Tolong Klik Iklan Ni

Rabu, 31 Oktober 2012

Gambar:: TT Raya Korban

Beberapa keping gambar semasa kat lokasi TT Hari Raya Korban kat KT Waterfront Pulau Kambing. Gambar hasil tangkapan geng EOCM Krabat (CR) yang turut hadir pada malam kejadian iaitu saudara Beh Misbah...terimakasih kerana izinkan ambik gambar-gambar yang menarik ni tampal kat blog Sisi Kizz Kazz...hurmmm...TT terakhir dibawah arranging aku...















Foto kredit: Beh Misbah

Selasa, 30 Oktober 2012

Honda Dipilih Rakan Strategik Proton


Rasmi! Honda telah dipilih sebagai rakan strategik Proton. Proton Holding memeterai perjanjian kerjasama dengan pihak Honda Motor Co di Jepun, menurut pengumuman syarikat kepada Bursa Malaysia.

Dibawah perjanjian tersebut, Proton dan Honda akan menerokai peluang kerjasama dalam bidang peningkatan teknologi, produk baru, platform dan perkongsian kemudahan yang akan menguntungkan kedua-dua belah pihak.



Menurut sumber, dalam kerjasama sebagai rakan strategik, berkemungkinan Proton akan menggunakan platform dan enjin Honda untuk model Perdana replacement berasaskan model Honda Accord.

Harap Proton taklah rebadged semata-mata seperti mana kerjasama strategik dengan Mitsubishi Co dahulu. Kalau reskin lagi baik atau keluar jer model baru yang tersendiri tetapi berasaskan platform Honda Accord.

Isnin, 29 Oktober 2012

Peralihan Kuasa

Malam 27 Okt 2012 sempena TT Hari Raya Korban...kelab Exora Terengganu (EOCM TGK CREW) kat Kuala Terengganu Waterfront, Pualau Kambing menyaksikan peralihan kepimpinan baru. Setelah lebih kurang 1 tahun 6 bulan (kalau tak silap ingatan le...) aku memimpin EOCM TGK CREW...akhirnya aku lepaskan jawatan kepada pemimpin yang baru yang lebih segar dari segi idea dan sebagainya.


Sekarang ni aku adalah 'pesara'...hanya ahli biasa EOCM TGK CREW...best...dah tak payah fikir nak arrange apa-apa TT lagi...semua tu atas kepala Cip EOCM TGK yang baru...heheee

Foto: Snipx Exo


p/s: Akhirnya niat aku nak letak jawatan tercapai juga dengan adanya pengganti yang mampu memacu EOCM TGK CREW kearah kegemilangan dan kecemerlangan! Yahoo!!

Sabtu, 27 Oktober 2012

Mengungkit Kenangan Lalu Bersama APT

Tetiba teringat masa masih memuda zaman dahulu kala...zaman ketika mula tertubuhnya Angkatan Pelukis Terengganu (APT). Kalau tak silap ingatan yang dah hampir-hampir lupa ni...errr tahun 80an hingga awal 90an. Zaman dimana pelukis-pelukis Terengganu begitu aktif samada mengadakan pameran yang dianjurkan sendiri atau dengan badan-badan kerajaan mahupun dengan NGO.

Pamplet pameran kali ke 2

Aktiviti seni di Tasik Kenyir

Antara beberapa aktiviti seni yang masih diingat-ingat lupa seperti, aktiviti mingguan di Pantai Batu Burok, Bukit Putri berhampiran Bazar Warisan, aktiviti melukis di Kuala Berang (Memorial Batu Bersurat, Kampung Buluh, Kuala Berang dan kawasan sekitarnya), sehari kembara seni di Tasik Kenyir dan lain-lain lagi.

