Tolong Klik Iklan Ni

Jumaat, 17 Februari 2012

Sukan Drift




Saban minggu Jumaat dan Sabtu, sukan drift di Terengganu diadakan di perkarangan tempat letak kereta yang dijadikan litar khas sukan drift iaitu di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu. Sukan drift menarik peminat dan para pengunjung untuk melihat kehebatan 'drifter' mengawal kereta mereka mengelungsur mengasah tayar pada tar litar. Apakah yang dikatakan sukan drift?

Drift merupakan teknik pemanduan dimana drifter melakukan kawalan kereta dengan sengaja menyebabkan hilang daya terhadap cengkaman (traction) pada tayar belakang ketika kereta meluncur diselekoh sambil mengawal kelajuan kereta. Kereta akan meluncur apabila sudut gelincir tayar belakang lebih besar dari sudut gelincir tayar depan, dan pada masa yang sama tayar depan menghala kearah bertentangan dan memerlukan skill seseorang drifter itu mengawal kereta.

Sukan drift diasaskan oleh perlumbaan kereta terkenal All Japan Touring Car Championship 30 tahun yang lalu. Kunimitsu Takahashi adalah perintis dalam teknik sukan drift pada 1970an. Kemudiannya diikuti dengan Keiichi Tsuchiya (Dorikin/Drift King). Kini sukan drift dikenali dengan D1 Grand Prix sebagaimana perlumbaan Formula 1.

Di Malaysia pula sukan drift diperkenalkan oleh Juara Drift Dorrito iaitu Tengku Djan Ley. Pencapaian dan kejayaan beliau termasuklah pernah memenangi kejohanan di seluruh dunia termasuk Jepun.

Untuk pemahaman, pertandingan drift diadili dan diuji berdasarkan pada garisan, sudut, kelajuan dan persembahan. Faktor persembahan terdiri daripada beberapa elemen antaranya kuantiti asap yang dihasilkan oleh tayar, jarak antara sesebuah kereta dengan dinding dan reaksi penonton. Kelajuan pula, semakin laju kereta ketika melakukan drift, semakin bagus. Markah akan dikira bukan sahaja pada drifter yang sampai dulu digarisan penamat tetapi akan dinilai semula pada setiap pengambilan selekoh samada kereta mengikut laluan yang betul dengan drifter tidak mengambil laluan kereta lain. Markah juga dikira semasa kereta melakukan darjah pusingan di selekoh. Berbeza dengan lumba kereta yang lain, drift secara khususnya kereta yang dipandu lurus akan dipotong markah.

Kebiasaannya, kereta yang digunakan dalam sukan Drift adalah jentera yang menggunakan pacuan belakang, ringan, dan berkuasa tinggi. Sukan drift memerlukan modal yang tinggi untuk tayar dan brake pad. Pada masa yang sama juga kereta yang digunakan juga boleh dilengkapi dengan sistem brek anti kekunci atau Antilock Breaking System (ABS) yang berfungsi mengelakkan keempat-empat tayar kereta terkunci sekiranya kereta di break pada jalan yang berbeza keadaan permukaannya (licin dan basah). ABS juga boleh digambarkan umpama menekan dan melepaskan pedal brek 10 kali dalam masa sesaat dimana ianya tidak mampu dilakukan oleh kereta biasa. Teknik awal yang mesti dipelajari oleh para drifter baru ialah banyak menggunakan brek tangan, klac pula perlu ditekan dan dilepaskan tatkala kaki kanan kekal pada paras 5,000 revolusi per minit. Ini adalah teknik yang sukar kerana kereta yang menggunakan gear automatik akan dilepaskan pedal minyak bila sampai ke selekoh. Teknik yang lain dalam drift ialah kaki kanan kekal ketika kaki kiri melepaskan klac.




p/s: Aku pernah merasai sekali bagaimana darah akan naik sampai kepala...heheee...dapat rasa lonjakan G-force ataupun adrenelin kuasa kereta drift tapi tumpang naik jer la...bukan pandu sendiri...kikikiiii

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...