Tolong Klik Iklan Ni

Isnin, 6 Februari 2012

Haruan Ikan Karnivor



Haruan atau nama saintifiknya Channa striatus adalah spesis ikan yang suka menyendiri di kawasan berpaya, parit atau sawah padi sebagai tempat habitat dan mudah dikesan terutama di kawasan semak berair cetek.

Haruan popular dikalangan kaum Cina dan juga kaum Melayu, khususnya dari segi perubatan. Hasil penyelidikan mendapati isinya mengandungi asid Arachidonis yang mampu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat malah kaya dengan kandungan protein serta asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan badan.


Permakanan

Oleh kerana makanan utamanya adalah anak-anak ikan kecil, anak katak, udang dan juga cacing, haruan di kategori sebagai karnivor. Haruan sering menyelinap di celah-celah rumput tebal dengan mendiamkan diri sebelum menyerang mangsa. Paling menarik, haruan hanya memakan ikan hidup.

Habitat Dan Taburan

Keseimbangan pH7 adalah tahap air paling sesuai baginya. Ini bermakna, ia lebih selesa berada pada tahap air sedikit masam bercampur kelat.

Manakala keliatan air ialah 8. Haruan tidak suka berada di kawasan terdedah matahari dan lebih ia lebih gemar bersembunyi di tempat teduh dan terselindung. Haruan juga lebih selesa berada di kawasan bersuhu sejuk dengan suhu air sekitar 26 darjah celsius. Ia mampu membesar sehingga 25 sentimeter.

Di negara Asia taburannya menyeluruh. Ia boleh didapati dengan mudah di India, Pakistan, Bangladesh, Lembangan sungai Mekong dan juga Chao Phraya, Sumatera serta Kepulauan Jawa.

Lokasi

Di Pahang, haruan banyak menghuni kawasan anak sungai di kawasan pendalaman, terutama di Jerantut, Lipis, Rompin, dan Kuantan.

Selain itu, haruan juga mendiami sekitar parit sawah padi di Pahang Tua dan Ganchong, Merchong di Pekan serta Selendang di Rompin. Kini haruan juga dibela dalam sangkar. Sebagaimana ikan patin sungai dengan ikan patin dalam sangkar, sudah pasti haruan yang didapati dari habitat semulajadi lebih mahal harganya.

Pemulihara Sumber

Berikutan nilai komersial dan khasiat perubatan, haruan sering menjadi buruan ramai. Bagi menjamin sumber terus berkekalan, kaedah pemburuan secara berhemah perlu diterapkan.

Menangkap ikan menggunakan renjatan eletrik, racun, tuba atau bahan letupan adalah dilarang. Kaedah buruk ini pasti menyumbang kepupusan baka ikan itu dan turut sama memusnahkan ekosistem sama sekali.

Resepi

Haruan boleh dimasak pelbagai cara. Orang Melayu kebiasaanya memasak lemak cili api bercampur daun kesom atau digoreng berlada. Masyarakat Cina pula, sup ikan haruan bercampur rempah perubatan dan haruan kukus amat popular. Masakan haruan juga kini banyak dijual di restoran-restoran atau di kedai-kedai makan.

Sesetengah pengamal perubatan tradisional juga percaya menelan anak ikan haruan hidup yang masih merah mampu menyembuhkan penyakit selain membantu menguatkan pengaliran darah. Biasanya menjadi amalan sesetengah ibu-ibu selepas melahirkan anak.

1 ulasan:

Admin berkata...

goreng pun sodap ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...