Tolong Klik Iklan Ni

Jumaat, 27 Julai 2012

Nostalgia Ramadhan II

Sketsa oleh: Pekaka @ Kizz Kazz

Selain bedil buluh, satu lagi permainan bulan Ramadhan yang biasa bebudak kampung dulu-dulu mainkan yelah 'kereta api'...ni bukan keretapi la yek...heheee. Permainan nih kiranya agak 'baik' skit dari main bedil buluh tu pasal tak ganggu 'keharmonian' kampung yang biasa bergegar gempita bunyi dentuman bedil yang bersahutan.

Korang pernah tengok jenis permainan ni? Kalau ikut nama sebenar permainan ni...errr sebenarnya takde la nama spesifik...bebudak dulu pakai hentam jer panggil 'keta api' sebab memalam selalunya kita pasang api yang dibuat khas dengan tin kosong yang ditebuk dan diletakkan pelita...sila refer gambar lukisan kartun yang aku lukis kat atas tu...pandai gak aku lukis kartun ek...hehee...sebenarnya aku memang pelukis kartun tapi sekarang dah 'pencen'...haish apasal aku melalut pasal kerjaan melukis kartun nih tapi takpe...sekurang-kurangnya boleh gak korang dapat gambaran sebenar permainan ni...kalau nak cari gambar permainan ni kat tenet payah nak jumpa...lagi aku boleh asah balik bakat 'kartunis'...hahahahh.

Bebudak zaman dulu agak kreatif...apa saja bahan terbuang pasti dibuat sesuatu yang
'bermanfaat'...bermanfaat la tu dari buang masa...kan kan kan...ork? Hehehh. Keta api atau keta tolak (kereta la weh) diperbuat dari kayu-kayu terbuang. Ambik jer kat mana-mana tapi biasa kat bawah rumah sendiri la yang biasa bapak kita simpan lebihan kayu buat rumah ke apa. Cari saiz yang sesuai dan siap potong ikut ukuran yang sepatutnya untuk dijadikan keta api.

Kemudian cari satu pelita yang tak digunakan lagi pastu 'McGyver'kan untuk dijadi lampu keta api tuh pastu combine dengan satu tin kosong...tin tu jangan lupa ditebuk lubang kat bahagian atas dan belakang...tujuannya untuk pengaliran haba...kalau tak tebuk lubang-lubang halus dengan paku nanti hitam berjelaga la tin tu...saiz ikut suka la nak besar mana dan sepadan dengan pelita tu. Bab tayar tu...buat sendiri jer dengan kayu yang dipotong bulat...kalau yang kreatif dorang cari tiub tayar basikal terbuang untuk dilapik pada permukaan keliling tayar tu dan hasilnya tayar kayu nampak seperti 'rim ada tayar'...hah bijak kan!

Petang-petang sebelum waktu berbuka...kita bebudak dah start main dah tapi tak 'buka' api pelita la sebab hari masih siang cerah benderang. Malam la waktu yang paling sesuai dan seronok main keta api nih. Kita bebudak biasa bersaing seramai 6 hingga 7 (lagi ramai lagi best) dengan masing-masing punya keta api macam-macam jenis 'fesyen' gaya! Pastu mulai la berkonvoi berbaris satu barisan (tu sebab kita bebudak panggil keta api pasal nampak macam keretapi bergerak kot...heheee) keliling kampung sampai la minyak tanah pelita kehabisan. Kalau rasa malam masih muda kita bebudak balik kerumah isi semula minyak tanah yang kehabisan tuh...sambung konvoi sampai letih...Hahahh.

Seronok kan bila kenang kembali nostalgia masa bebudak. Hurmm rasa ingin kembali semula masa zaman bebudak dulu-dulu. Time Tunnel atau Back To Future! Huhuuu.................


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...