Tolong Klik Iklan Ni

Isnin, 24 Mac 2014

Penerbangan MH370 Di SAHkan Terhempas

KUALA LUMPUR:  Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan terhempas di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia dan semua penumpang dan anak kapalnya tidak selamat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

*Al Fatihah kepada penumpang-penumpang dan pilot/crew2 yang beragama Islam

Selasa, 18 Mac 2014

Botol Pawer!

Apa point aku nak cerita ni...lama dah tak update entri pasal kenderaan ni. Ok! Kali ni aku nak cerita hal berkenaan kuasa tambahan pada Exora aku dengan pemasangan sejenis item yang dipanggil Botol Pawer (Power sebenarnya). Botol pawer tersebut dibekalkan oleh salah seorang ahli kelab EXORA OWNERS' CLUB MOTORSPORT (EOCMotorsport) yang diimport dari Thailand.
Kebetulan pada 7 Mac 2014 saudara Zan dan dua pembantunya telah datang ke Terengganu untuk memasang botol pawer kepada Exora ahli-ahli EOCMotorsport Terengganu sepertimana yang telah dijanjikan pada tarikh tersebut di TER, Kuala Ibai. TT pasang botol pawer telah diorganise oleh saudara Rahim yang telah berusaha mengumpul ahli-ahli yang berminat meningkatkan lagi kuasa Exora samada model enjin Campro CPS atau model enjin CFE (turbo). Perlu diingat, selain model Proton kereta jenama lain juga boleh memasang botol pawer tersebut.
Oleh kerana ahli-ahli yang ingin memasang botol pawer melebihi 30 buah Exora termasuk juga kereta lain-lain jenama telah diadakan 3 sesi pemasangan iaitu pada sebelah pagi sebelum berhenti rehat untuk solat Jumaat dan seterusnya pada sesi petang dan kemudian pada sesi sebelah malam pula ketika mengeteh di kawasan parking bertingkat ditengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu. Dalam kesempatan itu aku telah mengambil peluang untuk memasang botol pawer tersebut pada sesi petang.
Pada mulanya aku hanya memasang sebijik botol pawer tetapi kemudian ditambah lagi satu untuk lebih UMMPPHHHH!! Heheeee. 
Sebelum itu, pemasangan botol pawer telah pun diadakan beberapakali oleh saudara Zan iaitu ketika event SAT pada bulan Disember 2013 yang lalu kemudian diikuti pemasangan pada bulan Januari 2014 yang juga dibuat di TER.
Ok berbalik kepada pemasangan dan penggunaan dan juga kelebihan botol pawer yang telah dipasang pada ruang engine bay Exora (rujuk gambar). Ni testimoni aku, setelah penggunaan hampir 2 minggu (sehingga pemanduan 18.3.2014) dengan 2 bijik botol pawer (sebenarnya pasang sebijik pun dah ada perbezaan yang agak ketara...), kesan dari penggunaan botol pawer tersebut adalah contohnya untuk enjin Campro CPS Exora aku ianya dapat membekalkan angin yang cukup untuk sistem yang menggunakan angin seperti brake system, valve opening, air intake, air cooler, gear switching yang menyebabkan kuasa enjin berasa lebih ringan dan kurang mengaum, lebih pickup memberi lebih keyakinan untuk memotong dan kuasa membrek lebih mantap.
Bagi Exora Campro CPS aku yang menggunakan gearbox manual dapat dirasai seolah-olah membawa kereta gear automatik kerana enjin tak mati yang mungkin enjinnya dijana dengan kuasa yang lebih hasil tekanan angin yang dihasilkan. Perlu ditekankan, angin yang dibekalkan oleh botol pawer lebih kurang serupa dengan cara penggunaan surbo atau yang seangkatannya yang menyedut angin luar untuk dibekalkan kepada sistem angin kereta tetapi berbeza dengan sistem angin yang dibekalkan oleh botol pawer yang mana angin yang dibekalkan oleh botol pawer tersebut terhasil dari hawa sejuk sistem air-con kereta. Ini bermakna sistem enjin dapat bekalan angin sejuk hampir 100%. Manakala dari segi penjimatan minyak ada jugak save skit sebab penggunaan ratio fuel yang berkurangan.
*Pemberitahuan: Botol tersebut ada 2 jenis sebenarnya. Satu botol yang berwarna krom merupakan botol untuk kuasa dan satu lagi botol yang berwarna biru khas untuk kuasa brek sahaja namun jika memakai yang berwarna krom pun dah ok untuk support kuasa dan sistem brek.
Ok lah, tu ajer yang nak aku cerita skit sebanyak kelebihan penggunaan BOTOL PAWER yang telah dipasang pada Exora kesayangan. Untuk makluman korang aku pasang botol pawer tu bukan nak merempit laju tapi nak sedap bawak jer...errr tekan pedal minyak separuh jer tapi seolah-olah kita tekan habis lantai...heheeee. Sekarang ni kalau nak memotong pun rasa lebih yakin!

