Tolong Klik Iklan Ni

Jumaat, 21 September 2012

Payang Walk


Payang Walk bakal dilancarkan pada bulan Oktober 2012 yang merupakan satu lokasi dimana para pengunjung atau pelancung-pelancung dalam dan luar negeri boleh melihat kebudayaan, jualan kraf, cenderahati, laman seni yang menampilkan aktiviti melukis dan persembahan nyanyian dari artis-artis tempatan. Berkenaan laman seni yang melibatkan aktiviti melukis tu, diharapkan ianya dapat menyemarakan lagi seni lukis di Terengganu yang agak keterbelakang atau ketinggalan daripada negeri-negeri lain.

Selain tempat-tempat menarik yang menjadi tumpuan disekitar Bandaraya Kuala Terengganu seperti Pantai Batu Burok, Lagun Kuala Ibai, Taman Panorama Bukit Pak Apil, Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man (Masjid Kristal), I-City Pulau Warisan dan lain-lainnya, Kuala Terengganu mempunyai satu lagi mercutanda Payang Walk yang akan merangkumi dari Pejabat Pos Cawangan Terengganu, Bazar Warisan, Pasar Kedai Payang, Kampung Cina sehingga ke Waterfront Jalan Pulau Kambing yang jaraknya sejauh 2.5km. Payang Walk akan beroperasi Jumaat, Sabtu dan Ahad dalam seminggu bermula jam 6.00 petang sehingga jam 12.00 tengahmalam yang mana jalan sekitar kawasan tersebut akan ditutup daripada kenderaan. Hanya pejalan kaki sahaja dibenarkan memasuki Payang Walk.

Payang Walk dijangka akan dirasmikan pada 6 Oktober sempena Keputeraan Sultan Terengganu dan pada malam tersebut, Kerajaan Negeri Terengganu turut menganjurkan Citra Bot Berhias dan juga pertunjukan bungapi. Jom beramai-ramai kita berkunjung ke Payang Walk nanti.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...