Tolong Klik Iklan Ni

Khamis, 30 Ogos 2012

MERDEKA! MERDEKA!! MERDEKA!!!

MERDEKA!

MERDEKA!!

MERDEKA!!!

Kibarkan Jalur Gemilang dirumah anda, premis mahupun dikenderaan anda sempena Ulangtahun Kemedekaan Malaysia yang ke 55


Tanggal 31
Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah Merdeka
Ia Pasti Menjadi Sejarah

Tanggal 31 
Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh
Hari Yang Mulia 
Hari Bahagia
Sambut Dengan Jiwa Yang Merdeka

Mari Kita Seluruh Warga Negara
Ramai-Ramai Menyambut hari Merdeka
Merdeka!
Tiga Satu Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh
Hari Mulia Negaraku Merdeka

Rabu, 29 Ogos 2012

Terengganu International Islamic Art Festival


Taman Tamadun Islam (TTI), atau lebih dikenali 'Masjid Kristal' dikalangan pelancung-pelancung dalam dan luar negara, akan menganjurkan Terengganu International Islamic Art Festival pada 14 - 17 September 2012.

Pelbagai acara menarik akan dihidangkan kepada pengunjung-pengunjung festival tersebut seperti karnival jualan, pameran, demostrasi khat dan batik, pertunjukan fesyen, demostrasi silat, persembahan teater, pertandingan sukan rakyat serta pertandingan mewarna.


Sementara itu, Grup Pelukis Terengganu atau GPT akan diberikan satu booth untuk pelukis-pelukis mempamerkan karya dan membuat demostrasi melukis disamping 'live sketch' potret kepada pengunjung-pengunjung yang berminat merakam potret oleh pelukis dengan bayaran yang berpatutan. Datanglah beramai-ramai menyaksikan festival tersebut dan aksi serta pameran karya pelukis-pelukis GPT.

p/s: Terimakasih kepada pasukan gerakerja GPT terutama En.Nashidi, En.Safuan, En.Salyuddin dan sahabat-sahabat yang menguruskan hal-hal yang berkaitan untuk pelukis-pelukis sempena event tersebut.

Isnin, 27 Ogos 2012

Exora Merdeka!

Foto Utusan

Proton Exora Bold CFE milik seorang bisnesmen saudara M.Kadapan dari Johor Bahru dihiasi dengan sticker untuk menggambar semangat cintakan negara sempena kemerdekaan ke 55 tahun Malaysia.

Perghhh lawa siot la...memang kreatif beliau nih dan kesanggupan menampal sticker habis seluruh body Exora. Tabik spring kat beliau. Errr ada ke ahli-ahli EOCM sanggup tampal sticker pada keseluruh body Exora camnih? Aku tak sanggup nak tampal camnih...heheheee

Apa-apa pun...TAHNIAH kepada M.Kadapan! Proton Exora Bold CFE Merdeka!!

Ahad, 26 Ogos 2012

Melampau! Roti Kosong RM1.80


Harga roti canai kosong RM1.80 kat restoran di Kuala Terengganu...hahaha biar betul! Huduh betul pe'el peniaga roti canai nih. Ni la peniaga ambik kesempatan namanya. Memang tak patut dorang buat camtuh kat pelanggan terutamanya dimusim perayaan. Mentang-mentang la ramai perantau balik kampung...terus dorang cekik darah pelanggan.

Ntah macamana la bila Tahun Melawat Terengganu tahun depan bila ramai pelancung datang ke Terenggganu nanti. Peniaga-peniaga macam nih buat spoil Terengganu jer! Huh!!

Sumber

Rabu, 22 Ogos 2012

Gambar:: TT RAYA TGK CREW & EXORIAN TERENGGANU


TT RAYA 3 Syawal 1433H


Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T, akhirnya TT RAYA TKG CREW & EXORIAN TERENGGANU telah dilangsungkan dengan jayanya dalam suasana harmoni dan meriah. Semangat kekeluargaan dan nilai bersahabatan yang tidak pernah luntur mewarnai suasana dipetang 3 Syawal dengan kehadiran Exorian TGK CREW dan Exorian diperantauan yang balik kampung.

Ribuan terimakasih kepada semua kepada Exorian dan famili yang sudi hadir 'memenatkan diri' menempuh halangan jalanraya yang sentiasa 'jem' menuju kelokasi kejadian di Lagun Kuala Ibai (Masjid Terapung). Dengan kehadiran sebanyak 27 buah Proton Exora ahli EOCM, lokasi kejadian semakin 'panas' dengan gegaran enjin CPS dan CFE!

InsyaAllah, dilain tahun kita ketemuan lagi dalam perjumpaan Raya di Terengganu untuk terus merapatkan silaturrahim sesama ahli EOCM samada TGK CREW mahupun Exorian Terengganu diperantauan.

p/s: Gambar TT Raya


Sabtu, 18 Ogos 2012

Perutusan Raya State Leader TGK CREW


Sempena datangnya 1 Syawal 1433H bersamaan Ogos 2012, saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada seluruh crew TGK. Hendaknya segala aktiviti yang kita libatkan diri dari masa ke semasa akan memantapkan lagi TGK CREW dan ianya menjadi satu wadah untuk kita merapatkan lagi silaturrahim sesama kita sekeluarga sebagai Exorian.

Dikesempatan ini juga, saya mengambil peluang memohon seandainya selama saya memimpin TGK CREW ada diantaranya mengguriskan hati samada dari segi percakapan semasa ber'TT' atau melalui ayat-ayat yang tersurat dan tersirat diforum dan FB. Kita sebagai manusia biasa tak dapat dari dari melakukan sebarang kesilapan samada sedar atau tidak disedari. Segala kekasaran bicara bukan atas niat melukakan hati sesiapa tetapi hanya sekadar gurauan mesra semata-mata. Tanpa sokongan crew, siapalah saya! Walaupun seseorang pemimpin itu mempunyai 'kuasa' namun apa gunanya 'kuasa' itu jika crew tidak memberi sebarang sokongan yang diperlukan. kemantapan dan geraknya TGK CREW bergantung sepenuhnya atas sokongan crew.


Salah kata pernah terucap, salah sikap pernah terungkap. kembali fitrah manusia penuh diharap. Sayup terdengar takbir berkumandang, tanda Ramadhan pergi meninggalkan kita, ampuni diharap barakah didapat. Kini Syawal telah tiba, marilah kita meraikannya dengan menyusun jari jemari menghulur kemaafan.

Taqobalallahu minna wa minkum.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Yang Menjalankan Tugas,

KK@Kizz Kazz

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H/2012


Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa
Bergema takbir senja
Menyambut Syawal tiba.....

Dikesempatan ini aku mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca dan pengikut blog Sisi Kizz Kazz yang tak jemu-jemu memberi sokongan padu dengan sentiasa mengikut setiap entri yang terkandung pada blog aku ni. Tanpa anda semua siapalah aku!

Kepada sahabat-sahabat FB, Twitter dan Google+ yang sentiasa dapat update entri blog aku, andainya ada tersalah kata, tersilap bicara, terlajak ayat, terlebih madah dan berbagai TER lagi, aku mohon MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Kepada sahabat-sahabat perantauan, selamat pulang ke kampung halaman. Yang memandu kenderaan tu, berhati-hatilah semasa memandu samada dilebuhraya, jalan persekutuan mahupun dijalan bandaran dan jalan kampung. PANDU CERMAT JIWA SELAMAT AGAR TIBA DIDESTINASI MASING-MASING dengan penuh keriangan bersama famili tersayang.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1 SYAWAL 1433H, MAAF ZAHIR & BATIN DARI KIZZ KAZZ SEFAMILI.


Jumaat, 17 Ogos 2012

TT SAHUR

Lepak jap

Sembang teknikal Exora

Sepanjang bulan puasa tahun 2012 ni ada 3 TT yang telah dianjurkan...pertamanya TT Gabungan MPV  dengan MAOC Teganu, TT Majlis Berbuka Puasa dan pada 16.8.2012 TT Sahur dipenghujung Ramadhan. Memula crew TGK lepak-lepak dulu kat Pantai Batu Burok pada jam 11.00 malam. Sampai kat lokasi kejadian pada awalnya takde ruang untuk Exora nak disusunatur...area pantai Batu Burok sumbat dengan orang ramai yang duk lepak-lepak...maklum la malam minggu disamping dah ramai perantauan balik kampung halaman 'tumpang' lepak...heheheh.

Godek-godek forum

Menu sahur menyahur

Register ahli baru

Exora crew TGK bergambar sebelum balik tidur :)

Pastu pada jam 12.30...crew TGK berfundrive ke Mayang Village Mydin Mall untuk makan sahur sambil mendaftar salah sorang ahli baru dan juga godek-godek forum EOCM. Bersembang sambil layan mee goreng mamak. TT selesai jam 3.30 pagi!

p/s: Sebelum balik ke base masing-masing...sempat beli-belah bungapi...hehehehhh!!

Selasa, 14 Ogos 2012

Pasang Pelita Raya


Selain obor tempurung kelapaBedil buluhketa api dan bermain mercun...satu lagi 'benda' yang biasa dibuat untuk memeriahkan suasana malam menjelang raya yelah pasang pelita raya atau pelita panjut...yang diperbuat dari buluh panjang tu, Bukan sebijik dua yang dipasang tau...lebih kurang 10 bijik atau lebih. Terpulang atas kemampuan la nak beli berapa bijik pelita. Dulu-dulu bebudak buat sendiri jer dari bahan-bahan terbuang seperti tin-tin susu, tali guna dan tudung botol kicap tapi sekarang ni pakai beli jer kat kedai yang dijual dalam 50 sen sebijik. 


Walaupun kebanyakan rumah-rumah dikampung dah ramai pasang lampu kelip-kelip bermacam corak dan warna tapi masih ada lagi segelintir yang suka memasang pelita raya disekeliling rumah atau depan halaman rumah.


Ni anak aku yang bongsu berusaha sangat nak pasang pelita raya...tahun lepas tak pasang pun pelita raya...hanya pasang lampu kelip-kelip tahun lepas. Amacam...meriah tak?...Hahahahhaa.


Bila anak-anak pasang pelita raya...nostalgia zaman bebudak dulu-dulu kembali menjelma...memang meriah dulu-dulu dengan pelita raya keliling kampung!

Ahad, 12 Ogos 2012

Kad Ucapan Hari Raya

KUALA TERENGGANU - Dengan perkembangan teknologi maklumat, kad ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri sudah tidak relevan lagi dengan kedai-kedai buku dan gerai disini mengakui ia sukar untuk dijual. Sumber


Dulu-dulu tahun 80/90an jualan kad raya sentiasa ada permintaan tinggi bila bermula awal puasa lagi. Yelah...kad raya lah satu-satu penghubungan antara antara kawan dengan kawan...pakwe dengan makwe...anak diperantauan dengan ibu bapa dan adik beradik dikampung halaman dan juga saudara mara atau sesapa saje la yang dikenali.

Teringat jugak masa zaman remaja dulu, aku pun turut ambik peluang berniaga kad raya secara berkongsi dengan kawan baik aku. Eh untung besar jugak jual kad raya tau...bahagi dua bahagian masih loaded buat beraya sakan...hahahh. Dulu-dulu mana ada orang pakai handset...kalu ada pun tak ramai yang mampu memiliki handset...kalau ada pun...tahun-tahun tu mana ada lagi SMS/MMS kan? (teringat handset Motorola yang besar gajah....hahahahhh). Fesbuk/Twitter jauh sekali pada masa tu.

