Tolong Klik Iklan Ni

Isnin, 29 September 2014

Boleh Dah Nak Tinted....

Mulai 1 Novemner 2014 peraturan baru berkaitan penggunaan cermin gelap dengan ketelusan yang dibenarkan pada cermin hadapan sebanyak 70%, sisi pemandu dan penumpang depan sebanyak 50% dan 30% sisi penumpang belakang dan bahagian belakang. Selepas ni pemilik-pemilik kenderaan tak perlu risau kena saman oleh pihak berkuasa. Sebelum ni kita selalu berasa was-was kalau nak pasang tinted gelap kerana takut kena saman lebih-lebih lagi pemilik-pemilik kenderaan kurang kental macam kita yang pendapatan sederhana. Yang ada duit berkepok tu takpalah...kena saman bayar jer saman tu! Yang duit cukup-cukup makan jer banyak kali kena fikir nak pasang tinted gelap atau tidak.

Dengan cuaca panas di Malaysia, tinted dah macam satu keperluan untuk melindungi pemandu dan penumpang kenderaan dari kepanasan cahaya matahari dan juga satu perlindungan dari kes-kes pecah cermin kenderaan yang sering berlaku sekarang ni lebih-lebih lagi jika kita pengguna kenderaan MPV. MPV tak macam kereta yang ada bonnet tertutup yang mungkin kita menyimpan barang penting yang terus nampak oleh sesiapa yang berniat buruk untuk mencuri barang yang terdapat dalam MPV. Haaaa...selepas ni aku bolehlah tinted balik Exora yang tinted lama dah terang benderang macam takde tinted. Tinted dah expired dah tu jadi macam rupa akurium!

Ketelusan cahaya yang dibenarkan di cermin yang sedia ada, hadapan adalah sebanyak 70% manakala belakang dan sisi sebanyak 50%. Peraturan pemasangan ketelusan cahaya yang akan dikuatkuasa nanti menurut JPJ merupakan satu standard antarabangsa yang digunakan pakai sekarang.

Jom pakat tinted ikut standard antarabangsa? :)

Jumaat, 26 September 2014

Mengetest Drive Proton Iris

Sempena perlancaran model terbaru Proton Iris aku mengambil kesempatan gi ke showroom Proton Roda Wira kat Pulau Kambing atas jemputan rakan sekelab. Tengok-tengok belek-belek dan sentuh-sentuh model terbaru tu...ermmm mengancam gak lah. Memang BETUL2 ONz!

Dalam kesempatan aku isi borang untuk sesi test drive Proton Iriz 1.3 manual berwarna hijau...errr hijau pucuk pisang gitu...cantik gak kaler tu ehh. Yang bestnya aku test drive keluar dari route yang telah ditetapkan oleh pihak showroom Proton. Masa tu lah aku mengambil peluang lenjan semahu-mahunya bagi merasai deruman dan kemantapan Proton Iriz. Memang mantap walaupun engin bersesaran 1.3

Dari segi rekabentuk luaran Proton Iriz bagi aku cukup mengujakan dan juga mungkin kepada bakal-bakal pembeli Proton Iriz. Dari segi dalaman pun cukup luas dan selesa bagi tubuh aku yang tinggi nih. Try bawak dengan kelajuan 130km/j...perghhhh! Memang cukup pantas pickup.

Kepada yang nak cuba try test drive bolehlah berkunjung kat showroom RODAWIRA OTOMOBIL SDN.BHD beralamat di 102H, Jalan Hiliran, 20300 Kuala Terengganu atau terus berhubung dengan En.Jumaludin Mamat (Jumal) 019-9938918

Khamis, 25 September 2014

Proton Panggil Balik Exora Turbo

Berikutan terjadinya kes sambungan tangki air yang terdapat pada Proton Exora Turbo (CFE) pada model Premium dan Standard, yang boleh menyebabkan breakdown dijalanraya, pelbagai luahan pemilik Exora tersebut disalurkan kepada Service Center (SC) terdekat yang sesetengah pemilik-pemilik terpaksa menunggu sambungan ke tangki air patah terlebih dahulu sebelum boleh ditukar kepada yang jenis besi yang mana pada sesetengah model (productioan awal sebelum 2014) jenis plastik yang berisiko tinggi patah bila-bila masa atas sebab ketidakmampuan menahan gegaran dari kuasa engin CFE Turbo

Ok, kita ikuti luahan salah seorang pemilik Proton Exora Turbo yang dipetik dari akhbar Utusan seperti dibawah;

PROTON merupakan sebuah jenama tidak asing lagi di kalangan
rakyat Malaysia kerana membolehkan masyarakat pelbagai kaum
memiliki kenderaan mampu milik yang dihasilkan oleh pengeluar
kereta nasional itu.

Saya tidak terkecuali dalam memilih Proton sebagai kereta pilihan
saya sejak mula bekerja dalam sektor swasta.
Kenderaan pertama saya adalah Proton Iswara SE dan empat tahun
kemudian bertukar kepada Proton Gen2 yang disifatkan kereta
generasi baharu keluaran syarikat tersebut.
Kedua-dua kereta saya yang digunakan sepanjang tempoh tersebut
tidak mengalami masalah besar. Kalau ada kerosakan kecil adalah
perkara biasa.

Pada tahun lalu saya mengambil keputusan menukar kereta saya
kepada model MPV keluaran Proton iaitu Exora Bold Standard.
Minat saya pada Exora Bold bermula apabila Proton
memperkenalkan keluaran pertama model tersebut pada 2012. pada
waktu itu saya difahamkan model berkenaan menggunakan enjin
CPS dan setahun kemudian dipertingkatkan kepada enjin CFE.
Apa ingin saya nyatakan dalam ruangan ini mengenai
kebimbangan pemilik Exora Bold CFE apabila pihak Proton seolah-
olah menyepi berkaitan isu radiator yang mudah rosak dan tidak
memanggil balik kenderaan itu untuk menukarnya.
Ramai kalangan rakan saya yang memiliki kenderaan itu
meluahkan perasaan mereka apabila tempat saluran hos radiator
tersebut adalah plastik dan mudah patah jika memandu dalam
perjalanan jarak jauh.

Perkara itu terjadi bukan kepada seorang rakan tetapi lebih
daripada 20 orang yang mengalaminya. Itu yang saya ketahui dan
belum ketahui mungkin ramai yang mengalami masalah berkenaan.
Bimbang dengan keadaan itu, rakan-rakan saya cuba menukar hos
tersebut tetapi pusat servis Proton menyatakan mereka tidak
mendapat arahan daripada ibu pejabat untuk menukarnya.
Bila pergi ke pusat servis, pihak terbabit menyatakan tiada arahan
daripada ibu pejabat atau lebih mudah tunggu hos itu patah baru
boleh tukar.

Difahamkan masalah itu hanya melibatkan Exora Bold CFE keluaran
2012 dan 2013 manakala tahun ini radiator tersebut sudah diganti
dan tahan lasak. Tidak hairanlah juga masalah tersebut turut berlaku pada Proton Preve CFE.

Sehubungan itu, saya sebagai pemilik kenderaan tersebut meminta
pihak Proton memanggil balik kenderaan tersebut supaya tindakan
segera dapat diambil.

Saya merasakan perkara itu tidak menjejaskan integriti Proton
kerana pengeluar kereta terkenal luar negara juga turut memanggil
balik kenderaan mereka jika menghadapi masalah melibatkan
nyawa dan keselamatan pemiliknya.
Jangan jadikan Exora Bold CFE sebagai 'timing bomb' kerana jika
silap langkah satu keluarga dalam kenderaan MPV itu mengalami
kecelakaan akibat masalah kenderaan dan bukannya kecuaian
pemiliknya.

PEMINAT SETIA PROTON
Seri Kembangan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...