Tolong Klik Iklan Ni

Sabtu, 31 Disember 2011

Selamat Tahun Baru 2012


Selamat Tahun Baru 2012
, semoga kita mempunyai keupayaan dan kecekalan menempuhi tahun yang penuh dengan duri-duri pancaroba dalam menerokai sesuatu yang baru, yang belum pasti kita dapat meneka kedalaman lurah kehidupan selama 12 bulan mendatang
.

Selama aku menulis, mengungkap titipan garis-garis cerita diruang ini, hendaknya kalian mendapat sedikit manfaat walaupun hanya secubit, biarpun hanya secubit namun mencengkam rasa, membuak minda kalian.

Hendaknya, kalian tak menjemukan diri menjenguk, menyentuh dan mengikuti baris-baris ayat yang tersusun walau sedikit terpukang. Andainya ada silap dan salah disegenap penjuru ruang ini, maaf aku, aku hanya seorang penulis yang baru belajar merangkak mencari tongkat untuk berdiri, bertatih sambil terus belajar mengenali sisi seorang penulis.

Sekali lagi aku ungkapkan, Selamat Tahun Baru 2012, semoga kita terus sukses dalam segala bidang, mencari dan terus mencari kerdipan bintang.....impian  Sisi seorang blogger  Kizz Kazz

Spyshots Interior Proton P3-21A



Terkini spyshots interior P3-21A (Persona Replacement) yang dijumpai ditempat letak kereta Genting Sempah yang mana jelas kelihatan perubahan dalam rekaan model Proton kali ini. Korang boleh tengok dengan jelas Push Start Button, Paddle Shifter & Steering Wheel seperti yang terdapat pada Exora. Gear knob CVT tak berapa jelas tetapi kalo dipandang sekali imbas, nampak ada kelainan dari mana-mana keluaran Proton sebelum ini dan ianya lebih menarik, manakala papan pemuka dan panel pintu juga cukup menarik dan kelihatannya nampak mewah. Multi Info Display pada panel meter berwarna merah jelas kelihatan menonjol manakala angka penunjuk berwarna putih seperti yang terdapat pada Saga FLX SE dan Exora Bold.

Adakah P3-21A mampu membawa Proton menyaingi pasaran global dengan lebih mantap andainya model terbaru ini akan dilancarkan nanti? Sekurang-kurangnya dengan hadir model P3-21A, ia mampu memberi harapan bahawa produk terbaru Proton tersebut tak mengeciwakan dengan rekaan yang lebih moden dan mampu bersaing diperingkat global.


Sumber: paultan.org

Jumaat, 30 Disember 2011

Mulai Mei 2012 Ujian Memandu Menggunakan Gear Auto


Ujian memandu kereta akan menggunakan gear auto pada Mei 2012. Cadangan itu akan dilaksanakan setelah pengubahsuaian dilakukan pada Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap kerana kurikulum sebelum ini perlu diubah kerana mengandungi sistem ujian gear manual.

Pengusaha-pengusaha sekolah memandu akan diberi masa untuk menukarkan kereta gear auto kerana selama ini mereka menggunakan kereta gear manual untuk ujian memandu dan akan melibatkan kos jika dibuat secara tergesa-gesa.

Cadangan ini dibuat untuk memudahkan orangramai memiliki lesen memandu dengan lebih mudah kerana kesukaran wanita dan kalangan mereka yang lebih berumur untuk menjalani ujian memandu kereta bergear manual begitu sukar pada sesetengah mereka yang mengambil ujian memandu.

Walaubagaimanapun beberapa elemen yang ada pada sistem ujian sekarang ditambahbaik untuk melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin.

p/s: Adakah selepas nih akan tiada lagi kemahiran memandu kereta bergear manual? Adakah selepas nih pengeluar-pengeluar kereta akan beransur-ansur mengurangkan atau seterusnya menghenti terus pengeluaran kereta transmisi manual? Kalo la kita ambik contoh pada kereta-kereta keluaran terkini termasuk juga Proton, diikuti pula dengan meningkatnya pemilikan kereta bergear auto, nescaya suatu hari nanti kereta bergear manual akan berkurangan ataupun akan pupus........[?]


Lapuran lanjut: Bernama Auto

Khamis, 29 Disember 2011

TGK CREW


TGK CREW atau Team Ganu Kite Crew merupakan sebuah kelab permotoran di Terengganu dalam Wilayah Timur (ER) yang turut mengandungi negeri Kelantan dan Pahang dibawah naungan EOCM atau Exora Owners Club Malaysia yang terdapat diseluruh negara yang terbahagi kepada Wilayah Tengah (CR), Wilayah Utara (NR), Wilayah Selatan (SR) dan Wilayah Malaysia Timur iaitu Sabah, Sarawak dan Labuan (SSL).