Tapi kini dengan perkembangan zaman IT yang serba canggih nih dengan adanya handset canggih manggih, fb/twitter apa bagai...kini kad raya makin beransur-ansur pudar dari pandangan orang sekarang...ye la...kini dengan hanya SMS/MMS...kita dapat ucapan raya dari kawan-kawan, adik beradik dan sanak saudara bertalu-talu lebih-lebih lagi pada malam menjelang raya dan keesokannya. Yang ada akaun fb/twitter awal-awal lagi dah kirim kad raya secara online dengan pelbagai bentuk dan kata-kata ucapan raya.

TETAPI, pada pendapat aku la...kirim dan terima kad raya seprti dulu-dulu adalah saat-saat yang sungguh nostalgik dan paling berbekas dalam hati...sebab kebiasaannya kad raya yang diterima tu kita simpan sampai tahun depan atau kalau kreatif...buat hiasan digantung kat dinding ruang tamu ikut kreativiti sendiri...macam nak menunjuk boleh kad banyak...hehehehhh! (yang kelakarnya...hari-hari duk tunggu depan pintu...kot-kot posmen hantar kad raya...hahahaaa)

APAKAH? Lima atau enam tahun mendatang, kad ucapan Hari Raya akan PUPUS terus?? Entah la...TUNGGU & LIHAT!!


Khamis, 9 Ogos 2012

SMS Zakat Fitrah


Mungkin anda sibuk atau tak berkesempatan untuk menunaikan zakat fitrah secara berdepan dengan amil yang dilantik oleh jabatan agama Islam ditempat masing-masing. Kini untuk kemudahan kepada umat Islam yang nak menunaikan zakat fitrah, boleh melakukan dengan SMS.

Untuk Menunaikan Zakat Fitrah via SMS: (Mengikut Kadar Zakat Fitrah Negeri-Negeri)


Selasa, 7 Ogos 2012

Mencari Lailatul Qadar


Para ulama berselisih pendapat mengenai bila waktu terjadinya Lailatul Qadar. Namun begitu, sebahagian besar para ulama menyatakan bahawa Lailatul Qadar terdapat pada malam-malam terakhir 10 Ramadhan. Jatuhnya malam Lailatul Qadar berbeza pula pendapat para ulama. Sesetengah ulama ada yang menyatakan 1 Ramadhan atau 17 Ramadhan tetapi pendapat yang paling kuat adalah pada malam-malam ganjil 10 Ramadhan terakhir iaitu 21,23,25,27 dan 29 Ramadhan.

Firman Allah S.W.T, ''Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini pada malam Lailatul Qadar. Apakah kebesaran yang terdapat pada malam Lailatul Qadar? Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar''. (Al-Qadr: 1-5)

Kerana tidak ada keterangan bila terjadinya malam Lailatul Qadar, maka sebaik-baiknya kita menghabiskan waktu dengan beribadah dengan bersungguh-sungguh pada bermulanya malam ke 20 dan seterusnya. Sesungguhnya apabila kita berusaha menghabiskan 10 malam atau 11 malam terakhir dengan penuh tawaduk, ganjaranya amat besar yang akan kita perolehi dengan pahala yang tak ternilai serta sangat-sangat bermakna dan juga kebaikan yang bakal kita terima.

Semoga kita semua hendaknya mendapat manfaat bersama dalam melakukan solat malam dibulan Ramadhan agar kita mendapat isyarat atau tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadar dengan sabar dan tenang...InsyaAllah


Isnin, 6 Ogos 2012

Nuzul Al-Quran


ASSALAMUALAIKUM. 
Nuzul Al-Quran merupakan satu peristiwa dimana Al-Quran diturunkan berperingkat-peringkat dan menjadi lengkap sebagaimana hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadhan, tahun 41 daripada keputeraan Rasulullah S.A.W.

Perkataan 'Nuzul' bermaksud turun atau pindah dari atas kebawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar Rasulullah S.A.W maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan 1433H dari Kizz Kazz.



