Tolong Klik Iklan Ni

Selasa, 18 November 2014

No Kecemasan Negeri Terengganu

Berikut nombor kecemasan Negeri Terengganu

BILIK GERAKAN BENCANA NEGERI
09-6316021

BILIK GERAKAN JKM
09-6224022

BILIK GERAKAN JKR
09-6274277

STESEN METEOROLOGI LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD
09-6664743

BILIK GERAKAN JPS
09-6224072

PUSAT KAWALAN KONTINJEN IPK KUALA TERENGGANU
09-6270499

BILIK GERAKAN BOMBA DAN PENYELAMAT
09-6234444

BATALION 18 RAMD (WAKTU PEJABAT)
09-6664233 ext 22309-6664233 ext 226

BILIK GERAKAN JPAM09-666824609-6666492

BILIK GERAKAN JPJ
09-6222023

BILIK OPERASI TNB
09-6267348

Sabtu, 4 Oktober 2014

Salam Aidiladha 1435H

ALLAHU AKBAR

ALLAHU AKBAR

ALLAHU AKBAR

WALILLAHIL HAMD......

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha @ Hari Raya Haji @ Hari Qurban
Semoga Qurban dan pengorbanan kita diredhai Allah S.W.T

Khamis, 2 Oktober 2014

Larangan & Kebenaran Lampu Tambahan

Berikut adalah sumber dari group bikerz mengenal syarat penggunaan lampu, plate no, tinted dan lain-lain hal mengenai kenderaan yang digunakan hasil dari perjumpaan dengan pihak JPJ.

Hendaklah menggunakan plet bukan sticker dan mengikut spesifikasi yang
dibenarkan. Bagi motosikal pula, plet nombor dihadapan hendaklah dipasang di mudguard. Walaubagaimanapun bagi motosikal dibenarkan untuk menggunakan sticker bagi menggantikan plet dibahagian hadapan sahaja. Belakang tidak dibenarkan samasekali menggunakan sticker dan mestilah berlampu.

Strobe light dan spotlight tidak dibenarkan sama sekali sementara daylight dibenarkan. Lain-lain lampu tambahan hadapan untuk menambah kecerahan mestilah tidak lebih atau lebih kurang sama dengan lampu hadapan.
Untuk motokar, apa sahaja lampu tambahan di bumper dibenarkan tetapi bukan jenis LED/HID. Sekiranya kena tahan ada lampu biru secara automatik kena saman dan dapat notis tanggalkan lampu dan datang membuat inspection untuk dapat surat oren.

Spotlight dibenarkan untuk kenderaan offroad atau guna masa event sahaja. Sekiranya tak diguna spotlight tersebut hendaklah ditutup atau disarung dengan penutup. Kalau kena tahan, surat arahan tanggal pemasangan  kena hantar inspection dalam masa 10 hari.

Lain-lain lampu tambahan berwarna selain putih/amber untuk signal/merah untuk lampu belakang tidak dibenarkan sama sekali. Walaubagaimanapun lampu tersebut boleh dipasang tetapi kena tengok kuasa yang dibenarkan iaitu lebih kurang sama atau kurang dari lampu hadapan. Manakala tinted pula mengikut arahan spek yang baru dikuatkuasakan iaitu 70% cermin hadapan, 50% cermin sebelah pemandu dan 30% cermin penumpang belakang dan cermin belakang ketelusan cahaya.

Akhir sekali ekzos sport, superbike bunyi tidak melebihi 95decible manakala motorkar tidak melebihi 85decible mengikut undang-undang DOE/Alam. Melebihi bunyi tersebut TIADA MAAF BAGIMU!

Isnin, 29 September 2014

Boleh Dah Nak Tinted....

Mulai 1 Novemner 2014 peraturan baru berkaitan penggunaan cermin gelap dengan ketelusan yang dibenarkan pada cermin hadapan sebanyak 70%, sisi pemandu dan penumpang depan sebanyak 50% dan 30% sisi penumpang belakang dan bahagian belakang. Selepas ni pemilik-pemilik kenderaan tak perlu risau kena saman oleh pihak berkuasa. Sebelum ni kita selalu berasa was-was kalau nak pasang tinted gelap kerana takut kena saman lebih-lebih lagi pemilik-pemilik kenderaan kurang kental macam kita yang pendapatan sederhana. Yang ada duit berkepok tu takpalah...kena saman bayar jer saman tu! Yang duit cukup-cukup makan jer banyak kali kena fikir nak pasang tinted gelap atau tidak.

Dengan cuaca panas di Malaysia, tinted dah macam satu keperluan untuk melindungi pemandu dan penumpang kenderaan dari kepanasan cahaya matahari dan juga satu perlindungan dari kes-kes pecah cermin kenderaan yang sering berlaku sekarang ni lebih-lebih lagi jika kita pengguna kenderaan MPV. MPV tak macam kereta yang ada bonnet tertutup yang mungkin kita menyimpan barang penting yang terus nampak oleh sesiapa yang berniat buruk untuk mencuri barang yang terdapat dalam MPV. Haaaa...selepas ni aku bolehlah tinted balik Exora yang tinted lama dah terang benderang macam takde tinted. Tinted dah expired dah tu jadi macam rupa akurium!