Aktiviti melukis mingguan di Pantai Batu Burok


Sementara pameran yang telah diadakan seperti, pameran pertama semasa Pesta Pantai di Pengkalan Budaya Pantai Batu Burok (semasa bangunan lama sebelum seperti sekarang ni - 2 kali), pameran seni di Primula Beach Resort (3 kali), pameran anjuran MalRa (Persatuan Membantu Pesakit Kusta Malaysia) di Stadium Tertutup Negeri Terengganu yang turut disertai oleh pelukis-pelukis nama besar dari Kuala Lumpur dan pameran anjuran kilang pencetakan Utusan Malaysia, Gong Badak (ada lagi beberapa aktiviti dan pameran yang tak dapat diingati). APT juga pernah dijemput menyertai aktiviti dan pameran anjuran Senika Pahang iaitu aktiviti melukis di Sungai Lembing dan seterus mempamerkan hasil karya-karya di Pusat Pelancungan...dipamerkan lukisan-lukisan yang mendapat tempat  kedudukan terbaik berdasarkan dari sudut pandangan setiap pelukis ketika di Sungai Lembing.

Pameran pertama APT
Antara pelukis-pelukis yang aktif ketika itu seperti, Idris Hashim Salleh (mantan SU APT), Nazli Hamzah, Cikgu Sahbuddin, Cikgu Manan Ngah, Ahmad Nashidi Ismail, Allahyarham M.Zain, Chan Fee Meng, Cikgu Sulaiman (kini masih aktif di Kota Bahru), Cikgu Azizah, Cikgu Haizan dan lain-lain lagi nama yang tak dapat diingati.

p/s: Banyak gambar-gambar aktiviti seni tersimpan dalam album...tapi masa tu zaman pakai 'kodak'...beberapa keping yang diupload kat sini aku ambik semula dengan kamera digital kompak dan kemudian diedit bagi terang skit.


Khamis, 25 Oktober 2012

Kamera AES


Kepada pemandu-pemandu kenderaan yang mula balik kampung sempena Hari Raya Korban, berhati-hatilah semasa memandu. Pandu cermat jiwa selamat. Yang penting semasa memandu tu, ingat lah orang yang tersayang samada isteri kita, anak-anak kita mahupun ibubapa kita. Bawak laju-laju pun tak kemana...bawak slow-slow pun akhirnya sampai jugak kedestinasi. Ada betul tak?

Berikut beberapa lokasi terdapatnya kamera AES disepanjang laluan seluruh negara.


Kalau balik kampung di Terengganu ada beberapa lokasi kamera AES ni. Awas sebelum poket kita rabak dek pancaran flash kamera AES!


Berikut Beberapa Lokasi Kamera AES Di Terengganu:

Persimpangan Lampu Isyarat;
1. Pengadang Akar
2. Hok Kee Seng Jalan Gong Badak
3. Losong Panglima Perang/Losong Haji Mat Shafie
4. Buluh Gading
5. Pulau Kambing
6. Jalan Syed Hussin (berhampiran Stesyen Bas MBKT)
7. Jalan Sultan Mahmud (depan Hospital SNZ)
8. Jalan Budiman
9. Simpang Tok Ku
10. Kampung Pengkalan Star, Atas Tol

Lain-lain Lokasi Di Terengganu;


Klik Utk Lebih Besar


Apa-apa pun, pemasangan kamera AES ni bukanlah untuk menyusahkan pemandu kenderaan dengan saman-saman yang mungkin membebankan kita tapi untuk kebaikan kita juga...iyalah secara tak langsung kita akan lebih berhati-hati (takut kena saman?) bila bawak kenderaan yang kita pandu dan sekurang-kurangnya dapat mengelakkan kecelakaan jalanraya! Beringat sebelum kena!!

Rabu, 24 Oktober 2012

Salam Aidiladha


Selamat Hari Raya Aidiladha
Kepada Sahabat-Sahabat Dan Pembaca
Blog ''Sisi Kizz Kazz''


Semoga Pengorbanan Kita Di Berkati
Dan Di Redhai Allah S.W.T

Selasa, 23 Oktober 2012

E01 Pada Model Proton Tahun Depan


Apakah benar Proton Holding akan menggunakan enjin yang dimajukan oleh Petronas iaitu E01 pada kereta keluaran Proton tahun depan? Wahh...ni nampaknya satu berita yang menarik. Sebenarnya ura-ura nak gunapakai enjin E01 dah lama kedengaran sejak Petronas mempunyai saham yang besar dalam Proton. Tu cerita lama dulu la.

