Tolong Klik Iklan Ni

Khamis, 31 Mei 2012

Pesanan & Amanat DSSZA Kepada Warga PROTON


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia pada seluruh warga PROTON yang saya kasihi.

Semoga warkah saya ini bertemu saudara saudari dalam keadaan sihat sejahtera, ceria dan bersemangat tinggi dalam menjalankan tugas-tugas harian.

Seperti yang semua sedia maklum, saya telah pun melepaskan jawatan saya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON berkuatkuasa 4hb Julai, 2012. Dengan mengambil kira cuti yang saya perlu habiskan, hari ini yakni Khamis 31hb Mei, 2012 adalah merupakan hari terakhir saya berada di PROTON secara fizikal.

Saudara saudari yang saya kasihi,

Terlalu berat untuk saya menulis surat ini sebagai penutup tirai kepada lebih enam (6) tahun perkhidmatan saya di PROTON. Berhari-hari saya mengadap skrin komputer yang kosong kerana ternyata tidak ada perkataan yang dapat menterjemahkan apa yang ada di lubuk hati saya. Bagaimana mungkin dapat saya melepas perginya sesuatu yang telah memberi impak yang dalam dan bermakna kepada kehidupan saya? Bagaimana mungkin dapat saya berjabat tangan dan mengucapkan selamat tinggal pada rakan-rakan yang sudah saya anggap sebagai ahli keluarga sendiri? Tiada ucapan yang dapat saya ungkapkan untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada setiap individu yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu saya menjalankan tugas saya sekian lama. Tiada mampu dalam diri saya yang kerdil ini untuk membalas pengorbanan, kegigihan dan masa yang telah di curahkan oleh semua pihak dalam usaha merealisasikan impian PROTON tanpa mengenal lelah dan jemu.

Saudara saudari yang saya kasihi,

Apabila saya imbas kembali detik-detik perjalanan saya di PROTON, saya menganggap sayalah yang sebenarnya beruntung. Saya beruntung kerana dapat menerajui sekumpulan tenaga pekerja yang saya anggap permata-permata yang amat bernilai. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan sekumpulan warga Malaysia yang kental semangatnya. Tatkala masyarakat umum memberi persepsi negatif pada PROTON, saudara saudari masih bangun dinihari untuk ke kilang dengan penuh rasa bangga. Tatkala kita ditertawakan atas kesilapan lalu, saudara saudari menerima kritikan dengan sikap terbuka. Tatkala kita berada di bawah, saudara saudari bangkit dan menyahut cabaran perubahan. Semangat saudara saudari lah yang membakar semangat saya untuk terus berjuang memulihkan PROTON. Kematangan saudara saudari jualah yang telah mematangkan diri saya untuk berani mengambil pendekatan baru demi melonjakkan nama PROTON. Saya yakin berdiri di atas pentas kerana saya berdiri di atas keyakinan saudara saudari. Ternyata hari ini, saya lah yang kehilangan sesuatu yang besar nilainya. Bukan saudara saudari.

Saudara saudari yang saya kasihi,

Saya yakin saudara saudari akan meneruskan perjuangan ini dan mampu membawa nama PROTON ke tahap yang lebih tinggi. Saya percaya saudara saudari akan terus memberikan sokongan yang mampan walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Segalanya tidak mustahil jika kita tanam keyakinan yang tinggi pada setiap sesuatu. Di mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan, Saya telah melihat kehebatan saudara saudari, jadi saya menyeru agar di teruskan kegigihan ini. Percayalah pada diri sendiri, kejayaan pasti memihak kepada saudara saudari dengan izinNya. Saya yakin dengan suntikan dan anjakan paradigma pengurusan baru, di bawah pimpinan YBhg Dato Sri Hj Mohd Khamil Jamil, PROTON akan terus meraih namanya di persada automotif, insyaallah.

Saudara saudari yang saya kasihi,

Sebagai manusia yang dhaif dan lemah dalam pelbagai aspek, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari setiap warga PROTON atas segala keterlanjuran bahasa, tingkahlaku, makan minum, hak-hak saudara saudari yang tidak dapat saya sempurnakan sepanjang perkhidmatan saya di PROTON. Saya pasti terdapat banyak kekhilafan dan serba kekurangan dalam pentadbiran dan pengurusan saya, Yang baik itu datang dariNya, yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri. Saya mohon juga disampaikan kemaafan dan salam saya pada keluarga saudara saudari sekelian. Walaupun saya mungkin tidak berkesempatan bertemu dengan mereka, doa saya akan sentiasa mengiringi mereka.

Hukum alam menetapkan, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Walapun jauh dimata, PROTON akan tetap di hati saya. Saya akan sematkan ingatan dan pengalaman berharga ini jauh di lubuk hati saya. Semuga takdir mempertemukan kita semula dilain tempat, dilain masa, insyaallah.

Akhir kalam, saya memetik lirik dari nyanyian Faith Hill dari lakun layar Pearl Harbour dan kata-kata ini saya tujukan khas kepada semua warga kerja PROTON.

“There You’ll Be”

When I think back
On these times
And the dreams
We left behind
I’ll be glad ’cause
I was blessed to get
To have you in my life
When I look back
On these days
I’ll look and see your face
You were right there for me

In my dreams
I’ll always see you soar
Above the sky
In my heart
There will always be a place
For you for all my life
I’ll keep a part
Of you with me
And everywhere I am
There you’ll be
And everywhere I am
There you’ll be

Well you showed me
How it feels
To feel the sky
Within my reach
And I always
Will remember all
The strength you
Gave to me
Your love made me
Make it through
Oh, I owe so much to you
You were right there for me

‘Cause I always saw in you
My light, my strength
And I want to thank you
Now for all the ways
You were right there for me
You were right there for me
For always

Salam hormat dari saya,

Syed Zainal


Sumber: funtastickodesign

**  Bermula dari Persona, Exora (MPV bersaiz sederhana pertama Malaysia), Saga BLM dan terbaru Proton Preve (kereta global pertama Proton) dan juga penghasilan enjin turbo 1.6 CFE dll, Dato' Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (DSSZA) merupakan 'arkitek' yang menarik kembali kepercayaan pembeli-pembeli terhadap kereta Proton. Jasamu tetap dikenang!  

Exora REEV di Putrajaya
*** PROTON EXORA seperti mana yang diketahui, merupakan 'anak' kesayangan DSSZA. Kita sebagai ahli EOCM dan juga pemilik-pemilik Exora 'diluar sana', amat berbangga dengan visi beliau mengeluarkan produk MPV mampumilik yang setaraf dengan lain-lain MPV pengeluar kereta lain.

Sabtu, 26 Mei 2012

TT Lepak-Lepak & FunDrive Santai


TT Lepak-Lepak telah berlangsung di lokasi Taman Waterfront Pulau Kambing dengan kehadiran 9 buah Exora crew TGK. Sesi sembang dan ngeteh bertempat di Zie Corner disamping fundrive santai membabitkan beberapa laluan disekitar bandaraya Kuala Terengganu. Tujuan fundrive tersebut adalah untuk mempromosikan EOCM amnya TGK CREW khas dikalangan pemilik-pemilik Proton Exora di Terengganu. Mana tau kalau pemilik-pemilik Proton Exora yang terpandang fundrive ni, mungkin ada yang berminat nak join EOCM...hehehee

Antara Exora crew TGK yang hadir

Sembang hal teknikal Exora sambil berdiri...heheee

Antara hidangan popular...keropok lekor dengan kentang goreng

Eh tengok apa tu?

Apa hal crew TGK duk sembang tu?


Sesi bergambar kat I-City Pulau Warisan sebelum meneruskan
fundrive mengelilingi Bandaraya Persisir Air Kuala Terengganu


Jumaat, 25 Mei 2012

Persahabatan Sepanjang Hayat!


