Tolong Klik Iklan Ni

Sabtu, 29 September 2012

Kereta Dan Motorsikal Klasik

Huihh...payah jugak nak jumpa kereta klasik camnih...jarang-jarang nampak atas jalanraya ni. Apa yang best dorang 'main' dengan kereta yang hampir pupus ni eh...maybe kepuasan hati walaupun banyak wang ringgit yang perlu dilaburkan. Ye la...banyak jugak duit yang perlu digunakan untuk restorasi semula kereta yang dikategori klasik yang sudah pasti sebelum ni asal dah jadi 'besi buruk'...hahaa. Begitu juga la dengan motorsikal klasik.

Jom lihat jer gambar-gambar yang aku sempat snap semasa sambutan Pesta Tanglung kat I-City Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Menarik tertarik lagi daboom!






Kalau aku...tak sanggup perabis berpuluh ribu ringgit semata-mata nak layan kereta klasik ni...baik aku layan jer Exora aku yang standard gaban jadi ganas skit...takpun tukar enjin Evo seketul kat Iswara yang agak nazak enjin asal 1.3 tu...hahaaa.

Rabu, 26 September 2012

Kempen Tangkap Tikus


Tikus...heee sebut jer rasa geli...hahaaa...walaupun aku lelaki tapi pantang tengok tikus...pengotor wehh. Tikus ni haiwan perosak dan pembawa penyakit dan banyak 'dibela' kat rumah kita. Selain penyakit hawar terbaru penyakit pembawaan tikus yelah kencing tikus!

Dalam persiapan sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 dalam beberapa bulan tak lama lagi, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mengada kempen menangkap tikus dengan menawarkan saguhati RM2 seekor...hidup atau mati! Haaa boleh kepada sesapa yang ada masa terluang atau takde kerja cuba-cuba tangkap haiwan pengotor ni...kalu 10 ekor berapa dah dapat RMnya...heheee. Jom beramai-ramai tangkap tikus demi kebersihan bandaraya Kuala Terengganu dan demi kesihatan kita.

Sumber

Sabtu, 22 September 2012

Karikatur

Lukisan karikatur hasil karya Amir Extremeart

Pernah tak wajah korang dikarikaturkan oleh pelukis? Hahahh...memang lucu la kalau wajah kita diherotkan tapi masih seiras lagi dengan gambar asal...hahahaa...nampak lawak, lucu dan sempoi jer...hahahah.

Sebenarnya bukan senang nak mengherotkan wajah seseorang...perlu bakat dan kemahiran yang tinggi untuk  mengkarikaturkan potret...aku sendiri pun tak mampu buat sehebat ni walaupun aku sendiri bermula sebagai kartunis pada awal dulu-dulu...ermm masa muda-muda dulu la...sekarang dah 'pencen' lukis kartun dah...cuma sekali sekala tu ada la kalau nak lepas gian...hahahah...opstttt apahal aku citer kisah aku pulak ni...dah melalut dah nih...hahahhh.


Cuba korang tengok gambar sebenar dengan karikatur tu...amacam? Hahahhh...memang menjadi kan kan kan? Kalau korang nak tempah lukisan karikatur macam ni...boleh hubungi sahabat aku bro Amir Extremeart melalui FB beliau. Selain karikatur...beliau juga berbakat melukis potret, alam semulajadi, mural dengan pelbagai medium dan pernah melukis poster wayang gambar (panggung wayang atau pawagam)...semasa zaman cineplex takde lagi macam sekarang ni. Dulu-dulu kalau satu-satu wayang gambar yang nak ditayangkan...pelukis-pelukis akan melukis poster yang bersaiz besar (saiz? ermmm...saiznya besar la) untuk ditampalkan kat bangunan pawagam...ermmm sekarang ni dah tak ada dah...semuanya pakai cetak jer. Owhh...teringat kat sorang kawan aku yang pernah melukis poster wayang di pawagam Rex (bangunan ni ada lagi...dah jadi tempat perniagaan) yang terletak ditapak stesyen bas lama Kuala Terengganu tu (sekarang stesyen teksi)...hebat jugak kawan aku tu (nostalgia...kemanakah beliau kini?)

Hahahhh...berbalik pada topik...ni la gambar asal semasa join KONVOI AMAL HARI MALAYSIA baru-baru ni yang sahabat aku bro Amir Extremeart karikaturkan... :)


Gimik perasmian sticker 3D EOCM TGK CREW

Jumaat, 21 September 2012

Payang Walk


Payang Walk bakal dilancarkan pada bulan Oktober 2012 yang merupakan satu lokasi dimana para pengunjung atau pelancung-pelancung dalam dan luar negeri boleh melihat kebudayaan, jualan kraf, cenderahati, laman seni yang menampilkan aktiviti melukis dan persembahan nyanyian dari artis-artis tempatan. Berkenaan laman seni yang melibatkan aktiviti melukis tu, diharapkan ianya dapat menyemarakan lagi seni lukis di Terengganu yang agak keterbelakang atau ketinggalan daripada negeri-negeri lain.

Selain tempat-tempat menarik yang menjadi tumpuan disekitar Bandaraya Kuala Terengganu seperti Pantai Batu Burok, Lagun Kuala Ibai, Taman Panorama Bukit Pak Apil, Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man (Masjid Kristal), I-City Pulau Warisan dan lain-lainnya, Kuala Terengganu mempunyai satu lagi mercutanda Payang Walk yang akan merangkumi dari Pejabat Pos Cawangan Terengganu, Bazar Warisan, Pasar Kedai Payang, Kampung Cina sehingga ke Waterfront Jalan Pulau Kambing yang jaraknya sejauh 2.5km. Payang Walk akan beroperasi Jumaat, Sabtu dan Ahad dalam seminggu bermula jam 6.00 petang sehingga jam 12.00 tengahmalam yang mana jalan sekitar kawasan tersebut akan ditutup daripada kenderaan. Hanya pejalan kaki sahaja dibenarkan memasuki Payang Walk.

Payang Walk dijangka akan dirasmikan pada 6 Oktober sempena Keputeraan Sultan Terengganu dan pada malam tersebut, Kerajaan Negeri Terengganu turut menganjurkan Citra Bot Berhias dan juga pertunjukan bungapi. Jom beramai-ramai kita berkunjung ke Payang Walk nanti.

Rabu, 19 September 2012

Lagi Berita Konvoi Amal Hari Malaysia Di Akhbar

Liputan mengenai program KONVOI AMAL HARI MALAYSIA terbit lagi di akhbar Sinar Harian yang bertarikh 19 September 2012.

Untuk makluman, aku tulis semula berita yang terdapat pada akhbar tersebut untuk mudah dibaca pada yang tak sempat akhbar Sinar Harian.

Keratan Sinar Harian
Bukit Payung - Pihak pengurusan Asrama Anak Yatim  Darul Falah, Marang menerima sumbangan tunai dan makanan keperluan harian berjumlah RM6,000 sempena sambutan Hari Malaysia  disampaikan kelab-kelab permotoran negeri ini.

Konvoi Amal Hari Malaysia yang membabitkan pemilik 230 buah pelbagai jenis kenderaan diketuai kelab Northern United Car Club (NUCC) berlepas dari dataran awam, berdekatan Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung, Kuala Ibai) Kuala Terengganu ke asrama berkenaan.

Presiden NUCC, Mohd Faizal Abdullah berkata, konvoi itu adalah anjuran NUCC bersama Maxoil dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu dan Persatuan Permotoran Terengganu.

''Program sambutan Hari Malaysia ini kali pertama diadakan di Terengganu sebagai destinasi pilihan program kali ini dan sambutan yang diadakan kali ini juga berbeza kerana Terengganu mempunyai tarikan dan keistimewaan tersendiri. Selain itu, peserta juga tidak ketinggalan beramah mesra dengan penghuni di Asrama Anak Yatim Darul Falah sebelum menyampaikan sumbangan berupa keperluan makanan dan tunai dari setiap kelab yang mengambil bahagian'' katanya.

Selain NUCC, beberapa kelab lain seperti Kelab Waja Terengganu (WPC), Satria Neo, Exora atau Team Ganu Kite (TGK Crew), Alza (MAOC), Myvi (TMC), Perodua Viva Terengganu (proVT), Avanza (TAVAC) dan juga Sinar Harian turut terlibat menjayakannya.

Diharap dengan program ini ia mampu memberi keceriaan kepada anak-anak yatim atas keperihatinan peserta sempena sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

Sekitar Konvoi Amal Hari Malaysia - Part 3

Setibanya gerombolan konvoi diperkarangan Rumah Anak Yatim Darul Falah, kenderaan peserta-peserta konvoi amal tersebut disusun dikawasan padang. Rombongan kami disambut mesra oleh pihak pengurusan rumah anak yatim dan anak-anak yatim yang begitu teruja menerima kehadiran pelbagai kelab-kelab kereta/MPV/motosikal termasuk ahli keluarga EOCM TGK CREW sebanyak 13 buah Proton Exora.










Majlis penyerahan sumbangan dari semua wakil-wakil kelab yang mengambil bahagian dan penerimaan cenderahati dari pihak pengurusan Rumah Anak Yatim Darul Falah dan juga sedikit jamuan tengahari mengakhiri majlis tersebut. Majlis bersurai jam 2.00pm.







Selasa, 18 September 2012

Sekitar Konvoi Amal Hari Malaysia - Part 2

Jam 10.15am, konvoi mula bergerak menuju ke Rumah Anak Yatim Darul Falah di Marang dengan lebih kurang 230 lebih kenderaan peserta dan diiringi Polis Trafik dan juga Marshall yang berjaya mengawal laluan dengan baik.

Namun sedikit terkilan kerana kelajuan konvoi ini melebihi kelajuan yang sepatutnya menyebabkan ada sesetengah kenderaan dalam konvoi terpaksa membrek secara mengejut bila ada halangan didepan. Kelajuan ini mungkin kerana kenderaan yang didepan sekali terlalu laju dan kenderaan dibelakang terpaksa pula mengejar. Apa-apa pun, konvoi berakhir dengan selamat dan tiba di Rumah Anak Yatim Darul Falah tepat jam 11.30am.







Sekitar Konvoi Amal Hari Malaysia - Part 1

Gambar-gambar suasana 'Konvoi Amal Hari Malaysia' di lokasi berhimpun pada jam 8.30am - 10.00am di perkarangan tempat letak kereta Masjid Terapung, Kuala Ibai.









Isnin, 17 September 2012

Konvoi Amal Hari Malaysia Di Akhbar

'Konvoi Amal Hari Malaysia' yang mana EOCM TGK CREW turut terlibat dalam program tersebut, telah mendapat liputan di akhbar Sinar Harian dan Harian Metro terbitan 17 September 2012

Gambar yang diterbit dalam Sinar Harian adalah semasa di perkarangan tempat letak kereta Masjid Terapung, Kuala Ibai sementara gambar terbitan Harian Metro ketika penyampaian sumbangan untuk anak-anak yatim kepada wakil pengurusan Rumah Anak Yatim Darul Falah.


Keratan akhbar Sinar Harian
Keratan akbar Harian Metro

Ahad, 16 September 2012

EOCM TGK CREW @ Konvoi Amal Hari Malaysia


Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya, program Konvoi Amal Hari Malaysia anjuran NUCC, pihak penaja-penaja dan kelab-kelab kereta/MPV/Motorsikal telah berlangsung dalam suasana yang penuh meriah. Terimakasih kepada pasukan Polis Trafik Kuala Terengganu bersama marshall-marshall yang berjaya mengawal kelancaran konvoi sepanjang penggerakan kenderaan-kenderan peserta program yang berjumlah 130 buah banyaknya ke Rumah Anak Yatim Darul Falah, Marang.

