Tolong Klik Iklan Ni

Khamis, 24 November 2011

Sambung Bayar Kereta

Gambar Hiasan

Tolong orang dalam kesusahan memang la sangat mulia tapi kalo pertolongan dalam bentuk wang ringgit tak ramai sanggup membantu...ini hakikatnya, mana ada korang nak bagi pinjam kalo kekawan nak pinjam sampai beribu-ribu...kalo pinjam RM50 pun belum tentu dorang nak bayar balik hutang tuh...kenyataannya memang ada...kan kan kan...

Kali ni aku bukan nak citer pasal pinjam duit, nih citer pasal risiko sambung bayar ansuran keta, korang tau tak apa yang dimaksudkan nih...ni haaa, contohnya kalo kekawan kita ada masalah dengan pihak bank ke atau apa-apa masalah yang dorang alami dengan keta kemudian dorang bercadang nak jual keta kat korang dengan cara sambung bayar, biasanya dorang takleh nak jual keta nih pasalnya hutang bank kat masih lagi tinggi...kalo jual mungkin rugi...tak dapat satu sen pun...jadi jalan paling mudah jual cara sambung bayar!

Sebenarnya cara macam ni korang mesti elakkan walaupun korang nak sangat pakai keta dengan cara mudah kerana banyak risiko yang korang akan hadapi masa-masa akan datang...untuk pengetahuan korang cara sambung bayar beli keta tanpa penukaran hakmilik banyak mengundang masalah seperti penipuan, kemalangan, tuan keta asal meninggal dunia dan juga kes kecurian keta...

Walau ada 'surat penjanjian' antara korang dengan kekawan yang nak jual keta tu, ianya tak dapat membantu pasalnya pemilik asal masih lagi ada kuasa mutlak kat keta tu dan dorang boleh menuntut balik keta kalo dorang nak, lebih rumit lagi kalo tuan asal tu meninggal dunia dan waris dorang nak tuntut balik keta tu, akan abaikan saja 'surat penjanjian' tu dan kita tak boleh buat apa-apa, tengok ajer la dengan mata terkebil-kebil...ni tak adilkan pasalnya kita dah banyak bayar ansuran kat bank pastu senang-senang dorang nak ambil balik.. rugi!

Lagi satu, kalo keta tu kena curi atau alami kemalangan teruk, tuntutan insuran hanya boleh dibuat oleh tuan asal yang berdaftar jer...kalo keta tu 'total lost'...kena lupus, pembayaran selepas tolak baki pinjaman, akan dibayar kat pemilik asal, walaupun korang sah dari segi perundangan dan perlindungan insuran tetapi korang tak dapat apa-apa bayaran satu sen pun...ermmm rugi lagi!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...