Rabu, 12 Mac 2014

Kenyataan JAKIM Berkenaan Bomoh MH370

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN PENGGUNAAN KHIDMAT BOMOH DAN PERKARA
YANG BERTENTANGAN SYARAK DALAM PENCARIAN MH370

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita menginsafi bahawa
sesungguhnya kekuasaan ALLAH meliputi semua ciptaanNya.
Apabila Allah menghendaki sesuatu, maka Dia hanya
memerintahkannya sahaja, begitulah hebatnya kekuasaan
ALLAH SWT. Sebagai manusia yang diciptakan olehNya, Dia
menguji kita dengan pelbagai ujian demi untuk kesempurnaan
manusia itu sendiri. Allah tidak akan menguji manusia di luar
kemampuannya. DIA menguji kita dengan pelbagai dugaan
dalam taraf kemampuan manusia dan setelah disediakan
dengan segala alat kelengkapan pada diri manusia itu sendiri.

JAKIM menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat
bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara
jelas adalah bertentangan dengan Islam. Hukum mengamalkan
pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus di
dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak.
Jakim telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan
Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh
masyarakat dan ia boleh diakses melalui laman web Jakim di
www.islam.gov.my. Walaupun kita amat sedih dengan ujian
yang sedang menimpa kita. Tatkala pelbagai usaha yang telah
kita lakukan oleh pihak berkuasa dan dengan pelbagai jenis
teknologi dan aset sama ada dari negara kita dan dari negara-
negara luar yang sudi menghulurkan tangan, kita masih
menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh 3
hari ini. Namun kita tidak boleh berputus asa dan wajib terus
memohon pertolongan Allah swt.

Dalam satu Mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22
hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan
perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah
Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta
penipuan. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan
beliau pula menggambarkan bahawa bahawa raja bomoh ini
menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam
Islam. Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan
menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat.

Sehubungan dengan itu, saya mengingatkan semua msyarakat
khasnya umat Islam agar tidak terpengaruh dan/atau
mengamalkan upcara perbomohan yang jelas bertentangan
dengan Islam. Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah
boleh mengundang kemurkaan Allah swt.
Umat islam harus menyakini bahawa ALLAH swt adalah sebaik-
baik tempat bergantung dan bertawakkal. Setelah segala usaha
pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran
dan teknologi sedang giat dijalankan maka kita sebagai hamba
Allah harus terus berdoa bermohon kepada Allah yang maha
Kuasa. Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap
misteri kehilangan pesawat ini atas izinNya jua.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA
‘Saya Yang Menurut Perintah’
DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
12 Mac 2014

Sumber: Jakim

Selasa, 11 Mac 2014

MH370 Tergantung?

Sepang - Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) gempar seketika petang semalam
selepas muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai Raja
Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya mampu membuat
ramalan berhubung keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan
hilang sejak Sabtu lalu.

Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang
berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa berdasarkan
upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat
alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit
dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu
lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan
sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.

"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara,
di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.
"Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan
mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua
keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau
disembunyikan di alam ghaib", katanya semalam.
Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu teropong
buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk
memperoleh alamat terkini berhubung keadaan pesawat
terbabit.

Ibrahim berkata, bubu mata pancing terbabit sebagai simbolik
penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam
cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian.
"Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-
anasir terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat
mungkin.

"Upacara yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-
Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin,"katanya.
Dalam upacara tersebut, Ibrahim turut mempelawa beberapa
individu daripada pelbagai bangsa termasuk seorang wakil
media untuk membuat ritual pembebasan dengan meletakkan
bubu mata pancing di atas kepala mereka.

Menurut bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya
tembaga sehingga mati itu, selain upacara terbabit, seramai
100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan Selendang
Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga
pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.

Katanya, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya
dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.
Beliau berkata, pihaknya mendapat jemputan daripada
seseorang yang 'penting' untuk melakukan upacara tersebut
semalam.

Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam
membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi
Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy
agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh,
Pahang.

