Tolong Klik Iklan Ni
Rabu, 30 November 2011
Tayar Bergolek!
Setiap kenderaan didarat wajib menggunakan tayar, tak kira la bas ke lori kereta ke atau MPV macam Exora...heheheee. Tayar berguna sebagai contatc pacth antara kenderaan bergerak dan permukaan jalan. Disebabkan dunia yang semakin berkembang dengan teknologi, sistem pengangkutan jalanraya dipersetujui memerlukan tamac (biasanya kat litar perlumbaan la erk...) bagi memastikan getah tayar melekat pada permukaan jalanraya.
Pengeluar-pengeluar tayar seluruh dunia sanggup melabur jutaan ringgit membuat kajian kesesuaian tayar sebelum diproduksi dipasaran. Kemampuan tayar dari segi menampung beban, kelajuan dan had pembatuan diambilkira dalam menentukan keberkesanan tayar untuk kenderaan beroperasi dijalanraya. Tayar-tayar direka dengan campuran pelbagai bahan, lapisan dan menjalan ujian ketat untuk memastikan tayar selamat digunakan...haish patut la tayar kalo berjenama yang berkualiti tu mahal!
Korang mungkin pernah mengalami masalah kereta yang dipandu tak enak, ada rasa bergegar, stereng lari kekiri atau kanan ataupun stereng rasa bergetar walaupun telah menghabis wang membuat penjajaran tayar. Kemungkinan besar disebabkan tayar yang tak bagus!
Tayar Botak
Tahap kehausan tayar boleh dilihat dengan pandangan mata kasar. Bunga tayar yang semakin berkurangan menunjukkan penggunaan perjalanan yang semakin tinggi. Akan tetapi, kehausan boleh juga terjadi atas sebab-sebab lain seperti kerosakan sistem penyeraphentak, penjajaran yang salah, permukaan jalanraya yang tak elok dan juga corak pemanduan seperti kerap membrek dan cara pemanduan yang agresif yang menyebabkan tayar haus tak sekata...ermmm tapi ni biasa la kan kan...korang punya kereta korang punya tayar dan korang ada wang nak beli tayar baru ganti yang haus tak ada bunga tu...hehhehheh.....
Kehausan tayar juga boleh terjadi secara tak seimbang. Ia terjadi kerana penjajaran yang tak tepat! Roda yang bersaiz besar dan berprofil rendah juga menghadapi masalah ini yang mana tayar biasanya haus dibahagian satu sisi sahaja. Ada dua cara bagi menyelesaikan masalah ini, samada menukar tayar baru atau posisikan semula tayar kepada sudut lain.
Tayar yang botak secara samarata pula adalah normal...yang tu tak payah risau la...ada wang tukar jer yang baru! Bagaimanapun kebotakkan tayar bergantung juga kepada jenis pacuan kereta. Kereta pacuan depan akan mengalami kehausan tayar lebih cepat. Dicadangkan, rotate dilakukan setiap 10,000 km ataupun 20,000 km bergantung kepada cara pemanduan korang dan rotate tayar hendaklah dilakukan dengan betul yang mana tayar depan kanan ditukarkan tayar belakang sebelah kiri dan sebaliknya. Jangan sesekali rotate dengan tayar spare ataupun tukar tayar sebelah sahaja...dah jadi berlainan jenama pulak der...bunga pun tak sama dan akan mempengaruhi cengkaman atas jalanraya...berhati-hati wehhh!
Pilih Tayar
Pilih tayar yang sesuai dengan spesifikasi yang dicadangkan oleh pengeluar. Jenis tayar dan jenama pula bergantung pada bajet korang...kalo mampu nak tayar berjenama yang mahal dan berkualiti...korang beli jer...ermmm ikut kemampuan...tepuk dompet tanya kereta...hehehehee....
Periksa tekanan angin tayar sekurang-kurang 2 kali sebulan. Jangan pam tayar dari had yang disyorkan oleh pengeluar dan jangan biarkan tayar dalam keadaan bawah paras yang dicadangkan.
Kenderaan seperti MPV samada Exora atau lain-lain yang sewaktu dengannya, memiliki tekanan angin tayar yang berbeza mengikut jumlah penumpang dan situasi...cuma ikut jer la apa yang tertampal kat pintu sebelah pemandu untuk rujukan tuh...kekadang kita (termasuk aku jugak...hehehee) jarang-jarang tengok spesifikasi yang sedia tertampal kat pintu tuh...ada betul tak??
