Tolong Klik Iklan Ni

Rabu, 27 Ogos 2014

Disini Lahirnya Sebuah Cinta

Disini Lahirnya Sebuah Cinta (Lirik Lagu Tema)

Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi
Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya
Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 57

Jumaat, 15 Ogos 2014

1MCAT Terengganu & Pameran "Buat Mu Duhai Tanah Air"

Pada 12 Ogos 2014 telah berlangsung satu pameran senilukis yang bertempat di Muzium Negeri Terengganu di Bukit Losong yang mempamerkan hasil karya pelukis Terengganu dari Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer) dan nukilan sajak dari Persatuan Sasterawan Negeri Terengganu (Pelita).

Pameran tersebut telah dirasmikan oleh Y.B Dato' Haji Mazlan Ngah Setiausaha Kerajaan Negeri dan turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (BSVN) Dato' Mahadzir Lokman.

Karya-karya lukisan yang dipamerkan dalam pameran tersebut yang dianjur dengan kerjasama Balai Seni Visual Negara, Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Pejabat Kementerian & Kebudayaan Negeri Terengganu, Tourism Malaysia Terengganu, PeTer dan Pelita menggambarkan semangat kecintaan kepada tanah air melalui gambaran keindahan tanahair dan kecintaan kepada budaya dan warisan. Manakala para penyair pula mengemukakan tema perjuangan dan nasionalisma dalam bait-bait puisi sekaligus meniup semangat patriotik dikalangan pembaca.

Gabungan antara catan dan puisi dalam satu pameran tersebut akan memberikan satu impak yang lebih besar dimana dua medium seni ini memiliki kekuatan yang tersendiri untuk berinteraksi dengan masyarakat sekaligus berupaya berkongsi gagasan pemikiran melalui kedua-dua karya tersebut.

Pameran Buat Mu Duhai Tanah Air yang berlangsung dari 12 Ogos hingga 12 September 2014 berlandaskan objektif untuk memberi apresiasi kepada penggiat kesenian tempatan sebagai medium penyaluran idea dan mesej serta mempamerkan lukisan dan puisi yang mengandungi naratif persejarahan sebagai satu ilmu dan maklumat disamping memaparkan sejarah perjuangan nasionalisma atau kemerdekaan melalui olahan warna dan bahasa kata selain ia mampu meningkatkan semangat patriotik masyarakat terutama dikalangan generasi muda dan ianya amat bertepatan dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia 2014.

Dengan itu, orangramai dijemput untuk menatapi keindahan karya-karya lukisan serta bait-bait puisi yang ketika ini sedang berlangsung pada tarikh dan tempat tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...