Tolong Klik Iklan Ni

Jumaat, 27 April 2012

Gambar: Perlumbaan Jetski

Terengganu World Invitational World Jetrace 2012 kini sedang berlangsung di Pantai Batu Burok, jom tatap gambar-gambar yang aku snap petang tadi. Kejohanan yang disertai 59 buah negara termasuk Malaysia ini berlangsung selama 3 hari berturut-turut mulai 27-29 April.

Kepada peminat-peminat pelumbaan jetski boleh lah berkunjung di PantaiBatuk Burok untuk melihat aksi-aksi menarik yang penuh cabaran menongkah ombak.












p/s: kalau aku sendiri yang bawak jetski ni kan best...hehehe...berangan-angan jer laa...

Selasa, 24 April 2012

Youngman Lotus T5 Bakal SUV Pertama Proton?





SUV Youngman Lotus T5 telah dipamerkan di Auto China 2012. Adakah model ini akan turut dijadikan SUV pertama PROTON dengan sedikit ubahsuai selaras dengan pasaran negara kita? Sama-sama lah kita tunggu!

Kehadiran Pengarah Urusan PROTON Datuk Seri Syed Zainal Abidin di Auto China 2012 tersebut, menguatkan lagi kemungkinan Youngman Lotus T5 akan menjadi Proton SUV pertama.


Sumber: paultan


Khamis, 19 April 2012

Sekitar Konvoi Proton Preve Ke Indahsari Otomobil

Ketibaan Konvoi Proton Preve tepat jam 12.30pm

Sebelun acara belek membelek Proton Preve, layan dulu Exora Bold CFE genetik silver...hehehehe

Para pengunjung melihat Proton Preve yang baru tiba yang disusun dihadapan showroom Indahsari Otomobil Sdn.Bhd.




Team Hot FM yang turut serta berkonvoi sebagai media rasmi  Konvoi Proton Preve keseluruh negara dengan di iringi model Inspira, Exora Bold, Persona dan pasukan Polis Trafik.


Inilah interior Proton Preve Executive Manual/Auto. Berbeza dengan model Premium yang lebih canggih!

En.Malik, SA Indahsari Otomobil dan juga ahli Kelab Proton Persona (PPOC)...senyum pejam mata...heheee



Menikmati makan tengahari yang disediakan oleh pihak pengurusan Indahsari Otomobil untuk  peserta konvoi, staf-staf dan tetamu yang berkunjung melihat Proton Preve.


Bersama dengan Executive Diretor Indahsari Otomobil Mr.Kenny Teo...terimakasih atas layanan terbaik. Harap jika ada lagi event sebegini jangan lupa jemput lagi EOCM Terengganu (TGK CREW)

Bergambar beramai-ramai dengan ahli-ahli kelab permotoran Terengganu yang hadir pada majlis tersebut dengan pihak pengurusan Indahsari Otomobil Sdn.Bhd, Kuala Terengganu.


p/s: Untuk melihat, test drive dan menempah Proton Preve, sila berkunjung ke Indahsari Otomobil Sdn.Bhd. dialamat:

4149-4154 Jalan Kamaruddin,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Tip Jimat Petrol Exora



Tip ini merupakan asas jer untuk pemandu biasa macam kita, sekurang-kurangnya ia membolehkan kita dapat lebih petrol dengan setiap RM yang kita belanjakan. Tak kira Exora auto atau manual. Asasnya sama jer!

Kalau boleh isi pada waktu awal pagi atau masa waktu suhu sejuk, kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu panas siang hari yang banyak wap. Sekiranya kita perhatikan, jika isi minyak di waktu tengahari petrol akan meruap lebih cepat dan membuatkan ia dapat dibau dengan terlalu ketara. Untuk mengurangkan kerugian petrol ‘hilang’ ditelan angin, jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.

Isi minyak dengan perlahan-lahan (tidak berterusan...ermmm tapi biasanya kebanyakan pam petrol sekarang ni tekanannya laju) supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas yang akan membazirkan minyak. Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana lagi banyak baki minyak dalam tangki akan mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum. Jangan amalkan bila dah nak habis baru nak isi petrol.

Pernah tak kita bawa barang yang tidak perlu? Biasa ada kan?? (Exora bukan stor...heheh). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus. Jangan lupa perhatikan tayar Exora, pastikan tekanan angin adalah sesuai dengan keadaan dan bebanan. Jika tidak, penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran berlebihan.

Penalaan enjin yang salah akan meningkatkan penggunaan petrol hingga lebih 50 peratus. Jangan malas check tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.

