyusur
Mengutip sisa-sisa hidup...

Sekian kalinya aku tetap bersyukur
Dengan kurniaan rahmatNya
Dan hendaknya aku tak keghairahan
Melangkah jalan-jalan yang samar...

Kebahagiaan datang bukannya sekelip
Kesedihan yang pilu bagai terpalu
Namun kekuatan rohani yang terdaya
Memberi rasa sebuah kehidupan yang panjang

Nukilan Rasa Sempena Ulangtahun Kelahiranku:
30 Julai 2013 bersamaan 21 Ramadhan 1434H

Published with Blogger-droid v2.0.10

Khamis, 11 Julai 2013

Update Via Bloggerdroid

ECubaan mengupdate entri guna Bloggerdroid. Sebelum beberapa kali update dengan menggunakan Blogger for Android yang dikira agak memudahkan kerja-kerja menulis blog walau dimana-mana berada sekiranya datang idea untuk menulis apa yang terlintas difikiran.

Bagaimanapun, dengan Blogger for Android, kekurangannya adalah tak boleh tebalkan font seperti mana font diparagraf atas tu...ermmm lira menarik jugaklah guna Bloggerdroid nih.

Kalau korang tengok entri yang terbaru aku tulis sejak kebelakangan ni, aku menggunakan Samsung Tab 10.1 jer dan ini secara tak langsung aku boleh menulis dimana-mana sahaja...kiranya Blogger on the go atau mobile blogger...heheee

Walaupun mengguna tab 10.1 yang aku sukar nak guna kedua-dua belah tangan (jari) untuk menaip font, aku tetap menulis ayat-ayat penuh...yelah, aku nih tak suka tulis ayat ringkas macam taip sms tu...hehehhh...bukan apa...macam rasa tak seronok jer kalau tulis ayat ala-ala sms atau stail ayat kat facebook...ringkas tapi pening nak memahami!

Biarlah lambat sikit pun duk tekan dengan satu jari telunjuk kat keyboard maya nih tapi hati aku cukup puas bila menulis dengan ayat-ayat penuh macam menulis entri blog guna laptop.

Ok, aku tak sedar, sekarang dah jam 3.21 pagi...jam 4.30 lebih kurang nak bersahur pulak dah so aku stop lah dulu...huhuuu

Selamat bersahur kepada yang sedang bersahur pada ketika ni heheee. Aku sekeluarga akan bersahur lewat sikit sebab sebaik-baik sahur, melewatkan sahur adalah lebih afdhal dan segeralah berbuka apabila sampai waktu berbuka. Ok bye...see u'alls next entry!! :)












Published with Blogger-droid v2.0.10

Rabu, 10 Julai 2013

Bazaar Ramadhan Chabang Tiga

Hari ni 10 Julai 2013 bersamaan 1 Ramadhan 1434 bermulalah Bazaar Ramadhan diseluruh negara untuk kemudahan orangramai mendapatkan juadah berbuka puasa disamping memberi peluang kepada peniaga-peniaga menambahkan pendapatan.

Pelbagai juadah yang disediakan untuk pilihan dengan harga yang berpatutan (walaupun ada jugak harga yang agak terlampau). Apa-apa pun pilihan ditangan kita!

p/s: Update dari lokasi kejadian

Bersahur

Sabda Rasulullah S.A.W
''Bersahurlah, sessungguhnya hanya pada sahur itu ada keberkatannya'' (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, tepat jam 4.30am fajar yang sejuk dingin 1 Ramadhan 1434H bersamaan 10 Julai 2013, aku sekeluarga selamat menunaikan amalan bersahur untuk bekalan menahan lapar dan dahaga pada waktu siangnya

Seperti kebiasaan tahun-tahun yang lepas, hidangan bersahur simple-simple jer. Sekadar nasik berlauk gulai daging, udang masak merah dan sebijik kurma juga 2 bijik telur separuh masak untuk menambah tenaga. Aku seperti biasa sejak 2 tahun kebelakangan ni, terpaksalah menelan ubat menahan gastrik...heheee. Kalau tak makan ubat gastrik, keesokkannya mesti perut buat hal jadi penyelesaiannya kenalah telan sebijik ubat gastrik.

