Tolong Klik Iklan Ni

Isnin, 9 April 2012

Citra Terengganu 2012


PENGENALAN:

Negeri Terengganu kaya dengan warisan sejarah dan budaya. Pancaran seni dan budayanya kini sedang diperkasakan oleh pihak Muzium Negeri Terengganu. Selaras dengan fungsi dan peranan muzium, aktiviti dan kesenian tradisi sedang giat diaktifkan semula. Sesuai dengan hasrat untuk memartabatkan warisan sejarah dan budaya negeri, pihak Muzium Negeri Terengganu menganjurkan satu pertandingan melukis sebagai satu wadah untuk menonjolkan citra negeri dalam bentuk lukisan.


OBJEKTIF PROGRAM:


Program pertandingan ini diadakan dengan beberapa tujuan sebagaimana berikut:
i. Untuk memupuk semangat cintakan warisan sendiri.
ii. Untuk memberi pendedahan kepada generasi muda tentang citra negeri.
iii. Untuk menyokong penghayatan dengan memberikan peluang dan ruang aktiviti kepada pelukis-pelukis tanahair.
iv. Mempertingkatkan mutu karya dari masa ke semasa melalui penganjuran yang bersifat tahunan.
v. Mengisi program muzium ke arah memperkasakan warisan.


Pihak Muzium Negeri Terengganu akan menganjurkan satu pertandingan melukis Citra Terengganu 2012 dengan tema Motif-motif Songket & Batik yang akan berlangsung pada 23-25 Jun 2012 untuk kategori spontan (I) iaitu pertandingan melukis spontan selama 3 hari berturut-turut diperkarangan Muzium Negeri, Sabtu hingga Isnin dengan hadiah keseluruhan tempat pertama hingga ketiga dan 15 hadiah saguhati bernilai RM12,800.

Sementara kategori siap (II) iaitu pertandingan melukis siap dari rumah dan berbingkai (dipos atau hantar sendiri), bermula 1 April hingga 10 Jun 2012, menawar hadiah keseluruhan RM19,500 dari tempat pertama hingga ketiga dan juga 15 hadiah saguhati.

Untuk keterangan lanjut dan mendapatkan borang penyertaan, anda boleh memuat turun di laman web http://museum.terengganu.gov.my/ atau ambil sendiri borang penyertaan tersebut di Muzium Negeri Terengganu, Bukit Losong.

p/s: Kalau tak silap, 3 tahun aku tak join pertandingan melukis Citra Terengganu kerana kesibukan dan halangan....InsyaAllah tahun ni aku masuk bertanding la...bukan la hadiah semata-mata yang aku target tapi dapat bertemu dengan rakan-rakan seni samada dari Terengganu sendiri mahupun dari seluruh Malaysia...tu yang best!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...