Lebih perlahan kita memandu, (bukan la terlalu perlahan weh...mana syok bawak Exora slow2 der!) lebih jimat minyak digunakan. Nak senang, ikut kelajuan kebangsaan yang tertera dipapan tanda lalulintas tu. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus). Ia berbeza bagi setiap cc kereta, lagi tinggi cc lagi banyak minyak dibakar (tapi kalau ikutkan nisbah kuasa dengan berat, kalau kuasa enjin besar lebih power contohnya Exora Bold CFE, mungkin lebih jimat minyak kerana daya kilas enjin mampu untuk menggerakkan berat Exora jika dibandingkan dengan Exora CPS!)

Jika Exora dalam keadaan statik, matikan enjin kalau sekadar menunggu seseorang. Jangan atau elakkan menekan pedal minyak ketika Exora tidak bergerak. (Huh apa faedahnya tekan pedal minyak kalau Exora tak bergerak...kan..kan..kan!)

Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas (kalau gear main tekan2 jer pedal minyak tu...ntah jimatnya kemana!). Gear tak perlu di tekan secara melulu macam nak merempit. Kalau nak sangat merempit takde maknanya nak jimat minyak. Ada ke kereta lumba fikir nak jimat minyak??

Jika kita sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut. Ni memang ramai pemandu punya tabiat ni. Jangan lupa kita buat perancangan laluan. Kita pilih laluan yang tak sibuk untuk mengelakkan jem yang akan menyebabkan pembaziran masa, petrol dan secara tak langsung mengelakkan tekanan!

Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Kalau dah terlalu tu dekat elok guna basikal ( tak kira la basikal apa pun, Pixie ke MTB ke, janji basikal). Kalau ada motosikal, guna jer motorsikal. Alaa takkan nak pergi kedai nak beli gula sekilo kat luar simpang tu nak bawa Exora jugak, kalau rajin sangat, jalan kaki jer...eksesais skit...jasmani wehh! Tu contoh jer..heh heh heh.

Tak perlu pasang aircond Exora kalau cuaca dah sejuk atau matikan aircond apabila dah nak dekat sampai yang ditujui. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond. Lagi baik cuba biasa2kan tak gunakan aircond kalau kita bawa Exora berseorangan. Biar badan berpeluh skit. Badan melekit sikit takpe, sampai di rumah mandi jer!

Tak payah merempit sana sini (aikss kat atas dah tulis...takpe saje nak tulis pepanjang). Kalau boleh perlu bijak tekan pedal accelerator dengan berhemah, kalau nak jimat kenalah bawa bersederhana tak payah laju-laju der!

Untuk perjalanan jarak jauh, pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu untuk melancarkan pergerakan Exora. Jika tidak, Exora kita akan bertambah geseran dan perlahan, ini menyebabkan kita menekan minyak lebih banyak untuk bergerak. Biasanya sesetengah pemandu fikir kalau tingkap dibuka akan menjimatkan minyak tapi sebenarnya tidak kalau kita memandu laju. Bayang kalau tingkap dibuka, aliran angin akan menerjah masuk kedalam kabin. Tu sebenarnya kesan geseran yang menjadi halangan.

Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu puncak, kalau bandar2 sibuk seperti KL atau lain bandaraya yang sentiasa sibuk, biasa2kan pergi kerja awal2 sebelum jalan akan kita lalui bertambah sibuk. Sebab bila jem, makin kuat minyak habis terutamanya auto. Kalau nak jimat lagi pakai jer Exora manual macam Exora B-Line aku punya, bagi mereka yang nak jimatlah...heh heh heh, kalau auto ni memang makan minyak daripada manual tapi sedapnya bab dalam bandar atau jalan jem, senang pakai auto la...tak la macam manual B-Line yang guna nih...sakit lutut wehh...lebih2 lagi orang macam umur aku...dah tua lutut dah tak kuat...sebenar efek cedera main bola dulu2 la nih.

Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis. Tukar minyak pelincir mengikut jadual selaras dengan cadangan pengeluar Exora. Kalau dalam buku manual tu kata tukar setiap 5000km jangan tukar masa dah lajak 7000km ke 8000km. Gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk memaksimumkan keberkesanan enjin.

Warming up enjin kereta sekurang-kurangnya 30 saat setelah enjin dihidupkan, tapi sesetengah orang kata tak perlu warming up enjin kerana masa proses warming up tu minyak pun tergunapakai lebih-lebih lagi kalau warming up terlalu lama. Macam Exora, kita cuma tunggu api yang warna biru di odometer tu padam pastu terus jer bergerak.

Guna NGV berbanding petrol, kalau nak guna NGV la tapi mungkin kita tak nak guna NGV kat Exora kerana menyempitkan ruang bonet belakang). Kalau aku baik letak kotak subwoofer...baru ada ummpphhh dengar ICE...heh heh heh!

Rabu, 18 April 2012

Merasai Kehebatan Proton Preve! Sempoi!!