Ketelusan cahaya yang dibenarkan di cermin yang sedia ada, hadapan adalah sebanyak 70% manakala belakang dan sisi sebanyak 50%. Peraturan pemasangan ketelusan cahaya yang akan dikuatkuasa nanti menurut JPJ merupakan satu standard antarabangsa yang digunakan pakai sekarang.

Jom pakat tinted ikut standard antarabangsa? :)

Jumaat, 26 September 2014

Mengetest Drive Proton Iris

Sempena perlancaran model terbaru Proton Iris aku mengambil kesempatan gi ke showroom Proton Roda Wira kat Pulau Kambing atas jemputan rakan sekelab. Tengok-tengok belek-belek dan sentuh-sentuh model terbaru tu...ermmm mengancam gak lah. Memang BETUL2 ONz!

Dalam kesempatan aku isi borang untuk sesi test drive Proton Iriz 1.3 manual berwarna hijau...errr hijau pucuk pisang gitu...cantik gak kaler tu ehh. Yang bestnya aku test drive keluar dari route yang telah ditetapkan oleh pihak showroom Proton. Masa tu lah aku mengambil peluang lenjan semahu-mahunya bagi merasai deruman dan kemantapan Proton Iriz. Memang mantap walaupun engin bersesaran 1.3

Dari segi rekabentuk luaran Proton Iriz bagi aku cukup mengujakan dan juga mungkin kepada bakal-bakal pembeli Proton Iriz. Dari segi dalaman pun cukup luas dan selesa bagi tubuh aku yang tinggi nih. Try bawak dengan kelajuan 130km/j...perghhhh! Memang cukup pantas pickup.

Kepada yang nak cuba try test drive bolehlah berkunjung kat showroom RODAWIRA OTOMOBIL SDN.BHD beralamat di 102H, Jalan Hiliran, 20300 Kuala Terengganu atau terus berhubung dengan En.Jumaludin Mamat (Jumal) 019-9938918

Khamis, 25 September 2014

Proton Panggil Balik Exora Turbo

Berikutan terjadinya kes sambungan tangki air yang terdapat pada Proton Exora Turbo (CFE) pada model Premium dan Standard, yang boleh menyebabkan breakdown dijalanraya, pelbagai luahan pemilik Exora tersebut disalurkan kepada Service Center (SC) terdekat yang sesetengah pemilik-pemilik terpaksa menunggu sambungan ke tangki air patah terlebih dahulu sebelum boleh ditukar kepada yang jenis besi yang mana pada sesetengah model (productioan awal sebelum 2014) jenis plastik yang berisiko tinggi patah bila-bila masa atas sebab ketidakmampuan menahan gegaran dari kuasa engin CFE Turbo

Ok, kita ikuti luahan salah seorang pemilik Proton Exora Turbo yang dipetik dari akhbar Utusan seperti dibawah;

PROTON merupakan sebuah jenama tidak asing lagi di kalangan
rakyat Malaysia kerana membolehkan masyarakat pelbagai kaum
memiliki kenderaan mampu milik yang dihasilkan oleh pengeluar
kereta nasional itu.

Saya tidak terkecuali dalam memilih Proton sebagai kereta pilihan
saya sejak mula bekerja dalam sektor swasta.
Kenderaan pertama saya adalah Proton Iswara SE dan empat tahun
kemudian bertukar kepada Proton Gen2 yang disifatkan kereta
generasi baharu keluaran syarikat tersebut.
Kedua-dua kereta saya yang digunakan sepanjang tempoh tersebut
tidak mengalami masalah besar. Kalau ada kerosakan kecil adalah
perkara biasa.

Pada tahun lalu saya mengambil keputusan menukar kereta saya
kepada model MPV keluaran Proton iaitu Exora Bold Standard.
Minat saya pada Exora Bold bermula apabila Proton
memperkenalkan keluaran pertama model tersebut pada 2012. pada
waktu itu saya difahamkan model berkenaan menggunakan enjin
CPS dan setahun kemudian dipertingkatkan kepada enjin CFE.
Apa ingin saya nyatakan dalam ruangan ini mengenai
kebimbangan pemilik Exora Bold CFE apabila pihak Proton seolah-
olah menyepi berkaitan isu radiator yang mudah rosak dan tidak
memanggil balik kenderaan itu untuk menukarnya.
Ramai kalangan rakan saya yang memiliki kenderaan itu
meluahkan perasaan mereka apabila tempat saluran hos radiator
tersebut adalah plastik dan mudah patah jika memandu dalam
perjalanan jarak jauh.

Perkara itu terjadi bukan kepada seorang rakan tetapi lebih
daripada 20 orang yang mengalaminya. Itu yang saya ketahui dan
belum ketahui mungkin ramai yang mengalami masalah berkenaan.
Bimbang dengan keadaan itu, rakan-rakan saya cuba menukar hos
tersebut tetapi pusat servis Proton menyatakan mereka tidak
mendapat arahan daripada ibu pejabat untuk menukarnya.
Bila pergi ke pusat servis, pihak terbabit menyatakan tiada arahan
daripada ibu pejabat atau lebih mudah tunggu hos itu patah baru
boleh tukar.

