Tolong Klik Iklan Ni

Sabtu, 28 Julai 2012

TT Gabungan Kelab MPV Terengganu


Sejak pertemuan secara spontan dengan SL (State Leader) MyAlza Terengganu saudara Piang semasa Mini TT Daftar ahli baru EOCM kat Mydin Mall...perbincangan untuk mengadakan satu TT bergabung antara EOCM TGK CREW dengan MAOC (MyAlza) dirancang dan akhirnya dapat jugak direalitikan pada malam 27.7.2012 kat Pulau Warisan. Satu TT gabungan MPVantara Proton Exora dan Perodua Alza.


Maka pada malam bulan Ramadhan...tercatatlah satu sejarah perjumpaan antara kelab Exora dan Alza Terengganu. Seronok weh dapat menambahkan lagi kawan-kawan baru dari kelab yang berlainan MPV ni. Kehadiran pada malam tersebut yelah...10 bijik Exora dan 28 bijik Alza...kesemuanya 28 bijik dan disusun berselang-seli. Mantap beb!!


Disamping beramah mesra dan bertukar-tukar pendapat...durian juga menjadi santapan kami. Boleh dikatakan TT makan durian jugak la...hehehee. Sebelum ni TGK CREW sendiri dah menganjurkan satu TT Durian 2012 kat lokasi yang sama.

InsyaAllah akan ada lagi TT gabungan antara kelab MPV kat Terengganu yang akan dianjurkan nanti.

Jumaat, 27 Julai 2012

Nostalgia Ramadhan II

Sketsa oleh: Pekaka @ Kizz Kazz

Selain bedil buluh, satu lagi permainan bulan Ramadhan yang biasa bebudak kampung dulu-dulu mainkan yelah 'kereta api'...ni bukan keretapi la yek...heheee. Permainan nih kiranya agak 'baik' skit dari main bedil buluh tu pasal tak ganggu 'keharmonian' kampung yang biasa bergegar gempita bunyi dentuman bedil yang bersahutan.

Korang pernah tengok jenis permainan ni? Kalau ikut nama sebenar permainan ni...errr sebenarnya takde la nama spesifik...bebudak dulu pakai hentam jer panggil 'keta api' sebab memalam selalunya kita pasang api yang dibuat khas dengan tin kosong yang ditebuk dan diletakkan pelita...sila refer gambar lukisan kartun yang aku lukis kat atas tu...pandai gak aku lukis kartun ek...hehee...sebenarnya aku memang pelukis kartun tapi sekarang dah 'pencen'...haish apasal aku melalut pasal kerjaan melukis kartun nih tapi takpe...sekurang-kurangnya boleh gak korang dapat gambaran sebenar permainan ni...kalau nak cari gambar permainan ni kat tenet payah nak jumpa...lagi aku boleh asah balik bakat 'kartunis'...hahahahh.

Bebudak zaman dulu agak kreatif...apa saja bahan terbuang pasti dibuat sesuatu yang
'bermanfaat'...bermanfaat la tu dari buang masa...kan kan kan...ork? Hehehh. Keta api atau keta tolak (kereta la weh) diperbuat dari kayu-kayu terbuang. Ambik jer kat mana-mana tapi biasa kat bawah rumah sendiri la yang biasa bapak kita simpan lebihan kayu buat rumah ke apa. Cari saiz yang sesuai dan siap potong ikut ukuran yang sepatutnya untuk dijadikan keta api.

Kemudian cari satu pelita yang tak digunakan lagi pastu 'McGyver'kan untuk dijadi lampu keta api tuh pastu combine dengan satu tin kosong...tin tu jangan lupa ditebuk lubang kat bahagian atas dan belakang...tujuannya untuk pengaliran haba...kalau tak tebuk lubang-lubang halus dengan paku nanti hitam berjelaga la tin tu...saiz ikut suka la nak besar mana dan sepadan dengan pelita tu. Bab tayar tu...buat sendiri jer dengan kayu yang dipotong bulat...kalau yang kreatif dorang cari tiub tayar basikal terbuang untuk dilapik pada permukaan keliling tayar tu dan hasilnya tayar kayu nampak seperti 'rim ada tayar'...hah bijak kan!