Hari ini aku dengan my wife pergi ke showroom Indahsari Otomobil Sdn.Bhd di Jalan Kamaruddin untuk melihat dan merasai sendiri kehebatan model global pertama Proton Preve yang baru dilancarkan. Disambut oleh Bos Besar dan kemudian dilayani dengan mesra oleh SA Indahsari Otomobil Puan Ruby.


Proton Preve dalam ruang showroom Indahsari Otomobil berwarna Blue Lagoon. Lebih cantik kalau dibanding tengok dalam gambar!


Ni pulak versi test drive. Jap lagi nak rasa sendiri kehebatan Proton Preve. Sebelum nak test drive, isi borang untuk kajiselidik. Apa-apa lah, isi jer pastu baru boleh test drive...hehehee



Interior Proton Preve memang nampak mewah. First time masuk kedalam kabin, terasa seperti kereta conti atau model Jepun/Korea yang lebih mahal harga tu. Terbaik!!




Sesi snapshoot diluar showroom Indahsari Otomobil di Jalan Cerung Lanjut. Fire Red memang menonjol warnanya bila dilihat diluar. Untuk kenangan ni...nak beli tak mampu lagi...nanti aku puas pakai Exora aku trade in...hehhehheh.


Terimakasih kepada SA Puan Ruby kerana sudi hadiahkan brochure yang siap ditandatangan untuk kenangan. Brochure hanya untuk SA sahaja!



Jika anda ingin menempah Proton Preve (ataupun Exora Bold...hehehee), bolehlah hubungi Puan Ruby, Indahsari Otomobil ditalian 019 9840653 untuk temujanji dengan membawa:

Penyata Gaji (3 bulan terkini)
Surat Tawaran Kerja (Kerja kurang 6 bulan)
Penyata KWSP Terkini
Penyata Akaun Bank (3 bulan terkini)

Selasa, 17 April 2012

Preve Bukti Keunggulan PROTON



Sedan baru tepati kualiti dan piawaian keselamatan antarabangsa

PROTON Preve, kereta global pertama keluaran PROTON Holdings Bhd (PROTON), akan menjadi model perintis untuk mengukuhkan kembali penguasaan pasaran pengeluar kereta nasional itu, baik di pasaran tempatan mahupun di luar negara.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata model itu juga akan menjadi perintis kepada perubahan dalam penghasilan setiap model baru PROTON di masa depan.
Produk PROTON memang sudah diterima di peringkat antarabangsa ketika ini. Namun begitu, kita tidak harus berpuas hati. Kita mesti bertindak lebih agresif lagi dalam mengembangkan aktiviti eksport ke luar negara dan menjadi lebih berteknologi maju, terus mampu menawarkan pelanggan kenderaan yang sewajarnya, mampu memperkukuh jualan dan khidmat selepas jualan di peringkat antarabangsa, dan mampu berkembang lebih kukuh sebagai jenama yang memiliki reputasi yang baik, yang dipercayai, diutamakan dan mampu menjadi pengeluar kereta yang kompetitif. - Mohd Khamil

“PROTON Preve adalah bukti akan kemampuan PROTON setakat ini dalam usahanya bersaing pada pelbagai peringkat pasaran global.

“Dengan model ini, apa yang PROTON cuba nyatakan adalah model ini akan menjadi permulaan baru bagi kami, iaitu antara lain memperkenalkan arah baru reka bentuk produk dari segi kualiti dan keselamatan yang mampu bersaing di pelbagai pasaran dunia,” katanya pada majlis pelancaran model itu yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Seri Kembangan, semalam.

Hadir sama Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor: Penasihat PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; dan Pengerusi Eksekutif PROTON, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil.

Syed Zainal berkata, sebagai permulaan, pihaknya memperuntukkan 20 peratus daripada jumlah pengeluaran Preve untuk pasaran eksport. 
“Selain pasaran domestik, Preve akan dieksport ke luar negara, dengan Indonesia sebagai destinasi pertamanya pada Julai atau Ogos ini, sebelum memasuki Thailand, Australia, United Kingdom dan Asia Barat,” katanya.

Syed Zainal berkata, Preve dijangka mampu dijual sekitar 4,000 hingga 4,200 unit sebulan dan kini sudah menerima lebih 1,000 unit tempahan sejak mula ditampilkan secara teaser pada Pameran PROTON Power of 1 di Bukit Jalil, bulan lalu.

Sementara itu, Najib berkata, keupayaan untuk mengeluarkan sebuah kereta yang global adalah suatu mercu tanda kejayaan yang amat penting kepada PROTON kerana untuk mencapai tahap piawaian dan standard antarabangsa terbabit, ketelitian dan fokus kepada aspek kualiti tidak boleh dipandang ringan.