Difahamkan masalah itu hanya melibatkan Exora Bold CFE keluaran
2012 dan 2013 manakala tahun ini radiator tersebut sudah diganti
dan tahan lasak. Tidak hairanlah juga masalah tersebut turut berlaku pada Proton Preve CFE.

Sehubungan itu, saya sebagai pemilik kenderaan tersebut meminta
pihak Proton memanggil balik kenderaan tersebut supaya tindakan
segera dapat diambil.

Saya merasakan perkara itu tidak menjejaskan integriti Proton
kerana pengeluar kereta terkenal luar negara juga turut memanggil
balik kenderaan mereka jika menghadapi masalah melibatkan
nyawa dan keselamatan pemiliknya.
Jangan jadikan Exora Bold CFE sebagai 'timing bomb' kerana jika
silap langkah satu keluarga dalam kenderaan MPV itu mengalami
kecelakaan akibat masalah kenderaan dan bukannya kecuaian
pemiliknya.

PEMINAT SETIA PROTON
Seri Kembangan

Rabu, 27 Ogos 2014

Disini Lahirnya Sebuah Cinta

Disini Lahirnya Sebuah Cinta (Lirik Lagu Tema)

Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi
Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya
Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 57

Jumaat, 15 Ogos 2014

1MCAT Terengganu & Pameran "Buat Mu Duhai Tanah Air"

Pada 12 Ogos 2014 telah berlangsung satu pameran senilukis yang bertempat di Muzium Negeri Terengganu di Bukit Losong yang mempamerkan hasil karya pelukis Terengganu dari Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer) dan nukilan sajak dari Persatuan Sasterawan Negeri Terengganu (Pelita).

Pameran tersebut telah dirasmikan oleh Y.B Dato' Haji Mazlan Ngah Setiausaha Kerajaan Negeri dan turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (BSVN) Dato' Mahadzir Lokman.

Karya-karya lukisan yang dipamerkan dalam pameran tersebut yang dianjur dengan kerjasama Balai Seni Visual Negara, Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Pejabat Kementerian & Kebudayaan Negeri Terengganu, Tourism Malaysia Terengganu, PeTer dan Pelita menggambarkan semangat kecintaan kepada tanah air melalui gambaran keindahan tanahair dan kecintaan kepada budaya dan warisan. Manakala para penyair pula mengemukakan tema perjuangan dan nasionalisma dalam bait-bait puisi sekaligus meniup semangat patriotik dikalangan pembaca.

Gabungan antara catan dan puisi dalam satu pameran tersebut akan memberikan satu impak yang lebih besar dimana dua medium seni ini memiliki kekuatan yang tersendiri untuk berinteraksi dengan masyarakat sekaligus berupaya berkongsi gagasan pemikiran melalui kedua-dua karya tersebut.

Pameran Buat Mu Duhai Tanah Air yang berlangsung dari 12 Ogos hingga 12 September 2014 berlandaskan objektif untuk memberi apresiasi kepada penggiat kesenian tempatan sebagai medium penyaluran idea dan mesej serta mempamerkan lukisan dan puisi yang mengandungi naratif persejarahan sebagai satu ilmu dan maklumat disamping memaparkan sejarah perjuangan nasionalisma atau kemerdekaan melalui olahan warna dan bahasa kata selain ia mampu meningkatkan semangat patriotik masyarakat terutama dikalangan generasi muda dan ianya amat bertepatan dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia 2014.

Dengan itu, orangramai dijemput untuk menatapi keindahan karya-karya lukisan serta bait-bait puisi yang ketika ini sedang berlangsung pada tarikh dan tempat tersebut.

Rabu, 23 Julai 2014

Salam Aidilfitri

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera

Beberapa hari lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadhan. Dalam kesemoatan saya ingin mengucapkan....

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA RAKAN-RAKAN BLOGGER, PEMBACA DAN FOLLOWER YANG SETIA BERSAMA 'SISI KIZZ KAZZ'

MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI SAYA DENGAN PENUH TULUS IKHLAS

Sabtu, 12 Julai 2014

Pameran Lukisan 1MCAT PeTer, Muzium Negeri Terengganu dan Pelita

Program 1MCAT Negeri Terengganu akan berlangsung di Muzium Negeri Terengganu pada 12 Ogos 2014 bersamaan 16 Syawal 1435H dengan kerjasama Kementerian Perlancungan dan Balai Seni Visual Negara (BSVN) dan juga pameran "Buatmu Duhai Tanahair" anjuran Muzium Negeri bersama dengan Pejabat Perlancungan Negeri, Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer) serta Persatuan Sasterawan Negeri Terengganu (Pelita) dan juga majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri oleh Muzium Negeri Terengganu.

