Tolong Klik Iklan Ni
Sabtu, 13 Oktober 2012
Penjagaan Perabut Kayu
Kali ni cuba nak kongsi tip penjagaan perabut kayu pulak. Antara sofa dengan set kerusi kayu, yang mana pilihan korang. Kalau aku prefer set perabut kayu...apa alasannya? Tak ada apa-apa alasan...cuma aku minat set perabut kayu macam set kerusi ruang tamu dan set meja makan lebih-lebih lagi kalau jenis kayu yang bermutu tinggi dan tahan contoh kayu jati dan cengal (kedua-dua jenis kayu ni amat mahal harganya). Lagi pun set perabut kayu taklah rumit untuk dijaga. Ada 6 tip macam mana nak jaga set perabut supaya tahan lebih lama.
1. Kena tau serba skit jenis kayu perabut yang nak dibeli kerana ye dapat membantu kita mengetahui macam mana cara penjagaan yaang sesuai. Contohnya nak jaga perabut kayu jenis cengal macam mana, nak jaga perabut kayu jenis jati, nyatoh, kembang semangkuk, meranti dan sebagainya macam mana.
2. Seperti yang diperkatakan tadi, kayu cengal dan jati adalah sejenis kayu yang keras dan tahan lasak. Ni bermakna ye tak perlu sangat penjagaan yang rumit.
3. Kebiasaannya kita mungkin nak beralih selera susunatur ataupun mengalih set perabut kayu. Kekadang dalam 3 bulan sekali kita ubah susunatur. Biasalah tu...jemu jugak bila susunatur perabut dikedudukan sudut ruang tamu dan kita mulalah nak ubah cara lain pulak tapi berhati-hatilah ketika mengalih dan meletakkannya. Elakkan letak atas permukaan lantai yang berlekuk dan tak stabil yang boleh merosakkan struktur kayu perabut.
4. Elakkan perabut kayu dari terkena sesuatu yang tajam yang menyebabkan calar tergores yang mencacatkan seri perabut kayu.
5. Perabut kayu yang dihasilkan melaui teknik natural finish kelihatan lebih cantik kalau selalu dibersihkan daripada habuk atau debu yang melekat pada celahan dan permukaan lekuk ukiran perabut. Bersih dengan menggunakan berus halus dari masa ke semasa untuk membuang debu.
6. Perabut kayu yang kelihatan kusam dimakan usia boleh disapu sejenis minyak kayu untuk kembalikan keaslian sementara perabut kayu yang rosak boleh dibaiki dan diberi sentuhan atau kemasan baru.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
mohon share..tq
Sila...jgn lupa bagi link blog Sisi Kizz Kazz ye ;)
Catat Ulasan