Tolong Klik Iklan Ni

Sabtu, 17 Mac 2012

Percubaan 1 2 3...Update Entri Via Android

Rasanya dah lama aku tak update entri blog sejak dua menjak kebelakangan ni...bukan pasal malas atau takde idea nak menulis...laptop dah rosak...kalu baiki pun tak berbaloi pun...huhuh Kali ini aku cuba update entri ringkas dan sebagai percubaan dengan menggunakan Android...ntah berjaya tak tau laa...percubaan pertama guna Android! Harap-harap berjaya la weh...kalu berjaya ok la kan kan kan...kalu berjaya aku akan cuba pulak masukkan foto pasni... Ok la...setakat ni dulu aku tulis...kan tulis pepanjang tak dapat update sesia pulak ape yang aku tulis...heheee Bismillahirahmanirahim

Jumaat, 2 Mac 2012

Lagi Ciri-Ciri P3-21A

Berikut beberapa lagi ciri-ciri yang terdapat pada P3-21A sepertimana sumber dari blog saudara Naz, Proton-Sales. Menurut khabar angin (rumors), model terbaru yang bakal dilancarkan nanti dikenali sebagai Proton Prima (?). Apa-apa pun, sama-samalah kita tunggu!

  • P3-21A ini didatangkan dengan 2 point 'Front strut bar' yang memegang kedua-dua roda hadapan kereta. Strut bar ini berfungsi untuk mengurangkankan body roll ketika kenderaan berada di selekoh-selekoh tajam, sekaligus mengembalikan cengkaman pada kedua-dua roda tersebut keatas jalan raya.
Gambar Contoh

  • Sambungan boot/trunk di belakang tidak menggunakan sistem absorber seperti Persona, tetapi hanya menggunakan sistem seperti Saga. Kedua-dua sistem ini sama sahaja fungsinya dan tidak memberikan apa-apa perbezaan malah Honda City juga menggunakan sitem yang sama. Mungkin ini adalah salah satu cara untuk mereka menjimatkan kos supaya mereka dapat fokus kepada bahagian yang lebih utama.
Gambar Contoh

  • Saya difahamkan bahawa tiada lagi lining Chrome di bahagian belakang untuk versi Premium P3-21A ini. Untuk kesemua versi lining tersebut akan di cat mengikut warna kereta.
p/s: Untuk bacaan lengkap sila ke link seperti yang tertera diatas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...