Tolong Klik Iklan Ni

Sabtu, 12 November 2011

Exora Star (B-Line)

Proto Exora ICOTY 2011 02 460x306 Proton Exora Star Best Small MPV ICOTY 2011


JAKARTA  – Proton Exora Star (B-Line di Malaysia) meraih penghargaan Indonesian Car Of The Year (ICOTY) 2011 untuk kategori “Best Small MPV”. Proton Exora Star mengalahkan dua pesaingnya, Nissan Livina dan Honda Freed.

Ujipandu ICOTY 2011 yang dilakukan oleh majalah Mobil Motor telah berlangsung pada 13 – 18 Oktober 2011 di Sentul, Bogor, Jawa-barat. Ujipandu berdasar pemanduan bandar dilakukan di wilayah Sentul, Cibinong, dan Bogor dan pengujian pecutan dan prestasi yang lebih spesifik dilaksanakan di Sirkit Sentul.

“Kami gembira kerana dianugerahi penghargaan ini, dan ini membuktikan bahawa Proton sememangnya merupakan kenderaan yang memiliki value for money yang sangat tinggi. Kami berterimakasih kepada juri pemilihan yang telah melakukan penilaian kepada kenderaan-kenderaan terbaik di Indonesia dan para pelanggan setia Proton (Protoners),” ujar GM Marketing PT. Proton Edar Indonesia Mazlan Mohd. Zain, ketika menerima penghargaan di Hotel Kempinski,Jakarta.

Proton Exora Star menjadi juara kerana memiliki nilai tambah yang melibatkan ruang kabinnya yang luas. Exora memiliki nilai tambah yang sepadan kerana memiliki value for money yang cukup baik.
Menurut Yannes Martinus, salah satu juri ICOTY 2011, Proton Exora memiliki posisi duduk di depan yang lega dan selesa. Sedangkan Honda Freed memiliki ruang yang cukup sulit untuk memasuki barisan ketiga. Sementara, Nissan Livina juga lega, tapi sayang bahagian papan pemuka agak mengganggu lutut pemandu yang mempunyai badan besar.

Proton EXORA STAR merupakan kenderaan keluarga dengan mempunyai standard keselesaan yang tinggi dan harganya yang yang mampu dimiliki. Dilengkapi stereng berkuasa, dua blower penghawa dingin (hadapan dan barisan ketiga kabin), kunci pintu sepusat, tingkap kuasa depan dan belakang, radio dengan pemain CD, MP3, WMA & Bluetooth, sistem penggera, tempat duduk sebelah pemandu yang boleh dilaras tinggi rendah, dan lain-lain lagi seperti cermin gelap, sisi membentuk badan, penghadang lumpur dan visor pintu.

Proton Exora Star ini berharga Rp 154 juta untuk transmisi manual dengan pilihan warna Hitam, Silver dan Putih. Sebagaimana keluaran PROTON yang lainnya, Proton EXORA STAR disokong dengan jaminan
selama 3 tahun atau 100.000 km bergantung yang dicapai terlebih dahulu, serta layanan Proton Response Team 24 jam dan layanan servis selepas jualan (servis dan spare part) Proton yang disediakan di seluruh Indonesia.



Sumber: dapurpacu.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...