Tolong Klik Iklan Ni

Sabtu, 25 Februari 2012

Laptop Dah Arwah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Huh lama rasa aku tak update blog, pasal apa? Laptop dah arwah tak dapat diselamatkan lagi. Nih online kat CC jer...huhuuu

Habis la camne nak update update entri baru bila dapat bahan untuk menulis nih...err ada laptop harga murah-murah tak atau ada ssesapa nak sponsor...heheee

Laptop dah arwah semacam seorang penulis hilang ballpen atau kehilangan typerwriter...idea mencanak-canak masuk dalam kepala tapi...huhuhh...pening-pening!

Apa-apa pun aku akan berusaha juga mengupdatekan entri walaupun sekali sekali...insyaAllah.

Gambar Hiasan

Jumaat, 17 Februari 2012

Sukan Drift




Saban minggu Jumaat dan Sabtu, sukan drift di Terengganu diadakan di perkarangan tempat letak kereta yang dijadikan litar khas sukan drift iaitu di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu. Sukan drift menarik peminat dan para pengunjung untuk melihat kehebatan 'drifter' mengawal kereta mereka mengelungsur mengasah tayar pada tar litar. Apakah yang dikatakan sukan drift?

Drift merupakan teknik pemanduan dimana drifter melakukan kawalan kereta dengan sengaja menyebabkan hilang daya terhadap cengkaman (traction) pada tayar belakang ketika kereta meluncur diselekoh sambil mengawal kelajuan kereta. Kereta akan meluncur apabila sudut gelincir tayar belakang lebih besar dari sudut gelincir tayar depan, dan pada masa yang sama tayar depan menghala kearah bertentangan dan memerlukan skill seseorang drifter itu mengawal kereta.

Sukan drift diasaskan oleh perlumbaan kereta terkenal All Japan Touring Car Championship 30 tahun yang lalu. Kunimitsu Takahashi adalah perintis dalam teknik sukan drift pada 1970an. Kemudiannya diikuti dengan Keiichi Tsuchiya (Dorikin/Drift King). Kini sukan drift dikenali dengan D1 Grand Prix sebagaimana perlumbaan Formula 1.

Di Malaysia pula sukan drift diperkenalkan oleh Juara Drift Dorrito iaitu Tengku Djan Ley. Pencapaian dan kejayaan beliau termasuklah pernah memenangi kejohanan di seluruh dunia termasuk Jepun.

Untuk pemahaman, pertandingan drift diadili dan diuji berdasarkan pada garisan, sudut, kelajuan dan persembahan. Faktor persembahan terdiri daripada beberapa elemen antaranya kuantiti asap yang dihasilkan oleh tayar, jarak antara sesebuah kereta dengan dinding dan reaksi penonton. Kelajuan pula, semakin laju kereta ketika melakukan drift, semakin bagus. Markah akan dikira bukan sahaja pada drifter yang sampai dulu digarisan penamat tetapi akan dinilai semula pada setiap pengambilan selekoh samada kereta mengikut laluan yang betul dengan drifter tidak mengambil laluan kereta lain. Markah juga dikira semasa kereta melakukan darjah pusingan di selekoh. Berbeza dengan lumba kereta yang lain, drift secara khususnya kereta yang dipandu lurus akan dipotong markah.

Kebiasaannya, kereta yang digunakan dalam sukan Drift adalah jentera yang menggunakan pacuan belakang, ringan, dan berkuasa tinggi. Sukan drift memerlukan modal yang tinggi untuk tayar dan brake pad. Pada masa yang sama juga kereta yang digunakan juga boleh dilengkapi dengan sistem brek anti kekunci atau Antilock Breaking System (ABS) yang berfungsi mengelakkan keempat-empat tayar kereta terkunci sekiranya kereta di break pada jalan yang berbeza keadaan permukaannya (licin dan basah). ABS juga boleh digambarkan umpama menekan dan melepaskan pedal brek 10 kali dalam masa sesaat dimana ianya tidak mampu dilakukan oleh kereta biasa. Teknik awal yang mesti dipelajari oleh para drifter baru ialah banyak menggunakan brek tangan, klac pula perlu ditekan dan dilepaskan tatkala kaki kanan kekal pada paras 5,000 revolusi per minit. Ini adalah teknik yang sukar kerana kereta yang menggunakan gear automatik akan dilepaskan pedal minyak bila sampai ke selekoh. Teknik yang lain dalam drift ialah kaki kanan kekal ketika kaki kiri melepaskan klac.




p/s: Aku pernah merasai sekali bagaimana darah akan naik sampai kepala...heheee...dapat rasa lonjakan G-force ataupun adrenelin kuasa kereta drift tapi tumpang naik jer la...bukan pandu sendiri...kikikiiii

Rabu, 15 Februari 2012

TERKINI! Kian Jelas P3-21A

Model Proton P3-21A yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini, kian jelas menampakkan ciri-ciri dan rekabentuk yang lengkap. Data dibawah diperolehi oleh saudara Nazz Abdullah ketika hadir sesi P3-21A Product Knoeledge Training baru-baru ini.

