Gara-gara Vamo (sejenis rokok elektrik) tertinggal kat kedai masa vapemeet malam kelmarin...Exo aku tercedera terlanggar tiang pagar besi time mengundur nak berpatah balik ke kedai tersebut...alahaiiii agak dalam gak luka kat body Exo aku...
Berderau gak darah tengok kelukaan kat tepi bahagian belakang sebelah kanan body Exo...selama ni kemain aku berhati-hati bawak Exo...luka skit-skit tu biasa la tapi kali agak teruk gak la...adoiiii
Mau gak RM200+ untuk kos ketuk body + simen...tu belum masuk kos cat silver lagi tu (cat matelik - eh betul tak aku tulis nih)....haaaa mana mau cari duit woooo...!
p/s: Malas nak tulis pepanjang...tengah blur wehh....!!
Ahad, 14 April 2013
Exo Ku Terluka
Labels:
Peribadi
| Tindakbalas |
Khamis, 28 Mac 2013
Pertandingan Melukis Citra Terengganu 2013
Assalamualaikum.
Kepada pelukis-pelukis Terengganu khasnya dan dari seluruh Malaysia amnya, Lembaga Muzium Negeri Terengganu sekali menganjurkan pertandingan Citra Terengganu 2013 yang akan berlangsung selamat 3 hari berturut-turut pada 29 Jun - 1 Julai 2013 bagi kategori I (spontan) diperkarangan Muzium Negeri Terengganu pada tarikh tersebut.
Manakala bagi kategori II (karya siap) bermula pada 27 Jan - 16 Jun 2013. Tema lukisan bagi pertandingan Citra Terengganu pada tahun 2013 ialah; Potret Terengganu - Peristiwa atau aktiviti yang menjadi ikon perlancungan negeri Terengganu.
Kepada pelukis-pelukis yang berminat menyertai pertandingan tersebut, bolehlah muaturun borang penyertaan di; http://museum.terengganu.gov.my atau boleh datang sendiri untuk mengambil borang di Urusetia pertandingan Citra Terengganu di Muzium Negeri Terengganu.
Labels:
Info Seni
| Tindakbalas |
Sabtu, 23 Mac 2013
First Time Guna Tab!
Assalamualaikum
Lama dah tak update entri terbaru blog "Sisi Kizz Kazz" nih...sejak 2 menjak tenet ada masalah problem...hehehh
Untuk first time aku cuba update entri via tab...hahahaaa. Terkial-kial gak la nak taip menaip guna tab nih. Selama ni aku update entri gua laptop buruk dan senang nak tekan picit keyboard laptop tapi untuk first time ni terpaksa la tekan keyboard maya tab....hahahaaa
Boleh la...belajar-belajar biasakan diri guna tab walaupon agak sukar gak. Errrr diulang....nih first time taip menaip guna tab...Samsung Galaxy Tab 10.1! Ok baiiii....choww!
p/s: Terbitan entri ni sekadar percubaan update via Samsung Galaxy Tab 10.1. Harap maklum...hehehhh

Khamis, 14 Februari 2013
Terengganu Pro Asia Cycling Team
Pasukan lumba berbasikal Terengganu, Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG) buat julung kalinya akan bergantung sepenuhnya pada pelumba berbasikal tempatan dan semua pelumba-pelumba berbasikal tersebut merupakan anak negeri Terengganu untuk cabaran kayuhan pada Le Tour de Langkawi yang bermula 21 Feb - 2 Mac 2013 ini.
Majlis pengenalan pelumba-pelumba berbasikal TSG telah berlangsung di Pantai Batu Burok 13 Feb malam semalam. Antara pelumba-pelumba tempatan tersebut yang akan mewakili TSG ialah, Mohammad Saufi Mat Senan, Mohd Nor Umardi Rosdi, Nor Amirull Fakhruddin Mazuki, Mohd Zamri Salleh, Mohd Shahrul Mat Amin, Mohd Harrif Salleh dan Mohd Saiful Anuar Aziz.
Diharap pelumba-pelumba tersebut mampu merentasi cabaran dan menaiki podium seterus melonjak TSG sebagai juara keseluruhan LTdL atau sekurang menjuarai dalam kategori Asia. In Shaa Allah
Labels:
Sukan,
Terengganuku
| Tindakbalas |
Langgan:
Catatan (Atom)