Tolong Klik Iklan Ni

Selasa, 14 Ogos 2012

Pasang Pelita Raya


Selain obor tempurung kelapaBedil buluhketa api dan bermain mercun...satu lagi 'benda' yang biasa dibuat untuk memeriahkan suasana malam menjelang raya yelah pasang pelita raya atau pelita panjut...yang diperbuat dari buluh panjang tu, Bukan sebijik dua yang dipasang tau...lebih kurang 10 bijik atau lebih. Terpulang atas kemampuan la nak beli berapa bijik pelita. Dulu-dulu bebudak buat sendiri jer dari bahan-bahan terbuang seperti tin-tin susu, tali guna dan tudung botol kicap tapi sekarang ni pakai beli jer kat kedai yang dijual dalam 50 sen sebijik. 


Walaupun kebanyakan rumah-rumah dikampung dah ramai pasang lampu kelip-kelip bermacam corak dan warna tapi masih ada lagi segelintir yang suka memasang pelita raya disekeliling rumah atau depan halaman rumah.


Ni anak aku yang bongsu berusaha sangat nak pasang pelita raya...tahun lepas tak pasang pun pelita raya...hanya pasang lampu kelip-kelip tahun lepas. Amacam...meriah tak?...Hahahahhaa.


Bila anak-anak pasang pelita raya...nostalgia zaman bebudak dulu-dulu kembali menjelma...memang meriah dulu-dulu dengan pelita raya keliling kampung!

2 ulasan:

emmas CAHAYER berkata...

rasa singkat sgt ramadan nih..sonok tgk api panjut menari2 bler dtiup angin

Kizz Kazz berkata...

Iye...sedar tak sedar Syawal dah hampir menjelang...Ramadhan bakal berlalu dan terus menggamit rindu kita...apa2pun kita layan dulu ceria malam tujuh likur :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...