Tolong Klik Iklan Ni

Selasa, 1 November 2011

TT Berbuka Puasa EOCM TGK CREW/PPOC/PPEOC




Kuala Terengganu 12 Ogos 2011 - Satu majlis berbuka puasa telah berlangsung di Pulau Warisan,Kuala Terengganu iaitu TT Ramadhan 2011 ~ Buka Puasa Gabungan antara Exora Owners Club Malaysia Terengganu (EOCM TGK CREW) , Proton Persona Owners Club Terengganu(PPOC Trg) dan Proton Persona Elegance Owners Club Terengganu (PPEOC Trg) yang julung-julung kali diada untuk pertama kalinya.

Majlis berbuka puasa tersebut telah dirancangkan oleh Ketua Negeri EOCM TGK CREW saudara KK dengan menjemput PPOC dan PPEOC menyertai dan memeriahkan majlis tersebut. Majlis turut disertai Ketua Negeri PPOC Terengganu, saudara Mohammad Azizi Zainal dan turut dihadiri oleh saudara Faruzaki iaitu Ketua Wilayah Timur PPEOC.

Sebanyak 14 buah Proton Exora dan 12 Proton Persona/Persona Elegance telah menyertai majlis tersebut bersama keluarga masing-masing.

Majlis berbuka puasa gabungan julung kalinya telah berjalan dengan lancar seperti mana yang dirancangkan walaupun dalam cuaca mendung selepas hujan.Majlis tersebut dimulakan dengan sesi menyusun kedudukan exora dan persona,sesi 'breaking the ice',beramah mesra,sesi bergambar dan seterus berbuka puasa bersama-sama.

Seperti mana yang dimaklumkan oleh saudara KK bersama rakan-rakan PPOC/PPEOC,akan ada lagi peristiwa seumpamanya dimasa yang terdekat dan akan datang dengan harapan lebih ramai lagi akan menyertainya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...