Tolong Klik Iklan Ni

Sabtu, 12 November 2011

Exora Transformer! - Episod 2 (Exora Lotus Laser Blue)

Beliau seorang ceria dan sikit-cikit bercampur suka-duka pahit manis kelat dalam bidang pemanduan Proton Exora...erkk apa pasal aku tak tau sejarah asal-usul beliau jadi macam tuh...hahahah...biarkan jer...aku nih bukan la nak citer hal peribadi beliau...macam tak best jer citer hal ehwal beliau nih...buang karan...kekeke
Cita-cita beliau nak sesuatu lain dari yang lain semata-mata nak menempah nama sebagai orang yang pertama bersalin warna kat exo beliau...beliau sanggup melaku perkara diluar jangkaan yang tak terjangkau pada pemikiran kita orang...perghh macam ini orang pun ada....hahahha...so sory gurau jer eh...jejaka idaman yang dah beristeri satu nih telah berjaya merealisasikan impian untuk merubahkan kaler seluruh body.......................................body exora...ahh fikiran dah kemana tuh...heh heh heh....
Nih dia...kerja-kerja gosok belai body exora...dibuang semua daki-daki yang tak diperlukan untuk proses andaman yang seterus...hishhh apa la aku mengarut nih...nih bukan pengantin tau...
Proses membedak seluruh body exora mula dijalankan dengan rapi dan telah dilakukan disebuah saloon kecantikan semburan cat kat Sri Muda Shah Alam Sec.25...dikaborkan cat tersebut berharga sekitar 2.5k dan disembur keseluruhan body exo luar dan dalam dengan kaler apetahkenamenye...ooo ye...kaler LOTUS  LASER BLUE...exo beliau telah dibelai,diusap dan disisir rapi selama tempoh seminggu untuk menyerlah wajah baru untuk lebih cantik menawan lagi tertawan dan rupawan......
Tu dia...dah siap dan dibawa keluar dari saloon cat dan berkira-kira menukarkan kasut baru...sportrim yang lama nih beliau rasakan dah tak sesuai lagi dengan wajah gemilang LOTUS LASER BLUE yang selama ni telah tersalut kat body exo untuk sekian-kian kalinya...jadi beliau berura-ura menukar sportrim lama dengan yang lebih sepadan penampilan baru exo Lotus Laser Blue.....
Proses padam memadam kasut baru telah berlangsung dengan rapinya...oleh kerana beliau peminat 18SX...bukan filem gitu-gitu tau...hah otak pemikiran korang letak kat tuh...hahhahhaha...okeh...18SX merujuk kepada 18inSportrimXtrem...haish lupa la pulak ape jenama sportrim yang dipakai exo beliau sekarang nih....adoiiiii.........
Akhirnya Proton Exora Lotus Laser Blue telah siap untuk diperagakan dijalanraya...sebelum aku mengakhiri penulisan citer tah apa-apa nih (sebab aku dengki kat beliau la nih....heheheheh) dan sebelum terlupa...exo beliau telah disarung dengan bodykit dan diserlahkan dengan bumper special edition keluaran Ari79...ye itu salah seorang member EOCM...arkitek bumper patin!...Ntah apa pasal la bumper nih digelar PATIN? Agaknya mulut ternganga tuh ada iras-iras ikan patin masak gulai tempoyak kot....pergghhh sedap la pulak ikan patin masak gulai tempoyak nih...slurrpppp!!!!!!

Opsstttt....terlupa satu perkara lagi...(nih saje jer aku buat ingat-ingat lupe...heheheheh)...jejaka dah beristeri yang memilik Proton Exora Lotus Laser Blue nih adalah Encik ZulBasri707 juga salah seorang member EOCM...huh...okeh lah...setakat nih dulu kisah beliau dengan exo lotus laser blue beliau...tulis pepanjang karangan nih bukan boleh bayaran pun...buat penat taip dengan sakit jari aku jer...hahahahhahahhahahhahahhahahhah..........

1 ulasan:

Miey berkata...

Memang smart. Menarik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...