Kita patut berbangga dengan kejayaan TGK CREW yang mana kita sudah gah sebagai sebuah kelab dibawah naungan EOCM khasnya di Terengganu.  Beberapa siri TT dan satu dua konvoi telah kita lakukan seperti Fundrive CNY To Klate (kemudian bergabung dengan rakan2 EOCM GEK - TT CNY Klate @ Pantai Irama Bachok) dan juga mini konvoi disekitar bandaraya Kuala Terengganu.

Kita juga turut dijemput menghadiri City Night Games 2011 diperkarangan Kompleks Stadium Gong Badak yang mana kelab-kelab kereta lain di Terengganu juga turut terbabit. Kita berjaya menganjurkan TT Durian 2011 di I-City Pulau Warisan dengan penyertaan rakan-rakan dari luar dengan kehadiran sebanyak 23 buah Proton Exora termasuk Presiden EOCM dan yang paling terkesan, kejayaan menganjurkan GEER 2011 (Gathering Exorian Eastern Region) di Kuala Terengganu pada 17 September untuk pertamakalinya dengan penyertaan sebanyak 50 buah Proton Exora dari wilayah timur dan tengah.

Untuk menganjurkan sesebuah event/konvoi bukan satu perkara yang senang atau mudah, pelbagai halangan dan cubaan terpaksa kita tempuhi. Walaupun TGK CREW bukanlah satu komuniti yang besar jika dibandingkan dengan rakan-rakan dari luar, sekurang-kurangnya kita mampu menggerakkan beberapa aktiviti kelab. Dengan bilangan ahli yang lambat berkembang namun kita mampu merangsang suasana berkrlab sesama kita. Kita juga tersenyum bangga kerana dapat mengadakan TT gabungan dengan kelab Proton Persona di Terengganu ( PPOC/PPEOC) iaitu TT Berbuka Puasa Gabungan 2011 di I-City Pulau Warisan. Dalam keadaan tertentu, kita juga turut menyambut kunjungan rakan-rakan sekelab dari luar kawasan iaitu TT Masjid Kristal sempena lawatan muhibah Exoculim NR (ketika itu...) dan juga TT Berbunga Qasih di Taman Panorama, Bukit Pak Apil pada 10.3.2012 yang lalu atas kunjungan rakan-rakan dari CR (VIP/3G/Warikh)

Penutup kata:

Keterlibatan kita selama dalam EOCM amnya TGK CREW khasnya dalam event yang dianjurkan, semua itu adalah atas kesepaduan kita sebagai rakan sealiran pemilik Proton Exora. Bersatu padu, saling hormat menghormati dan bantu membantu dalam apa jua keadaan. Contohnya kesanggupan kita meluangkan masa melibatkan diri memeriahkan event yang dianjurkan samada datang secara berseorangan mahupun bersama famili masing-masing.

Kita tetap berseronok bersama dan 'bersedih' bersama. Kutuk mengutuk dalam forum/fb grup adakalanya sampai bergaduh namun apabila kita bertemu, kita tetap bergurau senda seperti tiada apa-apa yang berlaku semasa diforum/fb grup.

Dalam keseronokan berkelab, kita perlu berhati-hati atas kemungkinan adanya cubaan menghancurkan keharmonian dan kegembiraan berkelab yang kita kecapi selama ini. Apa yang hendak dinyatakan disini ialah kesepaduan kita merupakan jalinan PERSAHABATAN SEPANJANG HAYAT!

Khamis, 24 Mei 2012

Exora Turbo Di Thailand


Exora Turbo Tranquility Black yang terdapat dipasaran Thailand

Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir
semasa diperasmian perlancaran Exora Turbo di Thailand

Proton Exora Bold CFE+CVT atau di Thailand, Exora Turbo telah dilancarkan baru-baru ni dengan speksifikasi yang sama terdapat di Malaysia. Nampaknya Proton Exora Turbo di pasaran Thailand terdapat warna Tranquility Black yang mana untuk pasaran Malaysia takde lagi warna tu. Lain-lain warna untuk pasaran Thailand masih sama terdapat seperti di Malaysia iaitu Genetic Silver, Solid White, Plum Red dan Elegant Brown.