Berikut adalah beberapa ciri-ciri yang terdapat pada model ini:



AKSESORI

Auto fold/unfold side mirror
- Cermin sisi akan lipat secara automatik apabila alarm kereta diaktifkan, dan secara automatik cermin sisi akan terbuka sendiri selepas kenderaan bergerak selaju 5km. Selain itu ada juga butang untuk kegunaan manual seperti Exora BOLD.
Auto Off Rear Demister

- Mengelakkan tint menggelembung.
Follow Home Lamp
Headlamp Warning Buzzer
Trunk Remote Release
Front & rear socket 12V
- Terdapat di bahagian hadapan dan belakang.
Utility Hook
- Seperti Exora, terdapat di ruang penumpang hadapan dan juga belakang.
Low Rear Hump
- Ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempat dengan bonggolan lantai ditengah yang rendah.
Front & Rear Fog Lamp
Anti-Trap Power Windor (Driver side only)
Seat Material
- Water repelent fabric. Seat boleh fold 60:40.
Smart Info Display (SID)
- Mempunyai 3 bacaan kilometer, Trip A, Trip B dan Trip C. Terdapat pelbagai lagi maklumat seperti memberi amaran jika bateri kunci lemah dan lain-lain.
Autolock & advance lock system
Magnisium Inside Door Handle
Keyless Entry
- Tiada lubang kunci pada keempat-empat pemegang pintu.
BOSCH Head-Unit
- 2-Din, Touch Screen Monitor, Navigator, Bluetooth, USB, AUX, MP3.
YES WiFi Modem
- In-car Internet, pertamakali kereta Proton dipasang WiFi dengan kerjasama YES yang meliputi Semenanjung Malaysia
S Mode (Sport)
- Terdapat pada gear kolum (P-R-N-D-S), S Mode akan menambah RPM sebanyak 1,000 secara serta-merta untuk pemanduan lebih agresif.
BCM
- Body Control Module


KESELAMATAN

4 Wheel ABS & EBD with 4 Wheel Disc Brake
TC (Traction Control)
ESC (Electronic Stability Control)
BA (Braking Assist)
4 AIRBAG
- Airbag penumpang hadapan boleh di ON/OFF, untuk keselamatan jika Bayi diletak kan di tempat duduk.
5 STARS Australia NCAP
- Orang ramai tidak lagi perlu ragu-ragu tentang ketulenan markah penuh ujian perlanggaran, kerana prosedur NCAP, pemilihan unit yang akan di uji bukan pemilihan dari Proton atau syarikat pembuat kereta. Tetapi wakil NCAP dari Austrlia akan datang sendiri ke kilang dan memilih sendiri secara rawak unit yang akan di uji. Jadi tiada lagi persoalan tentang markah penuh ujian perlanggaran NCAP.


DIMENSI

Length = 4.543m
Width = 1.786m
Height = 1.524m

CASIS

Boot Space: 508 litre
Turning Radius: 5.3m
Full Tank Capacity: 50 litre
Aerodynamic (rintangan angin): Cd Factor = 0.30
- Untuk perbandingan, Audi TT memiliki Cd Factor = 0.29

POWERTRAIN

1.6 CFE with 7speed Pro-Tronic CVT3 (VVT)
0-100km/h: 9.6 saat
- Untuk perbandingan, Kia Forte 1.6 12.5 saat

VARIANT

Executive MT, 1.6 IAFM+ 5-Speed MT
Executive CVT, 1.6 IAFM+ 6-Speed CVT
Premuim CVT, 1.6 CFE 7-Speed CVT

WARNA

Solid White
Tranquility Black
Genetic Silver
Fire Red (my favorite)
Blue Lagoon

HARGA

RM65,000 - RM75,000


Ciri-ciri lain yang telah disebarkan sebelum ini.

Auto Cruise
Keyless Push Start (ON/OFF)
Magnesium Paddle Shift 7-speed & Manual Mode (+/-) di gear kolum
Audio Switch Steering Control
Soft touch plastic dashboard
Emblem at Steering Wheel
ISOFIX
Rain Sensor
Light Sensor
Front LED day light
Sport Rim 16" (10 Spoke)
Multi-link rear suspension

Untuk bacaan lengkap sila ke proton-sales.blogspot.com.


p/s: Adakah bila dilancarkan model ini tak lama lagi, akan mencelikkan mata peminat-peminat dan juga pemerhati Proton dan bermulanya benchmark baru kereta-kereta keluaran Proton yang bersifat global? Sama-samalah kita tunggu!

Selasa, 14 Februari 2012


Pesta Buku 2012 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) yang akan diadakan pada 23 hingga 29 Februari ini bertempat di Pusat Dagangan Terengganu (TTC).

Pada tarikh tersebut, pelbagai acara menarik akan diadakan sepanjang minggu, antaranya Sepetang Bersama Penulis Novel Ombak Rindu, Fauziah Ashari dan Sepetang Bersama Pakar Motivasi dan Selebriti TV Al Hijrah, Amin Idris. Kepada pengunjung-pengunjung di sekitar Terengganu yang meminati novel Ombak Rindu yang mana baru-baru dijadikan filem Ombak Rindu, bolehlah berkunjung di Pesta Buku 2012 untuk berkenalanpenulis novel tersebut.

Pesta Buku kali ini turut disertai 30 syarikat penerbitan buku dari dalam dan luar negara yang akan memberi diskaun istimewa sehingga 15 peratus kepada pengunjung.

Turut disediakan pada Pesta Buku kali ini, 90 gerai jualan buku dan pelbagai bahan bacaan. Jadi kepada orangramai di Terengganu, silalah datang beramai-ramai di Pesta Buku 2012. Tingkatkan pembacaan anda supaya menjadi masyarakat berpengetahuan!

Kereta Mudah Kemek?


Persepsi sesetengah pemandu kereta masih tertanya-tanya kenapa sesuatu kereta apabila terlibat dalam perlanggaran ataupun kemalangan, kereta mudah kemek. Banyak yang bertanya, marah, ada juga yang mengamuk bila kereta kemek, kan? Memang mahal kos bagi membaiki kenderaan kemek. Tapi, kita juga perlu sedar bahawa nyawa adalah anugerah yang paling bernilai. Kereta ada insuran untuk kos membaiki kenderaan, tapi nyawa kita tiada galang gantinya.



Bahagian depan kenderaan sememangnya direka untuk kemek. Kawasan ini dipanggil zon kemek (crumple zone) yang berfungsi sebagai penyerap sebanyak mungkin hentakan sebelum tenaga hentakan ini dipindahkan kepada penumpang kenderaan.



Contoh ujian yang dapat dilakukan bagi membuktikan teori ini adalah dengan menghentak tangan anda kepada tilam spring dan kayu. Sudah pasti menghentak tangan pada kayu adalah menyakitkan daripada memukul tilam bukan? Dalam kes ini, tilam telah menyerap semua tenaga dengan "mengemekkan" dirinya.

Sumber: infokenderaan


p/s: Aku pernah mengalami dan merasai bagaimana kemalangan kereta, sila rujuk Iswaraku. Takpe la...biar jer kereta kemek tapi keselamatan aku sekeluarga terselamat.

p/s 2: Harap-harap Exora aku tak mengalami kemalangan seperti gambar Exora kat atas tu...Amin

Update: Proton Exora CFE salah seorang sahabat EOCM yang mengalami kemalangan terlanggar 2 ekor kerbau...sila perhati betul-betul pada yang ditanda tu...ini bermakna zon kemek (crample zon) berfungsi dengan sewajarnya dan secara tak langsung mengurangkan kecederaan pemandu atau penumpang...untuk makluman...pemandu Exora tersebut tak mengalami apa-apa kecederaan dan Exora tu masih boleh dipandu sehingga ke bengkel.

p/s: Kemalagan langgar kerbau yang berlaku pada 3.12.2012.

Isnin, 13 Februari 2012

Laluan LTdL 2012




Kepada peminat-peminat sukan lumba basikal terutama pengikut setia Le Tour de Langkawi 2012, aku tampalkan peta/jadual untuk korang mengesetkan masa senggang untuk melihat kayuhan pelumba-pelumba basikal bertaraf dunia beraksi. Dari sekarang boleh la korang ejah masa untuk tak melepaskan ni ok...