Dengan itu, pelukis-pelukis PeTer dikehendaki menghantarkan karya lukisan maksima dua buah (2) lukisan setiap seorang berkenaan tema tersebut untuk pameran dan jualan. Karya-karya pelukis PeTer akan dipamerkan sekali dengan koleksi lukisan dari pihak Muzium Negeri Terengganu dan juga karya puisi dari Pelita.

Perlu diingatkan, 2 buah lukisan akan dipilih untuk dijadikan cenderahati perasmi pameran tersebut kepada SUK, Ketua Pengarah BSVN atau lain-lain. Pada masa tersebut dijemput juga pihak pengurusan hotel2 dan jabatan-jabatan kerajaan sekitar Kuala Terengganu untuk hadir pada tarikh program tersebut. Semua karya-karya akan dibukukan dan diberi percuma kepada pengkarya.

Dengan itu, adalah diharapkan para pelukis dapat menghantar karya satu (1) minggu sebelum raya nanti. Pelukis hendaklah menyertakan biodata peribadi seperti berikut:

1. Nama penuh
2. Tarikh lahir
3. Pendidikan tertinggi
4. Kejayaan yang diperolehi

Karya yang dihantar untuk pameran perlu disertakan:

1. Nama pelukis
2. Tajuk lukisan ( 2 karya)
3. Medium
4. Tahun (karya yang dihasilkan)

Untuk mesyuarat agung (AGM) PeTer akan turut diadakan pada bulan September 2014 nanti bersama pameran tersebut. Begitu juga Residensi Pelukis Siri ke 2 akan diadakan dan akan diberitahu tempatnya nanti. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Timbalan Pengerusi Penaja Encik Sabri ditalian 019-9630015

Sekian dimaklumkan. Terimakasih.

Jumaat, 9 Mei 2014

Logo PeTer


KETERANGAN LOGO DAN PENGERTIAN

1. Logo PeTer adalah singkatan dari gabungan Persatuan Pelukis Terengganu.

2. Huruf Ter menggunakan sejenis Antonio yang bersifat moden dan dinamik bagi mengambarkan pembaruan semangat persatuan untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

3. Bagi singkatan huruf  Pe pula, ianya menggunakan free stroke atau gaya bebas yang membawa maksud aktiviti senilukis yang sentiasa aktif dan berdaya maju. Sesuai batang huruf "P" yang berbentuk berus lukisan yang melambangkan pelukis.

4. Simbul batu bersurat dan bulan bintang bermaksud persatuan ini lahir dibumi bertuah Terengganu Darul Iman.

5. Keseluruhan logo hanya menggunakan warna hitam dan putih yang juga merujuk kepada bendera Terengganu.

6. Warna hitam ini melambangkan semangat kental ahli persatuan dalam menghadapi cabaran dunia seni yang penuh berliku.

7. Warna putih pula bermaksud kesucian dan keikhlasan hati setiap ahli untuk melihat secara bersama demi melihat persatuan berjaya untuk kesejahteraan didunia dan diakhirat.






p/s: Rekaan logo PeTer direka oleh saudara Salyuddin, iaitu salah seorang ajk penaja dan juga pelukis/pereka grafik di TTI.

Jumaat, 25 April 2014

PeTer - Persatuan Pelukis Terengganu

PERSATUAN PELUKIS TERENGGANU atau dikenali dgn nama pendek PeTer ditubuhkan atas inisiatif beberapa pelukis2 Terengganu yg menginginkan sebuah tempat untuk pelukis dan penggiat seni lainnya di Terengganu bergabung dibawah satu bumbung. Pelukis dan penggiat seni termasuk dari kalangan pensyarah universiti, guru2 sekolah, pelajar2 senilukis, pengusaha industri, pereka agensi, perunding rekabentuk, ahli perniagaan dan pereka perseorangan.

Bergabung di PeTer untuk berkarya dan mengolah pandangan bagi menepati arah tuju yg serasi. Merealisasikan hakikat ini, PeTer merancang untuk mengada penelitian dan pengkajian terhadap senilukis dan rekaan terdahulu dan sekarang, mengumpul karya, berpameran dan menjalinkan usahasama dgn penggiat seni tempatan dan seluruh Malaysia dan juga antarabangsa disamping mendekati dan memupuk kepekaan pelukis kearah penghasilan karya yg berkreatif.

Dengan itu, sebuah  ahli jawatankuasa peringkat penaja telah dipilih pada tarikh 19 April 2014 selepas selesai program SEPETANG BERSAMA PENGGIAT SENI TERENGGANU yg berlangsung di Hotel Tabung Haji Gong Badak untuk menerajui dan menggerakkan PeTer demi kelangsungan dan berperanan memartabatkan senilukis diTerengganu.

Untuk rekod, pada peringkat awalnya nama Persatuan Pelukis Pereka Terengganu (PPPT) dicadangkan dan pada perjumpaan kali kedua yg berlangsung di cafeteria Muzium Negeri  Terengganu, setelah beberapa perbincangan antara ajk2 penaja yg hadir pada jam 4.00pm Khamis 24 April 2014, secara rasminya PeTer (Persatuan Pelukis Terengganu) telah dipilih dengan sokongan sebulat suara dan juga sebuah logo baru akan direkacipta. Insya Allah PeTer akan didaftarkan tidak beberapa lama lagi setelah selesai hal-hal berbangkit.