Saga FLX 1.6 CVT SE
![]() |
Saga FLX 1.6 Executive |
![]() |
![]() |
Haishhh...sungguh memikat kalbu |
![]() |
Saga FLX 1.6 SE kat Kuala Terengganu |
![]() |
Pandangan belakang...tengok lampu clean clear/silver...perghhh...cunnn |
Ni la Saga FLX 1.6 SE dengan CVT (Continuous Vehicle Transmission) yang akan diluncurkan kat showroom Proton seluruh negara pada 1 Disember 2011(erkk kompen ke nih, sebelum ni dipostpone perlancaran dari 25 Nov 2011!)...nampaknya ada beberapa perubahan kosmetik luaran/dalaman kalo dibandingkan dengan Saga FLX 1.6...antaranya bodykit painted gray, lampu belakang clear clean/silver style...ermmm...tang lampu belakang yang nampak kelas nih...macam lampu belakang Exora Bold yang akan dikeluarkan nanti tak berapa lama lagi nih (ada angan-angan nak buh lampu belakang Exora Bold kat Exo aku nih...hehhehheh...), ditambah lagi dengan sportrim 15'' 195/50, yang mana model Saga FLX 1.6 Executive hanya berukuran 14'' 185/60.
Turut dilengkapi dengan balutan kulit pada seat, butang kontrol audio kat stereng, airbag berkembar pemandu dan penumpang depan, sistem brek ABS + EBD dan panel meter bercahaya kaler putih yang sebelum nih kat Saga FLX 1.6 Executive kaler oren...urmmm...bila ada beberapa perubahan macam ni akan nampak kelainan la...oh ye...seperi mana model SE yang terdahulu, dua kaler yang dikeluarkan...Red Fire seperti gambar kat atas dan Solid White tetapi takde kaler hitam kat bumbung kali nih...
Macam berkenan jer kat Saga FLX SE nih...tapi kan...Exo aku nak buh kat mana pulak der...haishhh...takkan nak beli lagi sebijik, hah...Saga Iswara yang banyak berjasa tuh...aku nak buh kat mana pulak?...Erkkkk....ok ok...sabar sabar...dugaannnnnn!!!
Spekfikasi Saga FLX 1.6 CVT SE
1. Electronic brake-force distribution (EBD)
2. Dual SRS Airbags
3. Anti Lock Braking System (ABS)
4. Pre-tensioner safety belt.
5. Audio Set with CD, MP3, USB, AUX
6. Steering audio remote
7. Bigger engine capacity which is the Campro IAFM 1.6L which goes up to 108hp at 5,750 rpm with Continuous Vehicle Transmission system (CVT).
8. Leather steering
9. Leather seats
10. Fitted full complete bodykit
11. 15" multi-spoke alloy rim
Selasa, 29 November 2011
Rupa Enjin Proton Exora CFE 1.6 Turbo
Exora Bold yang bakal dilancarkan tak lama lagi...ni la gamaknya enjin CamPro CFE + 1.6 Turbo yang akan diletak kat perut Exora Bold yang berkuasa 103kw @ 5000RPM = 138hp @ 5000RPM dan tork 205Nm @ 2000-4000RPM...banyak beza dengan enjin Exora sekarang nih yang hanya berkuasa 125Hp dan tork 150Nm jer...nice laa...kalo la Exora aku punya buh enjin CamPro CFE + 1.6 Turbo...macam mana la agaknya erk...huhuuuu...layan softturbo la pulak...!!!!
Campro Turbo CFE
Tahukah anda? Enjin Campro Turbo CFE yang bakal dilancarkan oleh Proton pada model Proton Exora Bold tidak lama lagi menggunakan teknologi enjin yang sama dengan teknologi enjin yang ada pada Volkswagen Polo.
Teknologi terkini ini berfungsi menghasilkan kuasa yang tinggi pada enjin yang bersesaran kecil, yakni enjin Campro Turbo CFE 1.6L ini akan menghasilkan kuasa yang hampir sama dengan enjin yang bersesaran 2000cc.
Siapa kata Proton guna teknologi 70an? Yang paling dibanggakan, enjin berteknologi terbaru ini adalah milik tempatan, milik Malaysia. Dijurutera sepenuhnya oleh Malaysia.
Sumber: Proton EON Berhad FB
Sabtu, 26 November 2011
Salam Maal Hijrah 1433
Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,
Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.
Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.
Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.
Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.
Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.
Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,
Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.
Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.
Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....
Sumber Perkongsian Dari: iluvislam.com
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,
Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.
Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.
Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.
Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.
Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.
Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,
Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.
Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.
Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....
Sumber Perkongsian Dari: iluvislam.com
BMW | BerMacam Warna
Jarang-jarang (rasa-rasa tak pernah lagi kot...hih hih hih) aku paparkan gambar-gambar kereta selain dari kereta Proton tapi entri kali nih aku letak gambar BMW (eh aku memang pun minat kat BMW nih tapi apakan daya hajat tak kesampaian...huhuhuu). Apa yang menarik perhatian aku pasal kereta BMW M3 nih ia dimekap dengan jaluran sticker berwarna-warni, macam sebuah karya lukisan la pulak, memang menarik lagi tertarik, macamana la agaknya kalo aku aplikasi cara nih kat Exo aku, mau membebel bini aku....huh huh huk
Port & Polish
Porting adalah membentuk kembali lubang intake dan exhaust cylinder head agar proses udara dan bahan bakar yang masuk jadi bertambah besar dan lebih ringan. Sedangkan polishing adalah menghaluskan bahagian yang sudah diporting dan bahagian lain engin agar sedutan udara yang masuk jadi semakin lancar.
Port & Polish sendiri adalah suatu kerja tangan dengan menggunakan peralatan khusus (Porting Polish Kits) yang tujuan utamanya adalah memperbaiki keberkesanan suatu engin untuk mendapatkan kuasa yang maksima dan efisien. Biasanya engin asal keluaran kilang hanya dalam anggaran 70%, tapi dengan Port n Polish, keberkesanan akan dipertingkatkan menjadi lebih kurang 80-85%.
Jika Port & Polish dilakukan secara yang tepat, kesannya adalah tarikan kuasa akan dirasai lebih ringan, pengudaraan engin menjadi lebih panjang, pecutan lebih spontan dan penjimatan petrol juga jadi lebih efisien. Ini semua kerana aliran bahan bakar dan udara jadi lebih lancar masuk ke ruang kebuk pembakaran engin, sehingga tenaga lebih besar, pembakaran sempurna dan bila kereta dipandu dengan keadaan normal, membuat penjimatan petrol menjadi lebih efisien.Tapi akibat dari Port & Polish yang membuat tarikan kenderaan lebih ringan, maka kebanyakan pemandu menjadi lebih seronok dan sering menekan pedal minyak dengan rapat kelantai yang membuat penjimatan petrol kenderaan tidak sepertimana yang diharapkan.
p/s: Kalo dah sedap dipandu...memang dah tak ingat nak bawak slow...hehehee...apa-apa pun,yang penting kita dapat kuasa yang kita harapkan dari proses Port & Polish nih!!
![]() |
Port & Polished kepala silinder CAMPRO CPS |
![]() |
Proses pelicinan 'Valve Seat' |
![]() |
Pandangan sisi 'Exhaust' |
![]() |
Pandangan sisi 'Intake' |
p/s: Kalo dah sedap dipandu...memang dah tak ingat nak bawak slow...hehehee...apa-apa pun,yang penting kita dapat kuasa yang kita harapkan dari proses Port & Polish nih!!
Bumper Apa Nih!
Selepas bumper 'patin' dan bumper 'lancer' dicreate untuk Exora, kini ada satu lagi bumper direka untuk menampilkan kelainan rupa Exora, hah...sekarang nih dah ada 3 jenis paten bumper direka oleh orang yang kreatif untuk mengubah wajah Exora.
Bumper yang nih aku tau apa ke namanya dan nampaknya direka bersekali dengan sideskirt. Apa-apa pun secara tak langsung, kita dimeriahkan lagi dengan pelbagai kreativiti pengubahsuaian yang melibatkan kehenseman kosmetik luaran Exora, huh...makin konpius la aku nak pakai bumper yang mana satu nih, bumper 'tersenyum' Exora Bold yang akan dilancarkan tak berapa lama lagi, pun cantik giler jugak der!
Bagi pemilik-pemilik Exora yang berminat nak tukar bumper, korang tengok la yang mana satu korang berkenan, tepuk dada tanya hati, jangan lupa tanya poket sekali erk!
