Tolong Klik Iklan Ni

Selasa, 22 November 2011

Y3G @ Desaru Damai Beach Resort SR Johor


DESARU DAMAI BEACH RESORT
3 & 4 DISEMBER 2011
YEG '2 2010 @ Summerset Rompin, Pahang
Perhimpunan pemilik-pemilik Exora Malaysia (EOCM) akan dilangsungkan selama 2 hari pada 3 hingga 4 Disember 2011. YEG'3 atau Y3G (Years End Gathering 3) merupakan satu perhimpunan terbesar selain dari SUT (Sambutan Ulangtahun), dan ianya satu aktiviti rekreasi kepada pemilik-pemilik exora yang turut melibatkan seluruh famili yang diadakan pada setiap penghujung tahun bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara pemilik-pemilik Proton Exora yang berdaftar dengan EOCM (Exora Owners Club Malaysia) dan juga ianya kali ketiga yang dianjurkan setelah penganjuran kali pertama di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah pada 2009 dan kali kedua pada 2010 yang diadakan Summerset, Rompin, Pahang Darul Makmur pada 2010.

YEG merupakan perhimpunan pemilik-pemilik Exora yang mana setiap region atau negeri akan diberi giliran untuk menganjurkannya dengan sokongan AJK Pusat EOCM. Kali ini, negeri Johor Darul Takzim telah terpilih sebagai tuanrumah YEG dan bakal dihadiri sebanyak lebih kurang 100 buah Proton Exora dari seluruh negara.

Kepada rakan-rakan EOCM yang menyertai perhimpunan tersebut, aku ucapkan Selamat BerY3G di Desaru Damai Beach Resort, semoga rakan-rakan beroleh kenangan yang terindah pada hari tersebut, walaupun aku tak turut sama memeriahkan hari kejadian, tetapi aku doakan rakan-rakan semua akan memperolehi keselesaan, kedamaian dan menambahkan lagi kenalan dengan lebih rapat yang mana selama ini hanya dikenali diforum sahaja. Semoga rakan-rakan bergembira sepanjang berada lokasi kejadian dan juga ketika berkonvoi.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...