Tolong Klik Iklan Ni

Khamis, 22 Disember 2011

Mengenali CVT


Transmisi boleh laras berterusan atau Continuously Variable Trasmission (CVT) adalah sejenis sistem transmisi yang boleh menukar tanpa langkah melalui suatu bilangan nisbah gear berkesan yang tak terhingga antara nilai maksimum dan nilai minimum. Ia bertentangan dengan transmisi mekanikal lain yang hanya membenarkan beberapa bilangan nisbah gear tertentu untuk dipilih. Keanjalan CVT membolehkan aci pacuan untuk mengekalkan kelajuan sudut yang malar melalui satu banjaran kelajuan keluaran. Ia mampu menghasilkan penggunaan bahanapi yang lebih baik daripada sistem transmisi lain dengan membenarkan enjin berjalan pada perminit (RPM) yang paling cekap pada satu banjaran kelajuan kenderaan.

Kebaikan

  • CVT boleh memampas untuk mengubah kelajuan kenderaan, membenarkan kelajuan enjin dikekalkan pada tahap kecekapan mekanikal kemuncaknya. Ini menambah baik penjimatan bahan api, dan seterusnya, pelepasan asap.
  • CVT beroperasi dengan lancar kerana tiada penukaran gear yang boleh menyebabkan kejutan gear.
  • Terdapat kurang bahagian bergerak pada kotak gear CVT.
  • Kos pembinaan kotak gear CVT adalah lebih murah.
  • Kotak gear CVT tidak memerlukan penukaran bendalir transmisi automatik sebagaimana sistem automatik konvensional.



 

Kelemahan

  • Kebanyakan kereta CVT terawal mempunyai prestasi agak mengecewakan. Model Ford Fiesta 1.1 CTX misalnya, menggunakan 8.2 peratus lebih petrol daripada versi transmisi manual dalam pemanduan bandar.
  • CVT beroperasi dengan lancar, menyebabkan muncul persepsi kononnya kenderaan CVT kurang berkuasa, kerana ramai pemandu yang menjangkakan berlaku kejutan gear semasa mula bergerak. Walau bagaimanapun, "kejutan gear" boleh ditiru oleh perisian kawalan CVT pada sesetengah kereta CVT yang lebih canggih. (mungkin dibantu sistem steptronik atau lain-lain sebagai S.A.T yang terdapat pada Exora Bold/Prime)
  • Oleh kerana CVT mengekalkan kelajuan enjin malar pada satu banjaran kelajuan kenderaan, menekan injak pemecut memang melajukan kenderaan tetapi tidak banyak mengubah bunyi enjin. Sekali lagi, ia mengakibatkan tanggapan kekurangan kuasa pada kenderaan CVT kerana berlaku kekeliruan pada sesetengah pemandu.
  • Keupayaan CVT untuk mengendalikan kilasan dihadkan oleh kekuatan bahan medium transmisi (biasanya tali sawat atau rantai), serta keupayaannya untuk menampung kehausan akibat geseran di antara sumber kilasan dengan medium transmisi (dalam CVT pacuan geseran). CVT keluaran sebelum tahun 2005 yang rata-ratanya jenis pacuan rantai atau tali sawat hanya terhad kepada skuter, kereta berkuasa rendah serta mesin-mesin berkuasa rendah yang lain. Unit yang menggunakan pelincir lebih maju, walau bagaimanapun, terbukti mampu menampung apa jua jumlah kilasan pada kenderaan pengeluaran, termasuklah bas, lori dan jentera berat.
  • Sebagaimana jenis transmisi automatik yang lain, ia mungkin ditolak di sesetengah kawasan, berikutan kos atau tradisi, terutamanya melibatkan pasaran kereta kecil di Eropah (terutamanya di Itali). Sebaliknya, kereta transmisi automatik mendominasi pasaran kenderaan di AS dan Jepun dalam semua kelas dan saiz.

    Terdapat beberapa jenis sistem CVT, antaranya:-
  • Takal diameter boleh laras (VDP)
  • Toroidal (berasaskan penggelek)
  • Transmisi boleh laras tak terhingga
  • CVT gear sala
  • CVT hidrostatik
  • Transmisi roda bergigi boleh laras
  • CVT kon
  • CVT penggelek jejari


    Sumber: Wikipedia

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...