Terimakasih juga kepada pihak pengurusan dan anak-anak yatim yang memberi sambutan meriah kepada kami dengan ucapan alu-aluan, jamuan dan pemberian cenderahati kepada wakil-wakil kelab yang terlibat dalam program tersebut.

Terimakasih yang tak terhingga kepada 13 buah Exora EOCM TGK CREW sudi yang meluangkan masa bersama keluarga terlibat juga turut membuat sumbangan ikhlas masing-masing dengan semangat penuh kekeluargaan, berdisiplin dan harmoni. Tak lupa juga kepada 3 crew TGK yang tidak keberatan menyumbang sumbangan ikhlas walaupun tak hadir atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Kita bangga dengan EOCM TGK CREW!


Rabu, 12 September 2012

Konvoi Amal Hari Malaysia


16 September 2012, sempena cuti umum Hari Malaysia, satu program berbentuk konvoi amal akan diadakan pada hari tersebut iaitu Konvoi Amal Hari Malaysia.

Program dibawah anjuran Northern United Car Club (NUCC) bersama penaja Maxoil dan dengan kerjasama PDRM, Kerajaan Negeri Terengganu, Sinar Harian, RTM, Petronas, Marshall, 2 Wheel Riders, Waja Club, Satria Neo Club Team, EOCM TGK CREW, MAOC, TMC, TNCT dan PNCT.

Gabungan kelab-kelab kereta, MPV dan motorsikal besar yang dijangka menyertai program tersebut sebanyak lebih dari 100 buah akan berhimpun diperkarangan Masjid Terapung, Kuala Ibai pada jam 8.30am hingga 9.30am dan akan berkonvoi ke Rumah Anak Yatim Darul Falah, Bukit Payung, Marang dengan diiringi pasukan polis trafik.

Peserta-peserta program akan beramah mesra dengan penghuni-penghuni Rumah Anak Yatim Darul Falah dan seterusnya menyampaikan beberapa sumbangan dari setiap kelab-kelab yang mengambil bahagian dan juga sumbangan dari pihak penganjur dan penaja.

Diharap dengan program seumpama ini, ia mampu memberi keceriaan kepada anak-anak yatim atas keperihatinan peserta-peserta program ' Konvoi Amal Hari Malaysia'.

p/s: Ribuan terimakasih kepada crew TGK yang memberi sokongan padu menyertai program seumpama ini setelah melakukan program yang sama pada GEER 2011 17 Sept. Kepada crew TGK yang tak dapat hadir atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan tetapi turut memberi sumbangan yang ikhlas, juga diucapkan ribuan terimakasih.

Selasa, 11 September 2012

Sticker 3D Inkjet

Klik untuk lebih jelas

Berminat nak tampal sticker 3D kat kenderaan kesayangan korang macam Exora Flat Red Spiderman bro Gjoe crew TGK? Haaa korang boleh hubungi sahabat aku kat Kg.Kelulut Marang, Terengganu. Cun woo sticker 3D nih. Ketahanan sticker ni dijamin bertahan selama 2 tahun tanpa alami kelunturan tapi silap gaya kita yang rasa jemu dengan sticker tu nak tukar dengan gambar tema lain pulak kot. Kaya la beliau...hahahahaa

Rasanya tak salah kalau korang nak tukar tema berkali-kali...yang penting minat dan fulus banyak...hahahaa. Untuk menjamu selera mata...korang lihat sendiri beberapa keping gambar Exora dan Alza yang telah ditampal dengan sticker 3D hasil kerjatangan bro Zairie. Amacam? Ada bran??

Sticker 3D bonnet Alza

Pada pintu Alza

Satu lagi Exora crew TGK...bro Jef yang 1st menampal sticker 3D
Tema Trasformer!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...