Selepas Thailand, kita tengok pulak macam mana agaknya speksifikasi Exora CFE+CVT (Turbo) untuk pasaran Indonesia!

Sumber

Isnin, 21 Mei 2012

Pewarna Batik Berasaskan Sumber Semulajadi


Batik tempatan mempunyai kelebihan tersendiri berbanding batik negara jiran. Mempunyai ahli keluarga yang gemar memakai pakaian berasaskan batik menyebabkan saya sering berkunjung ketempat pembuatan batik dan tempat jualannya. Difahamkan pewarna berasaskan sumber semulajadi dapat menghasilkan produk batik lebih bermutu.


Apakah pengusaha batik tempatan tidak berhasrat beralih menggunakan pewarna semulajadi ini?



Faktor pencemaran alam sekitar memberi kesedaran kepada Kraftangan Malaysia dibawah Unit Kajian Teknologi untuk menghasilkan pewarna berasaskan sumber semulajadi. Kajian dilakukan membabitkan ratusan pokok, akar, buah, teras pokok dan daun antaranya seperti cempedak, gajus, kari, senduduk, mangga, nangka, kandis, kuinin, helikonia, pandan, halban, nam-nam, sentul, tembakau, sitam, kulit kayu bakau, biji rambutan hantu dan kulit mengkudu.

Walaupun harganya murah berbanding pewarna berasaskan kimia, proses pembuatan pewarna asli ini lebih rumit kerana memakan masa yang terlalu lama serta harus melalui proses yang berperingkat untuk menghasilkan warna yang menarik, unik, eksklusif dan berkualiti.

Penggunaan sumber semulajadi ini boleh menghasilkan warna yang jarang didapati kerana warna yang terhasil berbeza serta unik daripada sejenis daun disebabkan suhu sekeliling ketika ia diambil, jenis mordan (pemati warna) dan jenis kain yang digunakan.

Pihak kami telah melakukan kajian bermula pada 1995 sehingga sekarang dan pada masa yang sama mendapat khimat nasihat daripada Institut Kajian Hutan Malaysia (FRIM) mengenai jenis pokok dihutan.

Muhammad Nasruddin Mustaffa Kamal,
Penolong Pengarah Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Cawangan Kelantan.




* Cerita ni aku dah lama dah dengar, sampai hari ni entah lah...bilalah pewarna berasaskan sumber semulajadi ni akan dikomersialkan!

Sumber: Berita Harian
Foto: Haya Batik

Sabtu, 19 Mei 2012

Gambar: TT LEPAK SANTAI TGK CREW











Dengan kehadiran 10 buah Proton Exora crew TGK termasuk Cip Klate, suasana begitu meriah dengan kehadiran crew bersama famili masing-masing bersembang hal teknikal Exora, alat perhubungan (handy/walkie talkie) dan sebagainya dan juga ramah mesra famili crew TGK.

Malam yang indah dan disulami cuaca yang baik di Pulau Warisan, begitu ceria dengan gelagat ria anak-anak crew TGK menambahkan lagi seri TT Lepak Santai TGK CREW. Majlis tamat jam 12.00 tengah malam.

Rabu, 16 Mei 2012

Jom TT


Kali terakhir TGK CREW adakan TT ialah pada 10.3.2012 di Taman Panorama, Bukit Pak Apil (TT Berbunga Qasih) sambil meraikan rakan2 sekelab dari jajahan Kuala Lumpur. Jadi agak lama juga TGK CREW tak buat TT selain TT secara kecik atau mini TT ataupun ngeteh jer.

Jadi, untuk merapatkan lagi hubungan sesama crew dan famili masing-masing, satu TT akan dilangsungkan pada 18.5.2012 di I-City Pulau Warisan, jam 9.00pm. Harap kehadiran crew TGK kali ini dapat memeriahkan lagi suasana malam minggu di I-City Pulau Warisan.

