Tolong Klik Iklan Ni

Sabtu, 27 Oktober 2012

Mengungkit Kenangan Lalu Bersama APT

Tetiba teringat masa masih memuda zaman dahulu kala...zaman ketika mula tertubuhnya Angkatan Pelukis Terengganu (APT). Kalau tak silap ingatan yang dah hampir-hampir lupa ni...errr tahun 80an hingga awal 90an. Zaman dimana pelukis-pelukis Terengganu begitu aktif samada mengadakan pameran yang dianjurkan sendiri atau dengan badan-badan kerajaan mahupun dengan NGO.

Pamplet pameran kali ke 2

Aktiviti seni di Tasik Kenyir

Antara beberapa aktiviti seni yang masih diingat-ingat lupa seperti, aktiviti mingguan di Pantai Batu Burok, Bukit Putri berhampiran Bazar Warisan, aktiviti melukis di Kuala Berang (Memorial Batu Bersurat, Kampung Buluh, Kuala Berang dan kawasan sekitarnya), sehari kembara seni di Tasik Kenyir dan lain-lain lagi.

Aktiviti melukis mingguan di Pantai Batu Burok


Sementara pameran yang telah diadakan seperti, pameran pertama semasa Pesta Pantai di Pengkalan Budaya Pantai Batu Burok (semasa bangunan lama sebelum seperti sekarang ni - 2 kali), pameran seni di Primula Beach Resort (3 kali), pameran anjuran MalRa (Persatuan Membantu Pesakit Kusta Malaysia) di Stadium Tertutup Negeri Terengganu yang turut disertai oleh pelukis-pelukis nama besar dari Kuala Lumpur dan pameran anjuran kilang pencetakan Utusan Malaysia, Gong Badak (ada lagi beberapa aktiviti dan pameran yang tak dapat diingati). APT juga pernah dijemput menyertai aktiviti dan pameran anjuran Senika Pahang iaitu aktiviti melukis di Sungai Lembing dan seterus mempamerkan hasil karya-karya di Pusat Pelancungan...dipamerkan lukisan-lukisan yang mendapat tempat  kedudukan terbaik berdasarkan dari sudut pandangan setiap pelukis ketika di Sungai Lembing.

Pameran pertama APT
Antara pelukis-pelukis yang aktif ketika itu seperti, Idris Hashim Salleh (mantan SU APT), Nazli Hamzah, Cikgu Sahbuddin, Cikgu Manan Ngah, Ahmad Nashidi Ismail, Allahyarham M.Zain, Chan Fee Meng, Cikgu Sulaiman (kini masih aktif di Kota Bahru), Cikgu Azizah, Cikgu Haizan dan lain-lain lagi nama yang tak dapat diingati.

p/s: Banyak gambar-gambar aktiviti seni tersimpan dalam album...tapi masa tu zaman pakai 'kodak'...beberapa keping yang diupload kat sini aku ambik semula dengan kamera digital kompak dan kemudian diedit bagi terang skit.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...