Petang-petang sebelum waktu berbuka...kita bebudak dah start main dah tapi tak 'buka' api pelita la sebab hari masih siang cerah benderang. Malam la waktu yang paling sesuai dan seronok main keta api nih. Kita bebudak biasa bersaing seramai 6 hingga 7 (lagi ramai lagi best) dengan masing-masing punya keta api macam-macam jenis 'fesyen' gaya! Pastu mulai la berkonvoi berbaris satu barisan (tu sebab kita bebudak panggil keta api pasal nampak macam keretapi bergerak kot...heheee) keliling kampung sampai la minyak tanah pelita kehabisan. Kalau rasa malam masih muda kita bebudak balik kerumah isi semula minyak tanah yang kehabisan tuh...sambung konvoi sampai letih...Hahahh.

Seronok kan bila kenang kembali nostalgia masa bebudak. Hurmm rasa ingin kembali semula masa zaman bebudak dulu-dulu. Time Tunnel atau Back To Future! Huhuuu.................


Khamis, 26 Julai 2012

Nostalgia Ramadhan


Sekarang ni aku dah jadi bapak bebudak...semua dah besar panjang dah...dari sibongsu sekolah rendah dan sebesar-besar dah nak kawin dah (tu kalau ada calun pilihan la...). Nih bukan aku nak citer pasal aku jadi bapak bebudak...sajer nak mengimbau kembali kenangan pahit manis masam kelat semasa bulan puasa dan raya dulu-dulu zaman tahun 70an. Bagi aku tahun 70an (kira tahun 71 hingga 76...semasa bersekolah rendah) adalah paling terkesan dalam hati nurani. Satu nostalgia menusuk kalbu yang akan aku ingat kini dan selamanya.

Masa tu mana ada lagi api letrik macam sekarang ni...harap pada pelita ayam la kalau nak menerangi rumah. Kalau nak study siap la sebijik sorang adik beradik spot buku...heheh. Esoknya berjelaga hitam la lubang hidung dengan bahana asap pelita tu. Owhh meleret-leret pulak citer aku nih...hahahahhh.

Ok tanpa buang masa...go to point citer ni. Kebiasaannya setiapkali tiba 10 Ramadhan terakhir pasti akan disambut gembira bebudak kampung.Ye la...masa tu la kita bebudak kampung bebas nak keluar malam bermain hatta kalau balik lewat tengah malam atau kepagi pun mak bapak kita tak marah...maklum la kata orang...semua hantu syaitan kena tambat (eh betul ke kena tambat?). Sebelum ni kalau bukan bulan puasa mesti dah kena jerit suruh balik sebelum azam maghrib berkumandang. Sekali mak bapak kita siap cong (bohong sunat) kata nanti disembunyikan dek hantu...hahah ada betul ke?

Bermula 10 Ramadhan terakhir tu...aku dengan geng-geng sekampung yang sekepala mula la buat perancangan apa aktiviti yang sepatutnya dibuat pada malam-malam tersebut sehingga kemuncaknya malam Tujuh Likur dan seterus malam menjelang raya. Dulu-dulu mak bapak kita orang kebanyakannya miskin...kereta kat kampung haram nak jumpa masa tu...habis kaya pun pakai basikal jepun jadi kita bebudak masa tu jarang-jarang turun kebandar. Setahun sekali tu ada la...tu pun masa hari raya (kan main suka setahun sekali naik bas...heheee).

Maksud aku kat atas tu...kita bebudak jarang-jarang terdedah hal-hal diluar kepompong masa tu...TV pun takde...kalau ada biasa kat pekan. Nak kenal mercun pun tau macam mana rupa mercun...hahahahh. Jadi salah satu hiburan kita bebudak dulu-dulu yelah buat sesuatu yang boleh menceriakan malam-malam 10 Ramadhan terakhir dengan bermain merian @ bedil buluh (karbait biasa ada dijual kat kedai runcit kampung). Apa lagi pada sebelah siangnya kita bebudak siap berparang bergolok pergi mencari buluh yang dikira terbaik untuk dibuat bedil buluh. Buluh yang tak tua dan tak muda juga bersaiz ruas panjang lebih kurang sedepa dan berukuran lilit 4''. Ok semua dah dapat sebatang buluh bedil tuh.

