Tolong Klik Iklan Ni

Rabu, 23 Disember 2015

Monsoon Art Show

Bermula Pameran KITAKITA yang telah berakhir di Primula Beach Hotel dari 28 Novrmber hingga 4 Disember 2015 dan seterus Pameran KITAKITA 2.0 yang kini masih berlangsung di ruang Lobby Permai Hotel, Batu Burok sehingga penghujung tahun ini, sekali Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer) akan mengadakan satu lagi pameran sempena Monsoon Cup di Duyong Marina & Resort.

Monsoon Art Show akan mempamerkan sebanyak lebih kurang 40 buah karya dari para pelukis PeTer. Antara karya-karya tersebut akan memaparkan tema berkaitan Monsoon Cup dan suasana negeri Terengganu.

Pameran tersebut akan bermula pada 25 - 31 Disember 2015. Selain pameran, beberapa aktiviti turut diadakan seperti, demonstrasi melukis, live potret dan pertandingan lakaran sepanjang tarikh pameran berlangsung. Jom datanglah beramai-ramai melihat karya-karya yang akan dipamerkan disamping melihat kehangatan pelumbaan perahu layar Monsoon Cup.

Rabu, 25 November 2015

Secalit Warna

SECALIT WARNA

LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA (LPSVN) sangat berbangga kerana dapat berkerjasama dengan Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer) dan Negeri Terengganu amnya dalam menjayakan program 1MCAT 2015 melalui Pameran KITAKITA

Pameran ini yang mengungkap suatu ekspresi lokal yang menzahirkan keunikan dan kepelbagaian warna budaya tempatan merupakan satu pengalaman yang mempersonakan. Saya begitu optimis dengan pelbagai subjek yang terdapat di Terengganu ini bakal divisualkan dengan penuh gaya tersendiri kerana Persatuan Pelukis Terengganu mempunyai pelukis yang tercatat namanya dipeta persada seni visual tempatan dan luar negara.

Semoga pameran ini dapat memberi satu inspirasi serta pengetahuan baru kepada masyarakat kearah membangunkan seni visual di negeri Terengganu. Tahniah kepada semua yang terlibat dan khususnya kepada penggiat seni jemputan yang berusaha menjayakan pameran ini.

Syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat diatas segala komitmen yang memungkinkan kejayaan pameran ini dan seterusnya program dan aktiviti-aktiviti seniyang bakal berlangsung pada masa hadapan.

DATO' AHMAD NAJB BIN AHMAD DAWA
KETUA PENGARAH
LEMBAGA PEMBANGUNAN  SENI VISUAL NEGARA

Selasa, 24 November 2015

29 Pelukis 53 Karya

Gabungan seramai 29 pelukis dan 53 buah karya cetusan ilham untuk menggambar ekspresi dan inspirasi masing-masing di Pameran KITAKITA.

Jangan lepaskan peluang menatap dan menghayati air tangan mereka sepanjang tempoh pameran berlangsung!

Isnin, 23 November 2015

Kita Dalam KITAKITA

Diksi KITAKITA menunjuk pada gantinama diri yang menggambarkan satu kelompok manusia yang membahasakan dengan nada rendah diri. Dalam pada itu KITAKITA turut menggambarkan kesatuan dan kesepaduan dalam usia Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer) yang masih muda untuk turut bersama memberi kepelbagaian warna dipersada seni lukis tanah air.

KITAKITA berusaha menzahirkan citra dan jatidiri lokal melalui  subjek budaya, lanskap dan monumen. Tema ini mengungkap rasa 'kekitaan' sebagai watan yanv memiliki apresiasi terhadap tanah kelahiran. KITAKITA secara tak langsung merupakan ekspresi kecaknaan terhadap persekitaran. Semoga sedikit dari sumbangan dikongsi bersama. Insha Allah.

Petikan dari buku katalog Pameran KITAKITA

Jumaat, 20 November 2015

Jemputan Terbuka Ke Pameran KITAKTA

Dengan penuh takzim, Persatuan Pelukis Terengganu - PeTer, menjemput khalayak senilukis (peminat, pelukis, penulis dan para kolektor) di Terengganu khasnya, di Pantai Timur amnya dan juga diseluruh pelusuk tanah air, hadir untuk menyaksikan pameran KITAKITA seperti mana yang tertera pada kad jemputan dibawah:

Sabtu, 14 November 2015

Persedian Pameran KITAKITA

Persiapan untuk pameran KITAKITA sedang rancak berlangsung pada hari ni Sabtu 14 Nov 2015 di sebuah studio milik rakan di Taman Tamadun Islam.