EOCM dipimpin Presiden, dua Timbalan Presiden dan dibantu beberapa AJK Pusat (Committee) yang dilantik melalui pemilihan secara online yang akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh setahun sekali. Diperingkat wilayah pula, Ketua Wilayah (Leader Of Regions) turut dipilih melalui undian secara online dan diikuti pemilihan Ketua Negeri (Leader Of States) untuk mengetuai negeri masing-masing.

Dengan pemilikan Proton Exora yang kian hari kian meningkat dari masa ke semasa, secara tak langsung keahlian kini melebihi 1000 ahli yang mendaftar secara online di laman web EOCM.

Kini, EOCM telah diikhtiraf sebagai DUTA Proton untuk membawa Exora dikemuncak sebagai MPV pertama buatan Malaysia sepenuhnya yang menjadi kebanggaan rakyat. Sejak penubuhan EOCM pada tahun 2009, EOCM terus melangkah membawa jenama PROTON dipersada negara dengan keupayaan menarik pemilik-pemilik Exora untuk menyertai EOCM dengan memperolehi beberapa manfaat, menambahkan kenalan dan melebarkan jaringan peniagaan ahli-ahli EOCM.

Di Terengganu, EOCM diperingkat negeri lebih dikenali sebagai TGK CREW turut melakarkan beberapa aktiviti seperti perjumpaan pemilik-pemilik Exora (EXORIAN) untuk perbincangan hal-hal teknikal, suaikenal, mengadakan aktiviti seperti perkelahan, berkonvoi dan beberapa lagi aktiviti yang dilangsungkan samada yang kecil-kecilan mahupun yang besar.

TGK CREW juga telah mencatat sejarah dalam penganjuran GEER (Gathering Exorian Eastern Region) atau Perhimpunan Pemilik-pemilik Exora Pantai Timur yang telah berlangsung pada 17hb September 2011 di Kuala Terengganu.

Dengan ini, TGK CREW mengalu-alukan pemilik-pemilik Exora samada Exora CPS atau Exora Bold/Prime di Terengganu yang berminat menyertainya, bolehlah mendaftar secara online di http://protonexora.com.my untuk meramaikan lagi pemilik-pemilik Exora disekitar Terengganu menyertai sebarang aktiviti permotoran dan sosial yang dianjurkan oleh TGK CREW.

E647ER ~ KK
(Leader Of States Terengganu - TGK CREW 2011/2012)

Khamis, 22 Disember 2011

Mengenali Sistem Audio Kereta

Fungsi Active Crossover/Passive Crossover
Active Crossover




**Ianya boleh dilaras untuk menentukan kawalan tona dan kadar bunyi

Passive Crossover



**Sebarang perubahan bunyi tidak boleh dilaras

Kedua-dua berfungsi untuk menapis dan mengasingkan bunyi supaya bunyi yang tertentu akan dihasilkan melalui speaker yang tertentu sahaja. Penghasilan bunyi pada sesebuah sistem audio kereta antaranya tweeter, mid range, dan woofer, sekiranya tidak menggunakan alat ini suara mid sedikit sebanyak akan kedengaran di woofer dan juga tweeter, dan begitu jugalah sebaliknya, pendek kata gunakan alat ini untuk mengasingkan bunyi agar sesebuah kategori bunyi hanya akan terhasil pada speaker yang sepatutnya

Fungsi Pre amp



Pre amp pula berfungsi untuk menapis dan membersihkan bunyi sahaja dan ianya berlainan dengan fungsi crossover yg mengarahkan setiap bunyi-bunti tertentu menghala kearah speaker tertentu dan kebiasaannya pre amp diletakkan didashboard berhampiran pemain utama untuk kawalan jika diperlukan. Sedangkan active crossover diletakkan  diruang belakang bonet bersama power amp, passive crossover pula kebiasaannya diletakkan samada hampir dengan speaker ataupun dimana2 tempat yang sesuai yang terselindung

Mengenali CVT


Transmisi boleh laras berterusan atau Continuously Variable Trasmission (CVT) adalah sejenis sistem transmisi yang boleh menukar tanpa langkah melalui suatu bilangan nisbah gear berkesan yang tak terhingga antara nilai maksimum dan nilai minimum. Ia bertentangan dengan transmisi mekanikal lain yang hanya membenarkan beberapa bilangan nisbah gear tertentu untuk dipilih. Keanjalan CVT membolehkan aci pacuan untuk mengekalkan kelajuan sudut yang malar melalui satu banjaran kelajuan keluaran. Ia mampu menghasilkan penggunaan bahanapi yang lebih baik daripada sistem transmisi lain dengan membenarkan enjin berjalan pada perminit (RPM) yang paling cekap pada satu banjaran kelajuan kenderaan.