Malam pertama adalah malam ujian...kena test dulu macam mana bunyinya...power ke tak...kalau bunyinya setakat 'kepish kepishhh' jer...keesokan harinya kita cari semula batang buluh yang lain. Owh lupa nak beritau...sebenarnya nak cari batang buluh nih perlu pertolongan abang-abang yang berpengalaman ...takkan kita bebudak yang baru darjah 2 atau 3 kenal sangat jenis buluh yang sesuai dibuat bedil. Owh ye satu lagi...dalam kesempatan tu...kita juga ambik buluh untuk dibuat pelita panjut (pelita buluh yang panjang lebih kurang 2 hingga 3 depa).

Pada malam kedua...maka bermula la 'peperangan' letusan gempita bedil buluh bersahut-sahutan antara satu sama lain termasuk bedil buluh jiran sekampung sebelah. Biasanya operasi 'peperangan' ni bermula selepas waktu berbuka kekadang selepas terawih. Haaa...area tu mula la menjadi tumpuan orang kampung termasuk la mak bapak kita tumpang sekaki tapi kebiasaannya mak bapak kita tak la bagi sokongan moral...maybe bimbang terjadi sesuatu kot...heheee.

Yang paling dan seronok sekali...Malam Tujuh Likur! Hah malam ni la yang paling meriah sekali hatta kampung jiran sebelah menyebelah. Ceria habis wehh!! Lampu panjut yang banyak dipasang disekeliling laman rumah dan lorong-lorong kampung menceriakan lagi suasana malam tujuh likur. Nak bergerak kemana-mana pun senang...tak payah dah pakai lampu suluh berbateri saiz AA tuh...hahaaa...kekadang tu ada jugak yang kreatif buat tanglung sendiri dengan buluh yang diraut dan dibuat bermacam bentuk rupa dan kemudian ditampal dengan kertas berwarna...kebiasaannya kertas wau yang telus cahaya la. Tanglung ni budak pompuan la yang bawak keliling kampung...yang bebudak lelaki pulak tumpang sekaki buat meramaikan keadaan berarak keliling kampung. Pastu ada pulak adegan usik-mengusik bebudak pompuan nih. Seronok bila terkenang nostalgia malam tujuh likur nih.

Segala jenis 'hiburan' malam 10 Ramadhan terakhir tu takde la pulak kita bebudak dulu-dulu putus kaki tangan macam bebudak zaman sekarang nih. Agaknya bebudak zaman sekarang terlampau kreatif. Dulu-dulu maybe bebudak tak terdedah dengan gaya 'McGyver' kot! Hehehhh!!


Selasa, 24 Julai 2012

Majlis Berbuka Puasa GPT


Pada 4 Ramadhan 1433H, satu jamuan majlis berbuka puasa pelukis-pelukis Terengganu telah diadakan di Restoran D'Tunggal, Bukit Tunggal dengan kehadiran 7 pelukis bagi mempereratkan silaturrahim.
 

Dikesempatan itu, banner dan GPT (Grup Pelukis Terengganu) dirasmikan menanda bermulanya sebuah perkumpulan senilukis di Terengganu.


Walaupun perkumpulan GPT bergerak sebagai sebuah kumpulan yang kecil, diharapkan suatu hari nanti Terengganu akan ada sebuah persatuan yang berdaftar untuk mengumpul lebih ramai lagi pelukis-pelukis berbakat diseluruh Terengganu. InsyaAllah.



Kepada pelukis-pelukis di Terengganu yang berminat menyertai perkumpulan pelukis ini bolehlah klik Grup Pelukis Terengganu facebook group.

Isnin, 23 Julai 2012

Lokasi Bazar Ramadhan Kuala Terengganu


Setiap kali tibanya bulan puasa, peniaga-peniaga turut mengambil kesempatan menjual pelbagai juadah untuk berbuka puasa kepada umat Islam disepanjang bulan Ramadhan. Antara juadah berbuka puasa yang disediakan seperti lauk pauk dan bermacam-macam jenis kuih muih. Antara kuih muih yang dijual ialah sekaya, tok aji serban, akok, jala emas, tahi itik dan lain-lain lagi. Sesetengah kuih muih tu kalau pada ketika bulan-bulan yang lain jarang-jarang dijual tapi bila bulan puasa ia akan 'menjelma'. Tu istimewanya bila bulan puasa!