Dan untuk pertamakalinya, selepas bersahur aku tak merokok lagi tapi menghisap e-cig (vapor)...hehehh.

Selamat bersahur kepada pembaca-pembaca blog Sisi Kizz Kazz.

Isnin, 8 Julai 2013

1 Ramadhan 1434

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Syed Danial Syed Ahmad telah mengisytihar tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu 10 Julai 2013.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA AL MUBARAK, BULAN YANG PENUH KEBERKATAN dari Sisi Kizz Kazz.

Ahad, 7 Julai 2013

EOCMotorsport TERENGGANU

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T, akhirnya 'EOCMotorsport TERENGGANU' berjaya mengadakan TT untuk pertamakalinya di bumi Terengganu pada malam Jumaat 4 Julai 2013 yang bertempat dilokasi Dataran Shahbandar dikawasan parking kereta skrin besar.

Pada malam kejadian itu jugak, satu jawatankuasa dibentuk untuk mengawalselia pelbagai aktiviti permotoran kelab tersebut di Terengganu.

Walaupun EOCMotorsport TERENGGANU bermula dalam bilangan ahli-ahli yang kecil ketika ini, insya Allah hari demi hari bilangan ahli akan bertambah dari masa ke semasa dengan sokongan dari rakan-rakan EOCMotorsport seluruh negara

PROUD TOGETHER!!

Ahad, 23 Jun 2013

Polish Kereta Cara Murah

Macamana nak polish kereta cara murah dah mudah? Ada ke cara murah...setau aku kos mempolishkan sebuah kereta makan berpuluh-puluh RM gak kan? Jadi kalau korang nak berjimat atau duit upah polish kat carwash korang beli benda yang lebih penting lagi...contohnys korang nak beli sebijik Samsung S4 la atau apa-apalah korang nak beli...hahaaa

Apa tujuan korang polish kereta...haaa mesti la untuk kereta korang nampak berkilat disamping kesan air hujan tak melekat kat body kereta kesayangan korang dan kereta pun takla nampak comot dengan kesan debu dan kesan percikan air tepi jalan.

Rahsianya mudah jer! Gunakan PELEMBUT PAKAIAN..ye diulangi...pelembut pakaian yang korang biasa guna bila membasuh kain tu.

Tanpa buang masa lagi...jom ikut langkah-langkah mudah dan murah ni demi perjimatan duit korang.

1. Cuci kereta dengan bersih-bersih...seperti biasa la korang basuh kereta kemudian bilas.

2. Isikan separuh baldi air kemudian campurkan sepenuh penutup pelembut pakaian.

3. Larutan tadi korang bolehlah lap dengan kain atau disembur dengan pam semburan jika ada kat seluruh body termasuk cermin kereta.

4. Selepas selesai...biarkan larutan tu sekejap tertempek kat body kereta...masa tu la korang dapat tengok larutan tu akan berbintik-bintik dan mengalir jatuh bersama bahan kotoran yang tak diingini.

5. Langkah terakhir jangan biarkan air tu kering dengan sendiri...ambiklah kain lembab kemudian korang lap body kereta sehingga kering

Kebaikan penggunaan larutan pelembut pakaian atau softner...kereta korang tak akan berkarat kerana kebiasaannya softner ni selalu dipakai kat mesin basuh...korang tengok tab mesin basuh korang berkarat tak? Heheee

Selain tu...softner juga boleh diisikan kedalam tangki pemancut cecair cermin depan kereta sebagai altenatif cecair cermin yang korsng biasa letak kat tangki pemancut.

Cubalah...belum cuba belum tahu....

Jumaat, 21 Jun 2013

Vapor

Vapor atau wap terhasil dari rokok elektrik yang mana satu proses pembakaran sistem yang terdapat pada rokok elektrik tersebut.
Menghisap rokok elektrik merupakan salah satu cara perokok tegar keluar ketagihan merokok. 
Kebiasaanya perokok-perokok tegar mampu merokok lebih kurang 2 bungkus sehari. Sebungkus rokok hari ini berharga 
RM10.50 selepas kerajaan menaikkan cukai rokok yg kenaikannya saban tahunnya sebagai salah cara untuk membendungkan bakal-bakal perokok menghisap rokok. 
Telah diketahui umum, kandungan didalam mengandungi 4000 bahan yang membahayakan kesihatan para perokok dan turut memberi kesan secara tak langsung kepada bukan perokok. Contoh terdekat misalnya dikalangan keluarga perokok sendiri iaitu isteri dan anak-anak dan orang disekeliling perokok.


Berdasarkan pengalaman aku sendiri dalam beberapa tahun merokok, bukan sesuatu yang mudah untuk keluar dari ketagihan rokok. Aku pernah cuba berhenti merokok tapi dapat bertahan hanya setahun lebih jer. 
Bukan mudah sebenarnya untuk berhenti merokok kalau dalam tubuh kita masih ada lagi kesan nikotin/tar yang telah sebati dalam sistem tubuh kita. Lebih-lebih lagi dikalangan rakan-rakan kita samada rakan sekerja mahupun rakan bersantai masih lagi merokok menyebabkan kita kembali merokok. 
Bagaimana tak terjebak kembali kalau 'keharuman' asap tembakau mampu merangsang kita kembali merokok.


Mulai penghujung tahun 2012 err kalau tak silap bulan November, aku mulai mengenali apa itu rokok elekterik atau e-cig 
(electronic cigarette) atau lebih mudah disebut 
P

(
personal vape
) ataupun 
M
O
D iaitu merujuk kepada 'mechanical mod'
Pada masa itu aku membeli e-cig pek permulaan yang berharga R
M170
(
Ego
V
)
Sempat pakai 3 bulan kalau tak silap, aku beralih pula kepada e-cig yang lebih power lagi demi lebih kepuasan iaitu model 
Lambo mini yang boleh diadjust volt (variable volttage
) dengan menggunakan bateri yang dicharge berasingan dengan pengecaj yang dipakej sekali. Kini aku menggunakan pula pv yang lebih berkuasa iaitu jenana Vamo disamping mod berbentuk kotak yang di 
DI
Y oleh rakan seangkatan...heheeee......


Pada 2 bulan pertama bervapor, aku masih vaping sambil disulam sebatang dua rokok dan beransur-ansur mengurangkannya dari sebungkus sehari ke sebungkus 3 hari. Disitu secara tak langsung aku dah dapat menjimatkan sedikit wang disamping dapat memberi rasa lebih baik pada kesihatan diri sendiri. 
Kalau dulu-dulu aku naik tangga bangunan dari groundfloor untuk ketingkat 2 (jika tak gunakan lift
), mesti semput tapi sejak bervaping aku rasa lebih cergas...macam zaman muda-muda dahulu ksla...hehehehh



Bagaimanapun, e-cig turut terpalit dengan beberapa isu dari pelbagai keadaan yang mana kerajaan pernah ingin mengambil tindakan untuk menyekatkan perjualan e-cig atas alasan merbahayakan kesihatan sepertimana merokok biasa. Terdapat beberapa kajian yang dijalan mengenai e-cig diluar negara mengenai pro dan kontra dan ada juga juga kajian bahawa e-cig lebih baik daripada seseorang yang merokok - 
Sila rujuk mengenai kebaikan dan keburukan e-cig dilain-lain laman web yang banyak membicarakan mengenai e-cig ini samada laman web dalam negara atau luar negara.


Apa-apa pun, aku telah berjaya 99.999 persen keluar dari merokok
! Vape on
!!


p/s: 
Kali kedua akan menulis dengan menggunakan Samsung 
Tab 10.1....fuhhhh penat touchscreen keyboard tab....huhuuu...kalau ada mana-mana dalam frasa penulisan aku melalui mobile blogger ni...mohon maaf la yek...lebih mudah berblog kalau guna lappy dari tab nih...hehehhh...!


Ok bye...c u all again jika minda masih kekal fresh dengan idea terbaharu dalam dunia berblog ni...hohooo

Ahad, 14 April 2013

Exo Ku Terluka

Gara-gara Vamo (sejenis rokok elektrik) tertinggal kat kedai masa vapemeet malam kelmarin...Exo aku tercedera terlanggar tiang pagar besi time mengundur nak berpatah balik ke kedai tersebut...alahaiiii agak dalam gak luka kat body Exo aku...