Aku rasa dah 3 tahun LTdL tak singgah atau melalui Kuala Terengganu terutama di tempat penamat Dataran Shahbandar, jadi jangan lepaskan peluang melihat aksi kayuhan pelumba-pelumba dunia dan juga pelumba basikal tanahair Malaysia termasuk juga aksi pelumba anak Terengganu.

Khamis, 9 Februari 2012

Perodua Bakal Mengeluarkan Kereta Berkapasiti Lebih Besar




Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), dijangka diberi kebenaran oleh kerajaan untuk mengeluarkan kereta dengan enjin berkuasa lebih tinggi daripada 1.5cc tidak lama lagi. Menurut sumber, kebenaran tersebut akan diberi sebaik sahaja kerajaan selesai menyemak semula aturan perjanjian yang dimeterai kedua-dua pihak ketika penubuhan Perodua pada 1993 yang mana ditetapkan Perodua hanya dibenarkan mengeluarkan kereta kompak bawah 1.5cc.


Sudah pasti Perodua akan turut serta memasang dan mengeluarkan kereta sedan dengan dengan enjin 1.6cc dan 1.8cc yang mana sebelum ini Perodua hanya dibenar mengeluarkan kereta kompak berkapasiti 660cc, 1.0cc, 1.3cc dan terbaru 1.5cc yang terdapat pada model Alza dan model Myvi Extreme. Pengenalan model baru dengan enjin kapasiti yang lebih besar dijangka dimulakan dengan model prototaip Bezza.

Adakah dengan kebenaran yang akan diberikan kepada Perodua mengeluarkan kereta berkapasiti lebih besar bakal memberi saingan yang lebih sengit kepada Proton? Sama-sama kita tunggu perkembangannya. Apa yang penting dan perlu ditekankan, Perodua patut menjadi pengeluar yang sebenar-benarnya, bukan hanya merekabentuk bumper atau lain-lain bahagian yang ditokok tambah.


Sumber: Berita Harian

Selasa, 7 Februari 2012

Terengganu Penganjur Konsep Venue Pertama LTdL 2012



Terengganu akan menjadi tuan rumah perlumbaan jelajah berprestij, Le Tour De Langkawi (LTdL) yang memasuki edisi ke-17 bermula 24 Februari ini. Terengganu juga negeri pertama menjadi tuan rumah siri penjelajahan berstatus dua hors pada kalendar perlumbaan Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI).

Perlumbaan 10 hari yang berakhir di Terengganu pada 4 Mac depan bakal memberi impak besar kepada sektor sukan dan industri pelancongan negeri untuk jangka masa panjang. Liputan media antarabangsa dari 70 buah negara bukan sekadar mempamerkan aksi kayuhan 22 pasukan profesional, sudah tentu memberi promosi meluas kepada negeri Terengganu menerusi penyiaran televisyen keseluruh dunia. Secara tak langsung mampu menjana peluang ekonomi kepada masyarakat setempat.

Untuk pertama kalinya dalam sejarah penganjuran LTdL, Terengganu tampil menjadi yang pertama menawarkan penganjuran berkonsep venue. Konsep itu memecah tradisi penganjurannya yang tidak melibatkan Langkawi dan ia sama seperti konsep Tour de France di mana lokasi permulaan jelajah terbesar itu diadakan di banyak lokasi seperti Monaco, London, Dublin dan Amsterdam.

Pada edisi kali ini, Terengganu akan menjadi hos kepada tiga peringkat perlumbaan iaitu peringkat kelapan dari Pekan, Pahang ke Chukai sejauh 100.8km, diikuti dua peringkat berikutnya iaitu Kemasik - Kuala Terengganu (165.7km) dan Tasik Kenyir - Kuala Terengganu (114.8km). Penamat perlumbaan berprestij ini akan berakhir di Dataran Shahbandar.

Isnin, 6 Februari 2012

Haruan Ikan Karnivor



Haruan atau nama saintifiknya Channa striatus adalah spesis ikan yang suka menyendiri di kawasan berpaya, parit atau sawah padi sebagai tempat habitat dan mudah dikesan terutama di kawasan semak berair cetek.

Haruan popular dikalangan kaum Cina dan juga kaum Melayu, khususnya dari segi perubatan. Hasil penyelidikan mendapati isinya mengandungi asid Arachidonis yang mampu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat malah kaya dengan kandungan protein serta asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan badan.