Kebaikan

  • CVT boleh memampas untuk mengubah kelajuan kenderaan, membenarkan kelajuan enjin dikekalkan pada tahap kecekapan mekanikal kemuncaknya. Ini menambah baik penjimatan bahan api, dan seterusnya, pelepasan asap.
  • CVT beroperasi dengan lancar kerana tiada penukaran gear yang boleh menyebabkan kejutan gear.
  • Terdapat kurang bahagian bergerak pada kotak gear CVT.
  • Kos pembinaan kotak gear CVT adalah lebih murah.
  • Kotak gear CVT tidak memerlukan penukaran bendalir transmisi automatik sebagaimana sistem automatik konvensional.



 

Kelemahan

  • Kebanyakan kereta CVT terawal mempunyai prestasi agak mengecewakan. Model Ford Fiesta 1.1 CTX misalnya, menggunakan 8.2 peratus lebih petrol daripada versi transmisi manual dalam pemanduan bandar.
  • CVT beroperasi dengan lancar, menyebabkan muncul persepsi kononnya kenderaan CVT kurang berkuasa, kerana ramai pemandu yang menjangkakan berlaku kejutan gear semasa mula bergerak. Walau bagaimanapun, "kejutan gear" boleh ditiru oleh perisian kawalan CVT pada sesetengah kereta CVT yang lebih canggih. (mungkin dibantu sistem steptronik atau lain-lain sebagai S.A.T yang terdapat pada Exora Bold/Prime)
  • Oleh kerana CVT mengekalkan kelajuan enjin malar pada satu banjaran kelajuan kenderaan, menekan injak pemecut memang melajukan kenderaan tetapi tidak banyak mengubah bunyi enjin. Sekali lagi, ia mengakibatkan tanggapan kekurangan kuasa pada kenderaan CVT kerana berlaku kekeliruan pada sesetengah pemandu.
  • Keupayaan CVT untuk mengendalikan kilasan dihadkan oleh kekuatan bahan medium transmisi (biasanya tali sawat atau rantai), serta keupayaannya untuk menampung kehausan akibat geseran di antara sumber kilasan dengan medium transmisi (dalam CVT pacuan geseran). CVT keluaran sebelum tahun 2005 yang rata-ratanya jenis pacuan rantai atau tali sawat hanya terhad kepada skuter, kereta berkuasa rendah serta mesin-mesin berkuasa rendah yang lain. Unit yang menggunakan pelincir lebih maju, walau bagaimanapun, terbukti mampu menampung apa jua jumlah kilasan pada kenderaan pengeluaran, termasuklah bas, lori dan jentera berat.
  • Sebagaimana jenis transmisi automatik yang lain, ia mungkin ditolak di sesetengah kawasan, berikutan kos atau tradisi, terutamanya melibatkan pasaran kereta kecil di Eropah (terutamanya di Itali). Sebaliknya, kereta transmisi automatik mendominasi pasaran kenderaan di AS dan Jepun dalam semua kelas dan saiz.

    Terdapat beberapa jenis sistem CVT, antaranya:-
  • Takal diameter boleh laras (VDP)
  • Toroidal (berasaskan penggelek)
  • Transmisi boleh laras tak terhingga
  • CVT gear sala
  • CVT hidrostatik
  • Transmisi roda bergigi boleh laras
  • CVT kon
  • CVT penggelek jejari


    Sumber: Wikipedia

Rabu, 21 Disember 2011

Perbualan Tukang Tanya(TT) dengan Mr Exora(ME)

