Apakah benar Proton Holding akan menggunakan enjin yang dimajukan oleh Petronas iaitu E01 pada kereta keluaran Proton tahun depan? Wahh...ni nampaknya satu berita yang menarik. Sebenarnya ura-ura nak gunapakai enjin E01 dah lama kedengaran sejak Petronas mempunyai saham yang besar dalam Proton. Tu cerita lama dulu la.
Kini, DRB-Hicom Berhad sedang berunding dengan pihak Petronas untuk pembelian enjin tersebut beserta dengan hak inteleknya...errr macam mana dengan pembangunan enjin generasi Y yang diuar-uar dulu?
Proton Holding akan menggunakan enjin tersebut pada model Preve hatchback, Exora facelift, model gantian Perdana serta model-model baru yang akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat nanti. Tapi bagus jugak kalau Proton Holding beli enjin E01 ni daripada dijual kepihak luar. Kalau tak silap enjin ni pernah dijual kepada kompeni China iaitu Nanjing Automobile. (?)
E01 pada enjin bay Proton Waja |
Valve mechanism: Continuous Control VVT
Camshaft: Double Overhead
Displacement: 2 Litre
Induction: N/A
Cylinder: 4, In-line
Valves per Cylinder: 4
Block Type: Aluminium
Weight: 108.9kg
Max Horsepower: 204.3PS @ 7300RPM
Max Torque: 203Nm @ 5300RPM
Power Output per Litre: 100PS/Litre
Volumetric Efficiency: 107.08%
Emission Standards: EURO 2
Macam mana la agaknya kalau enjin E01 diletak pada Exora facelift nanti?? Kalau yang model turbo CFE dah ok rasanya. E01? Perghhhhh!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan