Tolong Klik Iklan Ni

Rabu, 3 Oktober 2012

Perjalanan Ku


Dengan bacaan odometer 68889km sekarang ni, sekali lagi Exora akan melakukan perjalanan jauh. Kali ni ke Kuala Lumpur pulak, hantar mertua dan kakak ipar menunaikan haji. Jarak anggaran dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur (Kelana Jaya/KLIA) mungkin 500+km.

InsyaAllah kalau takde apa-apa halangan akan bertolak pada petang Rabu 3 Okt dan singgah bermalam dirumah mertua di Kuantan sebelum pada keesokan pagi bertolak pulak ke Kuala Lumpur dengan tambahan beberapa bagasi untuk keperluan mertua dan kakak ipar semasa menunaikan haji di Mekah nanti.

Siang tadi hari Selasa, sempat la sesi tukar minyak hitam dan cek apa-apa yang patut untuk memantapkan Exora kesayangan. Ni 1st time ke Kuala Lumpur dengan Exora, dulu pernah dua kali ke Kuala Lumpur dengan kereta lama Proton Tiara dan sekali dengan Proton Saga (yang pergi dengan bas ekspres tu tak kira la...heheee). Semoga perjalanan jauh aku sefamili selamat pergi dan balik.

2 ulasan:

Anak Ulu Cheka berkata...

moga selamat perjalanan pergi dan balik nanti tuan :)

Kizz Kazz berkata...

Tq auc...dah selamat pergi dan balik...samapai di Teganu jam 10.00 lebih kurang dgn jayanya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...