Ketika kat Taman Shahbandar, Kuala Terengganu

TT: Assalam bro
ME: Waalaikumsalam
TT: Dari mane nih bro
ME: KL...errr Kolompo...bukan Konar Leper tau...kekekekee
TT: Huh...buat lawok pulok...ye la tuh
ME: Gurau2 bang...baru mesra bang...hehehe
TT: Watper duk kat sini bro
ME: Saja jer bang...berenti hilangkan penat...sambil ambil angin
TT: Errr...nok tanye laa...ape pendapat bro Exora Bold tu...ok tak?
ME: Huh...tak mau cakap la bang...dengki saya bang...pasni gerenti saya tak popular lagi...hilang glemer laa...huhuuhuuu
TT: Ok ok...isu sensitip nih....heheheee
ME: Tau takpe...huhuhu
TT: Maaf tanye lagi sekali
ME: .........(berapa kali mau tanya daa).....ok tanya la...banyak kali pun takpe...hehehe
TT: Taknok join ke EOCM?
ME: EOCM? Apa tu bang?
TT: Kelab la...kelab Exora...Exora Owners Club Malaysia
ME: OOOOO...best ke join kelab bang?
TT: Mesti la best...ade konvoi...ade piknik dan lain-lain lagi laa...hah molek sangat la doh ade no tu...114 tu...heh heh heh
ME: Oooo...tapi takleh la bang...ni Exora kompeni...bukan saya punya...lagi pun tahun depan saya bz...bz nak join Karnival Hijrah merata lokasi....maaf bang...nanti saya beli Exora Bold atau Prime...saya join la EOCM...hehehehe
TT: Oooooo....Exora kompeni ke? (huh wat penat jer aku tanye...ingat leh la ajok join EOCM...huhuuuu).....ok laa...terimekasih kerane sudi bersembang dgn aku....nice to meet you bro....
ME: welcome bang...eh bang...taknak belanja saya minum ke bang?
TT: Huh...cari sendiri laa...kan ko leh bergerok sendiri..........(lain la kalu ko nok join EOCM..leh la aku belanje minum...)

Selasa, 20 Disember 2011

Samsung Galaxy Note - Impiana ku

 


Samsung Galaxy Note...smartphone OS Android 2.3.5 (Gingerbread) dengan keupayaan Dual Core 1.4GHz 16GB yang berbaloi untuk dimiliki...sesapa yang mampu la...macam aku mana mampu nak beli smartphone yang berharga sekitar RM2300 nih...nanti la smartphone ni dah jadi barang secondhand baru aku beli gamaknya...heheheee....Kali pertama melihat Samsung Galaxy Note nih...tiba-tiba jatuh hati jatuh cinta pandang pertama (cewahhh) kerana beberapa fungsi yang sesuai dengan kecanggihannya....Galaxy Note merupakan smartphone yang boleh diklasifikasikan sebagai gajet yang duduk ditengah-tengah antara smartphone dan tablet...I LIKE IT!

Melihat kepada fungsi smartphone ni... aku tertarik dengan teknologi pen stylus walau dulu pun dah ada...ntah tak tau macam mana boleh tenggelam...sekarang ni Samsung ketengahkan balik kat model Galaxy Note nih...yang mana boleh menulis dengan tahap tekanan yang berbeza selain dapat mengubah kepada teks secara automatik...kot senang la nak mencatat idea-idea buat entri blog sambil berjalan-jalan makan angin cari makan...ekekeke....Selain tuh jugak dapat la aku ambik gambar sebarang aktiviti famili ataupun aktivi kelab Exora yang aku sertai sekarang nih dan senang-senang aku terus upload kat fb/tweeter/google+...tu kalo mampu beli la...ekekeke....

Dengan skrin sebesar 5.3"...(peh besar giler) saiznya lebih besar sikit dari Samsung Galaxy SII (4.3'') macam member aku pakai tu...jadi tak besar sangat la kalo kita menjawab panggilan...tak la macam kita pakai Samsung Galaxy Tab (apa jadi kalo smartphone sebesar Galaxy Tab 10.1...pasti nampak lawak...hahahhaha.....)...ketebalan dan saiz yang sederhana...Samsung Galaxy Note dapat diletakkan kat dalam poket kita dan senang dibawa kemana-mana jer untuk melayari laman sosial dengan mudah dan banyak lagi fungsi-fungsi menarik dalam Samsung Galaxy Note yang sesuai untuk kaki media sosial seperti facebook, blog, twitter, youtube dan e-mel...memang berbaloi untuk dimiliki dan mengggunakannya sebagai satu gajet yang memudahkan kerja korang....

Sebenarnya Galaxy Note telah pun berada dipasaran sejak bulan 11 lagi...nih saja jer aku nak ulas serba skit dari pandangan aku sebagai peminat gajet ni...kebetulan aku pegi kat kedai telefon pasal nak beli bateri smartphone aku yang dah kondem...alang-alang menyeluk pekasam...biar la sampai kepangkal lengan (sebelum nih aku baca review kat sokkabar dan blog jer)...aku mintak la kat tokey kedai nak tengok dan belek-belek Samsung Galaxy Note...(nasib baik la tokey tu bermurah hati beri aku belek-belek...alasan aku senang jer...aku kata nak buat ulasan 'selari' kat blog...heheee) puas duk belek itu ini itu ini tekan sini tekan situ...keinginan TERlampau untuk memiliki gajet nih kian membara dan amat membara (sampai terlupa nak ambik gambar Galaxy Note yang aku belek tuh...teruja punya pasal la..takpe...aku curi jer gambar Samsung Galaxy Note kat web).................tapi sabar jer la...fulus tarak oooiiii...huhuuuu..............


