Tolong Klik Iklan Ni
Selasa, 7 Februari 2012
Terengganu Penganjur Konsep Venue Pertama LTdL 2012
Terengganu akan menjadi tuan rumah perlumbaan jelajah berprestij, Le Tour De Langkawi (LTdL) yang memasuki edisi ke-17 bermula 24 Februari ini. Terengganu juga negeri pertama menjadi tuan rumah siri penjelajahan berstatus dua hors pada kalendar perlumbaan Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI).
Perlumbaan 10 hari yang berakhir di Terengganu pada 4 Mac depan bakal memberi impak besar kepada sektor sukan dan industri pelancongan negeri untuk jangka masa panjang. Liputan media antarabangsa dari 70 buah negara bukan sekadar mempamerkan aksi kayuhan 22 pasukan profesional, sudah tentu memberi promosi meluas kepada negeri Terengganu menerusi penyiaran televisyen keseluruh dunia. Secara tak langsung mampu menjana peluang ekonomi kepada masyarakat setempat.
Untuk pertama kalinya dalam sejarah penganjuran LTdL, Terengganu tampil menjadi yang pertama menawarkan penganjuran berkonsep venue. Konsep itu memecah tradisi penganjurannya yang tidak melibatkan Langkawi dan ia sama seperti konsep Tour de France di mana lokasi permulaan jelajah terbesar itu diadakan di banyak lokasi seperti Monaco, London, Dublin dan Amsterdam.
Pada edisi kali ini, Terengganu akan menjadi hos kepada tiga peringkat perlumbaan iaitu peringkat kelapan dari Pekan, Pahang ke Chukai sejauh 100.8km, diikuti dua peringkat berikutnya iaitu Kemasik - Kuala Terengganu (165.7km) dan Tasik Kenyir - Kuala Terengganu (114.8km). Penamat perlumbaan berprestij ini akan berakhir di Dataran Shahbandar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan