Tolong Klik Iklan Ni

Jumaat, 29 Jun 2012

Nota Kecil


Kali ini aku petik dari luahan sebuah 'Nota Kecil' dari seorang rakan pelukis kat group Facebook Grup Pelukis Terengganu.

Nota Kecil Untuk Citra Terengganu: Tema dan Syarat Pertandingan Melukis

Saya mendapat sebuah pemplet: “Pertandingan Melukis Citra Terengganu 2012”, anjuran Lembaga Muzium Negeri Terengganu. Saya suka hati kerana SERUM* juga berkembang di Terengganu. Saya tahu juga Pertandingan Melukis Citra Terengganu ini sudah diadakan sejak sekian lama.
(SERUM: Seni Rupa Malaysia)

Tema yang dikemukakan untuk pertandingan tahun 2012 ini ialah “motif-motif songket & batik”, dan lebik spesifik lagi (kerana pertandingan ini dibahagi kepada dua kategori; 1. Spontan [?] dan, 2. Karya Siap).

‘Kategori Spontan’ difahamkan sebagai bertanding (melukis) di lokasi, kawasan Muzium Terengganu, mengikut suatu jangka masa yang ditetapkan. Kategori ini diberi tema “Citra Terengganu Bermotifkan Batik”. ‘Kategori Siap’ bermaksud karya-karya yang telah disiapkan lebih dahulu sebelum tarikh akhir penyerahan. Kategori ini diberi tema “Citra Terengganu Bermotifkan Songket”.

Saya membaca syarat pertandingan. Selain dari hal-hal rutin pentadbiran pertandingan yang lain, saya tertarik dengan tiga syarat yang bertandakan;

  • (e) Karya mestilah dilukis di atas permukaan yang rata (bersifat 2-D) seperti kanvas, kertas, kain atau papan yang tidak melebihi 3 mm ketebalannya.

  • (f) Segala karya bersifat 3-D seperti kolaj, asemblaj, arca, ukiran, gubahan, diorama, anyaman dan lain-lain teknik yang menyukarkan pihak Penganjur mempamerkan karya tersebut tidak dibenarkan. Karya yang bersifat instalasi dan karya yang dihasilkan melalui aplikasi komputer (computer generated) juga tidak dibenarkan.

  • (g) Satu hasil karya tidak dibenarkan terdiri dari gabungan beberapa keping yang berasingan.

Banyak perkara yang boleh dibincangkan dari apa yang dinotakan. Kita dapat tahu yang Penganjur tidak mahu menyusahkan pihaknya mengendali werk-werk yang sukar untuk dipamer/disimpan. [Itu hak Penganjur]. Kita tahu juga pemilihan tema barangkali agak kurang ‘kukuh’ – hanya motif Batik dan Songket. Pelukis barangkali jadi tidak ‘tergalak’ untuk meneroka soal-soal kemasyarakatan atau kemanusiaan misalnya, kecuali ‘gubahan motif’, ‘ragam-hias’ dan ‘corak’ sahaja. Fenomena yang disebut tidak salah jika ditanggap yang kreativiti pelukis seperti disekat, atau didorong untuk membuat sesuatu yang agak superfisial, kurang bermakna. 

Nota ini sama sekali tidak bertujuan untuk memperlecehkan usaha pihak Penganjur. Ucapan syabas patut diberi sebenarnya, kerana usaha Citra Terengganu yang berterusan, malah pertandingannya dibuka juga kepada seluruh warganegara Malaysia, tidak terhad kepada warga asal Terengganu sahaja. Namun, perkara ‘kualititatif’ seumpama yang ditimbulkan harus diambil perhatian untuk kelestarian budaya juga daya pengurusannya. Majulah SERUM.

28 Jun 2012 
Tsabri Ibrahim



Pendapat Peribadi Kizz Kazz


Ingin aku menambahkan disini atas dasar sebagai seorang pelukis yang baru-baru ini turut sama menyertai pertandingan melukis Citra Terengganu dalam kategori spontan (Motif Batik) dan juga pemahaman aku dari peringkat awal dan juga ucapan oleh pihak juri pada majlis penyampaian hadiah, contohnya bagi motif batik adanya sesuatu karya yang tak mencapai 'target' dari segi untuk menjanakan perkembangan 'rekaan' corak-corak batik samada batik canting atau batik terap.

Pelukis yang diumumkan sebagai pemenang gagal mengeskploitasikan rekaan corak-corak batik yang lebih kehadapan dan jelas pihak juri gagal memahami nilai seni batik. Bukan niat aku nak mempertikaikan kemampuan juri pertandingan namun sebagai seorang pelukis dan juga pengusaha batik yang berbelas tahun dalam bidang ini, aku rasa tahap pengadilan juri mungkin sedikit terkhilaf!

Untuk kategori siap (Motif Songket) kebanyakan pemenang hadiah utama lebih menepati seni tenunan songket dan tidak perlu dipertikaikan.