Untuk menjadi ahli berdaftar PeTer, borang rasmi akan diedarkan dengan dikenakan bayaran yuran keahlian.

Ahad, 13 April 2014

Exora Ku Kemalangan

Setelah 4 tahun akhirnya Exora kesayangan aku terlibat dengan kemalangan yang melibatkan 5 buah kereta yang berlaku di Jalan Wakaf Beruas pada hari Sabtu 12.4.2014 jam 12.40 tengahari.

Jalan yang agak sibuk dengan kenderaan pada hari Sabtu dan penggerakkan pun agak perlahan masa waktu sebelum kejadian berlaku. Aku dan famili aku masa memandu dari rumah nak ke Rawai, Bukit Payong untuk menghadiri kenduri. Ketika tiba kat area lokasi kejadian tiba-tiba kereta Proton Saga FL dihadapan brek mengejut menyebabkan sebuah teksi dihadapan Exora aku turut membrek dan menghentam kereta didepan. Aku turut sama menghentam bontot teksi walaupun telah menekan brek sehabis mungkin...berdentum bunyi hentaman tu...kemudian kereta Honda Civic turut melanggar belakang Exora aku dan sebuah lagi kereta Proton Wira melanggar pula Honda Civic.

Kerosakan agak teruk gak la Exora aku...nasib baik famili aku takde apa-apa sebarang kecederaan luaran mahupun dalanan cuma agak terkejut skit. (sila rujuk gambar)

Alhamdulillah....
Apa-apa pun berhatilah dijalanraya samada kesalahan tu dari orang lain mahupun dari kita sendiri.

Ahad, 6 April 2014

Fungsi Marshall

Dalam keadaan tertentu samada pada hujung minggu mahupun pada musim cuti sekolah, banyak aktiviti berkonvoi kereta/motosikal
dilakukan oleh kebanyakan kelab-kelab permotoran.

Disini terdapat beberapa peringatan & nasihat daripada pihak
Polis kepada mereka yang akan menjalankan aktiviti konvoi :

* Pertama sekali, kumpulan konvoi perlu mendapatkan kebenaran
daripada pihak polis sebulan sebelum aktiviti tersebut
dijalankan;

* Kedua, hanya lampu kuning atau 'amber' dibenarkan, itupun
selepas mendapat kelulusan JPJ;

* Marshal tidak boleh mengarahkan pengguna jalan raya lain
untuk memberi ruang kepada mereka;

* Fungsi Marshal adalah untuk memastikan pergerakkan lalu
lintas kumpulan konvoi bergerak mengikut kelajuan yang
ditetapkan undang-undang seperti bergerak seiring dan
memastikan tidak ada ahli kumpulan konvoi yang tersasar atau
terkeluar dari pergerakkan kumpulan;

* Tidak dinafikan terdapat ahli konvoi terdiri daripada pegawai/
anggota polis. Namun mereka tidak boleh bertindak sebagai
penguatkuasa trafik kerana mereka adalah sebahagian daripada
kumpulan konvoi dan tidak bertugas. Lagipun, ia sebenarnya
aktiviti orang awam;

* Sebaiknya, sentiasa pastikan jarak kenderaan ketika berkonvoi,
amalkan ciri-ciri keselamatan dan tidak melebihi had laju yang
telah ditetapkan.

Petikan: FB Polis Pahang

Isnin, 24 Mac 2014

Penerbangan MH370 Di SAHkan Terhempas

KUALA LUMPUR:  Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan terhempas di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia dan semua penumpang dan anak kapalnya tidak selamat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

*Al Fatihah kepada penumpang-penumpang dan pilot/crew2 yang beragama Islam

Selasa, 18 Mac 2014

Botol Pawer!

Apa point aku nak cerita ni...lama dah tak update entri pasal kenderaan ni. Ok! Kali ni aku nak cerita hal berkenaan kuasa tambahan pada Exora aku dengan pemasangan sejenis item yang dipanggil Botol Pawer (Power sebenarnya). Botol pawer tersebut dibekalkan oleh salah seorang ahli kelab EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT (EOCMotorsport) yang diimport dari Thailand.
Kebetulan pada 7 Mac 2014 saudara Zan dan dua pembantunya telah datang ke Terengganu untuk memasang botol pawer kepada Exora ahli-ahli EOCMotorsport Terengganu sepertimana yang telah dijanjikan pada tarikh tersebut di TER, Kuala Ibai. TT pasang botol pawer telah diorganise oleh saudara Rahim yang telah berusaha mengumpul ahli-ahli yang berminat meningkatkan lagi kuasa Exora samada model enjin Campro CPS atau model enjin CFE (turbo). Perlu diingat, selain model Proton kereta jenama lain juga boleh memasang botol pawer tersebut.
Oleh kerana ahli-ahli yang ingin memasang botol pawer melebihi 30 buah Exora termasuk juga kereta lain-lain jenama telah diadakan 3 sesi pemasangan iaitu pada sebelah pagi sebelum berhenti rehat untuk solat Jumaat dan seterusnya pada sesi petang dan kemudian pada sesi sebelah malam pula ketika mengeteh di kawasan parking bertingkat ditengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu. Dalam kesempatan itu aku telah mengambil peluang untuk memasang botol pawer tersebut pada sesi petang.
Pada mulanya aku hanya memasang sebijik botol pawer tetapi kemudian ditambah lagi satu untuk lebih UMMPPHHHH!! Heheeee. 
Sebelum itu, pemasangan botol pawer telah pun diadakan beberapakali oleh saudara Zan iaitu ketika event SAT pada bulan Disember 2013 yang lalu kemudian diikuti pemasangan pada bulan Januari 2014 yang juga dibuat di TER.
Ok berbalik kepada pemasangan dan penggunaan dan juga kelebihan botol pawer yang telah dipasang pada ruang engine bay Exora (rujuk gambar). Ni testimoni aku, setelah penggunaan hampir 2 minggu (sehingga pemanduan 18.3.2014) dengan 2 bijik botol pawer (sebenarnya pasang sebijik pun dah ada perbezaan yang agak ketara...), kesan dari penggunaan botol pawer tersebut adalah contohnya untuk enjin Campro CPS Exora aku ianya dapat membekalkan angin yang cukup untuk sistem yang menggunakan angin seperti brake system, valve opening, air intake, air cooler, gear switching yang menyebabkan kuasa enjin berasa lebih ringan dan kurang mengaum, lebih pickup memberi lebih keyakinan untuk memotong dan kuasa membrek lebih mantap.
Bagi Exora Campro CPS aku yang menggunakan gearbox manual dapat dirasai seolah-olah membawa kereta gear automatik kerana enjin tak mati yang mungkin enjinnya dijana dengan kuasa yang lebih hasil tekanan angin yang dihasilkan. Perlu ditekankan, angin yang dibekalkan oleh botol pawer lebih kurang serupa dengan cara penggunaan surbo atau yang seangkatannya yang menyedut angin luar untuk dibekalkan kepada sistem angin kereta tetapi berbeza dengan sistem angin yang dibekalkan oleh botol pawer yang mana angin yang dibekalkan oleh botol pawer tersebut terhasil dari hawa sejuk sistem air-con kereta. Ini bermakna sistem enjin dapat bekalan angin sejuk hampir 100%. Manakala dari segi penjimatan minyak ada jugak save skit sebab penggunaan ratio fuel yang berkurangan.
*Pemberitahuan: Botol tersebut ada 2 jenis sebenarnya. Satu botol yang berwarna krom merupakan botol untuk kuasa dan satu lagi botol yang berwarna biru khas untuk kuasa brek sahaja namun jika memakai yang berwarna krom pun dah ok untuk support kuasa dan sistem brek.
Ok lah, tu ajer yang nak aku cerita skit sebanyak kelebihan penggunaan BOTOL PAWER yang telah dipasang pada Exora kesayangan. Untuk makluman korang aku pasang botol pawer tu bukan nak merempit laju tapi nak sedap bawak jer...errr tekan pedal minyak separuh jer tapi seolah-olah kita tekan habis lantai...heheeee. Sekarang ni kalau nak memotong pun rasa lebih yakin!

Rabu, 12 Mac 2014

Kenyataan JAKIM Berkenaan Bomoh MH370

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN PENGGUNAAN KHIDMAT BOMOH DAN PERKARA
YANG BERTENTANGAN SYARAK DALAM PENCARIAN MH370

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita menginsafi bahawa
sesungguhnya kekuasaan ALLAH meliputi semua ciptaanNya.
Apabila Allah menghendaki sesuatu, maka Dia hanya
memerintahkannya sahaja, begitulah hebatnya kekuasaan
ALLAH SWT. Sebagai manusia yang diciptakan olehNya, Dia
menguji kita dengan pelbagai ujian demi untuk kesempurnaan
manusia itu sendiri. Allah tidak akan menguji manusia di luar
kemampuannya. DIA menguji kita dengan pelbagai dugaan
dalam taraf kemampuan manusia dan setelah disediakan
dengan segala alat kelengkapan pada diri manusia itu sendiri.

JAKIM menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat
bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara
jelas adalah bertentangan dengan Islam. Hukum mengamalkan
pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus di
dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak.
Jakim telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan
Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh
masyarakat dan ia boleh diakses melalui laman web Jakim di
www.islam.gov.my. Walaupun kita amat sedih dengan ujian
yang sedang menimpa kita. Tatkala pelbagai usaha yang telah
kita lakukan oleh pihak berkuasa dan dengan pelbagai jenis
teknologi dan aset sama ada dari negara kita dan dari negara-
negara luar yang sudi menghulurkan tangan, kita masih
menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh 3
hari ini. Namun kita tidak boleh berputus asa dan wajib terus
memohon pertolongan Allah swt.

