Tolong Klik Iklan Ni

Jumaat, 19 Oktober 2012

Korban - Erti Pengorbanan


Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban juga disebut Hari Raya Haji iaitu mengambil sempena umat Islam yang menunaikan ibadah haji di Mekah, membawa erti yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia. Korban ini berdasarkan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. yang menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail A.S. setelah mendapat wahyu daripada Allah S.W.T. supaya berbuat demikian. Peristiwa pengorbanan tersebut memperlihatkan sifat ketakwaan dan ketaatan seorang hamba Allah yang sanggup melakukan apa sahaja demi menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangan sendiri.

Peristiwa tersebut sebenarnya satu simbolik erti pengorbanan umat Islam iaitu kita sebagai umat Islam mentaati dan sanggup melakukan apa sahaja yang diperintahNya. Pada hakikatnya, pengertian korban itu bukan semata-mata menyembelih binatang korban dan dagingnya diagih-agih (sedekah) kepada fakir miskin. Sesungguhnya pengertian korban merangkumi aspek atau makna yang lebih luas kepada umat Islam.

Pengorbanan dari segi masyarakat umat Islam hari ini, membawa erti  bahawa kesanggupan kita berkorban dari segi harta benda, masa dan keimanan demi menegakkan agama Islam disamping membentuk keperibadian mulia yang memahami erti keinsafan, bersyukur atas segala nikmat yang diterima dan sifat bertimbangrasa kepada golongan yang kurang bernasib baik serta memupuk sikap penyayang, berkerjasama, sikap suka tolong menolong dan bersedekah.

Selamat Menyambut Hari Raya Korban 1433H/2012M
Dari 'Sisi Kizz Kazz'


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...