Khamis, 28 Jun 2012

Pentingnya Senilukis Di Terengganu


Pelukis berbakat di Terengganu sebenarnya ramai tetapi malangnya Terengganu satu-satunya kini negeri yang tiada persatuan mahupun galeri senilukis. Kelihatannya para pelukis seperti terpinggir atau terlepas pandang dari kerajaan negeri mahupun dari pihak berwajib dalam badan kesenian yang ada di Terengganu.


Walaupun saban tahun pihak Muzium Negeri Terengganu menganjurkan pertandingan melukis Citra Terengganu dan sekali-sekala diadakan diskusi seni, tetapi aktiviti sedemikian tidak mampu menonjol atau mengangkat martabat pelukis-pelukis samada yang baru atau lama.  Betapa perlunya para pelukis di Terengganu diberi sokongan seperti diadakan sebuah galeri senilukis yang tetap/kekal dan jika Terengganu mempunyai sebuah galeri (@ Balai Seni Lukis Negeri), ia mampu memacu perkembangan seni lukis sebagaimana kesenian yang lain yang terdapat di Terengganu.


Perlu diakui, setiap sebuah lukisan yang dikaryakan oleh pelukis-pelukis Terengganu boleh memberi pendedahkan setiap elemen kebudayaan dan sejarah mahupun semasa kepada khalayak ataupun berfungsi sebagai penceritaan bergambar kepada para pelancung dalam dan luar negeri. Nilai estetika seni yang terdapat pada sesebuah karya yang dihasilkan oleh seseorang pelukis mampu menarik audien supaya lebih mengenali kebudayaan, kesenian, sejarah dan semasa.

Untuk rekod, para pelukis Terengganu pada tahun 80 - 90an telah pun bernaung dibawah persatuan iaitu Angkatan Pelukis Terengganu (APT) yang ditunjangi oleh mereka yang bersemangat memberi sokongan kepada ahli-ahli supaya dapat didedahkan hasil karya para pelukis Terengganu. Walaubagaimanapun ketika itu, tiada satu pun sebuah galeri khas untuk mempamerkan karya-karya lukisan secara tetap. Terdahulu, sebuah balai senilukis (kalau dikatakan balai senilukis) iaitu sebuah rumah di Jalan Kamaruddin diubahsuai tetapi hanya diserahkan kepada pelukis individu iaitu allahyarham M.Zain.

Bila hanya seorang sahaja diberi hak sebagai 'pemilik' balai senilukis, akan berlaku ketidakmampuan menggerakkan sebarang aktiviti senilukis di balai senilukis tersebut dan akhirnya hanya tinggal sejarah!


Dengan adanya sebuah galeri senilukis yang kekal dan mudah dikunjungi oleh orangramai, ia mampu meningkat pelancungan dalam negeri Terengganu secara tak langsung lebih-lebih lagi Terengganu bakal mengadakan Tahun Melawat Terengganu pada tahun 2013.


p/s: Sejak diadakan pertandingan melukis Citra Terengganu, tentunya pihak Muzium Negeri Terengganu mempunyai koleksi pelbagai karya lukisan yang dihasilkan oleh peserta pertandingan. Jadi kini, amat sesuai pihak pengurusan Muzium Negeri dengan kerjasama kerajaan negeri dapat mengadakan satu Galeri @ Balai Senilukis Terengganu yang kekal!

Rabu, 27 Jun 2012

Live Sketch|Ngeteh Seni

2 hari berturut-turut (23 24 Jun) selepas selesai melukis kat pertandingan Citra Terengganu 2012, aku sempat meluangkan masa pada sebelah petang bersama sahabat-sahabat pelukis yang aku kenali buat aktiviti seni (live sketch) kat Pantai Batu Burok.

Selain buat live sketch, kami juga bertukar-bertukar pendapat mengenai cara-cara untuk meningkatkan lagi mutu lukisan masing-masing, lebih-lebih lagi live potret yang memang susah kalau takde keberanian atau keyakinan berdepan dengan khalayak ramai. Bukan satu kerja yang mudah bila buat live sketch. Biasa kalau berdepan dengan khalayak ramai, perasaan gemuruh mesti menerjah dalam hati setiap pelukis potret. 


Memang terbaik kalau aktiviti seni sentiasa ada kat Kuala Terengganu ni, maklumlah sejak beberapa tahun kebelakangan ni, Terengganu seperti tiada apa-apa aktiviti senilukis apatah lagi Angkatan Pelukis Terengganu (APT) dah berkubur! Galeri senilukis jauh sekali dan dirasakan Terengganu lah satu-satunya negeri dalam Malaysia takde persatuan dan galeri senilukis. Mujurlah Muzium Negeri Terengganu saban tahun menganjurkan pertandingan Citra Terengganu. Sekurang-kurangnya ada juga pengisian senilukis kat Terengganu ni.