Dalam satu Mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22
hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan
perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah
Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta
penipuan. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan
beliau pula menggambarkan bahawa bahawa raja bomoh ini
menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam
Islam. Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan
menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat.

Sehubungan dengan itu, saya mengingatkan semua msyarakat
khasnya umat Islam agar tidak terpengaruh dan/atau
mengamalkan upcara perbomohan yang jelas bertentangan
dengan Islam. Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah
boleh mengundang kemurkaan Allah swt.
Umat islam harus menyakini bahawa ALLAH swt adalah sebaik-
baik tempat bergantung dan bertawakkal. Setelah segala usaha
pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran
dan teknologi sedang giat dijalankan maka kita sebagai hamba
Allah harus terus berdoa bermohon kepada Allah yang maha
Kuasa. Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap
misteri kehilangan pesawat ini atas izinNya jua.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA
‘Saya Yang Menurut Perintah’
DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
12 Mac 2014

Sumber: Jakim

Selasa, 11 Mac 2014

MH370 Tergantung?

Sepang - Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) gempar seketika petang semalam
selepas muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai Raja
Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya mampu membuat
ramalan berhubung keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan
hilang sejak Sabtu lalu.

Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang
berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa berdasarkan
upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat
alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit
dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu
lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan
sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.

"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara,
di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.
"Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan
mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua
keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau
disembunyikan di alam ghaib", katanya semalam.
Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu teropong
buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk
memperoleh alamat terkini berhubung keadaan pesawat
terbabit.

Ibrahim berkata, bubu mata pancing terbabit sebagai simbolik
penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam
cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian.
"Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-
anasir terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat
mungkin.

"Upacara yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-
Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin,"katanya.
Dalam upacara tersebut, Ibrahim turut mempelawa beberapa
individu daripada pelbagai bangsa termasuk seorang wakil
media untuk membuat ritual pembebasan dengan meletakkan
bubu mata pancing di atas kepala mereka.

Menurut bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya
tembaga sehingga mati itu, selain upacara terbabit, seramai
100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan Selendang
Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga
pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.

Katanya, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya
dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.
Beliau berkata, pihaknya mendapat jemputan daripada
seseorang yang 'penting' untuk melakukan upacara tersebut
semalam.

Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam
membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi
Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy
agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh,
Pahang.

Sumber: Akhbar tempatan

Ahad, 9 Mac 2014

Doa Untuk MH370

5 SEBAB KENAPA MAS DAN KERAJAAN LAMBAT BERI
MAKLUMAT MH 370.

Berikutan kes kehilangan kapal terbang MH370 telah
membuatkan ramai yang tertanya-tanya akan maklumat kerkini
terhadap trajedi tersebut. Dalam kekalutan itu terdapat
segelintir yang menuding jari keatas kelembapan MAS dan
kerajaan dalam memberikan maklumat berkaitan kehilangan
Misteri Pesawat MH370 itu. Apakah ianya hilang terhempas,
hilang disebabkan kejadian misteri ataupun ia telah di rampas
oleh pihak pengganas? Pastinya ada sebab kenapa mereka
tidak sesewenang mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Inilah antara sebab kenapa MAS dan Kerajaan lambat
mengeluarkan kenyataan berkaitan kehilangan Pesawat MH370:
Dari hasil perkongsian Nor Azizuddin Abdul Manan dari pada
UUM Sintok untuk memberikan sedikit pendapat peribadi beliau
berhubung isu ini memandangkan beliau gusar dengan pelbagai
unsur dan persepsi negatif yang dilemparkan oleh ramai pihak
berkepentingan terhadap tindak-selamat MAS/Kerajaan
Malaysia (KM) dalam misi mencari dan menyelamat penumpang
dan krew MH370.

1) Penumpang Pelbagai Negara.
Kita perlu ingat bahawa dalam pesawat MH370 tersebut
terdapat lebih 15 kewarganegaraan dengan kapasiti sebanyak
227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak
tekanan kepada pihak MAS/KM untuk memberikan maklumat
terkini kepada wakil-wakil Kedutaan / Konsulat masing-masing.
Maybe sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan
pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang
masih belum ditemui, juga menyumbang kepada kelewatan dan
kesukaran MAS/KM menyalurkan info terkini. Fahamilah
keadaan.

2) Hubungan Diplomatik
MH370 hilang diperairan dan diruang udara Vietnam, dalam
konteks ini KM dan MAS bertindak dengan berhemah dalam
menjaga hubungan diplomatik antara negara. KM tidak boleh
sewenang-wenangnya mengambil pendekatan sendiri walaupun
peswat tersebut adalah milik negara kita. Sebab itulah
hubungan Bilateral diperlukan, kini pihak Kerajaan Vietnam
sudah menggerakkan jentera menyelamatnya (Angkatan Laut
Vietnam) ke perairan yang disyaki tempat kehilangan MH370.
Apabila pihak lain menjadi peneraju utama dalam misi, sudah
pasti akan wujud beberapa prosedur tertentu yang digunakan
oleh pihak berkenaan sebelum menyalurkan maklumat terkini
kepada KM/MAS. Dalam ertikata lain ; "Lain tempat lainlah cara
penyampaian", jadi memang perlu bersabar dalam perkara ini.