Specs:

Screen Size 5.3-in
Screen Resolution 1280x800 pixels Super AMOLED
OS Android 2.3.5 (Gingerbread)
Internal Storage 16GB
Camera 8MP auto-focus with LED flash
GPS Yes
3G/ Wi-Fi Connectivity Yes/Yes
Talktime 10+ hours

Isnin, 19 Disember 2011

Karnival Hijrah 2011


Karnival Hijrah 2011 anjuran bersama Jabatan Perdana Menteri, Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman dan TV AlHijrah buat pertama kalinya akan menemui rakyat Pantai Timur khususnya rakyat negeri Terengganu Darul Iman dan negeri-negeri berdekatan pada 22 – 24 Disember 2011 nanti.

Karnival Hijrah yang akan diadakan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu selama tiga hari ini akan dilancarkan pada hari Khamis 22 Disember 2011 jam 3 petang.

Dengan tema “HIJRAH 1 TRANSFORMASI”, Karnival yang menggabungkan 44 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kerajaan Negeri Terengganu ini menjangkakan satu fenomena baru di dalam penglibatan agensi-agensi Kerajaan Malaysia untuk membawa kepada rakyat pelbagai inovasi dan kemajuan yang telah diperkenalkan oleh agensi masing-masing.

Tema HIJRAH 1 TRANSFORMASI bersesuaian dengan hasrat Kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai kecemerlangan melalui perubahan yang menyeluruh dalam pentadbiran Islam yang akan memberi kebaikan kepada rakyat serta membawa negara ini mencapai kemajuan khususnya dalam bidang keislaman di negara ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom,
“Karnival Hijrah 2011 ini bertujuan untuk memberi ruang kepada seluruh rakyat Malaysia memahami dan mendapat pendedahan mengenai pencapaian pembangunan Islam di Malaysia dan peranan yang telah dan sedang giat dimainkan oleh Kerajaan serta semua pihak termasuk Kerajaan Negeri.

“Antara empat belas Agensi-Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang akanterlibat secara menyeluruh bagi menjayakan Karnival Hijrah ini ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Lembaga Tabung Haji Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Waqaf Malaysia, International Zakat Organization (IZO), Yayasan Taqwa dan TV AlHijrah sebagai penganjur bersama.


Selain daripada agensi-agensi tersenarai, Karnival yang bersifat terbuka dan secara langsung ini turut melibatkan penyertaan badan-badan penyiaran seperti TV Alhijrah dan IKIM FM bersama Salam FM dan Manis FM.

FAMA juga akan turut serta dengan mini MAHA dengan membawa hasil-hasil pertanian seperti buah-buahan tempatan dan produk-produk makanan yang dihasilkan dari tanaman tempatan.

Menyentuh lebih lanjut tentang aktiviti yang bakal disediakan kepada tetamu-tetamu yang hadir, Dato’ Seri Jamil Khir mengulas,“ Pelbagai aktiviti termasuk pameran yang akan berjalan di sana nanti. Antaranya ialah PAMERAN DETIK-DETIK KEGEMILANGAN ISLAM yang julung kalinya akan membawa beberapa artifak dan replika kegemilangan Islam seperti Lampu Masjid Mamluk, Astrolab, Sfera Bintang, dan Papan Lapis yang tertera perkataan “Bismillahirrahmanirrahim”.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pula akan mempamerkan kepada pengunjung Alatan Penentu Tarikh Lahir Islam manakala JAKIM pula akan menganjurkan KLINIK AL-QURAN dan juga pameran tentang HALAL HUB.” kata beliau.

Pengunjung ke Karnival Hijrah juga akan dapat melihat sendiri alat menguji emas dikhemah pameran YAPEIM dan Tabung Haji pula akan menyediakan perkhidmatan dan urusan haji yang menjadi tanggungjawab utama agensi tersebut.

Sebagai tambahan, TV AlHijrah yang bertindak sebagai penganjur bersama Karnival Hijrah ini diamanahkan untuk membawa siaran secara langsung dari Dataran Shahbandar Kuala Terengganu program seperti bual bicara ASSALAMUALAIKUM dan KONSERT ULANG TAHUN TV ALHIJRAH yang membariskan artis terkemuka seperti Yasin, Nora, Opick, Rabbani, Aishah, Badri dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan, rakaman program 30 MINIT BERSAMA USTAZ DON, TERENGGANU BERSELAWAT dan DIALOG HARMONI akan turut diadakan.