Jumaat, 25 November 2011
CamPro
Enjin CamPro ialah enjin kereta pertama yang dikeluarkan oleh pembuat kereta Malaysia, Proton dengan kerjasama Lotus. Nama Campro ialah kependekan bagi Cam Profile (Profil Sesondol). Enjin ini digunakan dalam model-model kereta Proton bermula dengan Proton Gen-2 diikuti model-model lain termasuk Proton Satria Neo, Proton Waja dan Proton Persona. Enjin ini dibina sebagai membuktikan kemampuan Proton untuk membina enjin yang berkuasa dan mematuhi piawaian emisi yang ketat.
Isi kandungan
1. Enjin DOHC asas
1.1 S4PH
1.2 S4PE
2. Enjin CamPro CPS dan VIM
3. Enjin CamPro IAFM
4. Enjin CamPro hibrid
5. Enjin CamPro turbo
Enjin DOHC Asas
Enjin CamPro DOHC asas dikeluarkan dalam 2 sesaran enjin iaitu 1.6L (S4PH) dan 1.3L (S4PE). Semasa peringkat pembangunannya, enjin ini dipasang pada Proton Waja yang digunakan khas untuk ujian jalan raya. Enjin ini mula digunakan pada Proton Gen-2. Walaupun enjin tersebut kelihatan berkuasa pada kelajuan enjin tinggi, namun pengguna awal Gen-2 mengalami masalah kekurangan kilasan terutamanya untuk mendaki bukit semasa kelajuan enjin sekitar 3,000 ~ 3,500 rpm disebabkan penurunan kilasan pada kelajuan tersebut sebelum meningkat semula ke 148 N-m pada 4,000 rpm. Akibatnya, pemandu terpaksa banyak menukar antara gear 2 dan 3 semasa mendaki bukit. Masalah ini diselesaikan dengan pemetaan semula ECU enjin tersebut pada tahun 2005.
S4PH
Kuasa kuda maksimum: 110 bhp (82 kW) @ 6,000 rpm
Kilasan maksimum: 148 N-m @ 4,000 rpm
Lubang x lejang: 76 x 88 mm
Sesaran enjin: 1598 cc
S4PE
Kuasa kuda maksimum: 94 bhp (70 kW) @ 6,000 rpm
Kilasan maksimum: 120 N-m @ 4,000 rpm
Lubang x lejang: 76 x 73.4 mm
Sesaran enjin: 1332 cc
Enjin CamPro CPS & VIM
Tambahan kepada enjin DOHC asas sedia ada, Proton juga sedang membangunkan enjin CPS (Penukaran Profil Sesondol) dan VIM (Rongga Masukan Boleh Laras). Teknologi CPS adalah teknologi pemasaan injap boleh laras yang dibangunkan serupa dengan teknoloi VTEC oleh Honda dan VVTi oleh Toyota. Enjin CamPro CPS 1.6 mampu menghasilkan sehingga 125 kuasa kuda pada 6,500 rpm serta meningkatkan nilai kilasan kepada 150 N-m @ 4,500 rpm yang berterusan sehingga 5,000 rpm. Proses pembangunan enjin ini sering mendapat kritikan di kalangan peminat automotif kerana sering tertangguh walaupun jadual asal bagi penggunaan teknologi sedemikian sepatutnya mula digunakan pada tahun 2005. Enjin CamPro CPS hanya akan mula digunakan bermula dengan model Proton Gen-2 dan Proton Waja tahun 2008 kemudian diikuti Proton Exora pada tahun 2009. Kedua-dua teknologi CPS dan VIM saling bergandingan dan berfungsi dalam 3 mod berbeza seperti berikut:-
Kelajuan enjin rendah (3,800 rpm ke bawah): Sesondol rendah digunakan dan udara masuk melalui rongga masukan panjang untuk percampuran udara-bahan api yang lebih baik, seterusnya menjimatkan bahan api serta menghapuskan junaman kilasan pada rpm rendah.
Kelajuan enjin sederhana (3,800 ~ 4,800 rpm): Sistem CPS menukar profil sesondol dari sesondol rendah ke sesondol tinggi, membolehkan lebih banyak campuran udara-bahan api masuk dengan lebih lawas, sekaligus menyumbang kepada kuasa maksimum yang lebih tinggi.
Kelajuan enjin tinggi (4,800 rpm ke atas): Sistem VIM menukar aliran udara kepada rongga masukan pendek dan lurus.
Enjin CamPro IAFM
CamPro 1.3L IAFM yang dipasang pada Proton Saga generasi kedua.
