Tolong Klik Iklan Ni

Jumaat, 11 November 2011

11.11.11

Assalamualaikum

Kali nih aku nak tulis pasal tarikh menarik nih...11.11.11 (11 November 2011)
Apa yang menarik atau speselnya tarikh yang sesetengah orang duk tertunggu nih...maybe ada sesuatu yang agak spesel pada seseorang atau korang dan termasuk aku jugak mungkin tengok pada tarikh tuh sesuatu yang TERamat istimewa hinggakan ramai pasangan kekasih a.k.a tunang memilih tarikh ni untuk melangsung perkahwinan masing-masing...

Apa hal motif tarikh nih dipilih...ada ke kerana mudah diingati?...Maybe kot...lagi pun mudah sangat nak ingat tarikh 11.11.11 nih...cam anak sedara aku yang duk kat Kuantan tuh pun turut memilih tarikh istimewa untuk melangsungkan perkahwinan pada 11.11.11...(perkahwinan berlangsung di Seremban...tak dapat join coz ada urusan keja yang perlu disettlekan...huhuuuu)...gamaknya senang nak ingat bila time annibesari kot...ye la tu...macam aku nih...susah sangat nak ingat bila annibesari aku dengan moksu...kekadang langsung tak ingat dan berlalu tanpa disedari....huhuuu...acapkali terlepas tarikh ulangtahun perkahwinan aku dengan moksu....

Dikabarkan...tarikh 11.11.11 datang dalam seratus tahun sekali...ye ke?...haish aku bukan la pandai sangat dengan pengiraan takwin nih...belajar tak tinggi...apa yang aku tahu...cukup bulan dapat gaji...hahahahh....apapatahpendanih!...okeh...back to point....biasa-biasa...jangan mengarut!...heheheee

Bagi aku takde apa yang speselnya 11.11.11 nih tapi kekadang terpengaruh jugak la dengan tarikh ni...tapi aku akui tarikh ni memang menarik la untuk dikenang apatah lagi aku pun turut ambik kesempatan post entry pada 11.11.11 nih...hahahahha...cantikkkk!...Sekurang-kurangnya ada makna jugak....betul tak?

Maybe ramai yang akan atau telah melahirkan bayi 11.11.11....perghhh memang cantik...kalo kat Terengganu bayi yang dilahir tu akan berIC 111111-11-****.....hah tu dia...kalo 111111-11-1111 lagi cun....nak ingat pun senang...tak keluarkan IC bila nak tengok no IC kalo nak isi apa-apa borang...tak macam aku ni...kalo nak isi borang ke atau apa saja yang berkenaan dengan sewaktunya mesti keluarkan IC dari dompet...huhuh jenis ingat-ingat lupa...

Lagi menarik 11.11.11 nih...jatuh pada hari Jumaat...penghulu segala hari! Hah tu dia...DAN BAGI AKU...APA YANG SANGAT BERMAKNA ADALAH...POST ENTRY PADA 11.11.11 JAM 1.11 PAGI! DAN SATU LAGI YANG AKAN DIKENANG...TT 11.11.11 DI PULAU WARISAN pada 11.11 malam Jumaat dan akan berlaku diseluruh negara...TT Serentak EOCM Seluruh Negara!


p/s: 11.11.11....tiada apa-apa makna bagi aku...sekadar suka-suka jer...heheheeee

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...