Sesi perkenalan dengan penyampai-penyampai TV AlHijrah seperti Amin Idris, Ustaz Don Danial, Irma Hasmie dan Munif Isa juga akan diadakan.

Karnival yang menganggarkan kunjungan seramai 200,000 pengunjung ini turut tidak ketinggalan menyiarkan program Forum Perdana bertajuk “Hijrah Satu Transformasi ”serta program Adik-Adikku terbitan RTM.

IKIM FM, Manis FM serta Salam FM akan turut memeriahkan Karnival besar-besaran ini dengan menyiarkan siaran lintas langsung melalui frekuensi radio masing-masing.

Dengan adanya karnival ini juga kesempatan terbaik untuk rakyat negeri Terengganu datang beramai-ramai bersama keluarga sempena musim cuti sekolah untuk berada di khemah pameran agensi-agensi yang menyediakan pelbagai pameran dan aktiviti sesuai untuk seisi keluarga.

Sumber: Manis FM

Exora Bold Jimat Petrol

PROTON Holdings Bhd kini menawarkan dua varian baru Exora iaitu Exora Bold Premium dan Exora Prime yang dilengkapi enjin kecekapan bahan api (CFE) Campro 1.6 liter serba baru dengan prestasi setanding enjin dua liter.

Pengeluar kereta nasional itu dalam kenyataannya berkata, kedua-dua model berkenaan akan boleh didapati untuk pendaftaran pada minggu kedua Januari ini. Mengulas perkembangan itu Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata enjin CFE itu boleh didapati pada Exora Bold Premium baru dan model Exora Prime yang mempunyai transmisi berubah berterusan (CVT) yang memberi kecekapan pengguna bahan api, sekali gus lebih Menjimatkan.


“Didorong dengan enjin yang lebih cekap 1.6 liter, pelanggan akan menikmati prestasi pemacuan yang berkuasa yang setanding dengan enjin dua liter, dengan penggunaan bahan api yang lebih rendah,” katanya. Harga di atas jalan Exora Bold 1.6 Premium CVT adalah RM79,998, Exora Bold 1.6 Executive MT (RM70,998) dan AT (RM74,998), Exora Prime 1.6 Premium (RM88,998) manakala Exora 1.6 Standard MT (RM59,998).

PROTON yakin jualan bulanan kenderaan Exora akan mencecah 2,000 unit sebulan berbanding purata 1,800 unit ketika ini didorong pengenalan dua variasi baru itu. Sejak model Exora dilancarkan pada April 2009, sejumlah 65,049 unit model itu didaftarkan dengan pengeluar kereta nasional itu menerima 82,854 tempahan.

Tahun lalu, Exora adalah satu-satunya MPV yang disenaraikan dalam 10 kenderaan terkenal di Thailand oleh surat khabar Bahasa Inggeris terkenal di Bangkok.

Tahun ini, Exora Star memenangi dua anugerah di Indonesia — MPV Bajet Terbaik 2011 di Anugerah Automotif Indonesia dan MPV Kecil Terbaik 2011 oleh majalah MobilMotor.


Sabtu, 17 Disember 2011

Exora Bold @ Showroom,K.Terengganu

Sesi jenguk tengok kelih enjin Exora Bold CFE+CVT...heheee

Sesi Test Drive Exora Bold

Ruang kabin Exora Bold




Sesi picshot kat Jalan Cerung Lanjut, Kuala Terengganu
Kaler odometer yang berlainan dari model Exora terdahulu

Kamera undur terletak pada cermin pandang belakang...

Butang S.A.T (Stepped Auto Transmission)...dapat menambah power ketika long-distance...ketika mencuba masa mendaki terasa lebih bertenaga

Kelihatan lebih menarik dengan balutan stereng...sedap dipegang wehh

Sistem CVT?
Ada sedikit jamuan...buat alas perut time bersembang dengan SA...heheee



Haishhh tak boleh jadi nih...sebelum nih aku hanya baca apa yang rakan-rakan exorian duk citer kat forum/fb pengalaman test drive Exora Bold...jadi aku turut mengambil kesempatan untuk test drive Exora Bold di Proton Edar, Kuala Terengganu pada hari ni...alaa aku pun nak rasa jugak la kehebatan Exora Bold 1.6 CFE Turbo yang hangat diperkatakan oleh peminat-peminat Proton...