Sumber: Akhbar tempatan

Ahad, 9 Mac 2014

Doa Untuk MH370

5 SEBAB KENAPA MAS DAN KERAJAAN LAMBAT BERI
MAKLUMAT MH 370.

Berikutan kes kehilangan kapal terbang MH370 telah
membuatkan ramai yang tertanya-tanya akan maklumat kerkini
terhadap trajedi tersebut. Dalam kekalutan itu terdapat
segelintir yang menuding jari keatas kelembapan MAS dan
kerajaan dalam memberikan maklumat berkaitan kehilangan
Misteri Pesawat MH370 itu. Apakah ianya hilang terhempas,
hilang disebabkan kejadian misteri ataupun ia telah di rampas
oleh pihak pengganas? Pastinya ada sebab kenapa mereka
tidak sesewenang mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Inilah antara sebab kenapa MAS dan Kerajaan lambat
mengeluarkan kenyataan berkaitan kehilangan Pesawat MH370:
Dari hasil perkongsian Nor Azizuddin Abdul Manan dari pada
UUM Sintok untuk memberikan sedikit pendapat peribadi beliau
berhubung isu ini memandangkan beliau gusar dengan pelbagai
unsur dan persepsi negatif yang dilemparkan oleh ramai pihak
berkepentingan terhadap tindak-selamat MAS/Kerajaan
Malaysia (KM) dalam misi mencari dan menyelamat penumpang
dan krew MH370.

1) Penumpang Pelbagai Negara.
Kita perlu ingat bahawa dalam pesawat MH370 tersebut
terdapat lebih 15 kewarganegaraan dengan kapasiti sebanyak
227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak
tekanan kepada pihak MAS/KM untuk memberikan maklumat
terkini kepada wakil-wakil Kedutaan / Konsulat masing-masing.
Maybe sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan
pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang
masih belum ditemui, juga menyumbang kepada kelewatan dan
kesukaran MAS/KM menyalurkan info terkini. Fahamilah
keadaan.

2) Hubungan Diplomatik
MH370 hilang diperairan dan diruang udara Vietnam, dalam
konteks ini KM dan MAS bertindak dengan berhemah dalam
menjaga hubungan diplomatik antara negara. KM tidak boleh
sewenang-wenangnya mengambil pendekatan sendiri walaupun
peswat tersebut adalah milik negara kita. Sebab itulah
hubungan Bilateral diperlukan, kini pihak Kerajaan Vietnam
sudah menggerakkan jentera menyelamatnya (Angkatan Laut
Vietnam) ke perairan yang disyaki tempat kehilangan MH370.
Apabila pihak lain menjadi peneraju utama dalam misi, sudah
pasti akan wujud beberapa prosedur tertentu yang digunakan
oleh pihak berkenaan sebelum menyalurkan maklumat terkini
kepada KM/MAS. Dalam ertikata lain ; "Lain tempat lainlah cara
penyampaian", jadi memang perlu bersabar dalam perkara ini.

3) Misi Melibatkan 5 negara
Misi mencari dan menyelamat telah pun digerakkan, Malaysia
melalui Maritim dan aset ATM sudah berada diperairan
berkenaan, terkini dilaporkan oleh Astro Awani, Maritim
Malaysia tidak menjumpai sebarang objek pesawat MH370,
manakala Vietnam melalui Angkatan Tentera Laut negara itu
menafikan sudah menjumpai pesawat malang itu malah mereka
dalam situsi mencari dan terus mencari disekitar Pulau Vung
Tau tempat dimana kali terakhir radar negara itu mengesan
pergerakkan MH370. Manakala China juga sudah menggerakkan
aset pertahanan laut atas arahan Presiden Xi Jinping untuk misi
mencari dan menyelamat. Singapura sudah menghantar
pesawat C130 untuk misi bantuan manakala Amerika Syarikat
juga menghantar bantual kapal penyelamat ke pengairan
terbabit. Bayangkan keadaan misi menyelamat apabilan
digerakkan dan disepadukan dengan pelbagai negara, sudah
tentu penyaluran sebarang maklumat terkini mesti
dikoordiansikan agar tidak menjejaskan proses penyiasatan
sebab dan musabab "kehilangan" MH370. Sekecil-kecil evidens
sudah boleh menjadi petunjuk utama atas kejadian ini.

4) Tidak Semudah Yang Dijangka
Misi mencari dan menyelamat tidaklah semudah yang disangka
memandangkan ia berlaku di kawasan lautan yang luas dan
menjadi rebutan antara negara. Jadi, hentikanlah sebarang
spekulasi dan tohmahan. KM/MAS sedaya upaya mungkin, saya
pasti mereka bekerja keras untuk memastikan MH370 dapat
ditemui semula.

5) MAS tetap dihatiku
Kali terakhir MAS mengalami "major accident" ialah pada tahun
1977 di Tanjung Kupang melibatkan 100 korban nyawa. Selepas
kejadian itu, MAS tidak pernah mengalami "major accident"
dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam
ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang
kompiten dan diiktiraf oleh ICAO disamping pengemudian
pesawat oleh pilot yang berpengalaman luas. Walaubagaimana
pun secanggih mana sesebuah pesawat, sebarang kesilapan
kecil pun boleh mengundang padah. Hanya takdir menentukan
segala-galanya. Salam takziah untuk semua keluarga mangsa
MH370 dan yang pastinya MAS tetap dihatiku.

Sumber : Nor Azizuddin Abdul Manan - UUM Sintok

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...