Ahad, 5 Ogos 2012

Pingat Perak Olimpik London 2012 Dari LCW


Harapan negara memungut pingat emas dalam cara badmintan gagal setelah Datuk Lee Chong Wei tewas kepada musuh tradisinya Lin Dan di Sukan Olimpik London 2012 di Wembley Arena hari ini dengan keputusan 21-15,10-21 dan 19-21. Walaupun gagal menterjemahkan kilauan emas buat Malaysia, pertarungan yang berlangsung 3 set itu membanggakan kami rakyat Malaysia. Semangat juang anda menaikkan nama Malaysia. TAHNIAH LCW!!

p/s: Tacing nengok LCW...sebak! Huhuuu

Jumaat, 3 Ogos 2012

Gambar:: TT Majlis Buka Puasa TGK CREW 2012

Sepertimana yang telah diwar-warkan, akhirnya selesai jugak TT Majlis Buka Puasa TGK CREW 2012 bersamaan 1433H kat Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. Malas nak citer pepanjang...korang tengok jer la gambar-gambar yang dipaste kat sini...sebab sekeping gambar menciterkan seribu ayat...eh betul ke aku tulis nih...heheheh









Sebenarnya ada lagi 3 4 crew sefamili ntah tersesat port kat mana ntah...maybe tak jumpa kot pasal ramai sangat orang berbuka kat situ...penuh sarat! Hahahhah...apa-apa pun majlis berbuka puasa ni berlangsung dengan meriahnya. Majlis tersebut bersurai jam 8.00 malam

Memori 2010 | TT Buka Puasa





Terkenang kembali TT Buka Puasa pada tahun 2010 kat Dataran Shahbandar...hohohoo. TT buka puasa pertamakali yang join. Masa tu aku bukan State Leader (Chip) TGK CREW lagi la...masa tu bro Izaruddin masih lagi jadi chip...aku awok-awok jer! Seronok dan havoc bila berbuka puasa beramai-ramai dengan member sekelab nih tau...heheheee. Kalau tak silap ingatan...kehadiran sebanyak lebih kurang 15 buah Proton Exora bersama famili masing-masing.

Kali kedua TT Buka Puasa semasa aku jadi State Leader TGK CREW...yang ni spesel skit sebab bergabung dengan geng Proton Persona kat I-City Pulau Warisan.


Hah...hari ni 3 Ogos 2012 bersamaan 14 Ramadhan 1433...sekali lagi akan berlaku kejadian yang sama kat Dataran Shahbandar pada jam 6.00 pm.



p/s: InsyaAllah...gambar-gambar hari kejadian TT Majlis Berbuka Puasa 2012 akan diupdate selepas selesai majlis tersebut. Tungguuuuuuu yek! ;)

Khamis, 2 Ogos 2012

Obor Tempurung Kelapa


Selain bedil buluh, lampu panjut dan keta api (keta tolak)...pasti korang dulu-dulu pernah main ni kan? Alaa...yang diperbuat dengan tempurung kelapa dan kedian dicacak dengan sebatang besi yang sekurang-kurangnya sepanjang sedepa lebih.

'Benda' ni tak banyak pakai modal...tak payah pakai minyak tanah atau karbait...just cari jer tempurung yang ada kat sekeliling kampung kita. Mesti ada kan? Mak korang kan selalu masak gulai atau apa-apa masakan yang guna kelapa (santan)...kebiasaannya tempurung tu dibuang jer...bersepah atas tanah kat belakang dapur. Haaa kan kan!

Haaa...dengan tempurung ni la kita buat satu 'obor' untuk ceriakan malam Tujuh Likur. Kalau boleh tempurung tu mesti yang betul-betul kering agar mudah menyala tempurung tu yang dicacak pada sebatang besi tu. Nak pulak kalau dipasang selepas waktu berbuka...boleh tahan sampai ke waktu subuh weh!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...