PERSAHABATAN SEPANJANG HAYAT!

Sabtu, 12 Mei 2012

Juara Exora Tercantik SUT'3

EOCM (Exora Owners Club Malaysia) baru saja selesai meraikan Sambutan Ulang Tahun kali ketiga (SUT'3) dengan penyertaan sebanyak 200 buah Proton Exora dan seramai 800 ahli-ahli bersama keluarga  dari seluruh negara yang berlangsung pada 5 hingga 6 Mei 2012 di Gold Cost Morib Resort, Selangor Darul Ehsan.

Setiap kali berlangsungnya event tahunan termasuk YEG (Years End Gathering) yang diadakan pada penghujung tahun, ia diserikan lagi dengan satu pertandingan 'Exora Tercantik' untuk mengetengahkan kreativiti pemilik-pemilik Exora dalam menghasilkan sesuatu kelainan pada Exora masing-masing.

Pada pertandingan kali ini, Exora milik saudara Sham Sumo telah berjaya memenangi piala pusingan beserta beberapa hadiah sampingan dalam pertandingan sempena SUT'3 tersebut. Jom kita lihat foto-foto Exora milik saudara Sham Sumo yang diberi semburan angin (airbrush) bertema salah satu watak filem animasi. Tahniah kepada Sham Sumo!




Sumber foto: Facebook

Kisah Di Sebalik 'Hari Ibu'


Kasih ibu sepanjang hayat

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Ermm...sepertimana masyarakat kita menyambut valentine day iaitu hari memperingati seorang paderi sejarah valentine day, kita dimomokkan dengan hari ibu yang disambut setiap tahun tanpa mengetahui disebalik kisah sebenarnya.

Sedangkan kita sebagai anak, setiap hari setiap masa kita wajib mengingati ibu kita yang mengandung kita selama 9 bulan 10 hari, betapa sakitnya ibu kita semasa melahirkan kita, menjaga kita dari sekecil 'ibu kelingking' sehingga besar. Kasih ibu sepanjang hayat!


Selasa, 8 Mei 2012

Harley-Davidson Hanyut!


Motorsikal Harley-Davidson Night Train yang hanyut semasa kejadian tsunami di Jepun pada 11 Mac 2011 telah dijumpai oleh seprang penduduk tempatan, Peter Mark 18 April yang lalu.


Bagaimana motorsikal Harley Davidson yang berat tu boleh hanyut sejauh 6,400 kilometer jaraknya dari Jepun sehingga ke Pulau Graham, Kanada? Kalau ikut pada logik dengan jarak sejauh tu, dah lama kot tenggelam kat dasar laut.

Motorsikal tu akan dihantarkan kembali kepada pemiliknya, Ikuo Yokoyama setelah dibaikpulih dan semua kos ditanggung secara percuma oleh pihak Harley-Davidson Jepun.

Yang terbaiknya dari segi moral, Peter Mark yang menjumpai motorsikal Harley-Davidson model Night Train sanggup mengembalikan kepada pemilik sebenar. Agak-agak la, kalau kita mungkin buat harta sendiri kot!...Hahahaha!!! :D


Isnin, 7 Mei 2012

Tempahan Proton Preve Semakin Meningkat!


Proton Preve setakat ini telah mencecah sebanyak 6000 unit tempahan sejak dibuka pada April lalu. Sambutan yang memberangsang ini menandakan kemampuan Proton Preve berdiri sebaris dengan lain-lain jenama antarabangsa.

Dengan Proton Preve menerima tempahan dan semakin meningkat, diharapkan Proton dapat mengembalikan kepercayaan pengguna-pengguna kereta keluaran Proton sejak pengeluaran Proton Persona, Proton Saga BLM dan MPV pertama Proton Exora yang kini memasuki penggunaan enjin yang lebih berkuasa, CFE (Soft turbo).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...