Untuk kemudahan warga sekitar Bandaraya Kuala Terengganu yang tak berkesempatan memasak sendiri atau tak sempat kerana kepenatan balik dari kerja, bolehlah singgah dimana-mana yang terdapat Bazar Ramadhan untuk membeli lauk pauk dan kuih muih.

Antara Bazar Ramadhan yang terdapat disekitar Bandaraya Kuala Terengganu yang biasa menjadi tumpuan ialah:

1. Pasar Chabang Tiga (Bazar Ramadhan yang paling menjadi tumpuan)
2. Dataran Taman Shahbandar (juga tempat tumpuan warga Kuala Terengganu)
3. Pantai Batu Burok (area parking hadapan Kompleks Renang MBKT)
4. Pasar Bukit Besar
5. Pasar Kedai Payang
6. Pasar Manir
7. Pasar Pekan Batu Enam
8. Pasar Gong Badak
9. Pasar Kedai Buloh
10. Pengadang Baru (berhampiran Desa Murni jalan besar arah ke Bukit Payong)
11. Permin Jaya
12. Wakaf Tengah
13. Jalan Budiman (kampung Batu Burok)
14. Dataran Taman Purnama
15. Kampung Baru Seberang Takir
16. Teluk Ketapang
17. Batas Baharu


Kepada warga Kuala Terengganu bolehlah pergi mana-mana Bazar Ramadhan yang berdekatan. Pastikan juadah yang dibeli bersih demi mencegah sebarang masalah kesihatan. Elakkan pembaziran!

Kurma Dan Khasiatnya


Setiap kali menjelang Ramadhan, kurma merupa satu hidangan 'wajib' ada dirumah masing-masing sebagai 'menu' utama sebelum kita mula menjamah juadah berbuka puasa yang lain-lainnya.

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: ''Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tiada makanan''. 


Ini jelas, kurma diangkat tinggi oleh Baginda kerana ia mengandungi nilai pemakanan yang tinggi. Kurma atau  disebut juga 'buah tamar' mengandungi khasiat yang tinggi seperti kismis dan buag aprikot kering dan kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C, zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Protein yang terdapat dalam kurma mengandungi lebih kurang 1.8 - 2.0 per/100 manakala kandungan serat 2.0 -4.0 per/100 dan kandungan gula pula 50 -57 peratus glukosa. Apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserapkan tubuh adalah serta merta yang mana adalah sebaliknya jika kita memakan buah-buahan yang kandungan gulanya yang dikenali fratkosa sementara gula tebu atau gula pasir yang mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus kedalam tubuh kita.

Kita disunatkan memakan buah kurma terlebih sebelum kita menjamah juadah lain kerana selama lebih kurang 13 jam kita tidak makan selepas imsak. Kurma menyumbang tenaga serta merta dan ini secara tak langsung memudahkan kita menunaikan solat maghrib dan terawih.

Kurma diakui sebagai buah yang amat berkhasiat sebagaimana FirmanNya: ''Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma atau anggur untuk kamu. Disana kamu perolehi buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan'' - Surah Al-Mukminah ayat 19.


''Jika sesiapa yang selalu memakan kurma akan terhindar dari racun yang dimakan'' ' Diriwayat Aishah R.A.


Oleh itu, pastikan sepanjang bulan Ramadhan, kurma adalah menu utama kita, walaubagaimana kurma tidaklah tertakluk pada bulan Ramadhan sahaja. Pada bulan-bulan lain pun kurma sepatutnya menjadi makanan 'harian' kita kerana khasiatnya yang tinggi.

Sabtu, 21 Julai 2012

Sahur


Selamat bersahur kepada muslimin dan muslimat pengunjung Sisi Kizz Kazz

Janganlah kita lupa bahawa sahur mempunyai hikmat yang tersendiri selain mendapat kurniaan pahala dari Allah S.W.T. Bersahur merupakan amalan yang penting untuk orang yang berpuasa supaya menjadi bekalan dan ketahanan kepada kita sepanjang siang hari sebelum waktu berbuka. 

Rasulullah S.A.W bersabda, 'Bersahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkan sahur walaupun salah seorang daripada kamu hanya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah S.W.T dan para malaikatnya berselawat keatas orang-orang yang bersahur'. Hadis Riwayat: Iman Ahmad.