Lebih 40 karya (ada beberapa karya yang masih belum dihantar kerana sesetengah ahli tak sempat menyiapkan atau atas sebb kekangan masa) telah dikumpul dan sesi photoshot karya dan pelukis telah di ambil untuk pengisian katalog pameran bermula jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang.

Insha Allah, karya-karya tersebut akan dibawa ke ruang pameran untuk sesi pengantungan (display) pada hari Khamis 26 Nov 2015 jam 3.00 petang di Primula Beach Resort.

Sabtu, 7 November 2015

Pembetulan Tarikh Pameran KITAKITA

Residensi Pelukis & Pameran KITAKITA

Setelah berbulan-bulan perancangan yang diatur untuk menghimpunkan beberapa karya-karya pelukis Terengganu terutama ahli-ahli Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer), akhirnya satu pameran akan diadakan pada 27 November hingga 4 Disember 2015 iaitu sempena musim cuti persekolahan akhir tahun yang akan dilangsungkan di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.

Dijangka seramai lebih kurang 30 orang pelukis PeTer dengan karya masing-masing hampir 60 buah keping akan dipamerkan pada RESIDENSI PELUKIS & PAMERAN KITAKITA ditempat dan tarikh tersebut.

Untuk rekod, PeTer telah mengadakan pameran pertamakalinya di Muzium Negeri Terengganu dan untuk pameran KITAKITA kali ini merupakan kali keduanya.

Kepada pelajar-pelajar sekolah, Universiti dan peminat-peminat senilukis datanglah beramai-ramai untuk melihat dan menghayati karya-karya yang akan dipamerkan nanti.

Terengganu Darul Iman
Persatuan Pelukis Terengganu -PeTer
Memasyarakatkan Seni

Rabu, 26 Ogos 2015

Pleinair Kuala Terengganu

Dijemput kepada pelukis-pelukis di Terengganu bersama-sama memeriahkan lagi program pleinair santai bersama Azman Nor dan PeTer (Persatuan Pelukis Terengganu)

Rabu, 15 Julai 2015

Solat Aidilfitri & Jumaat

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan memendekkan teks khutbah Jumaat sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Jumaat ini, kata Yang Dipertuanya, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail.

Selain itu, katanya, pihak Maidam juga membuat keputusan supaya solat sunat Aidilfitri dipercepatkan 15 minit awal iaitu bermula pukul 8.15 pagi berbanding pukul 8.30 pagi seperti yang lazim dilakukan sebelum ini.“Langkah itu diambil kerana sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat, bermakna umat Islam akan bersembahyang jemaah dua kali iaitu sembahyang sunat Aidilfitri dan sembahyang Jumaat,” katanya kepada pemberita.

Salam Aidilfitri 1436H

Assalamualaikum
Siapalah aku untuk menasihat kalian...aku sendiri pun ketika memandu melebihi kelajuan kebangsaan/lebuhraya...kelajuan kadangkala memang menyeronokkan lebih² lagi bila kita memandu kenderaan baru namun dalam keseronokkan melayan adrenaline dan g-force (kekadang rasa tercabar apabila kenderaan lain lebih laju dan kita berusaha nak mengejar dan memintas kembali) ingatlah orang tersayang disekeliling kita tak lupa jugak pemandu² lain yang sama² memandu kenderaan masing² dijalanraya/lebuhraya

Dalam menempuhi kesesakan lalulintas sempena musim cuti Hari Raya Aidilfitri ini...tiada lain perkataan yang harus diperkatakan iaitu MEMANDULAH SECARA BERHEMAH...JANGAN JADIKAN SANAK SAUDARA PILU DIPERKUBURAN!

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Pesanan Ikhlas dari Sisi Kizz Kazz the blogger

Rabu, 17 Jun 2015

Zakat Fitrah 1436H | 2015

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menetapkan tiga kadar Zakat Fitrah bagi negeri Terengganu tahun ini iaitu RM7.40, RM6.80 atau RM4.60 bagi setiap orang.

Kadar tersebut dikira berdasarkan harga beras yang nilainya bersamaan beras lima peratus hancur, beras 10 peratus hancur serta beras 15 peratus hancur. Pengiraan kadar zakat mengikut orang ramai yang memakan beras dari jenis yang baik, maka kadar bayarannya adalah senilai dengan kadar beras yang dimakan.

Seramai 1,100 amil untuk menjalankan pungutan fitrah atau zakat harta di setiap 496 buah masjid dan lebih 1,000 surau seluruh negeri. Umat Islam disaran agar membayar fitrah kepada amil yang dilantik oleh MAIDAM dan menjadi kesalahan sekiranya ia dibuat melalui individu yang tidak bertauliah.

Selasa, 16 Jun 2015

Salam Ramadhan 1436H

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DISELURUH TERENGGANU, MALAYSIA DAN DUNIA.