Kini, DRB-Hicom Berhad sedang berunding dengan pihak Petronas untuk pembelian enjin tersebut beserta dengan hak inteleknya...errr macam mana dengan pembangunan enjin generasi Y yang diuar-uar dulu?

Proton Holding akan menggunakan enjin tersebut pada model Preve hatchback, Exora facelift, model gantian Perdana serta model-model baru yang akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat nanti. Tapi bagus jugak kalau Proton Holding beli enjin E01 ni daripada dijual kepihak luar. Kalau tak silap enjin ni pernah dijual kepada kompeni China iaitu Nanjing Automobile. (?)

 E01 pada enjin bay Proton Waja
Speksifikasi E01:
Valve mechanism: Continuous Control VVT
Camshaft: Double Overhead
Displacement: 2 Litre
Induction: N/A
Cylinder: 4, In-line
Valves per Cylinder: 4
Block Type: Aluminium
Weight: 108.9kg
Max Horsepower: 204.3PS @ 7300RPM
Max Torque: 203Nm @ 5300RPM
Power Output per Litre: 100PS/Litre
Volumetric Efficiency: 107.08%
Emission Standards: EURO 2

Macam mana la agaknya kalau enjin E01 diletak pada Exora facelift nanti?? Kalau yang model turbo CFE dah ok rasanya. E01? Perghhhhh!!

Isnin, 22 Oktober 2012

Header Berwajah Baru


Header Sisi Kizz Kazz bertukar wajah lagi...ni kali ke berapa ntah aku dah tak ingat. Cepat bosan bila asyik mengadap wajah yang sama jer...layout, backgroud dan saiz font pun turut diubah...hahahh. Tapi untuk kebaikan pembaca-pembaca kat blog aku jugak...yang dah biasa masuk tu dah tengok berwajah baru pulak...baru la tak bosan...kan kan kan

Apa-apa pun aku ingin ucapkan ribuan terimakasih la kat korang yang sudi jenguk blog aku nih...blogger baru nak naik. Jom teruskan support ye...hohooo...baru semangat dan bersemangat nak terus berblog ni...hehee...err nak tanya nih...berblog ni dapat duit tak??? Hahahhh...apa punya soklan daa!




Ahad, 21 Oktober 2012

Kelantan Juara Piala Malaysia 2012




Pertempuran sengit 120 minit final Piala Malaysia antara Kelantan dengan ATM akhirnya berpihak kepada pasukan Red Warrior. Dengan keputusan penuh tamat perlawanan, ATM 2 - 3 Kelantan. Gol-gol Kelantan hasil 2 jaringan Norshahrul Idlan Talaha dan Indra Putra Mahayuddin sementara 2 gol ATM dari rembatan Rezal Zambery Yahya dan pemain import Marlon Alex James.


TAHNIAH KELANTAN
JUARA PIALA MALAYSIA 2012

JUARA 'TREBLE'!

Sabtu, 20 Oktober 2012

Final Piala Malaysia 2012


Malam ni jam 8.45pm, akan bermula satu pertempuran yang dijangka sengit antara team ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dengan team TRW (The Red Warrior @ Pahlawan Merah @ Kelantan)...fuhhh debar dah rasa! Pasukan manakah akan menang pada malam di Stadium Shah Alam? Askar atau Pahlawan Merah? Korang pilih team yang mana? Kalau aku dua-dua aku sokong pasal ATM tu askar-askar yang mempertahankan kedaulatan negara dari serangan musuh...heheee. Lagi pun pemain asal Terengganu (Hai-O @ Hairuddin Omar) ada dalam team askar tu sementara TRW pulak ramai rakan-rakan aku duk kat situ...pemain asal Terengganu pun ada jugak dalam team TRW...hahahhh.


