Tolong Klik Iklan Ni
Isnin, 1 Oktober 2012
Cerpen Terpendek Seorang Exorian
Terbayang-bayang bagaimana sebuah Exora EOCM 647 mempunyai bodykit yang hampir-hampir menjejak jalan, sportrim 17in berbibir tebal, spoiler panjang bak selundang dan ditambah lagi dengan sistem audio video yang canggih manggih berdentum-dentam memenuhi setiap penjuru alam.
Genetic Silver berubah warna bersalin rupa bak flat red rakan sekelab. Flat black sticker memenuhi impian membaluti seluruh tubuh, menambah lagi kesasaan setiap inci lentuk badan EOCM 647. Hurmm...sebagaimana yang tergambar pada flat red dibawah!
Dalaman kabin diberi sentuhan eksklusif ibarat pemenang 'Exora Tercantik', malah lagi cantik menawan kalbu dan gah dibawa kemana sahaja apabila dipandang awek-awek cantik.
Pastinya, awek-awek yang terpandang Exora EOCM 647 terasa kagum dan terangsang lantas memuji, ''Siapakah Jejaka Idaman yang sedang memandu Proton Exora tersebut? Woww sweet!'' Demikian kata-kata yang terhambur oleh sekumpulan awek-awek yang sedang memerhati dengan penuh minat lagi teruja dari bus stand yang ketika itu sedang menunggu bas tanpa sedikit pun mata berkelip-kelip dan tersenyum manis menambahkan lagi seksinya bibir merah bergincu sambil jelingan manja menjelajahi setiap sudut tubuh EOCM 647.
Aku tersedar dari lena yang panjang. Terkejut kerana kedengaran dentuman petir dan guruh dipenghujung fajar. Owh! Aku bermimpi rupanya......................Namun begitu, adakah mimpi kekacakan EOCM 647 bakal direalisasikan di alam nyata? Andainya benarlah, aku antara insan yang paling gembira dan ceria ketika itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
jgnkan awek
auc pun terpikat dgn eocm 647 ni heheh
auc pon terpikat jugak...heee seriau...hahaaa
Catat Ulasan