Selasa, 9 Jun 2015

Panduan Pengguna LPT 2

Panduan untuk pengguna Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) dari Jabor, Kemaman hingga ke Kuala Terengganu mohon berhati-hati dan ambil perhatian perkara-perkara berikut memandangkan sekarang banyak berlaku kemalangan.

1. Keadaan jalan di sesetengah tempat yang beralun dan tidak rata. Pegang stereng dengan kuat terutama bila melalui jambatan dan jalantidak rata bagi mengelakkan kenderaan terbabas.

2. Tidak digalakkan memandu melebihi 120 km/j kerana banyak binatang yangmungkin melintas secara tiba-tiba seperti kerbau, lembu, babi hutan, anjing dan sebagainya.

3. Sepanjang LPT 2 masih belum ada stesen minyak. Sila pastikan anda mengisi penuh minyak sebelum memasuki lebuhraya ini.

4. Jika kenderaan rosak, tunggu di bahagian belakang besi penghadang lebuhraya. Jangan berada di dalam kereta. Pihak peronda LPT 2 akan sentiasa membuat rondaan dan memberi bantuan.

#SHARE bagi memberi peringatan untuk semua.

Khamis, 12 Februari 2015

Harga Proton Exora MC2 2015

Berikut harga Proton Exora Bold MC2 yang baru dilancarkan pada 5 Februari 2015 baru-baru ini.

ENJIN TURBO CFE

•Super Premium: RM81,888(Harga dahulu RM85,988)

•Premium :RM75,888(Harga dahulu RM80, 598)

•Exec CVT :RM66,888(Harga dahulu RM69,888)

ENJIN CPS

•Standard AT :RM59,888(Harga dahulu RM62,988)

•Standard MT :RM56,888(Harga dahulu RM59,988)

Ermmm...untung la pembeli Proton Exora MC2 2015, banyak jugak harga diturunkan tu...aku punya bila nak trade in Exora pakai enjin turbo pulak...spec pulak ada penambahan dari segi ESC, dulu 2 airbag jer sekarang 4 airbag...huhuuu

Khamis, 5 Februari 2015

Exora R3??

Selain Exora Bold MC2 yang dilancarkan pada 5 Februari 2015 yang mana dipertingkatkan dengan sistem ESC, berenjin turbo dan penambahan beg udara sisi disamping lampu foglamp pada bumper belakang (sepertimana yang terdapat pada Suprima S) dan bodykit baru pada model Super Premium (SP), Exora R3 juga akan dikeluarkan...ermmm cantik lah bumper Exora R3, kelihatannya berbeza dari Exora Bold MC2...Exora R3 dilengkapi bumper yang lebih sporty dan bergaya sesuai dengan talaan R3!

Tengoklah gambar Exora R3 dibawah...mengancam kan? Exora aku model CPS B-Line manual punya hari tu dah tukar bumper bold depan belakang sejak excident beberapa bulan yang lalu...tengok bumper Exora R3 terliur dan berhajat nak tukar bumper tu...heheee

Jumaat, 9 Januari 2015

Kereta Banjir

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL APABILA KERETA DITENGGELAMI BANJIR:

Apabila banjir telah surut, anda perlulah buat pemeriksaan ke atas kenderaan anda. Jangan hidupkan atau cuba hidupkan enjin kereta seandainya kereta anda tenggelam semasa banjir.

Tindakan menghidupkan enjin akan menyebabkan kereta anda mengalami kerosakan lebih teruk. Pastikan pihak kereta penunda, atau ejen bengkel tidak berbuat tindakan serupa - satu taktik kotor untuk anda bayar lebih bagi ganti kerosakan.

Apabila enjin dihidupkan, aliran elektrik mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut akan alami kerosakan serius dan terpaksa diganti.

Kos untuk sebuah kotak komputer adalahlebih kurang RM1000 - RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis injin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi.

Contohnya, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan.
Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti (harga untuk kotak gear baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000).

Apabila sampai ke bengkel, periksa bahagian yang terkena air terutama bahagian elektronik dan rungkaikan semua kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.

Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair
maksudnya air telah masuk ke dalam enjin. Periksa juga minyak enjin. Pastikan minyak enjin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol.

Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2 atau 3 hari). Boleh dihidupkan injin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear belum diperiksa. Periksa dulu benda benda ini
Sekiranya enjin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu).

Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air.

Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear. Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak enjin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original).

Sumber: facebook

Sabtu, 3 Januari 2015

Salam Maulidur Rasul 12 R'Awal 1436H

BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571
Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa   Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja..
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.  Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antahra kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik..

Wallahua'lam Bissawab ....

Khamis, 1 Januari 2015

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...