Secara ringkasnya, enjin CamPro IAFM adalah enjin asas CamPro DOHC yang dipasang dengan sistem rongga masukan boleh laras, dikenali sebagai modul IAFM (Modul Masukan Udara-Bahan Api), mula dibangunkan bersama-sama oleh Proton, Bosch dan EPMB pada April 2005. Walau bagaimanapun, perbezaan antara IAFM dengan sistem VIM pada enjin Campro CPS adalah seperti berikut:-
1. IAFM adalah modul tunggal yang boleh dipasang terus pada enjin asas DOHC tetapi VIM pula perlu berfungsi seiringan dengan sistem CPS pada enjin CPS.
2. IAFM berfungsi menggunakan tekanan vakum enjin manakala VIM berfungsi menggunakan solenoid elektrik kawalan ECU.
Enjin CamPro IAFM mula digunakan pada generasi kedua Proton Saga BLM yang dilancarkan pada Januari 2008. Enjin 1.3L tersebut mampu menghasilkan kuasa maksimum 98 bhp @ 6,500 rpm. Kilasan maksimum menurun sedikit kepada 113.2 N-m, tetapi banjaran kilasan pada enjin IAFM tersebut adalah lebih lebar serta masalah kemerosotan daya kilasan yang biasa dihadapi pada RPM pertengahan telah dapat ditangani sepenuhnya.
Sementara itu, versi 1.6 liter pula menghasilkan 110 bhp @ 6,500 rpm dan kilasan sekuat 148 N-m @ 4,000 rpm, dan masalah junaman kilasan pada versi DOHC asas telah dapat ditangani sepenuhnya. Enjin 1.6L IAFM ini mula digunakan pada kereta Proton Gen-2 M-line dan Proton Persona mulai tahun 2008.
Enjin CamPro Hibrid
Proton dan Lotus telah mengumumkan model prototaip kereta Proton Gen-2 yang menggunakan enjin Campro Hibrid semasa Pertunjukan Kereta Geneva 2007. Sistem enjin hibrid tersebut dikenali sebagai EVE (Cekap, Berdaya Saing, Mesra Alam). Ia menggunakan enjin S4PH sedia ada dan digandingkan dengan motor elektrik 144 V, 30 kW. untuk membolehkan sistem tersebut digunakan pada semua model sedia ada Proton tanpa perlu membangunkan platform baru yang berasingan bagi model kereta hibrid. Kini disebut REEV atau Range-Extender Electric Vehicle.
Data teknikal sistem hibrid tersebut adalah seperti berikut:
Kuasa kuda maksimum (enjin sahaja): 110 bhp (82 kW) @ 6,000 rpm
Kilasan maksimum (enjin sahaja): 148 N-m @ 4,000 rpm
Kuasa kuda maksimum (gabungan): 141 bhp (105 kw) @ 5,500 rpm
Kilasan maksimum (gabungan): 233 N-m @ 1,500 rpm (dihadkan ke 180 N-m berterusan)
Enjin CamPro Turbo
Pada 13 Disember 2008, Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Abidin telah membuat pendedahan bahawa Proton sedang membangunkan versi turbo bagi enjin CamPro 1.6 L yang akan digunakan Proton Exora untuk pertamanya. Enjin ini dibangunkan sebagai tindak balas kepada trend pasaran baru di mana enjin bersesaran kecil digunakan tetapi dipasang sistem pernafasan paksaan bagi menghasilkan keluaran kuasa yang setara dengan enjin yang lebih besar, satu konsep yang serupa dengan teknologi pengecas berkembar TSI pada kereta Volkswagen Golf Mk5.
Perancangan Masa Depan
Buat masa sekarang, Proton sedang merancang untuk membangunkan enjin bersesaran lebih tinggi (1.8L dan 2.0L) sebagai pelengkap kepada enjin CamPro 1.3L dan 1.6L sedia ada serta sedang berbincang dengan beberapa pihak luar bagi membantu pembangunan enjin. Di samping itu, Proton turut merancang untuk menghasilkan versi diesel bagi enjin CamPro.
Teknologi CVT
Terbaru, Proton akan memperkenalkan teknologi CVT yang akan dipertaruhkan kepada model-model Saga FLX 1.6, Exora dan termasuk Persona R yang akan dipasarkan pada 2012. Sistem transmisi CVT pada enjin CamPro dikatakan akan memberikan kesan dari segi penggunaan bahan api lebih cekap sehingga 4% bagi penggunaan di dalam bandar dan 10% di lebuh raya, selain menjadikan corak pemanduan lebih lancar.