Ok...sekarang kita tatap gambar-gambar aktiviti seni;


Sedang melakar mata dengan pensil warna

Model yang sporting ;)


Live potret buah tangan Kizz Kazz :)

Lakaran baby

Ngeteh


Live sketch




Selasa, 26 Jun 2012

My Artwork @ Citra Terengganu 2012 [Motif Batik]

Medium batik atas kain rayon. Selesai mencanting dan
lorekan lilin dengan berus

Selepas diwarna background, diwarnakan pula bunga
orkid kemudian dijemur ditengah panas supaya
cepat kering

Bila dah kering, sekali lagi dilukis bunga-bungaan dengan
lorekan berus lilin

Kemudian dibackground sekali lagi

Dah kering, buat lagi lorekan lilin...pucuk rebung!


Ni la efeknya bila/kalau kain rayon ni di celur...lorekan
lilin akan lebih ketara dengan teknik overlapping


Kemudian diberi sentuhan terakhir pada hari ketiga
pertandingan dengan menggunakan pastel




Aku tak kedekut ilmu seni batik ni...hehehee. Kalau korang nak belajar camner nak melukis menggunakan medium batik, korang boleh la belajar step by step dari penerangan dan gambar kat atas skit sebanyak.

Walaupun lukisan batik aku tak menang apa-apa hadiah pertandingan Citra Terengganu 2012 tapi aku tetap berpuashati dengan apa yang aku hasilkan pada hari tu. Dalam beberapa siri pertandingan anjuran Muzium Negeri Terengganu, nilah pertama kali aku melukis menggunakan medium batik.

Isnin, 25 Jun 2012

Citra Terengganu 2012 On Video

Gambar:: 3rd Day Pertandingan/Majlis Penyampaian Hadiah Citra Terengganu 2012



Peserta-peserta pertanding memerhati dan mengambil
 gambar lukisan-lukisan dibilik juri

Urusetia pendaftaran dan serahan lukisan yang telah
disiapkan

Tepat jam 12.00 tengahari,,lukisan-lukisan peserta pertandingan Citra Terengganu kategori spontan dihantar kebilik juri untuk penilaian dan penghakiman. Setiap peserta bersama lukisan masing-masing diambil gambar untuk simpanan rekod pihak Muzium Negeri Terengganu.


Ucapan Pengarah Muzium Negeri dan Ketua Juri
pertandingan Citra Terengganu 2012

Tiga pemenang hadiah kategori spontan

Pemenang bagi hadiah kategori siap

Jam 2.30 petang, majlis penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang kategori spontan dan kategori siap dilangsungkan. Seramai 15 pemenang hadiah saguhati dan tempat ketiga, kedua dan hadiah utama bagi kedua-dua kategori diumumkan.

Berikut nama pemenang hadiah ketiga hingga hadiah utama:

Kategori Siap

  • Tempat Pertama: Salleyuddin Yusof - Terengganu
  • Tempat Kedua: Ahmad Abdul Gawi - Terengganu
  • Tempat Ketiga: Ahmad Nashidi Ismail - Terengganu 
Kategori Spontan
  • Tempat Pertama: Arman Syamsuri Mohd Sani - Pahang
  • Mohd Khairuddin Zainuddin - Kelantan
  • Mazuki Muhammad - Kelantan

Gambar:: 2nd Day Pertandingan Citra Terengganu 2012

Kizz Kazz tersenyum kambing menyiap lukisannya :D

Comel budak ni, lukisan pun comel :)

Din, designer Taman Tamadun Islam

En.Ayub pelukis Terengganu dan juga tokey frem :)

Pelukis veteran Terengganu En.Ismail

En.Safuan, penulis khat terkenal Terengganu turut mengambil bahagian

Serius menyudahkan lukisan :)

Sebahagian lukisan peserta pertandingan

Persaingan pelukis-pelukis pertandingan Citra Terengganu 2012 semakin sengit pada hari kedua. Masing-masing menampilkan kesungguhan dan bakat tersendiri menyiapkan lukisan. Separuh hari Isnin esok merupakan peluang terakhir peserta-peserta pentandingan membuat sentuhan terakhir!

Ahad, 24 Jun 2012

Gambar:: 1st Day Pertandingan Melukis Citra Terengganu

Pertandingan melukis Citra Terengganu mendapat sambutan seperti mana pada tahun-tahun yang lepas dimana seramai lebih kurang 150+ peserta mendaftar pertandingan anjuran Muzium Negeri Terengganu yang berlangsung bermula pada dimana 23 Jun 2012 dan merupakan hari pertama pertandingan kategori spontan dengan tema 'Motif Batik'.

Lihat gambar-gambar suasana hari pertama Citra Terengganu yang sempat di snap!

Pertandingan bermula


Pelbagai medium digunakan oleh peserta pertandingan



Pelukis dengan medium batik



Memberi tumpuan

Resit bayaran pendaftaran Citra Terengganu

Urusetia pendaftaran



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...