Sebelum ni dah tengok kat sebuah showroom Proton kat area lain...ye itu sebelum dipamerkan pada 16.12.11...sebelum dirasmikan pelancarannya laa...sempat ambik gambar jer...tapi hari nih dapat peluang merasai sendiri power sebuah enjin CFE Turbo...selama nih aku tak pernah bawak lagi Exora auto...eh kan Exora B-Line aku manual jer...huhuuuu tu jer yang aku mampu beli!....Boleh la...asalkan ada rupa MPV....ekekeke...

Kuasa yang dibekalkan enjin CFE Turbo memang cukup mantap bagi sebuah MPV...memang tak kalah kalo dibandingkan dengan enjin 1.8L ataupun 2.0L...sekurang-kurang akan mematikan rasa tidak yakin sesetengah pembeli baru untuk memiliki Exora Bold CFE...

Terimakasih la kepada En.Saifuddin yang banyak memberi input mengenai kelebihan enjin CFE + CVT + Turbo Exora Bold dan kemurahan hati memberi peluang test drive hampir sejam (tak termasuk sesi technical talk kat showroom dan sesi picshot luar/dalam showroom)...sempat la aku melenjan habis power Exora Bold...U ur da best bro...singgah lain-lain showroom Proton jarang-jarang jumpa SA yang mampu memberi input terutama sekali untuk customer yang ingin membeli kereta Proton


**Sesiapa ingin memenuhi hajat untuk memiliki Exora Bold atau lain-lain model kereta Proton...boleh la hubungi En.Wan Saifuddin Adzhar di 019 9705201 Regency Motor Sdn. Bhd

p/s: Bila eh Indahsari Otomobil nak jemput  EOCM TGK CREW  sebagai tetamu khas yep...boleh la test drive lagi lama skit...opssttt...selain Regency Motor korang yang duk kat sekitar Terengganu juga boleh pegi ke Indahsari Otomobil Sdn.Bhd ye itu rakan sponsor/servis EOCM TGK CREW

Jumaat, 16 Disember 2011

Proton Dalam Industri Automotif Negara & Antarabangsa

DRB-Hicom menaruh harapan agar Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) menerima syarikat itu sebagai calun yang sesuai untuk diganding dengan Proton Holding Bhd. (Proton) kerana kehadiran pengeluar kereta nasional Proton akan menjana sinergi yang mapan di peringkat serantau. Namun pada ketika ini, pihak DRB-Hicom tidak mengetahui atau diberitahu sebarang perkembangan berkaitan hasrat Khazanah utuk melupuskan pegangan dalam Proton.


Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd.Khamil Jamil yakin keupayaan mereka membantu Malaysia mengembalikan kedudukannya sebagai peneraju utama dalam industri automotif dirantau ASEAN melalui kepentingan pegangan saham Proton. Menurut beliau, matlamat itu boleh dicapai sekiranya mempunyai pendekatan dan model perniagaan yang betul ''Saya percaya sekiranya industri automotif dapat dibangun dan dipertingkatkan sejajar dengan perkembangan semasa, Proton juga akan banyak memperolehi kelebihannya''. Sebagai sebuah syarikat yang berpandukan prinsip keusahawanan, DRB-Hicom sentiasa bersikap terbuka kepada apa jua peluang perniagaan termasuk bagaimana untuk meluas dan membangunkan industri automotif negara, termasuklah mengambilalih Proton.''

Rantau ASEAN sekarang merupakan salah satu pemangkin utama dalam industri automatif dengan penduduknya melebihi 500 juta. Malaysia sebagai sebuah negara yang dahulunya peneraju indutri automatif dikalangan negara ASEAN boleh menguasai pasaran yang terbuka luas ini sekali lagi dengan strategi dan hala tuju yang khursus. Ujar beliau, ''Berdasarkan pengalaman DRB-Hicom dalam urus niaga dengan rakan-rakan serantau, kami yakin dapat menawarkan jawapanya''

Mohd Khamil menjelaskan kerjasama pintar dari segi teknologi, perkongsian pengalaman dan peluang perniagaan adalah satu usaha yang diamalkan oleh kebanyakan syarikat-syarikat antarabangsa. Usaha itu akan terus dipergiatkan supaya industri automotif negara sentiasa berdaya maju.



Pembabitan dan penjualan ekuiti kepada pihak luaran tidak timbul langsung dalam isu ini. Model perniagaan yang tepat dan bersesuaian serta pengelibatan dalam keseluruhan nilai rantaian industri automotif merupakan aspek penting untuk membolehkan DRB-Hicom dan Proton bergerak kehadapan dengan lebih pantas untuk menguasai pasaran automotif. Tambah beliau lagi, tambah nilai rantaian industri automotif tersebut juga akan mendapat faedah kepada pihak-pihak yang terlibat dalam industri automotif tempatan kerana prestasi hasil keluaran serta perniagaan mereka akan turut berkembang.