Berderau gak darah tengok kelukaan kat tepi bahagian belakang sebelah kanan body Exo...selama ni kemain aku berhati-hati bawak Exo...luka skit-skit tu biasa la tapi kali agak teruk gak la...adoiiii


Mau gak RM200+ untuk kos ketuk body + simen...tu belum masuk kos cat silver lagi tu (cat matelik - eh betul tak aku tulis nih)....haaaa mana mau cari duit woooo...!

p/s: Malas nak tulis pepanjang...tengah blur wehh....!!

Khamis, 28 Mac 2013

Pertandingan Melukis Citra Terengganu 2013


Assalamualaikum.
Kepada pelukis-pelukis Terengganu khasnya dan dari seluruh Malaysia amnya, Lembaga Muzium Negeri Terengganu sekali menganjurkan pertandingan Citra Terengganu 2013 yang akan berlangsung selamat 3 hari berturut-turut pada 29 Jun - 1 Julai 2013 bagi kategori I (spontan) diperkarangan Muzium Negeri Terengganu pada tarikh tersebut.

Manakala bagi kategori II (karya siap) bermula pada 27 Jan - 16 Jun 2013. Tema lukisan bagi pertandingan Citra Terengganu pada tahun 2013 ialah; Potret Terengganu - Peristiwa atau aktiviti yang menjadi ikon perlancungan negeri Terengganu.

Kepada pelukis-pelukis yang berminat menyertai pertandingan tersebut, bolehlah muaturun borang penyertaan di; http://museum.terengganu.gov.my atau boleh datang sendiri untuk mengambil borang di Urusetia pertandingan Citra Terengganu di Muzium Negeri Terengganu.




Sabtu, 23 Mac 2013

First Time Guna Tab!

Assalamualaikum
Lama dah tak update entri terbaru blog "Sisi Kizz Kazz" nih...sejak 2 menjak tenet ada masalah problem...hehehh

Untuk first time aku cuba update entri via tab...hahahaaa. Terkial-kial gak la nak taip menaip guna tab nih. Selama ni aku update entri gua laptop buruk dan senang nak tekan picit keyboard laptop tapi untuk first time ni terpaksa la tekan keyboard maya tab....hahahaaa

Boleh la...belajar-belajar biasakan diri guna tab walaupon agak sukar gak. Errrr diulang....nih first time taip menaip guna tab...Samsung Galaxy Tab 10.1! Ok baiiii....choww!

p/s: Terbitan entri ni sekadar percubaan update via Samsung Galaxy Tab 10.1. Harap maklum...hehehhh

Khamis, 14 Februari 2013

Terengganu Pro Asia Cycling Team


Pasukan lumba berbasikal Terengganu, Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) buat julung kalinya akan bergantung sepenuhnya pada pelumba berbasikal tempatan dan semua pelumba-pelumba berbasikal tersebut merupakan anak negeri Terengganu untuk cabaran kayuhan pada Le Tour de Langkawi yang bermula 21 Feb - 2 Mac 2013 ini.

Majlis pengenalan pelumba-pelumba berbasikal TSG telah berlangsung di Pantai Batu Burok 13 Feb malam semalam. Antara pelumba-pelumba tempatan tersebut yang akan mewakili TSG ialah, Mohammad Saufi Mat Senan, Mohd Nor Umardi Rosdi, Nor Amirull Fakhruddin Mazuki, Mohd Zamri Salleh, Mohd Shahrul Mat Amin, Mohd Harrif  Salleh dan Mohd Saiful Anuar Aziz.

Diharap pelumba-pelumba tersebut mampu merentasi cabaran dan menaiki podium seterus melonjak TSG sebagai juara keseluruhan LTdL atau sekurang menjuarai dalam kategori Asia. In Shaa Allah

Khamis, 7 Februari 2013

Kalendar Aktiviti 2013 Muzium Negeri Terengganu

Bersesuaian dengan Tahun Melawat Terengganu 2013, Muzium Negeri Terengganu sedang dan akan menganjurkan beberapa pameran, pertandingan dan seminar sebagai pengisian dalam kalendar aktiviti 2013. Salah satunya adalah pertandingan Citra Terengganu 2013 yang akan diadkan pada bulan Jun/Julai nanti.