3) Misi Melibatkan 5 negara
Misi mencari dan menyelamat telah pun digerakkan, Malaysia
melalui Maritim dan aset ATM sudah berada diperairan
berkenaan, terkini dilaporkan oleh Astro Awani, Maritim
Malaysia tidak menjumpai sebarang objek pesawat MH370,
manakala Vietnam melalui Angkatan Tentera Laut negara itu
menafikan sudah menjumpai pesawat malang itu malah mereka
dalam situsi mencari dan terus mencari disekitar Pulau Vung
Tau tempat dimana kali terakhir radar negara itu mengesan
pergerakkan MH370. Manakala China juga sudah menggerakkan
aset pertahanan laut atas arahan Presiden Xi Jinping untuk misi
mencari dan menyelamat. Singapura sudah menghantar
pesawat C130 untuk misi bantuan manakala Amerika Syarikat
juga menghantar bantual kapal penyelamat ke pengairan
terbabit. Bayangkan keadaan misi menyelamat apabilan
digerakkan dan disepadukan dengan pelbagai negara, sudah
tentu penyaluran sebarang maklumat terkini mesti
dikoordiansikan agar tidak menjejaskan proses penyiasatan
sebab dan musabab "kehilangan" MH370. Sekecil-kecil evidens
sudah boleh menjadi petunjuk utama atas kejadian ini.

4) Tidak Semudah Yang Dijangka
Misi mencari dan menyelamat tidaklah semudah yang disangka
memandangkan ia berlaku di kawasan lautan yang luas dan
menjadi rebutan antara negara. Jadi, hentikanlah sebarang
spekulasi dan tohmahan. KM/MAS sedaya upaya mungkin, saya
pasti mereka bekerja keras untuk memastikan MH370 dapat
ditemui semula.

5) MAS tetap dihatiku
Kali terakhir MAS mengalami "major accident" ialah pada tahun
1977 di Tanjung Kupang melibatkan 100 korban nyawa. Selepas
kejadian itu, MAS tidak pernah mengalami "major accident"
dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam
ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang
kompiten dan diiktiraf oleh ICAO disamping pengemudian
pesawat oleh pilot yang berpengalaman luas. Walaubagaimana
pun secanggih mana sesebuah pesawat, sebarang kesilapan
kecil pun boleh mengundang padah. Hanya takdir menentukan
segala-galanya. Salam takziah untuk semua keluarga mangsa
MH370 dan yang pastinya MAS tetap dihatiku.

Sumber : Nor Azizuddin Abdul Manan - UUM Sintok

Isnin, 27 Januari 2014

Mega TT Dungun

EOCMotorsport Terengganu BE'KENG KOMUNITI telah mengadakan satu MEGA TT untuk tahun 2014 pada Jumaat 24/1/2014 bertempat di Pantai Teluk Gadung, Dungun dengan kehadiran lebih kurang 50 buah pesawat ahli-ahli berdaftar dari seluruh daerah Terengganu.

Program yang bermula pada jam 5.00pm bertujuan berkumpul, beramah mesra sesama ahli dan keluarga bagi merapatkan lagi hubungan silatulrahim dan juga sebagai satu wardah untuk ahli-ahli berbincang santai hal ehwal teknikal pesawat masing-masing.

Selain sesi suaikenal, sesi bergambar untuk kenangan dan untuk siaran majalah permotoran pada petang itu, pada sebelah malam pula diadakan majlis BBQ bertempat Homestay Muslimah dan seterusnya AGM bagi tahun 2014 untuk membincangkan beberapa agenda BE'KENG KOMUNITI.

Dengan kejayaan mengumpul lebih kurang 50 buah pesawat dari jumlah keseluruh 91 ahli berdaftar (keseluruhan sehingga 24/1/2014 di Terengganu) diharapkan BE'KENG KOMUNITI akan terus maju kehadapan dan gemilang.

Rabu, 1 Januari 2014

SAT Di OTOMANIA

Event SAMBUTAN AKHIR TAHUN (SAT) yang telah pun berlangsung di Kuala Terengganu kini dalam terbitan majalah OTOMANIA Januari 2014 yang kini hangat dipasaran seluruh Malaysia.

SAT anjuran EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT (EOCM) yang mana Terengganu sebagai tuanrumah dan ajk pelaksana telah diadakan selama 3 hari 2 malam pada 7 - 9 Disember 2013.

Jom dapatkan majalah OTOMANIA dikedai yang berhampiran!

Selamat Tahun Baru 2014

Selamat tinggal 2013 yang 12 bulan telah berakhir dengan pelbagai peristiwa pahit manis...ermmm yang pahit kita telan yang manis kita ungkap Alhamdulillah...semoga pahit manis tersebut membantu kita mempelajari dimana kelebihan dan kekurangan selama kita menyelusuri sepanjang perjalan hidup 2013.

Selamat datang 2014!
Semoga 12 bulan seterus mencetus kenangan terindah

SELAMAT TAHUN BARU 2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...