Prinsip kualiti, kos dan penghantaran yang menjadi amalan DRB-Hicom sejak 6 tahun lalu menjadi bukti kejayaan kepada syarikat-syarikat dibawah naungan DRB-Hicom, ini adalah penting untuk memastikan vendor-vendor tempatan dapat menghasilkan komponen-komponen berkualiti, seterusnya mampu bersaing diperingkat antarabangsa. Selain itu, pasaran dan perancangan produk juga adalah satu strategi penting.


''Kita tidak boleh menjadi juara dengan hanya menyaingi produk demi produk syarikat besar, sebaliknya kita perlu melihat kepada pasaran serta peluang kerjasama dengan mereka. Penyelidikan dan pembangunan kereta hibrid dan elektrik sepatutnya menjadi keutamaan kerana ia akan memantapkan Proton sebagai pruduk kebanggaan seluruh rakyat Malaysia yang juga merupakan satu jenama yang berdaya saing serta berpandangan kehadapan''.
Beliau menyatakan DRB-Hicom memerlukan masa untuk merealisasikannya, tetapi dengan modal insan dan bakat berketerampilan, serta strategi yang betul, DRB-Hicom mampu melakukannya seandainya diberikan mandat.


p/s: Proton dah cukup gah sekarang ni...apakah DRB-Hicom atau mana-mana syarikat-syarikat besar dalam industri automotif negara mampu menjulang Proton selain Khazanah...dapat memberi input dengan lebih berdaya saing lagi dipasaran ASEAN...lebih-lebih lagi diperingkat antarabangsa?...Kita tunggu perkembangan selanjutnya...........

Exora Bold dan Prime Mula Berada Di Pasaran

Exora BOLD
Exora PRIME
SUBANG JAYA, 15 DISEMBER - Proton Holding Berhad pada hari ini mengumumkan penjualan varian baru MPV pertama Malaysia iaitu Exora yang dilengkapi enjin 1.6 liter Campro Charge Fuel Efficiency (CFE) dengan prestasi yang boleh dibandingkan dengan enjin 2 liter.
Enjin CFE tersebut didatangkan pada varian Exora Bold Premium dan Exora Prime yang turut disertakan dengan transmisi CVT.
“Kombinasi enjin Campro CFE dengan transmisi CVT mejadikan kedua varian itu lebih efisyen dan ekonomikal,” kata Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengarah Urusan Grup Proton Holding Berhad.
Exora Bold turut ditawarkan dengan varian executive dengan enjin 1.6 liter Campro CPS dengan transmisi manual dan automatik. Turut ditawarkan ialah varian standard dengan enjin dan transmisi yang sama.
Exora Prime pula lebih eksklusif dengan hanya enam tempat duduk dan beberapa perkakasan standard lain seperti cermin sisi elektrik boleh lipat, brek cakera belakang, roda aloi 16 inci dan warna baru iaitu Absolute Brown.
Bahagian interior pula didominasi dengan balutan kulit dan dimewahkan lagi dengan panel tengah, panel gear dan corong penyaman udara berwana kayu (walnut). Exora Prime turut dilengkapkan dengan kerusi kapten pada barisan kedua, dua monitor pada perehat kepala dan sistem audio dengan navigasi dan kamera undur.
Sejak dilancarkan pada April 2009, sebanyak 65,049 unit Exora telah terjual dengan 82,854 unit tempahan. Purata jualan sebulan Exora pula ialah sebanyak 1,800 unit dan Proton optimistik untuk mencapai jualan sebanyak 2,000 unit dengan pengenalan varian baru itu.
Exora Bold Premium dan Exora Prime akan mula didaftarkan pada minggu kedua Januari 2012 dan pelanggan yang memandu uji pada 16 – 18 Disember akan menerima cenderamata sempena kempen Proton 4 U Day. Walau bagaimanapun, Exora Prime hanya boleh dilihat dan dipandu uji   di Bilik Pameran Kristal di Juru, Plentong dan Mutiara Damansara.


Sumber: geartinggi

Khamis, 15 Disember 2011

Exora Bold Di Showroom

Sahih...akan dilancarkan 16.12.2011
Kaler putih salju...'Proton White'
Exora Bold showroom...perghhh...cun giler
Exora Bold untuk test drive kat luar showroom

Sapa nak test?...Jangan lupa booking pastu jangan lupa join EOCM...heheheee
CFE Inside
Eh...nampak seluar aku la...huhuuuu
Bumper belakang Exora Bold
Sportrim 16 inci...sapa nak trade-in ke 18 inci erk...aku nak beli nih...heheheee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...