Berikut beberapa acara/aktiviti; (Sila rujuk kelendar aktiviti dibawah)


Khamis, 31 Januari 2013

Negeri Cantik Budaya Menarik

Keratan Sinar Harian
Sumber Lengkap 

Memang tak dapat disangkal dengan pendapat kolumnis akhbar Sinar Harian tersebut. Kalau kat pantai terutama Pantai Batu Burok mahupun Pantai Teluk Ketapang yang menjadi tumpuan pengunjung dalam dan luar negeri dihujung minggu. Sampah sarap seperti plastik pembungkus, gelas plastik pasti bertaburan merata-rata sedangkan pihak berkuasa telah sediakan tong-tong sampah yang mencukupi.

Kepada pengunjung-pengunjung terutama penduduk Terengganu, jagalah lokasi tersebut dari sampah sarap yang mencacatkan pandangan lebih-lebih lagi Terengganu sekarang ni mengadakan Tahun Melawat Terengganu 2013.


Rabu, 23 Januari 2013

Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah/2013


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Salam maulid kepada pembaca dan sahabat Sisi Kizz Kazz yang beragama Islam
Marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Sabda Baginda S.A.W. yang bermaksud:- ''Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, maka
Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya
dan mengangkatnya 10 kali darjat''

Khamis, 17 Januari 2013

Le Tour de Langkawi 2013


Terengganu akan terus menaja sukan lumba basikal berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke 18 yang bermula pada 21 Februari ini setelah pertamakali melakunya pada tahun 2012. Penajaan perlumbaan berbasikal kali ini amat bertepatan dengan Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013) yang berupaya mempromosi Terengganu kepada pelancung dari luar negara melalui liputan media antarabangsa dari petugas-petugas media 70 buah negara yang terbabit dalam LTdL 2013.


Sebagai tuanrumah dan penaja, 3 lokasi penamat telah dipilih iaitu Dungun, Kuala Berang dan Kuala Terengganu dalam menghangat lagi siri perlumbaan berbasikal LTdL 2013.


Kepada peminat-peminat sukan lumba berbasikal, jom sama-samalah kita turut menyaksikan kehangatan LTdL 2013 dilokasi laluan, permulaan dan penamat yang terpilih.

Ahad, 13 Januari 2013

Kenali Loghat Terengganu


Sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013), buku Kenali Loghat Terengganu telah dilancarkan malam tadi di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu. Buku berkenaan yang menghimpunkan loghat Terengganu diharap mampu membantu orang luar untuk lebih mengenali budaya berbahasa masyarakat negeri Terengganu.


Buku tersebut ditulis oleh Tuan Sharif Tuan Putera, Presiden Persatuan Sasterawan Terengganu (Pelita). Ia diterbitkan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumber Lengkap

Sabtu, 12 Januari 2013

Di Sekitar Perlancaran Exora Bold CFE Standard

Pada hari ini, ahli-ahli EXOTEC  (Exorian Terengganu Club - PPM-016-11-05122012) mengambil peluang melihat dengan lebih dekat lagi Proton Exora Bold CFE Standard ketika perlancaran rasminya di Indahsari Otomobil Sdn.Bhd, Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu. Untuk makluman, Indahsari Otomobil Sdn.Bhd merupakan rakan kolaborasi EXOTEC dan pernah menaja event GEER 2011.


Selain itu, EXOTEC juga turut mengambil peluang untuk berbincang dan menjalinkan hubungan yang lebih rapat lagi dengan pengurusan Indahsari Otomobil Sdn.Bhd dari beberapa segi yang boleh membawa keuntungan bersama kepada ahli-ahli EXOTEC dan pihak Indahsari Otomobil Sdn.Bhd.

Bersembang diluar showroom sementara menunggu ketibaan ahli-ahli yang lain
.
Jamuan tengahari yang disediakan oleh pihak Indahsari Otomobil

Perbincangan dengan pengurusan Indahsari Otomobil

Photoshot berlatar belakang Proton Exora Bold CFE Standard


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...