Tolong Klik Iklan Ni

Jumaat, 12 Oktober 2012

Trend Batik Pop Art


Pop Art dikatakan muncul pada pertengahan tahun 50an di Britain yang mana seni pop art ini sentiasa mendapat tempat sebagai imej atau visual untuk tujuan periklanan, penerbitan media dan sebagainya. Seni pop atau popular art ini juga mempunyai penampilan seni yang unik dan tersendiri walaupun digunakan dalam pelbagai bentuk pendekatan budaya dan cabang seni yang berbeza.

Fenomena pop art kini menjadi satu trend yang disegarkan oleh Kraftangan Malaysia dalam industri batik. Trend batik pop art dalam erti kata lain ialah penggunaan warna kontra yang cerah dan ceria dan disesuai untuk golongan remaja dalam berfesyen dan dilihat mampu memberi aura keyakinan dan juga keremajaan kepada si pemakai. Penggunaan motif batik seperti flora dan fauna minimalis dan dipadankan dengan seluar dan skirt polos menampilkan imej yang lebih remaja, malahan boleh disesuaikan dengan padanan kemeja dan blaus batik pop art dengan seluar jeans, legging, topi dan lain-lain aksesori tambahan, menyerlahkan lagi gaya santai dan kasual mengikut citarasa remaja dalam berfesyen.

Usaha Kraftangan Malaysia mengetengahkan elemen pop art pada batik, harus mendapat pujian kerana bukan sahaja ia mampu memertabatkan industri fesyen tempatan bahkan juga menambah kemeriahan serta permintaan bagi pakaian komersial seperti kemeja, blaus dan skirt selain pakaian yang sedia ada seperti baju kurung dan kebaya batik.

Dengan penampilan pop art dalam industri batik dan fesyen, sekurang-kurangnya ia mampu menjadikan sesuatu produk tersebut atau pakaian itu nampak lebih segar dan memukau pandangan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...