Tolong Klik Iklan Ni

Jumaat, 16 Disember 2011

Proton Dalam Industri Automotif Negara & Antarabangsa

DRB-Hicom menaruh harapan agar Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) menerima syarikat itu sebagai calun yang sesuai untuk diganding dengan Proton Holding Bhd. (Proton) kerana kehadiran pengeluar kereta nasional Proton akan menjana sinergi yang mapan di peringkat serantau. Namun pada ketika ini, pihak DRB-Hicom tidak mengetahui atau diberitahu sebarang perkembangan berkaitan hasrat Khazanah utuk melupuskan pegangan dalam Proton.


Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd.Khamil Jamil yakin keupayaan mereka membantu Malaysia mengembalikan kedudukannya sebagai peneraju utama dalam industri automotif dirantau ASEAN melalui kepentingan pegangan saham Proton. Menurut beliau, matlamat itu boleh dicapai sekiranya mempunyai pendekatan dan model perniagaan yang betul ''Saya percaya sekiranya industri automotif dapat dibangun dan dipertingkatkan sejajar dengan perkembangan semasa, Proton juga akan banyak memperolehi kelebihannya''. Sebagai sebuah syarikat yang berpandukan prinsip keusahawanan, DRB-Hicom sentiasa bersikap terbuka kepada apa jua peluang perniagaan termasuk bagaimana untuk meluas dan membangunkan industri automotif negara, termasuklah mengambilalih Proton.''

Rantau ASEAN sekarang merupakan salah satu pemangkin utama dalam industri automatif dengan penduduknya melebihi 500 juta. Malaysia sebagai sebuah negara yang dahulunya peneraju indutri automatif dikalangan negara ASEAN boleh menguasai pasaran yang terbuka luas ini sekali lagi dengan strategi dan hala tuju yang khursus. Ujar beliau, ''Berdasarkan pengalaman DRB-Hicom dalam urus niaga dengan rakan-rakan serantau, kami yakin dapat menawarkan jawapanya''

Mohd Khamil menjelaskan kerjasama pintar dari segi teknologi, perkongsian pengalaman dan peluang perniagaan adalah satu usaha yang diamalkan oleh kebanyakan syarikat-syarikat antarabangsa. Usaha itu akan terus dipergiatkan supaya industri automotif negara sentiasa berdaya maju.



Pembabitan dan penjualan ekuiti kepada pihak luaran tidak timbul langsung dalam isu ini. Model perniagaan yang tepat dan bersesuaian serta pengelibatan dalam keseluruhan nilai rantaian industri automotif merupakan aspek penting untuk membolehkan DRB-Hicom dan Proton bergerak kehadapan dengan lebih pantas untuk menguasai pasaran automotif. Tambah beliau lagi, tambah nilai rantaian industri automotif tersebut juga akan mendapat faedah kepada pihak-pihak yang terlibat dalam industri automotif tempatan kerana prestasi hasil keluaran serta perniagaan mereka akan turut berkembang.

Prinsip kualiti, kos dan penghantaran yang menjadi amalan DRB-Hicom sejak 6 tahun lalu menjadi bukti kejayaan kepada syarikat-syarikat dibawah naungan DRB-Hicom, ini adalah penting untuk memastikan vendor-vendor tempatan dapat menghasilkan komponen-komponen berkualiti, seterusnya mampu bersaing diperingkat antarabangsa. Selain itu, pasaran dan perancangan produk juga adalah satu strategi penting.


''Kita tidak boleh menjadi juara dengan hanya menyaingi produk demi produk syarikat besar, sebaliknya kita perlu melihat kepada pasaran serta peluang kerjasama dengan mereka. Penyelidikan dan pembangunan kereta hibrid dan elektrik sepatutnya menjadi keutamaan kerana ia akan memantapkan Proton sebagai pruduk kebanggaan seluruh rakyat Malaysia yang juga merupakan satu jenama yang berdaya saing serta berpandangan kehadapan''.
Beliau menyatakan DRB-Hicom memerlukan masa untuk merealisasikannya, tetapi dengan modal insan dan bakat berketerampilan, serta strategi yang betul, DRB-Hicom mampu melakukannya seandainya diberikan mandat.


p/s: Proton dah cukup gah sekarang ni...apakah DRB-Hicom atau mana-mana syarikat-syarikat besar dalam industri automotif negara mampu menjulang Proton selain Khazanah...dapat memberi input dengan lebih berdaya saing lagi dipasaran ASEAN...lebih-lebih lagi diperingkat antarabangsa?...Kita tunggu perkembangan selanjutnya...........

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...