Tolong Klik Iklan Ni

Isnin, 16 April 2012

Perletakan Jawatan Cip EOCM TGK CREW


UPDATED: Perletakan jawatan telah ditarik balik atas saranan Cip ER dan rakan-rakan supaya meneruskan tugas sehingga penggal berakhir.


Setelah memegang jawatan pada Jun 2011 secara peralihan kuasa dari Cip TGK CREW yang terdahulu iaitu dari tangan saudara Izaruddin dan seterusnya pada pemilihan secara undian penggal 2011/2012 yang berlangsung pada 11 Oktober 2011, kini aku kembali menjadi ahli biasa.


Berikut kandungan warkah perletakan jawatan aku sebagai Cip Terengganu (TGK CREW) yang dipost pada 15 April 2012 diforum EOCM yang berkuatkuasa serta merta.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan Admin Exocula, Tuan Presiden Andalas, Tuan VP1 Noh@SNIPER, Tuan VP2 Abah Murza, AJK2 Pusat, semua Cip-Cip Region/Negeri/Jajahan dan terutama sekali Cip Region ER Alongkuantan juga kepada sahabat2 EXORIAN samada yang mengenali diri saya secara langsung atau tidak langsung.

Bismillahirramanirrahim. Dengan ini saya, EOCM~647 - KK@Kizz Kazz dengan rendah diri MELETAK JAWATAN secara rasmi sebagai Cip TGK CREW yang berkuatkuasa serta merta mulai warkah ini dipost diruangan ini.

Untuk makluman semua, perletakan jawatan ini bukan kerana ada apa-apa krisis yang berlaku di TGK CREW (Team Ganu Kite Crew) tetapi atas ketidakupayaan saya untuk terus menjalankan tugas sebagai pemimpin TGK CREW atas alasan masalah dalaman diri yang tidak berkesudahan yang sering mengganggu benak saya. Bukan juga bermakna tugas memimpin TGK CREW suatu tugas yang amat berat kerana selama saya memimpin TGK CREW, mudah mendapat kerjasama dari crew TGK dengan sokongan terbaik!

Dalam usia hampir 50an ini dan ditambah lagi masalah-masalah peribadi yang mencengkam diri disamping ada sesuatu yang tersembunyi yang berat untuk diberitahu disini, pemikiran saya juga tidak lagi mampu mencipta kreativiti untuk menggerakkan aktiviti TGK CREW.

Namun begitu, saya masih kekal sebagai EXORIAN atau sebagai ahli biasa yang sentiasa akan mengaktifkan diri diforum mahupun sebarang event yang dianjurkan oleh kepimpinan baru TGK CREW mahupun anjuran EOCM Pusat (jika tiada halangan masa dan kewangan). Walaubagaimanapun sehingga kini, TGK CREW masih belum lagi melakukan sebarang peralihan kepimpinan kerana saya mengalami kesukaran melepaskan tanggungjawab ini kepada bakal Cip baru. Dengan ini juga, saya menyerahkan kepada crew TGK dan juga Cip ER Alongkuantan melakukan sesuatu untuk menyelesaikan kepimpinan baru TGK CREW.

Akhir kalam, saya EOCM~647 menyusun sepuluh jari jemari memohon maaf andainya selama saya memimpin TGK CREW ada yang terguris hati atas segala gerak-geri, bahasa percakapan semasa ber TT dan sebagainya. Tak lupa juga ucapan terimakasih kepada sahabat-sahabat tak kira jua dimana berada yang sedia memberi sokongan padu selama saya sebagai ahli biasa mahupun semasa memimpin TGK CREW. Kepada sahabat-sahabat TGK CREW, marilah kita sama-sama menguatkan barisan merapatkan silaturrahim dan menggerakkan menghidupkan lagi sebarang aktiviti dibawah kepimpinan baru yang terpilih kelak!

Sekian dimaklum. Terimakasih.


Yang benar,

EOCM~647
EXORIAN FOREVER!! 







p/s: Semoga TGK CREW terus bergerak maju kehadapan dengan beberapa event dibawah Cip yang baru. Amin

1 ulasan:

Admin berkata...

walauapa yg sedang berlaku pada saudara, sya doakan saudara tabah menghadapi semuanya.

eocm forever :0

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...