Sabda Baginda lagi, 'Kamu perlu bersahur kerana ia makanan yang diberkati;. Hadis Riwayat: Nasai.

Bersahur juga merupakan satu amalan yang membezakan dengan puasa penganut agama lain seperti Yahudi dan Nasrani. Baginda bersabda, 'Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita (umat Islam) dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) adalah bersahur'. Hadis Riwayat: Muslim

Sesungguhnya waktu bersahur adalah satu amalan yang mustajab untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T lebih-lebih lagi dalam bulan ramadhan bulan mulia yang penuh berkah ini. Marilah kita sama-sama tidak melepaskan peluang keemasan ini mengangkat tangan memanjat doa semoga doa kita dimakbulkanNya. Amin

Jumaat, 20 Julai 2012

Bedil Berbuka Puasa


Syahdunya petang Jumaat 30 Syaaban ni sambil menunggu detik letusan bedil menandakan permulaan 1 Ramadhan 2012 bersamaan 1433H.

Selepas asar kebiasaannya bedil tanda permulaan puasa akan dilancarkan keudara diruang langit Kuala Terengganu yang boleh didengari hampir 8 -10km jaraknya. Bagi warga Kuala Terengganu dalam lingkungan jarak tu adalah perkara biasa mendengar bunyi bedil yang dilancarkan di Bukit Pak Apil. Ianya merupakan satu tradisi bagi menandakan permulaan puasa yang ditembakan keudara sebanyak 7 kali, bedil waktu imsak sebanyak 2 kali dan waktu berbuka sekali.

Sebelum tahun 2008, tembakan bedil takde mengeluarkan percikan bunga api seperti sekarang. Kini jika kita berbuka puasa diluar rumah atau tempat terbuka contohnya kita berbuka di Pantai Batu Burok, kita akan nampak dengan jelas bunga api tu yang menerangi langit disekitar Kuala Terengganu sepanjang bulan ramadhan. Kalau pada waktu imsak nampak lagi terang menerangi langit di waktu subuh.

Teringat zaman bebudak dulu, kalau bedil menanda permulaan puasa tu dilancarkan sebanyak 7 kali, kami beramai bersorak gembira sambil berlari-lari mengelilingi kampung sambil menjerit-jerit 'Yehhh...esok pose doh'...heheee. Sungguh manis kenangan semasa zaman bebudak dulu!

Kalau takde bunyi bedil berbuka puasa seolah-olah terasa hambar jer. Macam pada tahun 2004 hingga 2008. Memang tak best la kalau takde bunyi bedil!!

Khamis, 19 Julai 2012

Makan Percuma


Warung Simpang Tok Ku yang kebiasaannya jadi tumpuan orangramai sekitar Kuala Terengganu untuk menikmati makan tengahari berharga bajet! Pelbagai makanan tengahari disediakan iaitu nasik kuning (kerana popular dengan nasi kuning yang berharga cuma RM1.50 jer...aku panggil kedai nasik kuning), nasi dagang yang jarang-jarang warung lain jual masa lunch, nasik lemak dan kekadang ada jugak laksa kuah putih dijual.


Hari ni dipenghujung Syaaban, tuan punya warung tersebut mengada jamuan sebagai penutup jualan sempena bulan Ramadhan. Saban tahun beliau sering buat jamuan seperti ini. Beliau yang mesra dipanggil Pok Omor (Pak Omar) meraikan pelanggan-pelanggan setia yang sering berkunjung ke warung beliau.

Dalam kesempatan tu aku bersama famili ambil peluang makan kat Warung Simpang Tok Ku yang sedia femes tu...layan nasik minyak weh...sedap lebih-lebih lagi kalau percuma! Heheheee

Untuk sebarang tempahan sila hubungi:
Warung Simpang Tok Ku,
Che Omar @ Che Abdullah Bin Chik,
Lot 1731, Simpang Tok Ku
21000 Kuala Terengganu
HP: 013 9479857

Rabu, 18 Julai 2012

Kadar Zakat Fitrah Bagi Negeri Terengganu


Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi negeri Terengganu Darul Iman yang telah ditetapkan untuk tahun 2012 bersamaan 1433H:

1. RM7.60
2. RM7.00
3. RM4.50


Untuk lebih lanjut sila klik MAIDAM

Waktu Imsak & Berbuka Puasa 1433H


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Bulan Yang Penuh Keberkahan


Berikut Jadual berbuka puasa dan imsyak bagi seluruh negara yang telah dikeluarkan JAKIM.

Waktu Imsak & Berbuka Puasa


Perarakan Dan Sambutan Atlit Sukma Hanelang

Sambutan rasmi kepulangan kontinjen Terengganu sebagai Juara Sukma 2012 telah berlangsung dengan penuh meriah dan berwarna-warna dengan pertunjukan bunga api di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu malam tadi. Seluruh warga Kuala Terengganu turut sama menyaksikan atlit-atlit Sukma yang mengharumkan Terengganu sebagai juara 4 kali berturut-turut.

Sebelum itu, atlit-atlit Sukma Terengganu dibawa berarak disekitar jalan utama bandaraya Kuala Terengganu dan kemuncaknya di Dataran Shahbandar.

Ketika melalui Jalan Sultan Ismail

Perarakan masuk sambil diiringi beberapa buah motosikal

Di atas pentas bersama Menteri Besar Terengganu

Trofi Juara Sukma 2012 menjadi tumpuan ramai

Terlebih dahulu, Menteri Besar Datok Seri Ahmad Said dan turut dihadiri Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek merasmi Majlis Perlancaran Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Terengganu sempena kemerdekaan ke 55.

Selasa, 17 Julai 2012

Terengganu Juara Sukma 2012



UPDATE: Menteri Terengganu mengisytiharkan cuti peristiwa Ahad ini (22 Julai 2012) atas kejayaan mengungguli Juara Sukma ke 15.

Setelah memenangi Juara Keseluruhan Sukma tahun 2008, 2011 dan 2010, Terengganu sekali berjaya mengekalkan sebagai Juara Keseluruhan Sukma 2012 yang berakhir pada 16 Julai di Pahang Darul Makmur. Ini bermakna Terengganu berjaya melakar kejuaraan 4 tahun berturut-turut! Tahniah TERENGGANU !

Terengganu memungut 62 pingat emas, 24 pingat perak dan 31 pingat gangsa dengan kutipan keseluruhan  sebanyak 117 dari keseluruhan 1209 pingat yang dipertandingkan. Terengganu sebelum ini menetapkan sasaran 47 pingat emas dan berjaya mengatasi sasaran! Syabas! TERENGGANU HANELANG!! Bangga jadi rakyat Terengganu Darul Iman!!!

Info: Kepada semua warga Terengganu, dijemput hadir di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu pada 17 Julai 2012 jam 8.00 malam bagi acara menyambut kepulangan atlit SUKMA Hanelang bersama Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said.

Isnin, 16 Julai 2012

Pekena Mee Kari @ Mee Jawa


Hari ni 16 Julai 2012 bersamaan 26 Syaaban 1433H, aku dengan moksu pekena mee jawa buat kali terakhir sebelum datang bulan Ramadhan tak sampai beberapa hari lagi. Kalau nak tau, mee jawa ni kalau nak kata femes sangat tu tak la tapi memang femes pun, tu la pasalnya mulai jam 9.00 pagi lagi dah ramai orang.

Sebenarnya warung ni bukan jual mee jawa jer...ada jugak soto, lontong dan mee sup. Bagi aku, lebih suka mee jawa jer...memang sedap!


Ni la mee jawa tapi aku panggil mee kari jer. Opssttt...lupa nak beri tau lokasi warung mee jawa nih...hahaaa. Ok...warung ni terletak kat Jalan Gong Kapas berhampiran antara pejabat pos Gong Kapas dan kedai kain Saleem Aziz. Nak target senang jer...target bumbung khemah berwana biru kat tepi jalan tu...hah tu la dia warung mee jawa (sori...aku tak tau apa nama warung mee jawa tu...heheee)

hahahh...licin mee jawa :)
Waktu operasi warung mee jawa ni mula jam 9.00 pagi hingga habis jualan. Kebiasaannya jam 11.30 pagi lebih kurang dah habis dah! 


p/s: Pada bulan puasa, mee jawa ni ada dijual kat Bazar Ramdhan Pantai Batu Burok kat parking kereta hadapan Kompleks Renang MBKT. Tapi aku biasa tak sempat beli...dah habis dulu. Kalau nak beli jugak...kena beli awal-awal sebelum jam 6.00 petang!