Piala Malaysia menjadi rebutan antara team ATM dengan team TRW. TRW sebagai penyandang juara mengidam kejuaraan treble sementara ATM iaitu juara Liga Perdana 2012, berhasrat mencipta sejarah memenangi Piala Malaysia buat julung kalinya. Team yang yang mempunyai strategi dan senjata yang kuat dan hebat malam ni...team itulah akan ditabal Juara Piala Malaysia 2012!! Sama-samalah kita 'pertempuran sengit' pada malam ini.

p/s: Aku duk depan TV jer la tengok final Piala Malaysia malam ni...bila gol aku tumpang sorak la...Peteh Ganu Peteh...hahaaa

Preve Dan Exora Di Pasaran Australia


Sempena pameran automatif Australia International Motor Show (AIMS) 2012, Proton Holding memperkenalkan 2 model untuk pasaran Australia. Proton Preve akan dijual melalui semua wakil pengedar Proton dengan penghantaran pertama pada Januari 2013. Ketika ini Proton Preve sudah boleh ditempah diwakil-wakil pengedar Proton.



Penghantaran pertama Proton Preve dengan menawarkan varian GX berenjin 1.6 IAFM+ manual 5 kelajuan yang ditawar dengan harga bermula $18,990 (RM59,591.74). Varian GX CVT 6 kelajuan pula berharga $20,990 (RM65,867.86). Manakala varian GXR akan memasuki pasaran Australia pada pertengahan 2013 dengan dilengkapi enjin CFE 1.6 transmisi CVT ProTonic 7 kelajuan. Harga bagi Proton Preve GXR masih belum diumumkan.



Proton Exora varian GX dan GXR akan memasuki pasaran Australia (sama dengan penghantaran Proton Preve varian GXR) pada pertengahan 2013 turut dilengkapi dengan enjin pengecas turbo CFE 1.6 transmisi 7 kelajuan CVT ProTonic. Harga sebenar untuk pasaran Australia akan diumumkan semasa perlancarannya.




Jumaat, 19 Oktober 2012

Korban - Erti Pengorbanan


Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban juga disebut Hari Raya Haji iaitu mengambil sempena umat Islam yang menunaikan ibadah haji di Mekah, membawa erti yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia. Korban ini berdasarkan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. yang menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail A.S. setelah mendapat wahyu daripada Allah S.W.T. supaya berbuat demikian. Peristiwa pengorbanan tersebut memperlihatkan sifat ketakwaan dan ketaatan seorang hamba Allah yang sanggup melakukan apa sahaja demi menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangan sendiri.

Peristiwa tersebut sebenarnya satu simbolik erti pengorbanan umat Islam iaitu kita sebagai umat Islam mentaati dan sanggup melakukan apa sahaja yang diperintahNya. Pada hakikatnya, pengertian korban itu bukan semata-mata menyembelih binatang korban dan dagingnya diagih-agih (sedekah) kepada fakir miskin. Sesungguhnya pengertian korban merangkumi aspek atau makna yang lebih luas kepada umat Islam.

Pengorbanan dari segi masyarakat umat Islam hari ini, membawa erti  bahawa kesanggupan kita berkorban dari segi harta benda, masa dan keimanan demi menegakkan agama Islam disamping membentuk keperibadian mulia yang memahami erti keinsafan, bersyukur atas segala nikmat yang diterima dan sifat bertimbangrasa kepada golongan yang kurang bernasib baik serta memupuk sikap penyayang, berkerjasama, sikap suka tolong menolong dan bersedekah.

Selamat Menyambut Hari Raya Korban 1433H/2012M
Dari 'Sisi Kizz Kazz'


Isnin, 15 Oktober 2012

Pengumuman Hari Raya Korban 2012


''Bagi menyempurnakan titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Besar Raja-raja mengisytiharkan 1 Zulhijjah , 1433 Hijrah ialah 17 Oktober 2012. Oleh yang demikian, Hari Raya Korban bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat 26 Oktober 2012''

Demikian pengisytiharan Hari Raya Korban oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad melalui siaran TV1.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Penjagaan Perabut Kayu


Kali ni cuba nak kongsi  tip penjagaan perabut kayu pulak. Antara sofa dengan set kerusi kayu, yang mana pilihan korang. Kalau aku prefer set perabut kayu...apa alasannya? Tak ada apa-apa alasan...cuma aku minat set perabut kayu macam set kerusi ruang tamu dan set meja makan lebih-lebih lagi kalau jenis kayu yang bermutu tinggi dan tahan contoh kayu jati dan cengal (kedua-dua jenis kayu ni amat mahal harganya). Lagi pun set perabut kayu taklah rumit untuk dijaga. Ada 6 tip macam mana nak jaga set perabut supaya tahan lebih lama.