“Semuanya harus berada pada tahap global standard. Saya sendiri sangat berbangga dengan keupayaan PROTON dan ini membuktikan bahawa kereta kita juga setaraf atau lebih baik dari kereta berjenama antarabangsa yang lain,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kereta berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata untuk memastikan PROTON dan semua syarikat automotif tempatan dapat bersaing dengan kereta terkemuka dunia, kerajaan menerusi Dasar Automotif Negara (DAN) sudah menggariskan pelbagai insentif bertujuan meningkatkan daya saing industri automotif tempatan bagi jangka panjang.

Katanya, ini termasuk penyediaan pelbagai insentif dan pakej geran dan dana automotif yang komprehensif serta pelbagai inisiatif lain bagi meningkatkan usaha sama strategik dengan rakan dagang utama negara.

“Kerajaan juga sedang mengkaji semula DAN yang akan merangkumi skop yang lebih luas dengan mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk syarikat kereta, vendor, institusi kewangan dan pengguna.

“Pembentangan cadangan akhir ini, akan dibentangkan di mesyuarat Kabinet tidak lama lagi,” katanya.

Preve, yang kini boleh didapati di semua bilik pameran Proton Holdings di seluruh negara, ditawarkan dalam tiga varian, iaitu standard eksekutif transmisi manual, standard eksekutif transmisi automatik dan spesifikasi premium transmisi automatik. 

Versi standard eksekutif transmisi manual menggunakan enjin 1.6 liter IAFM Continuous Variable Transmission (CVT) lima kelajuan, dan tujuh kelajuan untuk versi automatik, sementara versi spesifikasi premium pula menggunakan enjin 1.6 liter Caj Keberkesanan Minyak (CFE) turbo dengan CVT Protonic tujuh kelajuan.

Model baru itu ditawarkan pada harga RM59,990 seunit bagi versi standard eksekutif transmisi manual, RM62,990 bagi automatik standard eksekutif CVT, dan RM72,990 seunit bagi versi premium.

Semua varian berkenaan ditawarkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000 kilometer, atau yang mana terdahulu.

Menurut Mohd Khamil berkata, Preve, model bercirikan teknologi paling canggih pertama yang ditawarkan kepada pasaran secara besar-besaran itu, akan membuka lembaran baru buat syarikat kereta nasional itu dalam memasarkan produknya yang menepati semua cita rasa pasaran.

“Produk PROTON memang sudah diterima di peringkat antarabangsa ketika ini. Namun begitu, kita tidak harus berpuas hati. Kita mesti bertindak lebih agresif lagi dalam mengembangkan aktiviti eksport ke luar negara dan menjadi lebih berteknologi maju, terus mampu menawarkan pelanggan kenderaan yang sewajarnya, mampu memperkukuh jualan dan khidmat selepas jualan di peringkat antarabangsa, dan mampu berkembang lebih kukuh sebagai jenama yang memiliki reputasi yang baik, yang dipercayai, diutamakan dan mampu menjadi pengeluar kereta yang kompetitif,” tegasnya.

Preve turut mendapat sentuhan anak syarikat milik penuh PROTON, iaitu Lotus Engineering, khususnya dari segi kawalan pemanduan dan pengendalian, yang mampu bertindak balas dengan baik di selekoh pada kelajuan tinggi.

SPESIFIKASI: Proton Preve

  • Enjin 1.6 liter turbo ringan menghasilkan kuasa sama 2.0 liter enjin biasa
  • 138 kuasa kuda, kilasan 205Nm
  • Sistem butang penghidup enjin untuk Premium
  • Stering kuasa hidrolik
  • Brek ABS dengan EBD
  • Dwi beg udara SRS untuk semua varian dan beg udara sisi untuk Premium saja
  • Dilengkapi dengan sambungan 4G WiFi dan sistem navigasi GPS 
  • Sistem audio dengan pemain CD MP3 dengan Bluetooth, USB dan sambung iPod
  • Warna pilihan Blue lagoon, Fire red, Genetic silver, Solid white, Tranquility black, Elegant brown
  • Kesemua varian didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000 km
  • Tiga varian : Premium (harga dari RM72,990), Eksekutif CVT (harga dari RM62,990), Eksekutif (harga dari RM59,990)
  • Arktikal Berita Harian


    Gambar: Proton Preve SAPPHIRE!










    Lawa siottt Proton Preve Sapphire yang dipertunjukkan sebagai showcar semasa majlis perlancaran kereta global Proton Preve semalam! Berapakah harga agaknya kalau Proton Preve Sapphire dipasarkan? Atau adakah Proton sekadar  buat showcar semata-mata sepertimana majlis perlancaran Proton Exora pada tahun 2009 dahulu iaitu Exora Prime yang sehingga hari ini tak dijelmakan.

    Tapi kita tunggu apa perkembangan seterusnya. Mungkin Proton Preve Sapphire (bayangan Proton Preve SE) akan dipasarkan sebagai variant tertinggi atau masterpiece dari Proton dibawah pengurusan baru!!


    Foto: fastmotoring

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...