Tolong Klik Iklan Ni

Khamis, 6 September 2012

'Korban' Exora Demi Anak Murid


Serdang - Seorang guru Sekolah Kebangsaan Seri Serdang (SKSS) sanggup 'mengorbankan' kenderaannya demi menyelamat nyawa 30 pelajar dalam kejadian banjir kilat yang melanda kelmarin.

Menceritakan detik-detik cemas itu, Samsor Asrul Saad, 34, berkata, ia bermula apabila hujan lebat selama 2 jam yang bermula sejak pukul 4.30 petang.

''Pada mulanya saya berniat hendak bawa kereta saya ke tempat selamat apabila melihat air mulai naik tetapi selepas melihat anak-anak murid saya dalam ketakutan, saya membatalkan niat itu.'' Ceritanya ketika ditemui semalam.

Samsor kemudiannya bertindak memindahkan semua murid ketingkat atas bangunan tiga tingkat itu ekoran bimbang keselamatan mereka.

Bagamanapun, tindakannya menyebabkan kenderaan pelbagai guna jenis Proton Exora yang dibelinya dua tahun lepas rosak teruk akibat banjir.

Sumber

p/s: Takpe la cikgu...apa yang penting nyawa anak-anak murid selamat...Exora tu boleh diperbaiki tapi keselamatan murid perlu diutamakan...hmmmm..adakah En.Samsor ahli EOCM atau tidak? Apa-apa pun...aku tabik spring toing toing toing kat beliau. Selepas ni cuba cikgu tread in ambik Exora Bold CFE pulak...hahaaa

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...