1. Kena tau serba skit jenis kayu perabut yang nak dibeli kerana ye dapat membantu kita mengetahui macam mana cara penjagaan yaang sesuai. Contohnya nak jaga perabut kayu jenis cengal macam mana, nak jaga perabut kayu jenis jati, nyatoh, kembang semangkuk, meranti dan sebagainya macam mana.

2. Seperti yang diperkatakan tadi, kayu cengal dan jati adalah sejenis kayu yang keras dan tahan lasak. Ni bermakna ye tak perlu sangat penjagaan yang rumit.

3. Kebiasaannya kita mungkin nak beralih selera susunatur ataupun mengalih set perabut kayu. Kekadang dalam 3 bulan sekali kita ubah susunatur. Biasalah tu...jemu jugak bila susunatur perabut dikedudukan sudut ruang tamu dan kita mulalah nak ubah cara lain pulak tapi berhati-hatilah ketika mengalih dan meletakkannya. Elakkan letak atas permukaan lantai yang berlekuk dan tak stabil yang boleh merosakkan struktur kayu perabut.

4. Elakkan perabut kayu dari terkena sesuatu yang tajam yang menyebabkan calar tergores yang mencacatkan seri perabut kayu.

5. Perabut kayu yang dihasilkan melaui teknik natural finish kelihatan lebih cantik kalau selalu dibersihkan daripada habuk atau debu yang melekat pada celahan dan permukaan lekuk ukiran perabut. Bersih dengan menggunakan berus halus dari masa ke semasa untuk membuang debu.

6. Perabut kayu yang kelihatan kusam dimakan usia boleh disapu sejenis minyak kayu untuk kembalikan keaslian sementara perabut kayu yang rosak boleh dibaiki dan diberi sentuhan atau kemasan baru.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Trend Batik Pop Art


Pop Art dikatakan muncul pada pertengahan tahun 50an di Britain yang mana seni pop art ini sentiasa mendapat tempat sebagai imej atau visual untuk tujuan periklanan, penerbitan media dan sebagainya. Seni pop atau popular art ini juga mempunyai penampilan seni yang unik dan tersendiri walaupun digunakan dalam pelbagai bentuk pendekatan budaya dan cabang seni yang berbeza.

Fenomena pop art kini menjadi satu trend yang disegarkan oleh Kraftangan Malaysia dalam industri batik. Trend batik pop art dalam erti kata lain ialah penggunaan warna kontra yang cerah dan ceria dan disesuai untuk golongan remaja dalam berfesyen dan dilihat mampu memberi aura keyakinan dan juga keremajaan kepada si pemakai. Penggunaan motif batik seperti flora dan fauna minimalis dan dipadankan dengan seluar dan skirt polos menampilkan imej yang lebih remaja, malahan boleh disesuaikan dengan padanan kemeja dan blaus batik pop art dengan seluar jeans, legging, topi dan lain-lain aksesori tambahan, menyerlahkan lagi gaya santai dan kasual mengikut citarasa remaja dalam berfesyen.

Usaha Kraftangan Malaysia mengetengahkan elemen pop art pada batik, harus mendapat pujian kerana bukan sahaja ia mampu memertabatkan industri fesyen tempatan bahkan juga menambah kemeriahan serta permintaan bagi pakaian komersial seperti kemeja, blaus dan skirt selain pakaian yang sedia ada seperti baju kurung dan kebaya batik.

Dengan penampilan pop art dalam industri batik dan fesyen, sekurang-kurangnya ia mampu menjadikan sesuatu produk tersebut atau pakaian itu nampak lebih segar dan memukau pandangan.

Selasa, 9 Oktober 2012

Proton Preve R3

Beberapa keping gambar Proton Preve R3 yang telah dipaparkan dihalaman facebook Proton Motorsport. Merupakan penampilan pertama Proton Preve untuk perlumbaan Proton R3 Team semasa event 'Proton Green Mobility Challenge 2012' di Litar Sepang.

Perghhh...menarik da boomm! Bila la Team R3 nak jadikan Proton Exora R3? Heheee






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...