Khamis, 24 November 2011
Sambung Bayar Kereta
![]() |
Gambar Hiasan |

Kali ni aku bukan nak citer pasal pinjam duit, nih citer pasal risiko sambung bayar ansuran keta, korang tau tak apa yang dimaksudkan nih...ni haaa, contohnya kalo kekawan kita ada masalah dengan pihak bank ke atau apa-apa masalah yang dorang alami dengan keta kemudian dorang bercadang nak jual keta kat korang dengan cara sambung bayar, biasanya dorang takleh nak jual keta nih pasalnya hutang bank kat masih lagi tinggi...kalo jual mungkin rugi...tak dapat satu sen pun...jadi jalan paling mudah jual cara sambung bayar!
Sebenarnya cara macam ni korang mesti elakkan walaupun korang nak sangat pakai keta dengan cara mudah kerana banyak risiko yang korang akan hadapi masa-masa akan datang...untuk pengetahuan korang cara sambung bayar beli keta tanpa penukaran hakmilik banyak mengundang masalah seperti penipuan, kemalangan, tuan keta asal meninggal dunia dan juga kes kecurian keta...
Walau ada 'surat penjanjian' antara korang dengan kekawan yang nak jual keta tu, ianya tak dapat membantu pasalnya pemilik asal masih lagi ada kuasa mutlak kat keta tu dan dorang boleh menuntut balik keta kalo dorang nak, lebih rumit lagi kalo tuan asal tu meninggal dunia dan waris dorang nak tuntut balik keta tu, akan abaikan saja 'surat penjanjian' tu dan kita tak boleh buat apa-apa, tengok ajer la dengan mata terkebil-kebil...ni tak adilkan pasalnya kita dah banyak bayar ansuran kat bank pastu senang-senang dorang nak ambil balik.. rugi!
Lagi satu, kalo keta tu kena curi atau alami kemalangan teruk, tuntutan insuran hanya boleh dibuat oleh tuan asal yang berdaftar jer...kalo keta tu 'total lost'...kena lupus, pembayaran selepas tolak baki pinjaman, akan dibayar kat pemilik asal, walaupun korang sah dari segi perundangan dan perlindungan insuran tetapi korang tak dapat apa-apa bayaran satu sen pun...ermmm rugi lagi!
Rabu, 23 November 2011
Bakal Di Naiktaraf?

KUALA TERENGGANU - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, yang menjadi gelanggang utama bagi pertandingan bola sepak di negeri ini, dinaik taraf oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi persiapan pra musim Liga Malaysia 2012.
Pengarah Korporat Kemasyarakatan dan Kualiti MBKT Mohd Huzairi Nizam Ibrahim berkata kerajaan negeri memberikan peruntukan sebanyak RM600,000 untuk tujuan tersebut.
"Apabila siap dinaik taraf dan baik pulih nanti, stadium mampu memberi lebih banyak keselesaan kepada pemain dan juga penonton terutamanya dari segi keselamatan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Menurut Mohd Huzairi pengubasaian stadium yang berusia hampir 30 tahun itu antaranya menambah baik pencahayaan lampu limpah, menaik taraf bilik persalinan pengadil, lorong keluar pemain dan bilik wartawan.
Beliau berkata bagaimanpun tempat duduk penonton tidak diusik dan kekal sepertimana biasa dan kerja-kerja tersebut dijadual siap sebelum pra musim bermula tahun depan.
Dalam perkembaNasirngan lain, beliau berkata stadium itu akan digunakan bagi pertandingan bola sepak Piala AFC yang melibatkan pasukan Terengganu tahun depan.
Katanya untuk menjayakan pertandingan itu, stadium itu perlu diperbaiki bagi disesuaikan dengan kejohanan bertaraf antarabangsa itu termasuk kecahayaan lampu limpahnya.
"Ikut piawaian AFC, kecahayaan lampu limpah 1,400 lux sedangkan kecahayaan lampu limpah di stadium itu adalah 800 lux," katanya. - Sumber: Bernama
p/s: Apa realistiknya membaikpulih stadium tersebut sedang Stadium Gong Badak yang sekian lama runtuh tu belum diperbaiki lagi...dulu ada cadangan nak robohkan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah...sebahagian tempat duduk penonton pun telah dirobohkan...ingatkan nak diroboh terus dan ada cadangan nak buat satu dataran ditengah-tengah bandaraya K.Terengganu...sekarang apa citer?
