Tolong Klik Iklan Ni

Rabu, 19 September 2012

Lagi Berita Konvoi Amal Hari Malaysia Di Akhbar

Liputan mengenai program KONVOI AMAL HARI MALAYSIA terbit lagi di akhbar Sinar Harian yang bertarikh 19 September 2012.

Untuk makluman, aku tulis semula berita yang terdapat pada akhbar tersebut untuk mudah dibaca pada yang tak sempat akhbar Sinar Harian.

Keratan Sinar Harian
Bukit Payung - Pihak pengurusan Asrama Anak Yatim  Darul Falah, Marang menerima sumbangan tunai dan makanan keperluan harian berjumlah RM6,000 sempena sambutan Hari Malaysia  disampaikan kelab-kelab permotoran negeri ini.

Konvoi Amal Hari Malaysia yang membabitkan pemilik 230 buah pelbagai jenis kenderaan diketuai kelab Northern United Car Club (NUCC) berlepas dari dataran awam, berdekatan Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung, Kuala Ibai) Kuala Terengganu ke asrama berkenaan.

Presiden NUCC, Mohd Faizal Abdullah berkata, konvoi itu adalah anjuran NUCC bersama Maxoil dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu dan Persatuan Permotoran Terengganu.

''Program sambutan Hari Malaysia ini kali pertama diadakan di Terengganu sebagai destinasi pilihan program kali ini dan sambutan yang diadakan kali ini juga berbeza kerana Terengganu mempunyai tarikan dan keistimewaan tersendiri. Selain itu, peserta juga tidak ketinggalan beramah mesra dengan penghuni di Asrama Anak Yatim Darul Falah sebelum menyampaikan sumbangan berupa keperluan makanan dan tunai dari setiap kelab yang mengambil bahagian'' katanya.

Selain NUCC, beberapa kelab lain seperti Kelab Waja Terengganu (WPC), Satria Neo, Exora atau Team Ganu Kite (TGK Crew), Alza (MAOC), Myvi (TMC), Perodua Viva Terengganu (proVT), Avanza (TAVAC) dan juga Sinar Harian turut terlibat menjayakannya.

Diharap dengan program ini ia mampu memberi keceriaan kepada anak-anak yatim atas keperihatinan peserta sempena sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...