Permakanan

Oleh kerana makanan utamanya adalah anak-anak ikan kecil, anak katak, udang dan juga cacing, haruan di kategori sebagai karnivor. Haruan sering menyelinap di celah-celah rumput tebal dengan mendiamkan diri sebelum menyerang mangsa. Paling menarik, haruan hanya memakan ikan hidup.

Habitat Dan Taburan

Keseimbangan pH7 adalah tahap air paling sesuai baginya. Ini bermakna, ia lebih selesa berada pada tahap air sedikit masam bercampur kelat.

Manakala keliatan air ialah 8. Haruan tidak suka berada di kawasan terdedah matahari dan lebih ia lebih gemar bersembunyi di tempat teduh dan terselindung. Haruan juga lebih selesa berada di kawasan bersuhu sejuk dengan suhu air sekitar 26 darjah celsius. Ia mampu membesar sehingga 25 sentimeter.

Di negara Asia taburannya menyeluruh. Ia boleh didapati dengan mudah di India, Pakistan, Bangladesh, Lembangan sungai Mekong dan juga Chao Phraya, Sumatera serta Kepulauan Jawa.

Lokasi

Di Pahang, haruan banyak menghuni kawasan anak sungai di kawasan pendalaman, terutama di Jerantut, Lipis, Rompin, dan Kuantan.

Selain itu, haruan juga mendiami sekitar parit sawah padi di Pahang Tua dan Ganchong, Merchong di Pekan serta Selendang di Rompin. Kini haruan juga dibela dalam sangkar. Sebagaimana ikan patin sungai dengan ikan patin dalam sangkar, sudah pasti haruan yang didapati dari habitat semulajadi lebih mahal harganya.

Pemulihara Sumber

Berikutan nilai komersial dan khasiat perubatan, haruan sering menjadi buruan ramai. Bagi menjamin sumber terus berkekalan, kaedah pemburuan secara berhemah perlu diterapkan.

Menangkap ikan menggunakan renjatan eletrik, racun, tuba atau bahan letupan adalah dilarang. Kaedah buruk ini pasti menyumbang kepupusan baka ikan itu dan turut sama memusnahkan ekosistem sama sekali.

Resepi

Haruan boleh dimasak pelbagai cara. Orang Melayu kebiasaanya memasak lemak cili api bercampur daun kesom atau digoreng berlada. Masyarakat Cina pula, sup ikan haruan bercampur rempah perubatan dan haruan kukus amat popular. Masakan haruan juga kini banyak dijual di restoran-restoran atau di kedai-kedai makan.

Sesetengah pengamal perubatan tradisional juga percaya menelan anak ikan haruan hidup yang masih merah mampu menyembuhkan penyakit selain membantu menguatkan pengaliran darah. Biasanya menjadi amalan sesetengah ibu-ibu selepas melahirkan anak.

Sabtu, 4 Februari 2012

Maulid Rasul Junjungan Nabi S.A.W


SALAM MAULIDUR RASUL 12 R'AWAL 1433 HIJRAH

Nabi Muhammad S.A.W. merupakan contoh yang terbaik kepada setiap umat Islam dalam segala aspek kehidupan. Saban tahun hari keputeraan baginda diraikan oleh umat Islam supaya dapat mengambil iktibar daripada setiap sesuatu yang dilakukan dan diamalkan baginda untuk dijadikan panduan dan pedoman.

Rasulullah adalah pemimpin ummah yang perlu diikuti dan dicontohi dalam segenap kehidupan kita sebagai umat Islam. Baginda juga merupakan contoh terbaik yang bersifat universal. Keseluruhan hidup baginda dapat dijadikan ikutan dan contoh sepanjang zaman. Ia merangkumi segala aspek daripada kehidupan harian individu kepada aktiviti sosial, ekonomi, politik dan pemerintahan negara.

Dalam hal ini, Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu
- surah al-Ahzab ayat 21.


Rasulullah S.A.W mempunyai pekerti luhur dan murni yang sentiasa mengajak ummah melakukan kebaikan dengan menyeru kepada jalan Allah. Baginda juga seorang pemimpin yang menerajui bahtera pemerintahan dengan amanah dan cekap di samping seorang suami mithali, seorang bapa yang bijak menyempurnakan tanggungjawab terhadap anak, seorang sahabat yang setia, seorang jiran yang memahami jirannya dan lain-lain. Kepemimpinan Rasulullah terserlah dalam seluruh kehidupan baginda.

Mengadakan sambutan memperingati Rasulullah S.A.W. adalah daripada seutama-utama amalan dan sebesar-besar qurbah, kerana ianya adalah luahan atau ungkapan atau ekspresi atas kegembiraan dan kecintaan ummah kepada baginda. Cinta mahabbah kepada Rasulullah S.A.W. adalah satu dasar daripada dasar-dasar keimanan.



Khasiat Madu Lebah Di Sebut Dalam Al Quran


Antara mukjizat al Quran yang baru dapat dibuktikan oleh para pakar adalah tentang khasiat madu lebah. Khasiat madu lebah telah disebutkan dalam Al-Quran,

Surah An Nahl ayat 68 - 68 Allah berfirman:

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”

 Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia.
Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”

Dalam ayat tersebut jelas bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia. Madu dari sudut saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat.

Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah. Di samping itu, dalam madu juga terdapat tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon. Di bawah disenaraikan beberapa khasiat madu.


BAYI/KANAK-KANAK
 * Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
 * Menyembuh dengan segera cirit-birit.
 * Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
 * Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

REMAJA
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

WANITA
 * Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
 * Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

LELAKI
 * Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
 * Menguatkan tenaga batin.

PENGIDAP DIABETIS
 * Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

IBU MENGANDUNG
 * Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
 * Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

BAYI DALAM KANDUNGAN
 * Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
 * Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
 * Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
 * Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
 * Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

BAYI BARU LAHIR
 * Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
 * Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
 * Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
 * Mengelak dari kembung perut bayi.

IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
 * Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perut atau rahim.
 * Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

UNTUK SEMUA
 * Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
 * Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
 * Memulihkan penyakit berpanjangan.
 * Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
 * Menyembuhkan penyakit dalam perut.
 * Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
 * Menghindarkan badan letih dan lesu.
 * Memulih batuk dan lelah.
 * Kurangkan kesakitan bila datang haid.
 * Baik untuk perempuan bersalin.
 * Membantu/menerangkan pemandangan.

CARA MENGGUNAKANNYA
1- Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2- Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3- Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4- Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5 -Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6- Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7- Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8- Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9- Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

PERHATIAN!!
Jangan disimpan dalam peti sejuk.
Elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
Elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
Jauhkan dari litar elektrik.
Kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
Jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.
Jadi tidak hairanlah mengapa Islam menggalakkan umatnya mengambil madu sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang banyak. Madu ialah “Miracle Antibiotik”



Sumber: Facebook

Khamis, 2 Februari 2012

Motosikal Unik Can-Am Spyder


USF-Hicom (Malaysia) Sdn Bhd sebagai pengedar baru telah memasang motosikal beroda tiga BRP Can-Am Spyder yang dikeluarkan oleh Bombardier Recreational Products (BRP). Motosikal unik ini dipasang secara tempatan berikutan kejayaan DRB-Hicom mendapat hak pengedaran motosikal tersebut. Dengan pemasangan tempatan, motosikal tersebut mampu ditawarkan pada harga yang murah!

Kini lebih 58 buah negara telah dipasarkan motosikal ini sejak mula diperkenalkan lima tahun lalu. Model terbaru merupakan model Can-Am Spyder Roadster yang dipertingkatkan dari segi prestasi dan ciri mewah dari model lama. Dengan rekaan yang unik dari segi tapak reka bentuknya yang berbentuk ‘Y’ dimana terdapat dua roda di hadapan dan satu di belakang.

Dua model Spyder yang ditawarkan untuk pengguna Malaysia ialah model Roadster Sports untuk gaya tunggangan aktif dan sporty, Roadster Touring pula lebih disasarkan bagi mereka yang menggemari perjalanan kembara jarak jauh.

Dikuasai enjin Rotax 998cc dengan kekotak gear lima kelajuan dan teknologi Bosch turut digunakan untuk kawalan stabiliti kenderaannya (Bosch Vehicle Stability System) yang menggabungkan kawalan brek ABS, kawalan pacuan TCS, kawalan stabiliti dan stering kuasa dinamik (Dynamic Power Steering DPS).

Harga yang ditawarkan RM103,800.00 hingga RM129,190.00 untuk model RS, RM134,800.00 hingga RM159,290.00 untuk model RT dan kedua-duanya didatangkan dengan jaminan dua tahun.


p/s: Berbaloi ke?...Baik aku beli kereta ataupun motosikal beroda dua...smart skit!!...Pada pandangan aku motosikal ni macam ATV pulak kalo tengok dari sudut depan...ATV bawak atas jalanraya...ekekeke...... :)


Sumber: BH Auto




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...