Tolong Klik Iklan Ni

Khamis, 31 Januari 2013

Negeri Cantik Budaya Menarik

Keratan Sinar Harian
Sumber Lengkap 

Memang tak dapat disangkal dengan pendapat kolumnis akhbar Sinar Harian tersebut. Kalau kat pantai terutama Pantai Batu Burok mahupun Pantai Teluk Ketapang yang menjadi tumpuan pengunjung dalam dan luar negeri dihujung minggu. Sampah sarap seperti plastik pembungkus, gelas plastik pasti bertaburan merata-rata sedangkan pihak berkuasa telah sediakan tong-tong sampah yang mencukupi.

Kepada pengunjung-pengunjung terutama penduduk Terengganu, jagalah lokasi tersebut dari sampah sarap yang mencacatkan pandangan lebih-lebih lagi Terengganu sekarang ni mengadakan Tahun Melawat Terengganu 2013.


Rabu, 23 Januari 2013

Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah/2013


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Salam maulid kepada pembaca dan sahabat Sisi Kizz Kazz yang beragama Islam
Marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Sabda Baginda S.A.W. yang bermaksud:- ''Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, maka
Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya
dan mengangkatnya 10 kali darjat''

Khamis, 17 Januari 2013

Le Tour de Langkawi 2013


Terengganu akan terus menaja sukan lumba basikal berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke 18 yang bermula pada 21 Februari ini setelah pertamakali melakunya pada tahun 2012. Penajaan perlumbaan berbasikal kali ini amat bertepatan dengan Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013) yang berupaya mempromosi Terengganu kepada pelancung dari luar negara melalui liputan media antarabangsa dari petugas-petugas media 70 buah negara yang terbabit dalam LTdL 2013.


Sebagai tuanrumah dan penaja, 3 lokasi penamat telah dipilih iaitu Dungun, Kuala Berang dan Kuala Terengganu dalam menghangat lagi siri perlumbaan berbasikal LTdL 2013.


Kepada peminat-peminat sukan lumba berbasikal, jom sama-samalah kita turut menyaksikan kehangatan LTdL 2013 dilokasi laluan, permulaan dan penamat yang terpilih.

Ahad, 13 Januari 2013

Kenali Loghat Terengganu


Sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013), buku Kenali Loghat Terengganu telah dilancarkan malam tadi di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu. Buku berkenaan yang menghimpunkan loghat Terengganu diharap mampu membantu orang luar untuk lebih mengenali budaya berbahasa masyarakat negeri Terengganu.


Buku tersebut ditulis oleh Tuan Sharif Tuan Putera, Presiden Persatuan Sasterawan Terengganu (Pelita). Ia diterbitkan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumber Lengkap

Sabtu, 12 Januari 2013

Di Sekitar Perlancaran Exora Bold CFE Standard

Pada hari ini, ahli-ahli EXOTEC  (Exorian Terengganu Club - PPM-016-11-05122012) mengambil peluang melihat dengan lebih dekat lagi Proton Exora Bold CFE Standard ketika perlancaran rasminya di Indahsari Otomobil Sdn.Bhd, Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu. Untuk makluman, Indahsari Otomobil Sdn.Bhd merupakan rakan kolaborasi EXOTEC dan pernah menaja event GEER 2011.


Selain itu, EXOTEC juga turut mengambil peluang untuk berbincang dan menjalinkan hubungan yang lebih rapat lagi dengan pengurusan Indahsari Otomobil Sdn.Bhd dari beberapa segi yang boleh membawa keuntungan bersama kepada ahli-ahli EXOTEC dan pihak Indahsari Otomobil Sdn.Bhd.

Bersembang diluar showroom sementara menunggu ketibaan ahli-ahli yang lain
.
Jamuan tengahari yang disediakan oleh pihak Indahsari Otomobil

Perbincangan dengan pengurusan Indahsari Otomobil

Photoshot berlatar belakang Proton Exora Bold CFE Standard


Selasa, 8 Januari 2013

Exora Bold CFE Standard Di Lancarkan Esok!


Gambar dipetik dari rakan seExorian kat FB group...Ini la Proton Exora Bold CFE Standard atau B-Line (sebelum ditukar ke nama varian 'Standard') yang akan dilancarkan 09.01.2013 iaitu esok.

Nampaknya ramai gak rakan-rakan seExorian dan mungkin sesetengah pembeli-pembeli diluar sana yang semacam tak 'berpuashati' kerana telah terbeli varian Exora Bold Executive (M-Line) yang berharga RM75,000 enjin CPS auto sedangkan varian terbaru yang akan dilancarkan esok berharga hanya RM68,550 hingga RM69,000! Hah...harga tak jauh beza tuh? Yang membeli Exora Bold Premium CFE mungkin takde la hal sangat sebab dah kemampuan dorang beli varian Premium.


Errr...apakata kalau aku trade-in Exora Bold-Line CPS aku nih....hahahahhhhadoiiiii...jiwa kacau!!!

HAHAHAHAHAHH

Sabtu, 5 Januari 2013

Kelendar Acara Utama TMT 2013

Kelendar Acara Utama
Sepanjang Tahun Sempena
Tahun Melawat Terengganu 2013


Meh Pakat Mari Blake Wehh
Negeri Cantik Budaya Menarik
Comel Sokmo!





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...