Tolong Klik Iklan Ni

Jumaat, 4 November 2011

Samsung Galaxy SII

Sekarang ni dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat membangun (saban bulan ada jer keluaran smartphone model terbaru) memiliki telefon pintar adalah satu trend atau fenomena...gaya huhuhh. Cuba korang tengok kat kedai menjual handset...macam orang nak beli goreng pisang panas...berkerumun beb!

Biasa la, awal-awal mungkin harga smartphone mahal, tapi lama kelamaan  akan jadi semakin murah. Bab harga murah ni yang tak tahan dengar nih (kalau la Galaxy SII RM500 jer...awal-awal aku dah rembat sebijik!).  Cuba bayangkan harga sebuah handset canggih kira-kira 4 5 tahun lepas, kalau ada duit RM2500 jangan harap la nak beli...terkulat-kulat mata pejam celik pejam celik menahan kehendak hati.Meleleh beb! Handset pun dah semakin canggih, bermacam-macam fungsi ada, boleh cek email, boleh melayari tenet (laju pulak tuh...pastu boleh baring-baring atas kerusi malas melayan fb ke twitter ke atau layan blog...eh jom layan blog aku jap...heh heh heh) dan banyak lagi la. Jadi kalau korang betul-betul tahu menggunakan fungsi-fungsi yang ada pada sesuatu smartphone, memang tak rugi untuk beli satu smartphone macam Samsung Galaxy SII ni. Kalau pakai tapi tak tahu nak guna kelebihan smartphone, baik tak payah beli...buang karan jer! Membazir...baik beli bodykit keta...hahahahah....adesssss......

Samsung Galaxy S2

Apa-apa pun, bagi yang pengguna yang pertama kali ingin membeli smartphone, ataupun pengguna smartphone yang ingin beralih angin atau sesaja jer nak berbelanja buang duit atau baru dapat bonus atau  baru dapat duit terpijak atau apa saja korang nak buat pada duit tuh, apa kata korang cuba pulak Samsung Galaxy SII ni, serius cakap la, smartphone nih nampak sangat menarik lagi tertarik (berdasarkan review dari rakan-rakan dan bacaan dari laman sesawang). Selain tu, ramai juga yang mendakwa bahawa Samsung Galaxy SII ini lebih baik dari Iphone4 keluaran Apple dari beberapa faktor.


Oh ye, bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Galaxy SII ini, mungkin boleh refer laman web rasmi Samsung Galaxy SII ni. Ada juga beberapa video yang telah di upload sendiri oleh pengguna Samsung Galaxy SII untuk berkongsi  experience mereka menggunakan smartphone tersebut. Rajin-rajin la korang search kat youtube ataupun korang klik jer gambar kat atas tu. Heheheee.....

Antara kelebihan smartphone ni ianya dipacu dual-core  1.5 GHz prossesor, paparan skrin sebesar 4.3in, Super plus AMOLED, lebih nipis,lebih ringan dan lebih pantas dari Galaxy S. Dengan Android 2.3.3, Touchwiz yang benar-benar meningkatkan kebolehan Samsung Galaxy SII...Terbaikkkk! Haishhh bila la aku boleh beli smartphone nih...huhuuu...mana nak cekau duit nih...aduyaiiiii...............zzzzZZZZZZZZ

4 ulasan:

mdshaari berkata...

boleh jer bro KK, gunakan jer kuasa membeli dengan GORES dan TERMENUNG hehehehe

Kizz Kazz berkata...

jangan kate apepe...senyum jer...heheee...kalu laa ade member nok taja Galaxy SII...haishhh

azin berkata...

Kalu nak sangat Samsung SII tu... bro boleh cuba buat loan lat bank...

azin berkata...

buat loanlah bro....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...