Selasa, 22 November 2011
Pameran Batik Is My Soul (Batik Jiwa Ku)
![]() |
"Sebagai pereka fesyen,saya melihat unsur-unsur tradisional Batik dan membayangkan sesuatu yang cantik dan dapat dipakai dalam masyarakat moden," kata pengasas dan presiden BIMS,Jovian Mandagie. |
Starhill Gallery,19 November 2011 - Batik Jiwa Ku (BIMS) sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh Jovian Mandagie telah melancarkan pameran sulung pada 19hb - 30 hb November 2011 di Starhill
Gallery.Pameran ini merupakan satu usaha oleh BIMS untuk memberi inspirasi dan mendidik rakyat Malaysia dalam memelihara warisan harta tekstil Malaysia iaitu Batik.
BIMS bertujuan untuk memperkenalkan Batik Malaysia, menjadikan ia lebih mudah dan relevan kepada semua rakyat Malaysia di masa kini. Misi pertubuhan ini ialah untuk lebih menghargai dan menggalakkan pemakaian Batik di Malaysia terutamanya.
Pameran BIMS adalah plartform untuk pereka busana, aksesori fesyen serta pengiat seni mempamerkan hasil kerja tangan dalam kerja-kerja moden berunsurkan Batik. Koleksi ini adalah tidak terhad untuk fesyen sahaja tetapi juga terdiri daripada seni lukisan,ukiran, perabut dan banyak lagi.
Bersama-sama dengan koleksi pakaian koktel Batik Jovian Mandagie, pereka bersama
iaitu KLutched, Benson Chen dan Suhara Jewel Art telah menggabungkan motif Batik ke dalam tas tangan, kasut dan barang kemas. Lukisan-lukisan yang berunsur Batik turut pamerkan di pameran ini yang telah dilukis oleh artis-artis Perkampungan Pelukis Jalan Conlay seperti Fauziah Hj Yahya, Nizar Kamal Ariffin dan Samsudin Mohamad.

Batik adalah seni hidup. Tekstil indah yang telah diterapkan dengan tekstil yang lebih cantik dalam motif lapisan demi lapisan yang terdiri daripada teknik yang rumit dan tradisional, kedua-dua lama dan baru.Ia adalah misi BIMS untuk menghidupkan semula penghayatan seni yang telah hilang. BIMS juga berfungsi sebagai badan yang akan memelihara warisan Malaysia kini dan dimasa hadapan.

Harimau Baham Garuda
![]() |
Peminat-peminat bolasepak menyambut kepulangan wira-wira Malaysia - Foto Sinar Harian |
![]() |
Timbalan Menteri Belia & Sukan meyampaikan jambangan bunga kepada wira Malaysia - Foto Sinar Harian |
![]() |
Ribuan penyokong Malaysia meraikan kejayaan Malaysia menewaskan Indonesia diperlawanan akhir bolasepak Sukan SEA di Dataran Merdeka - Foto Sinar Harian |
![]() |
Kepulangan wira Malaysia diberi sambutan hangat - Foto Sinar Harian |
![]() |
Foto Sinar Harian |
![]() |
Foto Sinar Harian |
![]() |
Kapten Harimau Muda Baddrol Bakhtiar yang berjaya memimpin pasukannya memenangi pingat emas Sukan SEA - Foto Sinar Harian |
![]() |
Jurulatih Bawah 23Thn, Ong Kim Swee ditemuramah oleh wartawan setibanya di LCCT - Foto Sinar Harian |
![]() |
Foto Sinar Harian |
![]() |
Wajah ceria wira Malaysia yang memenangi pingat emas |
![]() |
RIBUAN penyokong Indonesia ‘menyambut’ ketibaan skuad Malaysia di perkarangan Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi. - Foto Osman Adnan |
![]() |
PEMAIN Malaysia merai jaringan penyamaan Asraruddin Putra Omar (tengah) ketika aksi final acara bola sepak menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi. - Foto Osman Adnan |
![]() |
KHAIRUL Fahmi menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga yang membuka laluan kejayaan Malaysia, malam tadi. - Foto Osman Adnan |
Langgan:
Catatan (Atom)