Tolong Klik Iklan Ni

Rabu, 11 April 2012

Kembali Mencakar







Lama dah aku tak mencakar...ermmm rasa-rasa lebih kurang 5 @ 6 tahun lebih kurang. Tak tau la kenapa macam hilang 'semangat' nak melukis. Maybe takde rakan sparring macam zaman Angkatan Pelukis Terengganu (APT) kot...semua tu tinggal kenangan...huhuuu!

Bila APT terkubur, masing-masing bawa haluan sendiri. Dah takde peluang nak berpameran atau berkarya secara outdoor macam peringkat awal APT ditubuhkan dulu. Satu-satunya peluang bertemu dengan rakan-rakan pelukis, sudah pasti pada pertandingan melukis anjuran Muzium Negeri Terengganu iaitu Citra Terengganu yang saban tahun diadakan. Kalu aku tak masuk bertanding...ermmm macam 3 tahun lepas la pasal sibuk dengan beberapa kerja yang perlu dilaksana pada ketika tu. Tu jer peluang besar bertemu dengan rakan-rakan pelukis Terengganu.

Sejak terjebak dengan group FB 'Galeri Seni Rupa', semangat untuk melukis kembali meruntun jiwa...hehehe. Lebih-lebih lagi dalam group tersebut terdapatnya nama-nama besar dalam senilukis tanahair seperti Aris Aziz, Munif Muhamad Nor, Taib Aur, Ghafar Bahari, Adzran Omar dan lain-lain lagi yang tak tertulis kat sini...penat nak tulis semua nama pelukis hebat tuh!

Apa-apa pun, dalam keadaan usia yang semakin menjengah 'jubli emas', aku rasa mungkin tak mampu lagi menyamai zaman muda dulu. Boleh dikatakan setiap hari melukis, melukis,melukis dan melukis. Produktif! Hehehe....Sekarang ni melukis bila ada 'mood' jer laa...

p/s: Lukisan-lukisan diatas merupa karya terbaru yang telah diupload digroup Galeri SENI RUPA fb

2 ulasan:

Anak Ulu Cheka berkata...

salam boh
kasik cakar muka aku sikit boleh :)

Kizz Kazz berkata...

buleh jer...wi gambor hok comel sekali...pm kat fb pun buleh :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...