Tolong Klik Iklan Ni

Isnin, 7 November 2011

Monsoon Cup 2011 - Perubahan Tarikh

Dalam memastikan kejayaan acara sukan layar bertaraf dunia, T-Best Events Sdn Bhd telah menetapkan satu tarikh baru bagi Acara Kejohanan Layar Dunia tahun 2011 untuk Monsoon Cup. Atas rundingan antara pihak World Match Racing Tour (WMRT) dan International Sailing Federation (ISAF) , acara kejohanan dijadualkan berlangsung pada November 29 sehingga Disember 4 di mana Juara ISAF akan diumumkan pada hari terakhir berlangsungnya kejohanan tersebut (pada mulannya, Monsoon Cup dijadualkan bermula pada November 22 sehingga 27 namun pada tarikh berkenaan, berlangsungnya juga Sukan SEA (November 11 - 22).




“Setelah beberapa minggu melakukan rundingan, pihak WMRT dan ISAF telah bersetuju untuk mengubah tarikh acara kepada tarikh lain. Saya amat berterima kasih kepada mereka atas kerjasama dan sokongan yang diberikan. Dalam pada itu juga, sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan dan juga rakan media amat dihargai dalam menjadikan Monsoon Cup kekal sebagai acara pelayaran terulung setakat ini,” kata Tan Sri Sabbaruddin Chik, Pengerusi T-Best Events Sdn Bhd.

“Kami merasakan tarikh lama tidak bersesuaian untuk menjayakan acara Monsoon Cup memandangkan pada tarikh yang sama, berlangsungnya Sukan SEA yang ke-26. Kami juga beruntung kerana pertunjukan LIMA (Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition) yang kebiasaanya diadakan pada awal Disember, telah ditangguhkan dan diadakan pada minggu berikutnya. Ini semua bagi memberi laluan kepada Monsoon Cup.”


Tan Sri Sabbaruddin turut berkata, tarikh bagi acara Monsoon Cup tahun ini bersesuaian dengan Kejohanan Layar Dunia ISAF di Perth di mana ia dijadualkan berlangsung pada Disember 3 hingga 18 2011. Ini membolehkan pihak media asing datang untuk membuat liputan.


WMRT adalah siri terkemuka sukan layar yang memaparkan 9 acara kejohanan dunia yang dipersetujui oleh ISAF dengan status “Acara Istimewa”. Lebih daripada US$1.75 juta akan diberikan sebagai ganjaran apabila dinobatkan sebagai Juara di Kejohanan Dunia ISAF. Hadiah termasuk wang tunai sebanyak US$500,000 akan diberikan kepada pasukan yang mendapat tempat sembilan antara yang tertinggi.

Acara kejohanan akan berlangsung di tepian pantai yang strategik dan berhampiran bagi memudahkan orang awam mengikuti acara bertaraf dunia ini. Selain itu, acara akan berlangsung di balapan layar yang disediakan dalam mendapatkan fokus serta semangat kerjasama di kalangan peserta. Dijangkakan, pihak media dan televisyen akan hadir bagi membuat liputan penuh yang dapat disaksikan oleh penonton dari 183 buah negara di seluruh dunia.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...