Tolong Klik Iklan Ni
Khamis, 2 Februari 2012
Motosikal Unik Can-Am Spyder
USF-Hicom (Malaysia) Sdn Bhd sebagai pengedar baru telah memasang motosikal beroda tiga BRP Can-Am Spyder yang dikeluarkan oleh Bombardier Recreational Products (BRP). Motosikal unik ini dipasang secara tempatan berikutan kejayaan DRB-Hicom mendapat hak pengedaran motosikal tersebut. Dengan pemasangan tempatan, motosikal tersebut mampu ditawarkan pada harga yang murah!
Kini lebih 58 buah negara telah dipasarkan motosikal ini sejak mula diperkenalkan lima tahun lalu. Model terbaru merupakan model Can-Am Spyder Roadster yang dipertingkatkan dari segi prestasi dan ciri mewah dari model lama. Dengan rekaan yang unik dari segi tapak reka bentuknya yang berbentuk ‘Y’ dimana terdapat dua roda di hadapan dan satu di belakang.
Dua model Spyder yang ditawarkan untuk pengguna Malaysia ialah model Roadster Sports untuk gaya tunggangan aktif dan sporty, Roadster Touring pula lebih disasarkan bagi mereka yang menggemari perjalanan kembara jarak jauh.
Dikuasai enjin Rotax 998cc dengan kekotak gear lima kelajuan dan teknologi Bosch turut digunakan untuk kawalan stabiliti kenderaannya (Bosch Vehicle Stability System) yang menggabungkan kawalan brek ABS, kawalan pacuan TCS, kawalan stabiliti dan stering kuasa dinamik (Dynamic Power Steering DPS).
Harga yang ditawarkan RM103,800.00 hingga RM129,190.00 untuk model RS, RM134,800.00 hingga RM159,290.00 untuk model RT dan kedua-duanya didatangkan dengan jaminan dua tahun.
p/s: Berbaloi ke?...Baik aku beli kereta ataupun motosikal beroda dua...smart skit!!...Pada pandangan aku motosikal ni macam ATV pulak kalo tengok dari sudut depan...ATV bawak atas jalanraya...ekekeke...... :)
Sumber: BH Auto
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan