Tolong Klik Iklan Ni
Sabtu, 4 Februari 2012
Maulid Rasul Junjungan Nabi S.A.W
SALAM MAULIDUR RASUL 12 R'AWAL 1433 HIJRAH
Nabi Muhammad S.A.W. merupakan contoh yang terbaik kepada setiap umat Islam dalam segala aspek kehidupan. Saban tahun hari keputeraan baginda diraikan oleh umat Islam supaya dapat mengambil iktibar daripada setiap sesuatu yang dilakukan dan diamalkan baginda untuk dijadikan panduan dan pedoman.
Rasulullah adalah pemimpin ummah yang perlu diikuti dan dicontohi dalam segenap kehidupan kita sebagai umat Islam. Baginda juga merupakan contoh terbaik yang bersifat universal. Keseluruhan hidup baginda dapat dijadikan ikutan dan contoh sepanjang zaman. Ia merangkumi segala aspek daripada kehidupan harian individu kepada aktiviti sosial, ekonomi, politik dan pemerintahan negara.
Dalam hal ini, Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu - surah al-Ahzab ayat 21.
Rasulullah S.A.W mempunyai pekerti luhur dan murni yang sentiasa mengajak ummah melakukan kebaikan dengan menyeru kepada jalan Allah. Baginda juga seorang pemimpin yang menerajui bahtera pemerintahan dengan amanah dan cekap di samping seorang suami mithali, seorang bapa yang bijak menyempurnakan tanggungjawab terhadap anak, seorang sahabat yang setia, seorang jiran yang memahami jirannya dan lain-lain. Kepemimpinan Rasulullah terserlah dalam seluruh kehidupan baginda.
Mengadakan sambutan memperingati Rasulullah S.A.W. adalah daripada seutama-utama amalan dan sebesar-besar qurbah, kerana ianya adalah luahan atau ungkapan atau ekspresi atas kegembiraan dan kecintaan ummah kepada baginda. Cinta mahabbah kepada Rasulullah S.A.W. adalah satu dasar daripada dasar-dasar keimanan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
belum terlambat rasanya
salam maulidur rasul :)
Salam Maulidur Rasul jua :)
Catat Ulasan