Ahad, 15 Julai 2012

VIDEO: TT DURIAN SERAWA PULUT EOCM TGK CREW 2012

Video TGK CREW ni diambik selepas selesainya sesi kopek mengopek dan makan durian sebelum majlis bersurai. Jom lihat tengok kelih lagak gaya Exorian Terengganu (TGK CREW) dengan gelagat penuh ceria...hahaa :D


Sabtu, 14 Julai 2012

Gambar: TT Durian EOCM TGK CREW 2012

Sekeping foto ihsan Syid


TT Durian Serawa Pulut TGK CREW telah berlangsung pada malam 13 Julai 2012 kat I-City Pulau Warisan, Kuala Terengganu dengan meriahnya. Pada awalnya seperti mana yang dirancangkan terlebih dahulu, sepatutnya lokasi kejadian asal bertempat kat Pantai Batu Burok tapi kerana ada geng lain yang telah buat aktiviti BBQ kat situ, pastu lampu spotlight pun satu jer yang menyala, Jadi terpaksa la crew TGK beralih angin ke I-City Pulau Warisan.

Dalam kesempatan tu, 11 buah Exora crew TGK berfundrive mengelilingi bandaraya sebelum menuju lokasi baru tu. Fundrive sesaje jer untuk ambik masa sementara aku pergi beli buah durian kat Pasar Kedai Payang. Lambat jugak la proses beli durian nih, maklum la banyak weh...lagi pun malam minggu ramai 'hantu-hantu durian' berkerumun nak membeli belah raja segala buah tuh! Ermmm...termasuk la crew TGK...ekekeke.......

Ok. jom kita lihat beberapa keping gambar-gambar TT Durian Serawa Pulut...kenal tak serawa pulut? Hehehee.

Berkumpul dilokasi asal, Pantai Batu Burok sementara
menunggu kehadiran crew TGK yang lain sebelum
berfundrive 'pusing' bandaraya menuju I-City Pulau Warisan




Ni la serawa pulut kemudian dicampur dengan durian
3 - 4 bijik atau lebih...terpulang atas individu la nak letak
berapa ulas durian...buatan moksu aku!...heh heh heh!!


Gambar: Diskusi Seni GPT

Untuk sekian lama sekian kali dan julung kalinya, akhirnya berjaya juga diadakan Diskusi Seni perkumpulan pelukis-pelukis Terengganu sepertimana yang dirancangkan. Dengan permulaan ini dan kehadiran seramai 7 orang pelukis-pelukis Terengganu, secara rasminya GPT (Grup Pelukis Terengganu) 'ditubuhkan' atas tujuan menggerakkan aktiviti senilukis di Terengganu. Selepas ini akan ada lagi beberapa siri perjumpaan dan aktiviti senilukis pada masa akan datang secara santai yang akan bertempat dilokasi Taman Lagun Kuala Ibai.








InsyaAllah, selepas ini aktiviti seni GPT selain melukis demo spontan dan mengambil tempahan melukis potret secara live, pelukis-pelukis GPT turut membawa beberapa karya untuk dipamer dilokasi. Mungkin Jumaat sebelum puasa ni akan diadakan aktiviti seni dilokasi yang sama.

Jumaat, 13 Julai 2012

Foto: Satria Neo R3 S2000 Konsep

Pandangan sisi

Pandangan belakang

Pandangan depan

Adakah ini Satria Neo R3 S2000 Konsep untuk kegunaan jalanraya? Wow! Menarik nih! Apakah enjin semasa kegunaan perlumbaa rally akan digunapakai pada model talaan terbaru R3 ini?


Rabu, 11 Julai 2012

TT Durian TGK CREW 2012


Pada hari yang 13.7.2012 iatu pada sebelah malam, akan diadakan pula aktiviti makan durian bersama famili iaitu TT DURIAN TGK CREW 2012...perghhh tak penat ke? Lepas aktiviti seni, malam pulak buat aktiviti kelab Exoran Terengganu. Takpe la...semangat punya pasal semua aku redah...hahahaa. Dah tanggung jawab sebagai 'kepala'...apa nak buat...huhuuuu.


Jangkaan lebih kurang 12 buah Exora crew-crew TGK akan melibatkan diri pada malam kejadian. makan durian dengan serawa pulut...pergghhhh sedapnya!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...